Warkah Cinta Berbau Syurga

lk
Alamak jiwang lak tajuk entri kali ni. He3. Actually tajuk posting tu, sebenarnya (dah guna actually guna sebenarnya lak, he3) adalah tajuk novel yang baru saya beli semalam kat Harris (owned by Popular Book) yang lokasinya berada di Aeon Jusco Tebrau City. Semalam sesaje singgah kat Harris tu, sebelum ni tengok dari jauh je, sebab ingatkan Chinese Book Store (memang banyak buku Bahasa Cina pun), rupa2nya ada gak buku Bahasa Melayu. So, berkenanla nak beli novel ni sebab ada ala2 cam Salju Sakinah by Zaid Akhtar (my senior at SMKAS). Dah start baca dah novel ni, tapi belum abis lagi. Just now, okla not bad jalan ceritanya. Tapi, kalau rasa nak tahu lebih lanjut tentang novel ni, kenala beli. Saya ni tak pandai buat sinopsis. Nanti lain yang baca, lain lak yang diceritakan. He3... Gambar novel tu seperti di atas (berlatarbelakangkan cadar katil, he3).
lk
Saya ni memang minat baca novel. Novel terakhir yang saya beli sebelum ni ialah Mikhail by Ramlee Awang Murshid (tak pernah ketinggalan untuk membaca or membeli novel2 Ramlee Awang Murshid ni). And novel terakhir yang dibaca ialah Sayang Tak Terucap by Norhayati Berahim, He3. Tapi, jangan salah anggap, novel2 Norhayati Berahim ni selalunya bertemakan kekeluargaan. Novel ni dipinjamkan oleh Mak Ara (cikgu kat sekolah saya). Ada satu lagi novel yang dipinjamkan oleh Mak Ara (towkeh novel, he3) bertajuk Bunga Kasih also by Norhayati Berahim. Pun dah abis baca, pun pasal kekeluargaan.
lk
Sekarang ni banyak dah novel yang bertemakan agama. Dulu pun banyak kot, just saya baru realise sekarang kot. Yang paling saya suka ialah novel Ketika Cinta Bertasbih Part 1 & 2 by Habiburrahman el-Shirazy. Part 1, saya beli. Part 2, just download dari internet and dok mengadap laptop untuk membacanya. Bayangkan. He3. Bagi saya Ketika Cinta Bertasbih lebih best dari Ayat2 Cinta.
lk
Ustaz Aref, nak tanya sikit leh? Nak tanya apa? Tanyala? Apa buku ilmiah @ agama yang kali terakhir dibaca? Alamak, kantoi! Bukan kali terakhir, bermula pun belum pasti... He3... (inzar untuk diriku yang ilmunya lebih sedikit daripada setitis air laut).
Share on Google Plus

2 comments:

Ilya said...

cube try bace buku novel kitab cinta yusuf dan zulaikha pengarang dia Taufiqurahman Al-Azizy..novel2 die semua best2....

nureen said...

salam

sy dh bc novel kitab cinta yusuf dan zulaikha..

bg sy ia agak xlogik n keterlaluan

cuba bc novel tautan hati oleh fatimah shahra (pensyarah uiam)