Teks Pengacara Majlis - Majlis Penutupan Ihtifal j-QAF Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009


TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS PENUTUPAN IHTIFAL j-QAF
PERINGKAT DAERAH KULAI TAHUN 2009
TJMART, SALENG
21 JULAI 2009

Mengumumkan, ketibaan Yang Berbahagia En. Rozani bin Mohamad, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Unit Kemanusiaan dan Sains Kemasyarakatan, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai.

Dari Raub pergi ke Pontian
Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan Majlis.

BismilLahirRahmanirRahim.
Assalamu `alaikum Wa RahmatulLahi wa Barakatuh.

Yang Berbahagia
En. Rozani bin Mohamad
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah
Unit Kemanusiaan dan Sains Kemasyarakatan
Pejabat Pelajaran Daerah Kulai

Yang Berusaha
Ustaz Ziman bin Mohammad
Penyelia Kanan Pendidikan Islam
Pejabat Pelajaran Daerah Kulai

Yang Berusaha
Ustazah Kalthom binti Abd. Rahman
Penyelia Pendidikan Islam
Pejabat Pelajaran Daerah Kulai

Yang Dihormati
___________________________________
___________________________________
___________________________________

Yang Dihormati
___________________________________
___________________________________
___________________________________

Ahli Jawatankuasa Pelaksana Ihtifal j-QAF Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009

barisan ustaz dan ustazah

murid-murid yang dikasihi

para ibu dan bapa dan penjaga

hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke :
Majlis Penutupan
Ihtifal j-QAF Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009.

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum ila Majlisil Ikhtitam Li Ihtifali j-QAF Sanah Alfin wat Taasi`ah.

Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara.

Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz ________________. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz _________________ atas bacaan doa itu tadi.
Untuk pengetahuan Yang Berbahagia En. Rozani bin Mohamad, hadirin dan hadirat sekalian,

Ihtifal j-QAF Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009 bukan sekadar sebuah nama. Ianya merupakan aktiviti tahunan yang dilaksanakan oleh Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai, sebagai suatu aktiviti nilai tambah bagi pelaksanaan program j-QAF di sekolah-sekolah rendah di Daerah Kulai ini; bagi melahirkan generasi yang cintakan al-Qur’an dan cintakan Bahasa Arab sebagai bahasa al-Qur’an.

Indah mekar si bunga kiambang
Mekar mewangi di taman larangan
Ihtifal j-QAF harapannya gemilang
Melahirkan generasi cintakan al-Qur’an.

Untuk pengetahuan semua juga, aktiviti yang dipertandingkan di dalam Ihtifal j-QAF Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009 ini ialah Pertandingan Kalam Jama`e ataupun dalam Bahasa Melayunya disebut sebagai “percakapan secara berkumpulan” dan Pertandingan Dikir Barat.

Kedua-dua aktiviti ini dilaksanakan di dalam Bahasa Arab. Selain daripada itu, Ihtifal j-QAF ini juga turut mempertandingkan aktiviti Tilawah al-Qur’an bagi kategori lelaki dan perempuan.

Bagi Pertandingan Kalam Jama`e dan Dikir Barat, ianya telah dilaksanakan di TJMart ini sendiri. Manakala, bagi aktiviti Tilawah al-Qur’an, ianya telah dilaksanakan di SK Taman Muhibbah, Kulai.

Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan, untuk sama-sama kita mengetahui keputusan pertandingan yang telah dilaksanakan.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya ingin mempersilakan kepada Ustaz Ziman bin Mohammad, Penyelia Kanan Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai untuk mengiringi En. Rozani bin Mohamad, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Unit Kemanusiaan dan Sains Kemasyarakatan, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dipersilakan Tuan.

Pertandingan Kalam Jama`e
1.
2.
3.

Pertandingan Dikir Barat
1.
2.
3.

Tilawah al-Qur’an (Lelaki)
1.
2.
3.

Tilawah al-Qur’an (Perempuan)
1.
2.
3.

Terima kasih diucapkan kepada En. Rozani bin Mohamad atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi. Majlis juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang. Untuk pengetahuan hadirin dan hadirat sekalian, pemenang tempat pertama bagi setiap kategori akan mewakili Daerah Kulai ke Ihtifal j-QAF Peringkat Negeri Johor Tahun 2009, bertempat di ____________________ pada ____________. Sama-samakan kita doakan kejayaan mereka. Ma`at taufiq wan najaah.

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan pemenang tempat pertama bagi Pertandingan Kalam Jama`e dan Dikir Barat. Untuk pemenang tempat pertama Pertandingan Kalam Jama`e dipersilakan kepada __________________________________________________. Dipersilakan.

Untuk pemenang tempat pertama Pertandingan Dikir Barat dipersilakan kepada _________________________________________. Dipersilakan.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Sebagai penghargaan di atas kesudian En. Rozani bin Mohamad hadir ke dalam Majlis kita pada hari ini, majlis ingin menyampaikan sedikit tanda ucapan terima kasih kepada beliau.

Untuk itu, Majlis ingin mempersilakan kepada Ustaz Ziman bin Mohammad untuk menyampaikan tanda penghargaan tersebut. Dipersilakan dengan segala hormatnya.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Ziman bin Mohammad di atas kesudian menyampaian tanda penghargaan sebentar tadi.

Dan Majlis ingin merakamkan ucapan terima kasih sekali lagi kepada En. Rozani bin Mohamad di atas kesudian hadir ke Majlis yang penuh bermakna ini.

Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat.

Dan tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.

Ucapan terima kasih juga buat semua yang telah menjayakan Ihtifal j-QAF Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009, terutamanya pihak pengurusan TJMart, Ahli Jawatankuasa Pelaksana, barisan para hakim, ustaz dan ustazah, semua murid yang telah mengambil bahagian dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak.

Tanam langguna tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuknya mati
Budi semua tak kami lupa
Sudah terpaku di dalam hati.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung Majlis.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali.

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

Dijemput kepada Ustaz Ziman bin Mohammad untuk mengiringi En. Rozani bin Mohamad untuk menikmati sedikit hidangan yang telah disediakan. Dipersilakan.

p/s - Baru lepas siapkan teks emcee ni terus share kat Elhaamy. Esok saya ditugaskan sebagai emcee Majlis Penutup, Ihtifal j-QAF Peringkat Daerah Kulai 2009. Alhamdulillah, teks ni berjaya disiapkan and untuk dikongsi bersama...
Share on Google Plus

10 comments:

Anonymous said...

terima kasih!
sy terpksa mjdi pengacara bidan terjun dlm sebuah mjlis.
text anda amt mmbntu.
:)

Areef said...

Areef to Anon,

sama2...
mula2 mmg jadi bidan terjun.tp bila dah sekali kena,asyik kita je kena nanti.heheheh...sy pun dah nak pencen ni.dah jarang jd emcee.org pun dh jemu.sy pun dah mls...dah lm tak jd emcee dah.smg berjaya jer...rileks jer...

Anonymous said...

tq, saya akan menjadi mc buat pertama kali pada jumaat depan (12 Mac 2010)

Anonymous said...

Assalamualaikum.. Pertama kali saya jadi MC untuk majlis spt ini.. Selalunya jadi utk acara yang agak 'sekular' sikit..hehe..Terima kasih krn teks ni dapat membantu saya..

to anon,

w'salam... in sya allah dpt menjadi emcee yg baik :)

Anonymous said...

Assalamualaikum .... minta izin copy teks juruacara .... Terima kasih

Datie said...

@Anonymous
Saya minta izin tuan rumah utk jadikan rujukan ye...tavm...semoga urusan tuan rumah ini diberkati...& saya doakan juga semoga urusan anda dipermudahkan Tuhan sebab membantu mempermudahkan urusan orang lain....

terimakasih, saya copy tuan pnye teks penutupan majlis, tq

Anonymous said...

Alhamdulillah..slh satu sumber ref yg brmnfaat...Insya Allah khamis ini ana mengacarakn mjlis penutpn aktiviti KAFA d sek ana...

Anonymous said...

Assalammualaikum...mohon izin copy teks pengacaraan majlis...terima kasih