Teks Pengacara Majlis - Majlis Persaraan Guru Besar


Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan.

Pagi yang indah penuh ceria
Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” sempena persaraan En. Abdull Mutalib bin Denan, Guru Besar SK LKTP Sg. Sayong.

BismilLahir Rahmanir Rahim
Assalamu `Alaikum W.B.T.

Yang Berusaha
Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran
Guru Penolong Kanan 1
SK LKTP Sungai Sayong

Yang Berusaha
Pn. Hjh. Fatimah binti Hashim
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK LKTP Sungai Sayong

Yang Berusaha
En. Rahmat bin Ibrahim
Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum
SK LKTP Sungai Sayong

Yang Dihormati
En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan
Pegawai Pelajaran Daerah Kulai

Yang Dihormati
En. Mohd Rosli bin Othman
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulai
Bahagian Menengah

Yang Dihormati
Tn. Hj. Muhammad bin Salleh
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulai
Bahagian Rendah

Yang Dihormati
En. Mohd Azmi bin Abdul Rahman
Pegawai Maklumat
Pejabat Pelajaran Daerah Kulai

Yang Dihormati
Barisan Guru Besar dan Pengetua
Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah
Daerah Kulai

Yang Dihormati
En. Abdul Naser bin Bedu
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK LKTP Sungai Sayong

Yang Dihormati
En. Md. Sukor bin Marzuki
Pengerusi Jawatankuasa Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai”
dan seluruh ahli jawatankuasanya

Yang Diraikan
En. Abdull Mutalib bin Denan
Guru Besar SK LKTP Sg. Sayong

Seterusnya
Barisan guru, murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke :
Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” sempena persaraan Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan, Guru Besar SK LKTP Sg. Sayong.

Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Tn. Hj. Jaafar bin Ahmad.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tn. Hj. Jaafar bin Ahmad atas bacaan doa itu tadi.

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang dilakukan oleh Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai Guru Besar di SK LKTP Sungai Sayong.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan.

Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan. Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua.

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad Harin bin Basiran, Guru Penolong Kanan 1, SK LKTP Sungai Sayong. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada Yang Dihormati En. Abdul Naser bin Bedu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK LKTP Sungai Sayong untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati Tn. Hj. Abdul Naser bin Bedu atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada yang Dihormati En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan, Pegawai Pelajaran Daerah Kulai untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang Dihormati En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan. Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan atas ucapan itu tadi.

Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan daripada kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Little Khalifah. Mereka akan mendeklamasikan sebuah sajak yang bertajuk “Jasamu Dikenang” dan mendendangkan 2 buah lagu yang bertajuk “Terlalu Indah” dan “Bertemu dan Berpisah”.

Itulah sebentar tadi kumpulan Little Khalifah yang telah menampilkan sebuah pesembahan yang cukup istimewa.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran, Guru Penolong Kanan 1, SK LKTP Sungai Sayong untuk mengiringi Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil-wakil kelas.

Dipersilakan wakil daripada kelas Pra-sekolah 1

Dipersilakan wakil daripada kelas Pra-sekolah 2

Dipersilakan wakil daripada kelas Pendidikan Khas

Dipersilakan wakil daripada kelas 1 Cemerlang

Dipersilakan wakil daripada kelas 1 Gemilang

Dipersilakan wakil daripada kelas 2 Cemerlang

Dipersilakan wakil daripada kelas 2 Gemilang

Dipersilakan wakil daripada kelas 3 Cemerlang

Dipersilakan wakil daripada kelas 3 Gemilang

Dipersilakan wakil daripada kelas 4 Cemerlang

Dipersilakan wakil daripada kelas 4 Gemilang

Dipersilakan wakil daripada kelas 5 Cemerlang

Dipersilakan wakil daripada kelas 5 Gemilang

Dipersilakan wakil daripada kelas 6 Cemerlang

Dipersilakan wakil daripada kelas 6 Gemilang

Seterusnya Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati Tn. Hj. Abdul Naser bin Bedu untuk menyampaikan cenderamata daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SK LKTP Sungai Sayong.

Dan yang terakhir, Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati En. Md. Sukor bin Marzuki untuk menyampaikan cenderamata daripada Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SK LKTP Sungai Sayong.

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran mengiringi Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan sebentar tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah

Untuk pengetahuan semua, Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan turut berbesar hati untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan khusus daripada beliau sendiri.

Justeru itu, sekali lagi Majlis ingin menjemput dan mempersilakan kepada Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan untuk menyempurnakan upacara tersebut.

Yang pertama, dipersilakan kepada Yang Dihormati En. Md. Sukor bin Marzuki selaku wakil daripada Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SK LKTP Sungai Sayong.

Seterusnya, dipersilakan kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran selaku wakil Pentadbiran SK LKTP Sungai Sayong.

Seterusnya, dipersilakan kepada En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan, Pegawai Pelajaran Daerah Kulai.

Seterusnya, dipersilakan kepada En. Mohd Rosli bin Othman, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulai Bahagian Menengah.

Seterusnya, dipersilakan kepada Tn. Hj. Muhammad bin Salleh, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulai Bahagian Rendah.

Dan yang terakhir, dipersilakan kepada En. Mohd Azmi bin Abdul Rahman, Pegawai Maklumat, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai.

Itulah sebentar tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan daripada Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan.

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sebelum bersurai, kita akan menyaksikan buat kali terakhirnya Yang Diraikan En. Abdul Mutalib bin Denan akan menandatangani buku rekod kehadiran sebagai tanda berakhirnya tugas rasmi beliau di dalam dunia pendidikan ini.

Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Oleh : Noor Azaref bin Naim
SK LKTP Sungai Sayong
81000 Kulai, Johor
12 September 2008

p/s : moga dapat jadi panduan kepada pengacara-pengacara majlis.

107 comments :

hanieystar said...

terima kasih..
dpt menjadi panduan kpd yg baru 1st time jadi pengacara majlis...

asiah said...

Salam......

terima kasih bebanyak cikgu....
ade ujian lisan utk pengacaraan majlis ni...
solamat den....hehe

-mak uda-

shibrah said...

salam...
syukran ya ustaz..
ana mmg dok cari teks utk buat pertandingan
nota2 masa study ntah simpan kat mana..

Anonymous said...

terima kasih cikgu...ucapan ini boleh dijadikan panduan...

Anonymous said...

terima kasih banyak...mmg kecut perut nak jadi pengacara majllis ni...

Anonymous said...

semalam saya mengacarakan majlis perpisahan untuk bos..Teks ucapan ini banyak membantu saya. Terima kasih........

Azaref said...

To Anon...

AlhamdulilLah, tahniah!. Sama2...

Roslina said...

Terima kasih kerana dg contoh ini dapat saya menambahbaikan skripuntuk majlis persaraan pengetua saya hari khamis nanti 14.1.2010

dila said...

Salam..

Terima kasih, teks pengacaraan nie banyak membantu saya untuk jadi mc sok.. dah kering idea pantun bila asyik dok jadi mc...rasa macam nak pi klinik amek mc...syukron...

Areef said...

to Dila...

Wsalam...

sama2.hehehe...sy pun dh jarang jd emcee la ni.yela,selalu sgt jd emcee org pun boring....

Anonymous said...

Terima kasih sgt membantu bila tiba2 kena jadi MC. Blank rasanya..mcmana nak mula..Kalau ada lagi skrip utk acara lain tolonglah postkan sekali ya..mudah-mudahan Allah mempermudahkan anda kerana mempermudahkan orang lain..Amin...

zana said...

thanx a l0t..byk bntu sy t0k jd mc mjlis p'saraan kt sk0la..tenkiu3

Areef said...

sama2 zana... gunalah sebaiknyer...

salina said...

saya mohon... ambil pantun dan ayat2 dari sini utk teks mc saya.. terima kasih.. amat berguna utk saya.. :)

Areef said...

Silakan Salina...

Pantun2 tu bukan sy buat sendiri... sy pun ceduk dari buku...

ezfezrid said...

terima kasih yep areef...
sy copy n ubah suai sikit...

untuk kegunaan majlis bersara pegawai kat opis nih..

u r hero..thx lots..

Areef said...

sama2 ezfe...

takpe sy ok jer, ubahla apa2 yg patut. sy pun dulu dok ubah2 dari teks sedia ada, maybe ada gak kesalahan dr segi tatabahasa ke, etika ke, dsb...

gunalah sebaikny...

amboi puji melangit nampak, heheh...

u r welcome...

Lala Lulu said...

wah . . terima kasih . .
saya copy dan buat rujukan sebagai pengacara majlis ye . .
terima kasih banyak2 dan mintak halal yer . . .

S n o w M i y u said...

Salam.
Terima kasih byk2.
Teks saudara telah saya ambil sebagai bahan rujukan untuk assignment saya.

Terima kasih byk ye. :)

~SSA.K

myza said...

TERIMA KASIH..
teks anda dapat membantu saya membuat persediaan utk majlis persaraan Guru Besar nanti..

Areef said...

To Lala Lulu, SnowMiyu & myza...

u r welcome... silakan... smg berjaya!

Anonymous said...

salam..
trma kasih cikgu..teks ini mnjadi rujukan sy untuk siapkan asaingment..:)

Areef said...

To anon...

sama2... smg berjaya menyiapkan assignment yer... silakan buat rujukan... boleh diperbetulkan mana2 yg salah...

Anonymous said...

Assalamualaikum...
terima kasih byk2...
text ni byk membantu sy..
jd mc skola..tp x pandai sgt bab2 ni... :)

Anonymous said...

salam cikgu. saya minta izin guna teks ucapan persaraan guru besar ni. tq very much. sgt bermanfaat.

Areef said...

to anon1 and anon2...

wsalam. u r welcome... silakan... manfaatkan dgn sebaik mungkin yer...

haslymazlina said...

Assalamualaikum wbt.

Cikgu, saya mohon kebenaran untuk menggunakan teks ini sebagai rujukan pada majlis perpisahan tuan pengarah pelajaran johor ye...

Terima kasih.

Areef Ibn Naim said...

to haslymazlina,

w'salam...

silakan... ooo tuk majlis tn. hj. sufaat yer... mg berjaya yer!

Anonymous said...

minta kebenaran guna teks ni utk mengacarakan mjls persaraan pengetua....terima kasih byk2 ats panduan ini. semoga ilmu yg dikongsi memberi manfaat kpd smua dan kpd yg sudi berkongsi sy doakan sentiasa dilimpahi ilmu dan barakah

Areef Ibn Naim said...

to anon...

silakan... sama2... yg baik kita kongsikan bersama yer!

Belly Surya Candra Orsa said...

Great Blog..!!!! Keep Blogging.... : )

Areef Ibn Naim said...

to BSCO,

TQ... hopefully...

Qaisy said...

mohon share cikgu...

Anonymous said...

T kasih, hanya tuhan yang dapat membalas jasa saudara.

Areef Ibn Naim said...

qaisy,

silakan....

Areef Ibn Naim said...

anon,

sama2, in sya allah, amiin...

Anonymous said...

mohon izin copy teks ini ya..mudah2an mendapat berkat yg berpanjangan..tq

Anonymous said...

untuk encik arif.. saya gunakan teks ini dan ubah suai sikit... halalkan ilmu ni ye... terima kasih

ct bed said...

assalamualaikum wr.wbt. saudara..
saya mohon izin share teks ucapan tersebut.. amat berguna kepada saya yang telah ketandusan idea untuk membuat teks ucapan pengerusi majlis perpisahan. saya ambil dan saya oleh isinya sedikit. halal kan ye. terima kasih.

Areef Ibn Naim said...

w'salam ct bed,

silakan... moga urusanny dipemrudahkan... mg ada manfaat buat semua, amiin...

elly_yana27 said...

trima kasih sudi berkongsi.. Allah saja mampu membalasnya =)

Anonymous said...

TQ very much...saya dah blur camna nk berucap sempena persaraan GB saya esok. cari punya cari, terjumpa ler kat sini. saya sangat hargai kesudian tuan berkongsi ilmu ni...

Anonymous said...

TQ very much...sy pun kene jd mc esok-persaraan rakan guru.aleh2 trjmpa teks ni...syukurrrr sgt.terima kasih daunkeladi ye cikgu...jasamu di kenang.

Anonymous said...

saya nak mnta izin copy teks. bagus dan menarik kata2 serta pantun yg diselitkan.TQ kalau izinkan.

Anonymous said...

Assalama.......bro...saya copy beberapa pantun untuk dijadikan panduan.....mohon dihalalkan...thanks. Mudah-mudahan Allah melipat gandakan rezeki tuan.

Areef Ibn Naim said...

to anon2 semua...

silakan... moga allah mempermudahkan segalanya ya...

guru muzik said...

mohon izin ambil pantun sebenarnya saya mencari teks ucapan untuk guru kanan pentadbiran untuk majlis persaraan guru besar sedih ni........ cox tiada kena la saya reka sendiri kot-kot cikgu ada idea bolehlah saya tiru sikit-sikit

Areef Ibn Naim said...

to guru muzik,

silakan... mg dipermudahkan...

aziramsa said...

salam..

terima kasih atas perkongsian ini. amat2 diperlukan nii...semoga diberkati.

Areef Ibn Naim said...

@aziramsa wsalam... sama2... in sya allah sm2 kita diberkati, amiin...

Anonymous said...

tkasih...amat mbantu ...kebetulan minggu dpn persaraan guru kat sek...boleh ceduk ilmu mana2 yg patut...minta halal ye!

Areef Ibn Naim said...

to anon,

sama2... mmg dihalalkan pun, good luck!

Anonymous said...

salam. minta izin share ye..gb nak bersara bulan depan. tgh cr idea

Areef Ibn Naim said...

to anon,

w'salam... silakan... good luck ya!

adibdaddy said...

terima kasih banyak2!!!

areef said...

to adib,

sama2 :)

nisa fadzil said...

terima kasih..sangat membantu sebab esok kena jadi bidan terjun mc majlis perpisahan

Areef Ibn Naim said...

to nisa fadzil,

sama :) mg dipermudahkan yer...

Anonymous said...

salam ..mohon share..tq-teacher tim,sk jitra

Areef Ibn Naim said...

to teacher tim,

w'salam...

silakan... :)

sha said...

salam
tq byk2 sy tgh cari2 pantun sesuai tuk teks mc persaraan gb.tq

Areef Ibn Naim said...

to sha,

w'salam...

sama2... pantun2 ni sy ambil dr buku, bkn sy yg buat :)

Cikgu Puaka said...

thank you for sharing this! been really2 helpful utk sy yg desperate buat teks last minute. sy copy paste je teks ni hoho.terima kasih daun keladi :)

Areef Ibn Naim said...

to cikgu p****,

u r welcome... gunalah, sy tk kisah pun... mg dipermudahkan ek :)

POLARIS said...

jika sudi...silalah ke blog saya http://skrippengacaramajlis.blogspot.com...
ada banyak bahan disana untuk dikongsi bersama anda...

Areef Ibn Naim said...

to Polaris,

tq... in sya allah, sy akan singgah... mg sm2 dpt berkongsi!

shininghepiness=) said...

as-salam.... sy nak mintak boleh?? nak buat panduan majlis persaraan pk hem sy=))
http://www.couplezinblacxx.blogpsot.com

Areef Ibn Naim said...

to shininhepiness,

w'salam... silalah... mmg utk dikongsikan bersama :)

Anonymous said...

Salam sejahtera cikgu...

Saya mohon kebenaran utk jadikan contoh ni utk dijadikan panduan majlis persaraan staf di BTPN Sabah. Terima kasih info yg sgt berguna...

Areef Ibn Naim said...

to anon,

silakan... sama2... mg dipermudahkan :)

yahpekan said...

minta izin menggunakan bahan....tkvm

Areef Ibn Naim said...

to yahpekan,

silakan, sama2 :)

zazamaya said...

assalam..mohon tuk ceduk..dah bosan dgn teks sendiri sb asyik kna jd mc jer.. tqvm..

Madam Pam said...

assalamualaikum...terima kasih atas panduan teks ni...

Madam Pam said...

mohon diceduk sedikit pantunnya....

Areef Ibn Naim said...

to zazamaya,

w'salam, silakan :)

Areef Ibn Naim said...

to madam pam,

w'salam... sama2. silakan :)

Areef Ibn Naim said...

to madam pam,

w'salam... sama2. silakan :)

Anonymous said...

Salam... azareef, sy mohon pinjam ayat2 dlm teks ucapan ni ek... harap diizinkan...syukran... Miss Fariza

Areef Ibn Naim said...

to miss fariza,

w'salam... silakan :)

mawar said...

sy copy teks awak. minta halal dunia akhirt. Dpt tugas on the spot. Sok pg ada majlis prpisahan GB.

mawar said...

alhamdullillah... thanks mr areef... ada teks perpisahan y lain x? bln 3 ni ada lagi majlis prpisahan... nk tukar ayat lain.... xde y brkenan di hati... ayat mr areef jga y sedap... please... :) upload la teks lain...

Areef Ibn Naim said...

to mawar,

silakan... mg dipermudahkan sglnya... tuk majlis perpisahan yg tu jer... sbb skrg sy tk penah jd emcee dah, pencen, hehehe...

Areef Ibn Naim said...

to mawar,

teks lain yg bkn majlis perpisahan adalah... cari je kat label 'teks emcee'

mawar said...

dah dapat tugas mc tuk 6.3.2011. Majlis prpisahn GPK 1. Sy copy bulat2 ayat mr areef yer.... Aritu amik skit2. Kali ni amik byk2 plak... hehe... Syukran... Awalnya pencen mc...?

mawar said...

typing error. 6.3.2012. Majlis persaraan GPK 1.

Areef Ibn Naim said...

to mawar...

silakan... mg dipermudahkan...

sbnrny sy mmg tk minat jd mc ni... sblm ni cikgu baru kan, so paksa rela jelah... so, skrg bglah kat cikgu2 junior pulak, hehehe...

aTiQaH LiyAnA said...

alhmdulilah.. ish, selasa kene jd pnbgacara untuk majlis pelancaran buku. dah la kali pertama. tkot2~ thnks.

Areef Ibn Naim said...

to atiqah liyana,

in sya allah dipermudahkan sglny, amiin :)

zul said...

senyuman terukir di wajah ku.. senang kerja utk program esok

Ummi AR said...

mintak izin copy, paste n edit ye teks ni.. esok ada majlis persaraan.. ada teks ni xsmpai 1 jam pon ngarang..kikiki...halal ye..heh

Areef Ibn Naim said...

to zul,

alhamdulillah :)

Areef Ibn Naim said...

to Ummi AR,

silakan... halal :)

zarina said...

Mohon kebenaran edit, copy, paste.... thank you so much.

Areef Ibn Naim said...

@zarina

silakan :)

zaza said...

Minta izin cikgu...nk ceduk idea,pantun cm best je!!! Minggu ni kna jadi mc la pulak....
Heheheh....Tqvm.

Anonymous said...

Asalamualaikum...
mohon perkongsian ilmu dari pena tuan
dihalalkan.

terimakasih bebanyak..

Anonymous said...

Saya mohon menggunakan sebahagian daripada pantun-pantun dalam skrip ni untuk majlis perpisahan tempat kerja saya. Allah jualah dapat membalas budi Encik yang murah hati ini.

Areef Ibn Naim said...

@zaza

silakan :)

Areef Ibn Naim said...

@Anonymous

w'salam... silakan... sama2 :)

Areef Ibn Naim said...

@Anonymous

silakan... bukan sy yg buat pun... sy pun ambil drpd buku...

Anonymous said...

mohon izin amik skit ye pe yg patut..

Areef Ibn Naim said...

@Anonymous

silakan...

Anonymous said...

mmm.. nk amik pantun sikit utk ulbs kmn.. bnarkn la ye
btw, tengkiuu sesgt!

Anonymous said...

salam ustaz..mohon share ye..syukran

Anonymous said...

Terima kasih berkongsi idea. Perkongsian ilmu berdasarkan kursus yang dihadiri, susunan protokol mengalu-alukan kehadiran tetamu perlu didahulukan tetamu yang diraikan. Nama tetamu yang diraikan merupakan individu yang dialu-alukan kehadirannya dan disebut awal bicara bukannya yang terakhir sebelum semua guru dan murid.

zanariah said...

sekali lagi jd mc utk majlis persaraan, mohon ambil bahagian tertentu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...