Belajar Memaafkan Orang Lain


“Ya Allah berilah hidayah kepada kaumku sesungguhnya mereka tidak mengetahui". Inilah doa yang dibaca oleh Rasulullah s.a.w tatkala Rasulullah diperleceh sambil dilontarkan batu oleh penduduk Taif, tiada dendam dan tiada menaruh kemarahan yang dizahirkan oleh Ar-Rasul walaupun dalam keadaan yang begitu kritikal.

Orang yang berjiwa besar ialah orang yang mampu memaafkan kesalahan orang lain walaupun betapa sakit hati ketika kesalahan itu dilakukan ke atas dirinya kerana menyedari bahawa kemaafan meraih kasih sayang Allah SWT, tidakkah Allah antara namaNya “Al-Afuwwu” (Maha Pemaaf), maka ketika kita memaafkan kesalahan orang lain kita sedang berusaha merapatkan diri dengan Maha Pemaaf!

Hakikatnya bukannya mudah memaafkan kesalahan orang lain tetapi kita gunakan perkataan belajar memaafkan orang lain bagi memberi ruang yang lebih luas dalam hidup kita untuk memperbaiki diri. Perhatikan hubungan kekeluargaan yang hambar kesan dari pasangan suami isteri, adik beradik, jiran tetangga dan sanak saudara yang tidak mempraktikkan belajar memaafkan orang lain. Marilah kita berusaha mencontohi keperibadian Qur`ani:

“Iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya samada di waktu senang atau susah dan orang-orang yang menahan kemarahan serta memaafkan kesalahan orang lain” (Ali Imran : 134)

Ahmad Shukri Yusoff
Share on Google Plus

2 comments:

Az said...

thanks...sgt meransang hati dan fikiran

Nurliana said...

Kemaafan...
Suatu yang semua manusia perlukan. Tanpanya hidup jadi gelisah, penuh dengan rasa bersalah dan dendam...dan rapuhlah persaudaraan.
Tapi untuk memberinya kadang2 kita memerlukan suatu kekuatan untuk melupakan kesengsaraan yang dilalui lantaran keterlanjuran orang lain. Hakikatnya ianya mudah untuk dilafaz, tapi sukar untuk dilaksana.
Tak kira sesukar mana, kemaafan perlu diberi. Kerana itulah sifat mukmin sejati. Tetapi perlu diingat, setiap perbuatan ada akibatnya. Jangan dengan mudah menzalimi orang lain kerana belum tahu ada atau tidak suatu kemaafan buat diri kita.