Program Jalinan Ukhwah Hari Raya `AidilFitri 1430H (JAUHARI1430H)

Raya belum abis lagi... So, di kesempatan itu, telah dilaksanakan Program Jalinan Ukhwah Hari Raya `AidilFitri 1430H (JAUHARI1430H) Peringkat SK LKTP Sungai Sayong. Program ini telah dilaksanakan pada hari Khamis, 15 Oktober 2009 bersamaan dengan 26 Syawal 1430H. Program ini telah dimulakan dengan bacaan doa, dan diisi dengan pelbagai aktiviti seperti bacaan ayat-ayat suci al-Qur'an dan terjemahan, bacaan selawat Nabi, ucapan daripada GPK HEM, persembahan nasyid, deklamasi sajak dan persembahan sketsa.
lk
Untuk aktiviti-aktiviti tersebut, tiada foto yang dapat saya kongsikan kerana saya hanya membuat rakaman video sahaja pada ketika itu. Mungkin, boleh dikongsikan kemudian apabila saya memperolehinya daripada guru-guru lain. Dan pada akhir Program tersebut, telah disampaikan hadiah bagi pertandingan mewarna dan pertandingan nasyid sempena Majlis Penutupan Program Ihya' Ramadan 1430H (IHRAM1430H).

lk
Selamat Hari Raya `AidilFitri, Maaf Zahir & Batin daripada kami warga
SK LKTP Sungai Sayong, Kulai, Johor.
Share on Google Plus

0 comments: