Panas kering siapakan tahu
Hujan rintik di Pulau Pandan
Berjalan seiring bersentuh bahu
Samalah cantik samalah padan
Diiringi paluan kompang, berjalan ke arah Dewan, pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan Raja Sehari; Mohd Fairuz bin Samad dan Delima binti Hj. Osman.
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian, apa yang dapat kita saksikan kini, adalah persembahan silat pengantin untuk kedua-dua mempelai.
Bunga mawar cantik berseri
Dipetik juragan dibawa ke pekan
Tarian kuda kepang nama diberi
Marilah bersama kita saksikan
Anak Cina memasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Selasih
Pasangan pengantin segak melangkah
Mara menuju mahligai kasih
Berarak masuk ke dalam Dewan, pasangan raja sehari; Mohd Fairuz bin Samad dan Delima binti Hj. Osman.
Hadirin dan hadirat sekalian dipersilakan untuk berdiri, bagi sama-sama kita berselawat ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W.
Bersarang merbah di Kuala Langat
Manis madunya pabila dimakan
Suasana meriah bertambah hangat
Tarian zapin kami persembahkan
Hadirin dan hadirat sekalian, Majlis seterusnya ingin mempersilakan kepada kedua-dua mempelai bersama pengapit mereka dan wakil ahli keluarga kedua-dua mempelai untuk naik ke atas pentas dan duduk di Meja Kasih yang telah disediakan. Dipersilakan.
Dipersilakan juga kepada ahli keluarga yang lain untuk duduk di meja yang telah disediakan.
Dari Raub pergi ke Pontian
Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan majlis
BismilLahir Rahmanir Rahim
Assalamu `Alaikum W.B.T.
Hari ini menugal jagung
Hari esok memintal tali
Hari ini kita berkampung
Meraikan mempelai dua sejoli
Di malam hari terang senegeri
Memberi cahaya di tengah balai
Majlis indah bertambah seri
Untuk meraikan kedua mempelai
Yang dihormati Ustaz Samad bin Hj. Misbah dan Puan Siti Mariam binti Hj. Dayat, selaku tuan rumah kepada Majlis Perkahwinan kita pada hari ini, yang diraikan pasangan mempelai; Mohd Fairuz bin Samad dan Delima binti Hj. Osman, yang dihormati ahli keluarga, saudara-mara, bekas-bekas guru dan rakan-rakan kedua-dua mempelai, hadirin dan hadirat para tetamu yang diRahmati Allah S.W.T. sekalian.
Selamat datang ke :
Majlis Perkahwinan Mohd Fairuz bin Samad dan Delima binti Hj. Osman.
Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara
Burung Nuri hinggap di balai
Balai seri buatan Pak Tua
Tempat berehat rakan dan taulan
Duduk tersenyum kedua mempelai
Menadah tangan memanjatkan doa
Moga jodoh sentiasa berkekalan
Dengan itu, bagi memohon majlis ini diBerkati dan diRahmati Allah, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Khairul Anuar bin Samad. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Khairul Anuar bin Samad di atas bacaan doa sebentar tadi.
Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenalan kemudian bertunang
Akad dilaksana sama bersatu
Anak Cina mengail patin
Mengail patin di tepi titi
Senyum terukir pasangan pengantin
Tanda gembira penuh di hati
Menyingkap bibit-bibit perkenalan pasangan pengantin ini, mereka mula berkenalan pada tahun 2001 ketika sama-sama menuntut di UNITAR, Johor Bharu. Perkenalan yang tidak disengajakan itu, akhirnya memutikkan rasa cinta dalam hati kedua-dua pasangan ini.
Setelah mengenal hati budi masing-masing dan mendapat restu keluarga, mereka mengikat tali pertunangan pada November 2007. Dan pada hari yang penuh bermakna ini, janji sepakat yang telah dibuat telah ditunaikan di dalam Majlis yang penuh berbahagia ini.
Untuk pengetahuan semua, kedua-dua mempelai ini telah selamat diijabkabulkan pada 9 Ogos 2008 iaitu pada hari semalam dan telah dilangsungkan Majlis Walimatul `Urus di sebelah pihak perempuan.
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara
Dengan itu, Majlis ingin mempersilakan kepada En. Mohd Fauzi bin Samad, selaku wakil bagi pihak pengantin lelaki untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Fauzi bin Samad di atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Seterusnya Majlis ingin mempersilakan kepada dot.dot.dot. selaku wakil bagi pihak pengantin perempuan untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada dot.dot.dot. di atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Kepada pasangan pengantin, itulah sebentar tadi luahan rasa hati daripada wakil kedua-dua belah pihak mendoakan agar ikatan yang terbina akan sentiasa diBerkati dan diRahmati Allah S.W.T.
Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta itu, menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi melalui ikatan perkahwinan yang dituntut agama.
Tiup serunai di atas kota
Uda memupuk bunga melati
Mula kenal kemudian bercinta
Cinta tersemai di dalam hati
Untuk memeriahkan lagi Majlis Perkahwinan kita pada hari ini, marilah sama-sama kita dengarkan nyanyian yang akan dipersembahkan oleh Pn. Hjh. Norazrah binti Ayub sebagai hadiah yang cukup istimewa buat kedua-dua mempelai kita. Lagu yang akan dipersembahkan ialah dot.dot.dot.
Itulah sebentar tadi nyanyian yang telah dipersembahkan oleh Pn. Hjh. Norazrah binti Ayub. Terima kasih diucapkan.
Puan dibawa ke Gunung Ledang
Dibawa dengan penuh beradab
Pinggan mangkuk telah terhidang
Kini masa makan beradab
Majlis diteruskan dengan acara kemuncak kita pada hari ini iaitu majlis makan beradab. Sebelum itu, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa makan beradab yang akan dibacakan oleh dot.dot.dot. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada dot.dot.dot. di atas doa yang telah dibacakan sebentar tadi.
Semerbak bunga seroja
Dibelai dara pingitan
Lauk pauk penuh semeja
Jemput mempelai menikmati hidangan
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi
Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.
Tanam langguna tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuknya mati
Budi semua tak kami lupa
Sudah terpaku di dalam hati
Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Berjumpa kita lagi pada masa yang akan datang. Saya mengucapkan salam hormat buat semua, wabilLahit Taufiq walHidayah wasSalamu `Alaikum W.B.T. Saya serahkan kembali kepada rakan saya En. Ashaari. Dipersilakan.
Oleh : Noor Azaref bin Naim (Master of the ceremony of the day)
10 Ogos 2008
Di Dewan Seri Sayong, Felda Sungai Sayong, Kulai, Johor


136 comments
mintak izin nak guna sikit isi kandungan teks ni ye..
MINTA IZIN JUGA NAK GUNA SEBAHAGIAN TEKS NI... JAZAKALLAH.
T.KASIH BANYAK2 KRN SUDI MEMBERI TIP YANG AMAT BERGUNA.ASTAKACOM.BLOGSPOT BERHARAP LEBIH RAMAI DJ/MC MEMBERI UCAPAN DI SELITKAN PANTUN SERTA GURINDAM NASIHAT.SEMOGA MAJLIS KITA LEBIH INDAH DAN BERBUDAYA DAN TIDAK MENJADI MAJLIS KOBOI.KPD DJ PULAK NASIHAT SY MAINKANLAH LAGU2 50/60/70/80an BAIK SELINGAN ATAU KARAOKE LEBIH BANYAK.LAGU ROCK2 TAK PAYAHLAH KERANA IANYA TIDAK MELAMBANGKAN SETUASI MAJLIS.LAGU TRADISIONAL DAN NASYID ADALAH YG TERBAIK.UCAPAN SERTA KATA2 HENDAK BERSOPAN DGN BAHASA INDAH DAN TIDAK BERBUNGA2 SANGAT.WASSALLAM.....
mohon izin gunakan teks.. :) terima kasih
Mohon izin jua menggunakan sebahgian teks ucapan ini.syukran (^_^)
Mohon menggunakan teks MC ini. Teks ini sangat bagus diiringi oleh pantun-pantun. Keep up your good work. Terima kasih
Salam persahabatan.... mohon guna sebahagian isi kandungan teks pengaraan majlis ini untuk majlis makan malam persatuan bekas pelajar SM Sains Dungun pada 6.6.09.. Terima kasih
Nice opening speech for wedding, may i use n edit it for my best friends wedding on 31 mei in damansara utama. Thanks alot Azaref! Keep it up! U could be great malay copywriter tho.
tq memberi sedikit idea
Your speech...simple & nice, at least I got some idea for my frenz wedding this month. TQ.
salam..minta izin gunakan teks ye..
mintak izin jugak ye bg utk gune teks sempena majlis perkahwinan abg saye..
Salam,
Mohon izin digunakan sebahagian teks bagi majlis perkahwinan anak bos esok.
Harap diizinkan. Terima kasih banyak saudara.
Haslina Othman
saya pun nak mintak izin guna sebahagian teks utk majlis perkahwinan anak kawan saya..best sangat..Thanx a lot
hasuaniza
kota Bharu
Salam,
Saya juga minta izin untuk mengunakan sebahagia teks ini utk majlis persandingan kawan baik. Moga Allah membalas budi saudara.
Nana
Sh Alam
To Nana Mokhtar,
Silakan... tq...
mohon izin nak ambil teks nie..terima kasih..
To Anon...
Sama2... Moga majlis berjalan dengan lancar. in sya allah...
Salam,
Thanks for the text. It serves as an excellent guideline! Keep it up.
Areef to Anon...
Wsalam,
u r welcome...
salam,
minta izin guna pakai teks ini yg telah di ubah suai yer, bagi majlis perkahwinan, semoga di berkati allah,
terima kasih.
To zizou,
Silakan diguna dan diedit. moga kamu juga diberkati allah...
Kepada tuan empunya blog, mohon kebenaran untuk saya guna teks ucapan perkahwinan milik tuan empunya badan ini sebagai rujukan tuan hamba.
Assalamualaikum tuan punya blog, mohon izin menggunakan teks untuk majlis perkahwinan anak sedara,terima kasih banyak banyak.
Walaupun terlalu formal.. Tapi izinkan sy utk membuat rujukan.. Terima kasih..
silakan eric... sy mmg tak pandai jd emcee tuk yg unformal... sebab, sy ni pun jd emcee mesti ada teks, sesuai tuk formal jer, hehehe....
silalah wat rujukan yer...
juge mohon izin gune kn isi kandungan teks.....tQ...
salam..
minta izin guna teks di atas juga.
thanks!
silakan anon...
mohon izin untuk menggunakan kata-kata pada text saudara...sangat kreatif..
kekal83...
silakan... kalau pantun2, tu bukan saya buat sendiri, tp sy ambil dari buku, dan sy sesuaikan di dalam teks...
salam.
great script! minta izin untuk digunakan if you dont mind.
thank you!
wsalam maryam..
tq n u r welcome... silakan... sy tak kisah pun...
assalamualaikum..
nak teks ni boleh.hihi nak buat pengacaraan kat kelas..
to Pelangi...
w'salam... silakan... mg berjaya...
salam, saudara areef.
selamat hari raya! :)
mohon izin ye nak pinjam teks ni. SANGAT membantu!
terima kasih :D
wsalam, saudari anis...
selamat hr ry kembali...
silakan...
u r welcome...
minta izin juga erk...
to anon...
silakan...
Assalamualaikum
saya pun nak minta izin gune... tq
salam mohon izin menggunakan text utk perkawinan adik saya.trima kasih -nur-
Areef to anon and nur,
wsalam...
silakan...
minta izin guna sedikit isi ya... terima kasih...
asmkn.. maaf... mohon minta kebenaran ambil text untuk kegunaan majlis perkahwinan ya... terima kasih banyak2... moga majlis berjlan dengan lancar
to LJ,
silakan... terima kasih daun keladi, hehehe...
to Azwa,
W'salam... silakan guna... sama2... ye moga majlisny dipermudahkan Allah...
Salam Areef..
Mintak izin tuan untuk menggunakan teks MC bg majlis perkahwinan ini..dan mintak izin untuk mengubah suai mana2 yang patut untuk disesuaikan dengan majlis perkahwinan2 yang lain...terima kasih..jasa baik tuan...tidak ternilai...
to Joe...
wsalam.
silakan, sy izinkan...
n sy izinkan awak nak edit teks ni. sbb sy pun pada awalnya mengedit teks2 sedia ada, sy olah n sesuaikan dgn majlis...
moga berjaya ye!
Mohon izin menggunakan skrip saudara untuk mejlis kahwin anak saya..best. budi saudara Allah yang membalas
Areef to Anon,
silakan... alhamdulillah...
Asslammualaykum cikgu,
Satu nukilan pengacaraan yang sungguh baik. Saya mohon izin menggunakan skrip cikgu untuk mejlis kahwin anak sedara saya.Didoakan Allah merahamati cikgu sekluarga.
wsalam anon,
silakan... tq atas doanya, amiin...
Salam En Areef. Saya nak minta izin guna skrip ini utk majlis saya bulan depan. terima kasih.
-mawar
to mawar,
w'salam... silakan...
salaam.mohon izin nak guna sebahagian teks ya.
tQ =)
kuantan pahang~
wsalam anon,
w'salam... silakan...
mohon izin menngunakan contoh teks ini,sbg rujukkan.Terima kasih byk2,,teks ini byk membantu..semoga ilmu encik diberkati...saya amat menghargainya dan memerlukanya...
to anon,
silakan... u r welcome...
salam, mohon teks ini diguna sempena kenduri abg ipar 27 februari ini..teks yg menarik & tertarik :)
to linda,
w'salam... silakan... mg meriah majlisny nanti...
as'salam...
saya kena jadi MC utk wedding kawan sy bln 6 ni...boleh sy nk mohon utk mengunakan contoh text ni utk wedding kawan sy nt...tq...
to ezaitie nfib...
w'salam,
silakan... mg dipermudahkan...
salam..
minta izin guna teks di atas juga.
thanks!
Saya minta izin untuk mengambil sedikit teks dalam contoh di atas sebagai panduan. Terima kasih di atas perkongsiaan ilmu yang diberikan.
minta izin ,untuk panduan serba sdikit majlis perkahwinan adik nanti,t.kasih
to anon2...
silakan...
Assalamualaikum,
Saya dengan rendah hatinya ingin memohon izin untuk menyedut sedikit teks yang amat indah ini sebagai pedoman untuk jadi MC wedding kawan. Mohon tuan izinkan.terima kasih.
to anon,
w'salam... sila2... mg ada manfaat buat semua... in sya allah, amiin...
salam...
minta izin guna n ubah suai teks ni ye...tq
to sya,
w'salam... silakan...
salam...
last minit kena jd MC...
mtk izin ye guna idea2 dan touch up sket2 teks ni ye!
thanks
-ery
to anon,
w'salam...
silakan, sy izinkan, gud luck, u r welcome...
salam, mohon izin ceduk idea saudara..jazakallah
to reneriff,
w'salam... silakan... u r welcome...
assalamua'alaikum... mnta maaf nk pnjm teks.. sekian terima kasih..
w'salam...
silakan, sama2 :)
salam..minta izin nk guna ckit teks ni yer..utk kenduri kawin cuzin..1st time nk kene jd mc plak tu..brhrp agar majlis berjln lancar..amin..
to anon,
w'salam... silakan... mg dipermudahkan :) good luck!
Salam,
mohon guna text ni utk majlis perkahwinan saye yer..
Thanks
to anon,
w'salam... wah, tuk majlis die :) silalah... selamat pengantin baru in advance :)
salam... mohon guna text ni ye. terima kasih.
-A.Wahab-
to en. A. Wahab,
w'salam... silakan... sama2 :)
salam..mohon izin guna teks yang sangat berkesan ini..terima kasih..:)
Salam....minta izin utk sy gunakan sebahagian teks yang menarik ini untuk majlis kahwin adik saya, terimakasih.
to anon-anon,
w'salam.... silakan... moga dipermudahkan :)
salam..minta izin guna pantun..moga diberkati usaha tuan
to anon,
w'salam.... silakan, bukan sy yg cipta pun, sy ambil dr plbg sumber....
salam.. mintak izin gune teks ini ye.. tq
salam,
mohon izin utk menggunakan sebahagian drpd teks ini ya?
terima kasih kerana berkongsi
wan
mintak sikit ya.wee
to niena,
w'salam, silakan :)
to anon,
w'salam... silakan, sama2 :)
to shahrulnizam,
byk pun tkpe :)
minta izin guna sebahagian isi teks ya.
to juju,
silakan :)
mohon izin guna teks ini untuk idea baru
Assalamualaikum...mohon izin menggunakan sebahagian skrip ini terutaman bab pantun untuk teks skrip saya. Mudah-mudahan mendapat berkat dariNya atas perkongsian ini. tk
mohon izin guna teks ini utk perkawinan saya..tq :-)
to cdan, nor & anon,
silakan, mg bermanfaat :)
Salaam.Minta izin untuk guna sebahagian drp teks ini utk majlis perkahwinan kelak...Terima kasih
to anon,
w'salam... silakan... sama2...
salam,
mohon nak gunakan teks ni sebab husband dilantik jadi MC untuk wedding anak bos die...thanks.
www.hatimamaz.blogspot.com
to maz,
w'salam...
silakan... mg dipermudahkan yer :)
saya juga nak minta izin untuk menggunakannya..terima kasih
to anon,
silakan... sama2 :)
Salam,
Saya mohon share.
Terima kasih kerana sudi memberi tips & berkongsi buat kami yg bakal & ingin menjadi juruacara yang juga master of wedding ceremony. Moga beroleh keberkatan daripada-Nya. Amin
Terima kasih.
assalammualaikum..mohon izin untuk gunakan teks ini di majlis wedding cousin saya,ya..saya dapati kandungan teks ini amat baik dan 'halus'.. :)
Salam Areef,
Thanks for sharing the text. Great start for those who are stuck in writing the text for malis perkahwinan. Keep up the writing!
Mintak izin pakai
to jue, anon, zam yeb...
silalah yer... mg bermanfaat :)
Terima kasih kerana berkongsi idea..mohon utk gunakan teks ini dan dijadikan rujukan.terima kaseh.
@Anonymous
sama2... sy pun olah dr buku... silalah...
Salam
minta izin untuk mengunakan teks ini dan dijadikan rujukan.
terima kasih.
Salam,
Mintak izin untuk gunakan sebahagian daripada teks ini untuk majlis perkahwinan saya. Terima kasih
saya mohon pakai untuk emcee majlis kahwin anak saudara ye.
salam, saya mohon nak pakai beberapa baris ayat utk mc kawin kawan sy ye...tq
@Yatz
w'salam... silakan... sama2 :)
@Anonymous
w'salam..
silakan... sama2 :)
@Anonymous
silakan :)
@dandelion158
w'salam, silakan... u r welcome :)
Salam,
Mohon izin untuk mengunakan teks ini dlm majlis perkahwinan adik saya nanti.
terima kasih.
Jumpa pun, skrip dj majlis kahwin nie. Mohon share. Boleh gabungkan dengan teks pengacara kenduri kahwin lain. :)
salam.. minta izin mengambil sebahagian dari skrip ini ya.. terima kasih :)
@Mak Amni
w'salam, silakan... sama2 :)
@PelikBinAjaib
silakan :)
@Anonymous
silakan :)
salam... kami minta izin utk gunakan serba sedikit teks ini untuk rujukan kami yer... terima kasih sekalung budi... :)
@Zairin
w'salam... silakan :)
mohon izin nak share ...
@Anonymous
silakan...
salam cikgu areef...hebat nya dia...siap wat teks lagi...
@aDisH.sHidA
w'salam... alah zaman muda2 dulu... klu skrg mmg sy akan menolak, sy tk minat sgt, tp dulu org mintak tlg...
Salam, minta izin untuk gunakan teks ini jangan sangat membantu.TQVM
Salam, minta izin untuk gunakan teks ini yang sangat membantu.TQVM
@Zuriati ariffin w'salam... silakan... sama2 :)
Assalam, saya pun nak minta izin guna teks ini. T.kasih , krana mmg bnyak mmbantu.