2+3 = Blank

Salam Ramadan al-Mubaraq. Moga kita semua akan mendapat Rahmat dan Keberkatan di bulan yang penuh dengan kemuliaan ini.
lk
Di sini saya nak kongsikan sedikit pengalaman saya semasa berada di bangku sekolah menengah. Semasa di tingkatan 4, saya telah mengambil subjek Prinsip Akaun sebagai subjek elektif. Kalau dah belajar Prinsip Akaun tu mestilah ada kalkulator kan. So, saya pun belilah. Tak ingat lak apa jenamanya. Yang saya ingat kalkulator tu bewarna putih dan menggunakan tenaga solar.
lk
Nak dijadikan cerita, ntah mulut saya ni gatal sangat agaknya. Ada la beberapa kali, saya bertanya dengan kawan2, camana agaknya keadaan kalkulator tu bila tiba2 je tak berfungsi. Sebab sepanjang saya guna tu ok je. And kalau guna tenaga solar, kan kalau ia tak dapat tenaga yang secukupnya tentu tak berfungsi kan.
lk
So, final endingnya kan. Semasa peperiksaan SPM, subjek Prinsip Akaun tu dijalankan pada waktu petang. Saya ingat lagi, masa tu tengah puasa bulan Ramadan. Sebenarnya ianya telah dilewatkan, sebab pada tarikh sebenar tu ada PRU tak silaplah. So, kalau peperiksaan dijalankan pada waktu petang, pagi leh la study lagi kan. So, saya studyla seperti biasa and kalkulator tu pun biasa2 je, takde pun tanda yang luar biasa. He3...
lk
So, sampai masa peperiksaan bermula petang tu, kalkulator tu pun ok je. Tetiba kan, cuaca berubah mendung and keadaan dewan agak malap, tapi takdela orang bukak lampu lak, sebab takdela gelap sangat. So kan, he3... Nak tergelak lak bila ingat balik. Masa saya tengah guna kalkulator tu kan, contohnya saya kira 2+3, terus je blank. Saya ketuk2 kalkulator tu, ok balik. Then saya wat operasi pengiraan lagi, jawapannya blank. Huhuhuhu. Maybe ni la jawapan kepada kemusykilan saya selama ni. Aduhai, nape la dapat jawapan waktu ni. So, saya hanya wat operasi pengiraan secara manual, kira kat kertas je. Saya ada simpan kertas tu, saya ambik dalam tong sampah. He3... Nanti, kalau saya jumpa kertas tu, saya scan and saya uploadkan untuk tatapan semua. Alhamdulillah, dapat la gak C3. Target dapat A1.
lk
Tapi, yang peliknya, lepas2 tu kalkulator tu ok je. Saya guna masa di universiti gak. Sebab masa kat universiti, saya ada ambil subjek Matematik sebagai subjek elektif. Tapi, last2 tu dah tak ingat dah apa kesudahan kalkulator tu. Tq la kalkulator ku yang berjasa. Heheheh...
lk
Moral of the story, sebagai pelajar yang akan menghadapi peperiksaan kita janganlah suka cakap benda yang bukan2. Cakap benda yang baik2 je. Then, kalau boleh tu, stationery yang akan digunakan semasa menjalani peperiksaan biarlah dikhaskan untuk peperiksaan sahaja. Jangan digunakan pada waktu lain. Tapi, checkla gak keadaannya, sebelum menghadapi peperiksaaan.
lk
Sekian, sahaja coretan saya untuk kali ini.

0 comments:

Rotan, Oh Rotan!

Sekarang ni isu yang sedang hangat diperkatakan antaranya adalah berkenaan dengan isu rotan. Faham2 jela isu apa ye. Saya tak mahu menyentuh berkenaan dengan isu itu. Cukuplah sekadar saya doakan agar kita semua mendapat 'ibrah (pengajaran) daripada isu tersebut. Sesungguhnya orang yang akalnya panjang; dipandu dengan ilmu Ilahi, in sya Allah itu bukan perkara titik benik yang perlu diperbincangkan secara panjang lebar. Semuanya sudah termaktub di dalam al-Qur'an. Hanya dari aspek teknikal dan perlaksanaanya sahaja perlu diperhalusi sebaiknya agar tidak timbul pandangan jahat daripada pihak2 tertentu.
lk
Menyebut tentang isu rotan ini, mengimbau kenangan saya semasa berada di darjah 6. Saya masih ingat, di mana guru Bahasa Malaysia saya akan merotan tapak tangan murid-murid tahun 6 kelas saya yang markah ujian Bahasa Malaysianya menurun daripada markah ujian sebelumnya. Dan jumlah sebatan yang dikenakan adalah berdasarkan jumlah penurunan markah yang diperoleh. Jika 5 markah yang turun, maka 5 sebatan la yang akan diberi. Dan saya juga pernah merasainya.
lk
Namun, saya pasti sebatan itu bukan sebatan yang lebih kepada berbentuk hukuman, tetapi sebatan yang padanya terselit rasa kasih sayang, rasa tanggungjawab untuk melihat sebuah kejayaan. Dan saya tidak pernah mendengar ada ibu bapa yang datang ke sekolah mengambil tindakan terhadap guru tersebut. Kerana itulah sebatan kasih sayang, sebatan penuh tanggungjawab, bukan untuk memalukan, apatah lagi untuk mencederakan, tetapi itulah pencetus kejayaan, memberi iktibar, agar tidak mengulangi kesilapan yang lalu. Bagi yang terkecuali, itulah sebatan amaran penuh berhemah agar tidak sesekali akan melakukan kesalahan tersebut. Thanks to Cikgu Azizah Yeop...

0 comments:

Ramadan Greetings

Di sini saya nak kongsikan, beberapa sms yang telah saya terima sempena kehadiran bulan Ramadan al-Mubaraq ini. Terima kasih kepada semua yang sudi mengirimkan sms. Dulu, hobi saya, saya suka menyalin sms2 yang diterima di dalam sebuah buku. Yela, kekadang phone memory penuh, sayang nak delete sms2 tu. Pastu, malas dah. So, nak mula balik la hobi tu. Tapi post kat Elhaamy ni la pulak...
lk
Tiada hari seindah Jumaat. Tiada kata seindah zikir. Tiada ibadah seindah solat. Tiada bulan seindah Ramadhan. Salam Ramadhan al-Mubarak dan Selamat Berpuasa.
~En. Zakaria, Klang~
260809/0334pm
lk
Selamat berpuasa, berbuka, berterawikh, bersahur. Semoga dapat memperbanyakkan amalan ibadah di bulan Ramadhan yang berkat dan mulia in. Bulan Sya'ban berlalu sudah. Ramadhan membuka pintu syurga untuk hamba Allah yang beriman.
~Kak Fizah~
220809/1004am
lk
Telah berlabuh tirai Sya'ban. Lambaian Ramadan kian dinanti. Luhur hati ikhlas amalan. Semoga segala ibadat Allah berkati. Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak
~Kak Saiful~
220809/0652am
lk
Sentiasalah setting niat. Upgrade iman. Download sabar. Upload usaha. Delete dosa. Update doa. Dan top-up ilmu, supaya dapatlah redeem pahala banyak2. Selamat menyambut Ramadan. Semoga puasa tahun ini lebih baik dari tahun yang lepas.
~Syam N9~
210809/0730pm
lk
Perkataan yang cantik Allah. Lagu yang merdu azan. Novel yang menarik al-Qur'an. Senaman yang baik sembahyang. Dan diet yang mujarab puasa. Selamat menyambut bulan Ramadhan.
~Zul Salleh~
210809/0938am
lk
And tq to Kak Jamilah Parman, Aainaa, Cik Tukirah Kosni, Ayu Dijah, dan Elia yang turut sudi mengirimkan sms.

0 comments:

Setahun Yang Lalu, Rindu, Serindu-Rindunya

Setahun yang lalu... 16 hingga 24 Ogos 2008... Tercipta suatu memori yang cukup indah; yang sukar untuk saya lupakan sampai bila2 pun. Pada ketika itu, Elhaamy sudahpun bertapak di alam maya ini. Tapi, ketika itu saya umpama blogger yang baru belajar bertatih. Serba-serbinya tidak tahu. Maka, setelah setahun ianya berlalu, maka baru ketika ini saya mahu mencoretkannya di Elhaamy ini... Bukan untuk membangga diri, menunjuk-nunjuk tidak sesekali. Tetapi sekadar mahu berkongsikan sebuah rasa; sebuah memori. Kerana saya amat merinduinya... Maka saya coretkannya di Elhaamy ini. Sebuah coretan lama...
Alhamdulillah; segala puji kepunyaan Allah, dengan keizinannya kaki ini telah melangkah ke Bumi Haram, Tanah Suci Kota Makkah dan Kota Madinah untuk mengerjakan ibadah umrah (umrah sunat) di samping melakukan amalan ziarah. Terima kasih kepada emak kerana telah men'sponsor' perjalanan yang cukup indah ini.
Kami bertolak dari Kota Tinggi, Johor bersama jemaah umrah yang lain (Jemaah Asmadi Group, Kota Tinggi), pada 16 Ogos 2008, terus ke Changi Airport, Singapore. Perjalanan dari Changi Airport menaiki penerbangan Saudi Arabian terus ke Lapangan Terbang Jeddah. Tiba di Jeddah, terus menaiki bas yang disediakan untuk menuju ke Madinah al-Munawwarah (Kota yang Bercahaya). 
Berada di Madinah selama 3 hari 2 malam dan seterusnya bertolak ke Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah. Berada di Makkah selama 5 hari 5 malam. Tiba di Changi Airport kembali pada 25 Ogos 2008. Inilah kupersembahkan kepada kalian memori terindahku semasa berada di sana...
Namun demikian, ia tidak dapat mengambarkan keseluruhan memori terindahku kerana ada banyak memori yang tidak dapat aku rakamkan melalui rakaman kamera, tetapi ianya kekal terakam di dalam ingatan yang sehingga kini masih terngiang-ngiang di mindaku akan kenangan perjalanan yang cukup indah itu...
Aku menyeru kepada kalian, jika ada rezeki pergilah ke sana, samada mengerjakan ibadah haji dan umrah, atau umrah sunat sahaja kerana kalian akan merasai satu pengalaman yang cukup indah, sukar dibayangkan dengan kata-kata. Bagi diriku sendiri tidak sabar menunggu cuti sekolah kerana aku mengimpikan untuk ke sana lagi, walaupun ongkosnya belum pasti ada... 
Kalian juga boleh melayari internet untuk mendapatkan gambaran perjalanan indah ini daripada mereka yang sebelum ini telah menjadi tetamu Allah di bumi bertuah Makkah dan Madinah. Dan itu jugalah yang aku lakukan untuk mengubat kerinduanku... :-)
Inilah sebuah coretan si perindu. He3. Saya bukanlah seorang pengkisah yang baik. Tak pandai nak bercerita panjang. Hanya ini yang dapat dicoretkan. 









0 comments:

Ustaz Kimi, Moga Cepat Sembuh!


Ustaz Kimi, cepat2 sembuh ye. "Sesungguhnya sakit itu adalah kaffarah atas dosa2 yang kita lakukan". Ni saya hantar nurse ni... Nak inject ustaz... Tapi, sorryla nurse seksilak. Hahahaha...
lk

0 comments:

Elhaamy... It's My Life


Elhaamy... actually is all about my personal life and my worklife. So, sorryla, kalau entri2 dalam Elhaamy ni banyaknya tentang cerita peribadi dan kerjaya saya. Elhaamy inilah tempat saya mencurahkan cerita kehidupan saya untuk dikongsi bersama generasi saya pada masa yang akan datang... He3...

0 comments:

Yang Benar Akan Sentiasa Menang

Tahniah atas sebuah kemenangan. Apa yang menang? Apa2 jela yang menang. He3...
lk

0 comments:

To All PTK Candidates

To all PTK candidates... Wishing all the best to all of u, ma'at taufiq wan najaah...
lk
lk
Saya tak layak lagi. Belum sah jawatan. Ada gak tanya ngan GB, bile saya leh sah jawatan. Jawapan GB saya, "Bukan ke sah jawatan 3 tahun?". Hurmm... Mungkin saya akan sedikit ketinggalan. Takpela, belum rezeki saya kan...

0 comments:

Jamuan Teriak!!!

Jamuan teriak!!! Pelik je bunyinya. Pelik tapi benar. Tapi itulah hakikatnya. Sebenarnya jamuan teriak ni merupakan salah satu aktiviti bilik guru, SK LKTP Sungai Sayong; sekolah tempat saya mengajar. Jamuan teriak ni adalah satu majlis makan-makan, di mana setiap guru akan membawa menu makanan pilihan masing-masing, samada menu utama, sampingan, pencuci mulut mahupun minuman. Selalunya jamuan ni diadakan pada satu hari yang telah ditetapkan. Tapi, untuk jamuan teriak kali ke-2 untuk tahun 2009 ni, ia telah dilaksanakan secara 3 fasa. Fasa 1 (18 Ogos), fasa 2 (19 Ogos) dan fasa 3 (20 Ogos). Maknanya, jamuan teriak ni telah dilaksanakan selama 3 hari berturut-turut mengikut kumpulan masing-masing. Antara menu utama adalah seperti nasi lemak berlauk, kari itik dan nasi putih, spaghetti, lontong, laksam, mee tomyam, roti dan kari ayam dan sebagainya lagi di samping menu sampingan, pencuci mulut dan juga minuman samada air kotak mahupun minuman panas. Semuanya sedap2. Alhamdulillah...
lk

0 comments:

Ahlan Ya Ramadan... Ramadan Kareem

Kepada semua pengunjung Elhaamy, saya ucapkan "Selamat Menjalani Ibadah Puasa". Moga kita semua akan berjaya dengan cemerlangnya di madrasah tarbiyyah jasadiyyah ini. In sya Allah...
lk

0 comments:

Kenangan Terindah

lk
lk
Di sini saya nak kongsikan beberapa keping foto team kalam jama'e sekolah saya, yang telah menyertai Pertandingan Kalam Jama'e, Ihtifaal j-QAF Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009 (sebelum bermulanya pertandingan). Sesungguhnya ia adalah kenangan terindah...

0 comments:

My Sms3


"Bila Allah cepat memakbulkan doamu, maka Dia menyayangimu. Bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu. Bila Dia tidak memakbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik buatmu. Oleh itu, bersangka baiklah dalam apa jua keadaan, kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaan-Nya".
lk
190809/ 0354pm
lk
~matakami~

1 comments:

My Sms2


"Ukhwah itu di hati... Walau bersendirian pasti ia menemani... Setiap yang manis mampu dikenangi... Walau tiada di mata, ia hadir bila dirindui, kerana ia kekal di dasar hati..."
lk
190809/ 1052am
lk
~matakami~

0 comments:

My Sms1


"Hilangkan segala kerisauan, hilangkan segala kesedihan, hilangkan segala kepenatan dan kelesuan, akhiri malam mu dengan BismilLah, dan mulakan jaga mu dengan menyebut AlhamdulilLah"
lk
15/08/09 (11.54pm)

~matakami~

0 comments:

Tahniah


Sebenarnya, saya hanya menyediakan teks pengacara majlis untuk Majlis Penutupan Kursus Imam Pelapis Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Johor Tahun 2009 tu. Tapi, bukan saya yang mengacarakan majlis tu. Untuk pengetahuan semua, majlis tu telah diacarakan oleh 2 orang puteri yang merupakan peserta bagi kursus tersebut. Tapi, saya terlupa nama mereka. Saya dah minta mereka tuliskan nama pada secebis kertas, tapi saya dah hilangkan kertas tu tak tau di mana. Huhuhu. Yang saya ingat sorang tu merupakan pelajar daripada SMKA Segamat (sekolah saya dulu k, hehehe) dan sorang lagi dari SBPI Mersing (adik tolong betulkan ye, ustaz tak pasti sangat). Kalau adik berdua ziarah ke blog ustaz ni, tolong updatekan nama adik berdua yer.
lk
Tapi yang pasti kedua-duanya memang berbakat. Apa tidaknya, sejurus sahaja habis majlis tersebut, mereka telah menerima ucapan tahniah daripada pegawai-pegawai daripada Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan pegawai-pegawai daripada Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah-Daerah yang hadir kerana mereka telah berjaya mengacarakan majlis tersebut dengan baik. Tahniah ye adik-adik! Bagi saya mereka memang berbakat dan mempunyai potensi. Mudah-mudahan dengan bakat dan potensi yang mereka miliki dapat digunakan untuk usaha-usaha dakwah Islamiyyah di atas muka bumi ini.
lk
And tahniahla buat adik dari SMKA Segamat tu kerana telah dinobatkan sebagai peserta terbaik perempuan. Ustaz tumpang gembira, kerana adik adalah generasi SMKAS. He3... Moga adik2 berdua akan terus berjaya dalam segala bidang yang diceburi; berjaya di dunia dan juga di akhirat. Ma'at taufiq wan najaah...
lk

~update~ Nama 2 puteri tu ialah Nur Safuhah binti Md Yusoff (SMKA Segamat) & Nurhasliza binti Zolkefli (SM Sains Sultan Iskandar, Mersing). Baru jumpa cebisan kertas tu. He3...

4 comments:

Kalau Salah Tolong Betulkan


Rasanya adalah dalam 4-5 entri di Elhaamy ni, berkenaan dengan teks pengacara majlis. Dan saya pasti ramai yang telah menggunakannya, dan mungkin telah diubahsuai untuk di'match'kan mengikut majlis2 tertentu. Saya tak kisah pun. Guna lah yek. Cuma, kalau boleh cubala check teks tu, maybe ada salah dari segi penggunaan tatabahasa. Sebab, ada orang komen teks-teks yang saya hasilkan tu, mengandungi sedikit kesalahan dari segi penggunaan tatabahasa yang betul. Yela, kali terakhir saya belajar Bahasa Malaysia masa SPM tahun 99. Dah 10 tahun berlalu. He3... Tentu ada yang berubah kan. Jadi, kalau perasan kat mana-mana yang salah tu tolongla betulkan yek. And jangan lupa bagitau saya, untuk penambahbaikan di masa hadapan....

0 comments:

Teks Pengacara Majlis - Majlis Penutupan Kursus Imam Pelapis Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Johor Tahun 2009


TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS PENUTUPAN
KURSUS IMAM PELAPIS SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH
PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2009
DI SMK BANDAR TENGGARA 2, KULAI, JOHOR
16 0GOS 2009

1
Mengumumkan, ketibaan Yang Berbahagia Tn. Hj. Mohd Basari bin Hj. Abd. Manan, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

2
Dari Raub pergi ke Pontian
Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon kami mulakan Majlis.

BismilLahirRahmanirRahim
Assalamu `alaikum wa RahmatulLahi wa Barakatuh.

Yang Berbahagia
Tn. Hj. Mohd Basari bin Hj. Abd. Manan
Ketua Penolong Pengarah
Sektor Pendidikan Islam
Jabatan Pelajaran Negeri Johor

Yang Berusaha
En. Anuar bin Jais
Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah
Pejabat Pelajaran Daerah Kulai
selaku wakil rasmi
Pegawai Pelajaran Daerah Kulai

Yang Berusaha
En. Khairudin bin Mustafa
Guru Penolong Kanan 1
SMK Bandar Tenggara 2
selaku wakil kepada Tuan Rumah

Yang Berusaha
Ustaz Omar bin Salleh
Ketua Unit Operasi Dakwah
Sektor Pendidikan Islam
Jabatan Pelajaran Negeri Johor

Yang Dihormati
Pegawai-Pegawai daripada Jabatan Pelajaran Negeri Johor

Pegawai-Pegawai daripada Pejabat Pelajaran Daerah-Daerah

barisan Pengetua

Ahli Jawatankuasa Pelaksana Kursus Imam Pelapis Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Johor Tahun 2009

barisan Fasilitator

Guru-Guru Pengiring

Peserta-Peserta Kursus

hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.

3
Selamat datang ke :

Majlis Penutupan
Kursus Imam Pelapis Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Johor Tahun 2009.

4
Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara.

Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri.

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izin-Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam Majlis Penutupan Kursus Imam Pelapis Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Johor Tahun 2009.

Majlis jua ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kehadiran Yang Berbahagia Tn. Hj. Mohd Basari bin Hj. Abd. Manan, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Johor kerana sudi hadir merasmikan Majlis Penutupan Kursus Imam Pelapis Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Johor Tahun 2009 pada pagi/ tengahari yang berbahagia ini.

5
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Saudara Mohd Haziq bin Kamaruddin wakil daripada Daerah Batu Pahat.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Saudara Mohd Haziq bin Kamaruddin atas bacaan doa itu tadi.

6
Hadirin dan hadirat sekalian,

Kursus Imam Pelapis Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Johor Tahun 2009 merupakan Program yang dianjurkan oleh Unit Operasi Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Johor, yang menghimpunkan wakil-wakil pelajar daripada sekolah-sekolah berasrama di Negeri Johor ini.

Antara objektif Program ini diadakan adalah untuk melahirkan imam yang berilmu, bersahsiah dan berkualiti tinggi.

Indah mekar si bunga kiambang
Mekar mewangi di taman larangan
Kursus Imam Pelapis harapannya gemilang
Melahirkan pemimpin ummah, beriltizam lagi berketrampilan.

7
Hadirin dan hadirat sekalian,

Marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia berkenaan dengan perjalanan Kursus Imam Pelapis Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Johor Tahun 2009 yang telah berlangsung mulai 14 hingga 16 Ogos 2009.

8
Hadirin dan hadirat sekalian,

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak berkat ilmu tanpa amalnya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara.

Majlis dengan ini ingin mempersilakan kepada Saudara Haiqal Syafiq bin Mohd Tahar, selaku Penghulu bagi Kursus Imam Pelapis Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Johor Tahun 2009 untuk menyampaikan ucapannya. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Saudara Haiqal Syafiq bin Mohd Tahar atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

9
Seterusnya, marilah sama-sama kita dengarkan ucapan aluan daripada Yang Berusaha En. Anuar bin Jais, Timbalan Pegawai Pelajaran, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai. Dipersilakan Tuan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha En. Anuar bin Jais atas ucapan alu-aluan yang telah disampaikan sebentar tadi.

10
Hadirin dan hadirat sekalian,

Kini, tibalah masanya untuk kita sama-sama dengarkan ucapan perasmian penutup Kursus Imam Pelapis Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Johor Tahun 2009. Untuk itu, Majlis ingin mempersilakan kepada Yang Berbahagia Tn. Hj. Mohd Basari bin Hj. Abd. Manan, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Johor untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan Tuan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Yang Berbahagia Tn. Hj. Mohd Basari bin Hj. Abd. Manan atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

11
Hadirin dan hadirat Yang DiRahmati Allah sekalian,

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian sijil dan hadiah.

Untuk menyempurnakan upacara tersebut, Majlis dengan ini ingin menjemput dan mempersilakan kepada Yang Berusaha En. Anuar bin Jais, untuk mengiringi Yang Berbahagia Tn. Hj. Mohd Basari bin Hj. Abdul Manan. Dipersilakan Tuan.

12
Kita mulakan dengan penyampaian sijil penyertaan kepada wakil setiap Daerah.

Dipersilakan wakil daripada Daerah Kulai
diteruskan dengan wakil daripada Daerah Johor Bharu
dipersilakan wakil daripada Daerah Pasir Gudang
dipersilakan wakil daripada Daerah Kota Tinggi
dipersilakan wakil daripada Derah Kluang
dipersilakan wakil daripada Daerah Batu Pahat
dipersilakan wakil daripada Daerah Muar
dipersilakan wakil daripada Daerah Segamat
dipersilakan wakil daripada Daerah Mersing
dan dipersilakan wakil daripada Daerah Pontian.

Seterusnya adalah penyampaian sijil penghargaan kepada wakil Ahli Jawatankuasa Pelaksana, Kursus Imam Pelapis Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Johor Tahun 2009.

Untuk itu, dipersilakan kepada Ustaz Aliff Ma’arof bin Sanan untuk menerima sijil penghargaan tersebut.

Seterusnya, adalah penyampaian hadiah dan sijil penghargaan kepada peserta terbaik kategori lelaki dan perempuan, Kursus Imam Pelapis Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Johor Tahun 2009.

Untuk peserta terbaik kategori lelaki, Kursus Imam Pelapis Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Johor Tahun 2009 dipersilakan kepada Saudara ________________________________.

Untuk peserta terbaik kategori perempuan, Kursus Imam Pelapis Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Johor Tahun 2009 dipersilakan kepada Saudari ________________________________.

Dan yang terakhirnya, adalah penyampaian sijil penghargaan kepada wakil Tuan Rumah.

Untuk itu, dipersilakan kepada Yang Berusaha En. Khairudin bin Mustafa, Guru Penolong Kanan 1, SMK Bandar Tenggara 2 untuk menerima sijil penghargaan tersebut.

13
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Tn. Hj. Mohd Basari bin Hj. Abd. Manan di atas kesudian menyempurnakan upacara penyampaian sijil dan hadiah sebentar tadi.

14
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Sebagai tanda ucapan terima kasih di atas kesudian Yang Berbahagia Tn. Hj. Mohd Basari bin Hj. Abd. Manan, hadir ke dalam Majlis kita pada hari ini, dan sudi untuk menyempurnakan upacara perasmian penutup Kursus Imam Pelapis Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Johor Tahun 2009, Majlis ingin menyampaikan sedikit tanda penghargaan kepada beliau. Untuk itu, Majlis ingin mempersilakan kepada Yang Berbahagia En. Anuar bin Jais, untuk menyampaikan tanda penghargaan tersebut. Dipersilakan dengan segala hormatnya.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha En. Anuar bin Jais di atas kesudian menyampaikan tanda penghargaan sebentar tadi.

15
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah,

Majlis ingin merakamkan ucapan terima kasih sekali lagi kepada Yang Berbahagia Tn. Hj. Mohd Basari bin Hj. Abd. Manan di atas kesudian hadir ke Majlis yang penuh bermakna ini.

Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat.

Dan tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas buat semua, atas kesudian hadir memeriahkan Majlis Penutupan kita pada hari yang penuh keberkatan ini.

Tanam langguna tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuknya mati
Budi semua tak kami lupa
Sudah terpaku di dalam hati.

16
Hadirin dan hadirat sekalian,

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi.

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung Majlis.

17
Dikesempatan ini, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali.

Bunga mawar cantik berseri
Mekar disirami si embun pagi
Majlis Penutupan Kursus Imam Pelapis mengundur diri
Semoga tahun hadapan berjumpa lagi.

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

18
Dijemput kepada Yang Berbahagia Tn. Hj. Mohd Basari bin Hj Abd. Manan diiringi dif-dif jemputan untuk menikmati sedikit hidangan yang telah disediakan. Dipersilakan juga kepada hadirin dan hadirat sekalian untuk turut menikmati hidangan yang telah disediakan. Majlis bersurai.

Disediakan Oleh :
Ustaz Noor Azaref bin Naim
SK LKTP Sungai Sayong
Kulai, Johor

8 comments:

Hidup Ini Indah Jika Semuanya Kerana Allah

0 comments:

Ramadan Yang Dinanti

0 comments:

Festival Nasyid Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Kebangsaan Tahun 2009

Salam ukhwah buat semua... Dalam entri sebelum ni, saya ada menyebut tentang Festival Nasyid Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Kebangsaan Tahun 2009 yang dilaksanakan di Negeri Pahang Darul Makmur. Cerita je tentu tak best kan. Sebab saya pun bukannya terlibat pun dengan Festival tu. So, saya telah berusaha untuk mengumpulkan klip video kumpulan-kumpulan yang telah bertanding untuk tatapan dan panduan kita semua. Cari kat youtube je. Tapi, tak semuala yang saya jumpa. And saya sebenarnya nak tengok sangat klip video bagi wakil Negeri Johor untuk kategori sekolah rendah. Tapi, tak jumpalah. Yang tahun lepas pun tak jumpa. Kalau ada sesape nak update tentang klip-klip video tu, dipersilakanla yer...
lk
Naib Johan Sekolah Rendah : SK Tengku Muda Serting, N9 (Lagu 1)
lk
Naib Johan Sekolah Rendah : SK Tengku Muda Serting, N9 (Lagu 2)
lk
Ketiga Sekolah Rendah : SK Seri Setiawan, Perak (Lagu 1, Part 1)
lk
Ketiga Sekolah Rendah : SK Seri Setiawan, Perak (Lagu 1, Part 2)
lk
Ketiga Sekolah Rendah : SK Seri Setiawan, Perak (Lagu 2)
*I luv this song so much*
lk
Johan Sekolah Menengah : SMKA Maahad Muar, Johor (Lagu 1- Lirik Tema Terbaik)
lk
Johan Sekolah Menengah : SMKA Maahad Muar, Johor (Lagu 2)
lk
Naib Johan Sekolah Menengah : SMK Wangsa Maju 2, KL (Lagu 1, Solo Terbaik)
lk
Naib Johan Sekolah Menengah : SMK Wangsa Maju 2, KL (Lagu 2)
*I luv this song so much*
lk
Ni jela klip video yang berjaya saya kumpulkan. Ada gak, klip video kumpulan-kumpulan yang tidak berjaya mendapat tempat telah saya download untuk koleksi peribadi saya. Tapi, tidak saya uploadkan di Elhaamy ini. Bukan mereka tidak bagus, mungkin bukan rezeki mereka. Kita hanya mampu berusaha dan bertawakkal. Hanya Allah sahaja yang mampu menentukan... Berusaha dan terus berusaha. Mencuba dan terus mencuba. Bukan selamanya kita berada di atas, sesekali perlu merasakan apa ertinya sebuah kekalahan, kekecewaan dan kesedihan...

0 comments: