Teks Pengacara Majlis - Majlis Penutupan Seminar Budaya Kerja Cemerlang Guru-Guru Pendidikan Islam Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009


TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS PENUTUPAN
SEMINAR BUDAYA KERJA CEMERLANG GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM
PERINGKAT DAERAH KULAI TAHUN 2009
DEWAN SMK SENAI, KULAI
25 JULAI 2009

1
Mengumumkan, ketibaan Yang Berbahagia Tuan Hj. Hassan bin Issa, Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

2
Dari Raub pergi ke Pontian
Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan Majlis.

BismilLahirRahmanirRahim.
Assalamu `alaikum wa RahmatulLahi wa Barakatuh.

Yang Berbahagia
Tn. Hj. Hassan bin Issa
Ketua Sektor Pendidikan Islam
Jabatan Pelajaran Negeri Johor

Yang Dihormati
En. Anuar bin Jais
Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah
Pejabat Pelajaran Daerah Kulai

Yang Dihormati
En. Jais bin Sudin
Guru Besar SK Senai
selaku wakil Jawatankuasa Kurikulum Daerah
Panitia Agama Islam Menengah dan Rendah
Program j-QAF dan Panitia Bahasa Arab

Yang Berusaha
Ustaz Ziman bin Mohammad
Penyelia Kanan Pendidikan Islam
Unit Pendidikan Islam
Pejabat Pelajaran Daerah Kulai

Yang Berusaha
Ustazah Kalthom binti Abd. Rahman
Penyelia Pendidikan Islam
Unit Pendidikan Islam
Pejabat Pelajaran Daerah Kulai

Yang Dihormati
Tn. Hj. Zakaria bin Omar
Guru Penolong Kanan (HEM)
SMK Senai
selaku wakil kepada tuan rumah

Yang Dihormati
Pengerusi Jawatankuasa Kurikulum Daerah
Panitia Agama Islam Menengah
Program j-QAF dan Panitia Bahasa Arab

Yang Dihormati
Naib Pengerusi Jawatankuasa Kurikulum Daerah
Panitia Agama Islam Rendah
dan Program j-QAF

seterusnya Yang Dihormati Ahli Jawatankuasa Pelaksana Seminar Budaya Kerja Cemerlang Guru-Guru Pendidikan Islam Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009

barisan para pendidik; ustaz dan ustazah

hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.

3
Selamat datang ke :
Majlis Penutupan
Seminar Budaya Kerja Cemerlang Guru-Guru Pendidikan Islam Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009.

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum ila Majlisil Ikhtitam li Nadwati Saqafiatil `Amaliyatil Mumtazah li Asatidzit Tarbiyyatil Islamiyyah bi Kulai li Sanah Alfin wat Taasi`ah.

4
Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara.

Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri.

5
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Ariffin bin Zakaria. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Ariffin bin Zakaria atas bacaan doa itu tadi.

6
Untuk pengetahuan Yang Berbahagia Tn. Hj. Hassan bin Issa, hadirin dan hadirat sekalian,

Seminar Budaya Kerja Cemerlang Guru-Guru Pendidikan Islam Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009 bukan sekadar sebuah nama. Ianya merupakan program yang julung-julung kalinya diadakan yang menghimpunkan seluruh guru Pendidikan Islam, Menengah dan Rendah, dan juga guru-guru bagi Program j-QAF di Daerah Kulai ini.

Antara objektif program ini diadakan adalah untuk meningkatkan penghayatan budaya kerja cemerlang di kalangan guru-guru Pendidikan Islam di Daerah Kulai ini; agar hasrat untuk melahirkan guru yang bukan sahaja mempunyai ciri-ciri mudarris, malahan mu`allim, mursyid, mu`addib dan murabbi.

Indah mekar si bunga kiambang
Mekar mewangi di taman larangan
Seminar Budaya Kerja Cemerlang harapannya gemilang
Melahirkan mudarris mumtaz lagi berketrampilan.

7
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak berkat ilmu tanpa amalnya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara.


Untuk itu, Majlis dengan ini ingin mempersilakan kepada Yang Dihormati En. Anuar bin Jais, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan Tuan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati En. Anuar bin Jais atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

8
Hadirin dan hadirat sekalian,

Kini, tibalah masanya untuk kita sama-sama mendengar ucapan perasmian penutup Seminar Budaya Kerja Cemerlang Guru-Guru Pendidikan Islam Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009. Untuk itu, Majlis ingin mempersilakan kepada Yang Berbahagia Tn. Hj. Hassan bin Issa, Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Johor untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan Tuan.

Setinggi-tingi penghargaan diucapkan kepada Yang Berbahagia Tn. Hj. Hassan bin Issa atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

9
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Sebagai tanda ucapan terima kasih di atas kesudian Yang Berbahagia Tn. Hj. Hassan bin Issa hadir ke dalam Majlis kita pada hari ini, dan sudi untuk menyempurnakan upacara perasmian penutup Seminar Budaya Kerja Cemerlang Guru-Guru Pendidikan Islam Peringkat Daerah Kulai tahun 2009, Majlis ingin menyampaikan sedikit tanda penghargaan kepada beliau.

Untuk itu, Majlis ingin mempersilakan kepada Yang Dihormati En. Jais bin Sudin untuk mengiringi Yang Dihormati En. Anuar bin Jais untuk menyampaikan tanda penghargaan tersebut. Dipersilakan dengan segala hormatnya.

10
Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati En. Anuar bin Jais di atas kesudian menyampaian tanda penghargaan sebentar tadi.

Dan Majlis ingin merakamkan ucapan terima kasih sekali lagi kepada Yang Berbahagia Tn. Hj. Hassan bin Issa di atas kesudian hadir ke Majlis yang penuh bermakna ini.

Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat.

Dan tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas buat semua, atas kesudian hadir ke halaqah ilmu; Seminar Budaya Kerja Cemerlang Guru-Guru Pendidikan Islam Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009 dan memeriahkan Majlis Penutupan kita pada hari yang penuh keberkatan ini.

Ucapan terima kasih juga buat semua yang telah menjayakan Seminar Budaya Kerja Cemerlang Guru-Guru Pendidikan Islam Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009, terutamanya pihak Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai, SMK Senai selaku tuan rumah, Ahli Jawatankuasa Pelaksana, para pendidik yang terdiri daripada barisan ustaz dan ustazah, dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak.

Tanam langguna tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuknya mati
Budi semua tak kami lupa
Sudah terpaku di dalam hati.

11
Hadirin dan hadirat sekalian,

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi.

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung Majlis.

12
Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali.

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

13
Dijemput kepada Yang Berbahagia Tn. Hj. Hassan bin Issa diiringi dif-dif jemputan untuk menikmati sedikit hidangan yang telah disediakan. Dan dijemput juga kepada semua tetamu untuk turut mengiringi dan menikmati jamuan yang telah disediakan. Dipersilakan. Majlis bersurai.

24 comments :

Anonymous said...

salam:
saya mohon izin untuk meminjam sebahagian dari teks ini untuk dijadikan panduan bagi saya mengacara majlis Utusan Sukma : Sepagi Bersastera yang akan dijalankan disekolah saya tidak lama lagi. saya harap tidak keberatan. terima kasih

Areef said...

wsalam anon...

maaf lmbt respon msj awak tu... tp once sy dah publish teks ni kat blog sy ni, sy dah benarkan n halalkan utk sesape saje menggunakannya tanpa meminta kebenaran terlebih dahulu dr sy...

cuma gunalah dgn cara yg sebaikny n sebarkanlah utk kepentingan bersama... sbb ilmu ni bkn milik sy, sy bkn ada mengolahnya drpd teks yg sy peroleh drpd buku... smg berjaya!!!

Anonymous said...

salam...
terima kasih kerana memberi kebenaran kerana saya turut mnggunakan teks anda...

Anonymous said...

SALAM..
mohon izin untuk menceduk teks pengacaraan ya tuan...

Areef Ibn Naim said...

to anon,

wsalam... silakan...

Anonymous said...

salam..
mohon menggunakan pantun yg dihasilkan..
terima kasih..

Anonymous said...

salam...
mohon kebenaran menggunakan teks anda sebagai rujukan dan mohon kebenaran menggunakan sebahagian teks anda dan pantun yg dihasilkan

Areef Ibn Naim said...

To anon-anon,

w'salam... silakan yer... maaf lambat beri respon... mg dipermudahkan sglnya...

zuhair said...

assalamua'laikum... saya memohon kebenaran tuan utk mengambil teks ucapan ini sbgai bahan rujukan... smoga bermanfaat INSYAALLAH..

Areef Ibn Naim said...

to zuhair,

w'salam... silakan... mg bermanfaat...

Wahidah Muhamad said...

Assalamualaikum...
Saya mohon kebenaran untuk menggunakan teks ucapan ini sebagai rujukan saya dalam subjek pengucapan awam.
Kesudian pihak tuan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih yang sangat bermakna.

Areef Ibn Naim said...

to wahidah,

w'salam...

silakan... good luck :)

duniakecil aania said...

Assalamualaikum, saudara pengarang.. sy pon nak mtk izin saudara utk menceduk cara penyampaian teks MC utk majlis di Karnival Kerjaya PMS. mohon kebenaran dari saudara.

Terima kasih

Areef Ibn Naim said...

@duniakecil aania

w'salam... silakan, tkde mslh pun :)

sama2 :)

Anonymous said...

salam...
saya mohon kebenaran menggunakan teks anda sebagai rujukan dan mohon izin menggunakan sebahagian teks anda dan pantun yg dihasilkan

Areef Ibn Naim said...

@Anonymous

w'salam... silakan :)

Anonymous said...

salam..saya mohon izin utk copy teks ni bg rujukan saya mbuat teks mc pesta pantun di sekolah...

Anonymous said...

Assalamuaalikum...

Memohon keizinan dari saudara untuk mencetak teks yang penuh dengan intipati yang amat berguna.
Terima kasih.

Anonymous said...

Salam tuan, mohon izin copy teks ucapan untuk saya buat sedikait penembahan dalam teks ucapan saya. Terima Kasih

Anonymous said...

Salam...
Teks ucapan yang baik..dan sgt bermanfaat sbagai rujukan dlm pembikinan teks ucapan saya..terima kasih...klu sudi...publish la lbih banyak sample teks ucapan dgan acara yg pelbagai...wasalam.

bintumukhtar said...

salam...sy mohon share text mc ni....jazakallahukhairan jazaa

bintumukhtar said...

salam...sy mohon share text mc ni....jazakallahukhairan jazaa

IchaZha said...

Terima kasih...

Anonymous said...

salam... mohon izin untuk menggunakan sebahagian teks ini ya.

Terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...