Sajak - "Insaflah Wahai Diri"

Khas buatmu
Saudara Muslimku
Insaflah wahai diri

Lahirmu kerana satu tujuan
Hidupmu bukan sekadar mengecap kenikmatan
Kemanisan dunia tidaklah berkekalan
Jangan sampai kau sesat di hujung jalan

Wahai diri
Hari-harimu berlalu
Tanpa kau sedari
Bulan dan tahun silih berganti
Ramadan, Syawal, Muharram…
Kehidupan semakin menjauhi
Kematian pula datang mendekati

Wahai diri
Alam dan makhluk sukar mengasihimu
Masa turut terus meninggalkanmu
Manusia tak akan selamanya bersamamu
Yang pasti hanya Tuhan bisa
Sentiasa menemanimu

Wahai diri
Mengapa wujud takbur dan bangga
Sedang kau hanya satu lagi ciptaan-Nya
Yang tiada upaya
Lemah tak bermaya

Wahai diri
Mengapa kau masih ingkar
Berani suruhan dan larangan-Nya
Kau langgar
Kau nahi yang makruf
Kau amar yang mungkar
Sungguh berani kuasanya kau cabar
Mujur Tuhanmu Maha Bersabar

Wahai diri
Mengapa kau biar dirimu terleka
Yakinlah kau akan satu perkara
Setiap amal pasti akan dibalas-Nya
Maka kembalilah
Ke jalan yang sepatutnya

Wahai diri
Buanglah ego dan sombongmu
Mintalah keampunan
Dari Tuhanmu
Andai selamat yang kau mahu
Di hari yang dahsyat dan tidak menentu
Wahai Tuhan terimalah ampunanku

إِلَهِى لَسْتُ لِلْفِرْدَوْسِ أَهْلاً
وَلاَ أَقْوًا عَلَى النَّارِ الْجَهِيْمِ
اَللهُ فَهَبْ لِيْ تَوْبَةً وَاغْفِرْ ذُنُوْبِيْ
فَإِنَّكَ غَافِرُ الذَّنْبِ الْعَظِيْمِ

Tuhanku
Aku tidak layak masuk syurgamu
Namun aku tidak sanggup
Menghadapi api nerakamu
Dari itu kurniakanlah
Taubat dan keampunan kepadaku
Sesungguhnya Kau Maha Pengampun
Dosa-dosa besar
lk
lk
Semoga kita semua akan mendapat iktibar dan pengajaran...
Share on Google Plus

0 comments: