Rotan, Oh Rotan!

Sekarang ni isu yang sedang hangat diperkatakan antaranya adalah berkenaan dengan isu rotan. Faham2 jela isu apa ye. Saya tak mahu menyentuh berkenaan dengan isu itu. Cukuplah sekadar saya doakan agar kita semua mendapat 'ibrah (pengajaran) daripada isu tersebut. Sesungguhnya orang yang akalnya panjang; dipandu dengan ilmu Ilahi, in sya Allah itu bukan perkara titik benik yang perlu diperbincangkan secara panjang lebar. Semuanya sudah termaktub di dalam al-Qur'an. Hanya dari aspek teknikal dan perlaksanaanya sahaja perlu diperhalusi sebaiknya agar tidak timbul pandangan jahat daripada pihak2 tertentu.
lk
Menyebut tentang isu rotan ini, mengimbau kenangan saya semasa berada di darjah 6. Saya masih ingat, di mana guru Bahasa Malaysia saya akan merotan tapak tangan murid-murid tahun 6 kelas saya yang markah ujian Bahasa Malaysianya menurun daripada markah ujian sebelumnya. Dan jumlah sebatan yang dikenakan adalah berdasarkan jumlah penurunan markah yang diperoleh. Jika 5 markah yang turun, maka 5 sebatan la yang akan diberi. Dan saya juga pernah merasainya.
lk
Namun, saya pasti sebatan itu bukan sebatan yang lebih kepada berbentuk hukuman, tetapi sebatan yang padanya terselit rasa kasih sayang, rasa tanggungjawab untuk melihat sebuah kejayaan. Dan saya tidak pernah mendengar ada ibu bapa yang datang ke sekolah mengambil tindakan terhadap guru tersebut. Kerana itulah sebatan kasih sayang, sebatan penuh tanggungjawab, bukan untuk memalukan, apatah lagi untuk mencederakan, tetapi itulah pencetus kejayaan, memberi iktibar, agar tidak mengulangi kesilapan yang lalu. Bagi yang terkecuali, itulah sebatan amaran penuh berhemah agar tidak sesekali akan melakukan kesalahan tersebut. Thanks to Cikgu Azizah Yeop...
Share on Google Plus

0 comments: