Perginya Menemui Ilahi...

Entri terakhir saya sebelum ni berkisarkan tentang kisah duka sahabat saya Khadijah Ismail dan Muhd Ramadhan Fitri Elias. Kisah duka tentang puteri kesayangan mereka NurFatimah, yang diletakkan di wad ICU, Hospital Putrajaya dalam keadaan koma dan kritikal. Dan selawat syifa' saya layangkan buatnya agar ia kembali sembuh, sihat dan ceria. Namun, tidak saya sangka, ketika ini saya masih menulis tentang kisah duka itu, malahan terpaksa menulis entri noktah, tiada entri-entri seterusnya...
lk
"NurFatimah telah pergi menemui Ilahi pada kira-kira jam 6.20 pagi tadi"
lk
Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan menemui mati. Inna lilLahi wa inna ilaihi roji`uun.... Moga kau berbahagia di sana wahai NurFatimah... Buat sahabat saya Khadijah Ismail dan Muhd Ramadhan Fitri Elias, tabahkanlah hati, kuatkanlah semangat, redhalah dengan setiap ketentuan-Nya. Pasti ada hikmah atas apa yang berlaku...
lk
lk
Kita hanya mampu sujud..
Share on Google Plus

2 comments:

umi_e said...

Al-fatihah buat adik Nur Fatimah... semoga tenang di sisi Nya...

* kepada kedua2 orang tuanya semoga tabah menghadapai ujian Allah SWT...

Areef said...

In sya Allah...