Persoalan Ibadah Korban

In sya Allah, esok 10 Dzulhijjah 1430H, kita umat Islam akan menyambut kegembiraan kedua yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. iaitu Hari Raya Aidiladha. Di samping kita merayakannya dengan penuh kesyukuran, kita juga disunatkan untuk menjalankan ibadah korban sebagai memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s. yang sanggup menyahut perintah Allah S.W.T. untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.
lk
Di sebalik perlaksanaan ibadah korban ini, banyak perkara yang perlu dititikberatkan agar ibadah yang dilaksanakan itu dikira sebagai amal dan perbuatan yang akan diberikan ganjaran oleh Allah S.W.T. Di sini, saya telah membuat sedikit homework berkenaan dengan kemusykilan-kemusykilan yang mungkin timbul di sebalik perlaksanaan ibadah korban ini.

1281. Assalamualaikum. Saya telah bernazar qurban (1/7 bahagian lembu) semasa anak saya menduduki peperiksaan UPSR. Alhamdullilah, setelah keputusan diumumkan, anak saya telah lulus dengan cemerlang lalu saya menunaikan nazar yang telah saya niatkan itu. Pihak pengelola telah dimaklumkan bahawa penyertaan saya adalah nazar. Saya diberikan giliran lembu yang kesembilan. Kemusyikilan timbul apabila saya diminta mengambil daging lembu dari bahagian lembu yang terdahulu (antara pertama hingga kelapan) dan daging yang saya ambil itu telah pun saya agihkan dan sebahagiannya dimakan oleh saya sekeluarga. Persoalan saya : 1. Bolehkah saya dan keluarga makan daging itu walaupun dari bahagian qurban orang lain iaitu bukan lembu ke sembilan dan apakah status nazar saya setelah memakan daging qurban itu? Saya bimbang dengan berbuat demikan nazar saya terbatal dan belum terlaksana. Harap dapat jawapan daripada pihak tuan dengan seberapa segera. Terima kasih.

Jawapan : Daging qurban nazar tidak boleh dimakan oleh orang bernazar berkenaan. Kesemua daging tersebut wajib disedekahkan kepada fakir miskin. Memakan daging qurban orang lain adalah harus. Memakan sebahagian daripada daging yang dinazarkan adalah menyalahi konsep nazar tersebut. Perbuatan berbuat demikian kerana jahil adalah dimaafkan.

1282. Assalamualaikum... Saya ada kemusykilan tentang pembahagian daging korban dan aqiqah. Bukankah tujuan daging tersebut dikorbankan atau diakikahkan adalah untuk disedekahkan kepada fakir miskin akan tetapi mengapa ada yang turut mengadakan kenduri di kalangan ahli keluarganya menggunakan sebahagian daging korban/akikah tersebut. Adakah ini dibolehkan sedangkan ada fakir miskin yang lebih berhak ke atasnya. Terima kasih.

Jawapan : 1- Akikah dan qurban adalah 2 ibadat yang sangat dituntut kepada orang-orang Islam. Oleh itu, daging akikah/kurban tersebut boleh dimakan oleh orang-orang Islam. 2- Harus orang yang melakukan ibadat akikah/qurban memakan dagingnya dan seelok-eloknya diambil 1/3 daripadanya, 1/3 lagi disedekahkan kepada fakir miskin dan 1/3 lagi kepada saudara mara...

1283. Bolehkah ibadah Qurban dilakukan untuk orang yg sudah meninggal dunia? Maksudnya seperti seekor lembu dikongsi bersama nama org yg sudah meninggal dunia atau pun seekor kambing untuknya sahaja.

Jawapan : Qurban tidak sah dilakukan bagi orang yang sudah meninggal dunia kecuali ia telah mewasiatkan untuk berbuat demikian.

1284. Bolehkah seekor lembu mewakili 7 orang adik beradik dalam ibadat akikah mahupun korban?

Jawapan : Seekor lembu boleh disertai 7 orang adik beradik dalam melakukan ibadah aqiqah atau pun qorban.

1285. Bolehkah seekor lembu sebahagian dijadikan ibadah akikah & sebahagian lagi dijadikan qurban?

Jawapan : Seekor lembu boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian bagi melaksanakan ibadah qurban atau aqiqah. Sebahagiannya boleh dibuat qurban dan sebahagian yang lain dibuat aqiqah. Contohnya 3 bahagian dibuat qurban manakala 4 bahagian lagi dibuat aqiqah.

1286. Assalamualaikum. In sya Allah, saya bakal melahirkan anak lelaki pada bln 12 ini. Namun, berlaku konflik ttg akikah dimana suami saya memutuskan untuk memisahkan hari penyembelihan 2 ekor kambing tersebut iaitu seekor pada hari ke7 dirumah ibu saya dan seekor lagi akan disembelih di rumah ibu suami selepas saya habis pantang 40 hari. Ia dilakukan bagi menjaga hati kedua-dua belah keluarga. Apakah hukum bagi akikah tersebut?

Jawapan : Harus berbuat demikian tetapi mengikut sunnah Nabi s.a.w. yang afdalnya ialah dengan melakukan akikah pada hari ke 7 kelahiran bayi. Bagi bayi lelaki 2 ekor kambing dan seekor bagi bayi perempuan.

1287. Apa pengertian & hukum korban?

Jawapan : Pengertian qurban ialah sembelihan binatang seperti unta, kerbau, lembu, kambing dan biri-biri pada Hari Raya Qurban atau 3 hari berikutnya dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Hukum qurban ialah sunat muakkad atau sunat yang sangat dituntut bagi yang mampu melakukannya. Hukum qurban kadangkala menjadi wajib dengan sebab-sebab berikut : i. Seseorang mengisyaratkan binatang kepunyaannya yang memenuhi syarat untuk dijadikan qurban sambil berkata, "Aku akan qurbankan lembu ini". ii. Seseorang bernazar hendak melakukan qurban untuk mendampingkan diri kepada Allah S.W.T. dengan berkata, "Aku mewajibkan ke atas diriku berqurban kerana Allah". Dengan kata-kata seperti di atas maka dia wajib melaksanakan qurban.

1288. SALAM... BOLEHKAH MASAKAN AKIKAH DIBERI KEPADA SELAIN MUSLIM? HARAP JELASKAN SEBAB MUSABABNYA.TKASIH.

Jawapan : Aqiqah adalah suatu amalan ibadat muslim kepada Allah S.W.T. Oleh itu aqiqah tersebut hendaklah dijamu kepada orang-orang Islam sahaja. Daging aqiqah tidak boleh dimakan oleh orang bukan Islam.

1289. TUAN YG DIHORMATI, SAYA TELAH BACA SEGALA PERSOALAN BERKAITAN AKIKAH DI RUANGAN SOAL JAWAB. SOALAN BERKENAAN KEHARUSAN DAGING AKIKAH DIMAKAN OLEH ORG BKN ISLAM DIJAWAB OLEH TUAN SEBAGAI HARAM DIMAKAN OLEH ORG KAFIR TETAPI ADA JUGA JAWAPAN TUAN YG MENGATAKAN IANYA TIDAK MENJADI HALANGAN UTK ORG BKN ISLAM MKN DAGING QURBAN ATAU AKIKAH UTK MENUNJUKKAN INDAHNYA ISLAM. BOLEHKAH TUAN BERIKAN JAWAPAN YG TEPAT TENTANGNYA. TK.

Jawapan : Haram memberi, menghadiahkan atau menjual daging qurban tersebut kepada orang bukan Islam, sekalipun fakir miskin itu terdiri daripada kafir zimmi (Matla' Al-Badrain: 81). Ini adalah disebabkan menyembelih binatang qurban itu adalah merupakan ibadat kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Oleh sebab itu, sekiranya ada bahagian daging tersebut yang diberikan, dihadiahkan atau dijual kepada orang bukan Islam, maka wajib diganti dengan daging yang lain sekira-kira menyamai kadar berkenaan.
lk
Koleksi soal-jawab di atas saya peroleh daripada laman web IslamGRID; satu projek kerjasama terutamanya antara MAMPU dan JAKIM (sebagai pemilik) yang mana kedua-duanya di bawah Jabatan Perdana Menteri dan beberapa agensi lain seperti MOSTI.
lk
Anda juga boleh merujuk kepada laman-laman web berikut bagi memperoleh kefahaman yang lebih jelas mengenai kemusykilan-kemusykilan yang mungkin timbul di sebalik perlaksanaan ibadah korban ini :
lk

0 comments:

Selamat Hari Raya Aidiladha 1430H

Dipersilakan kepada semua insan blogger yang mengenali diri ini, untuk 'menampal' kad ucapan ini di blog anda (jika ada yang sudilah, hehehe...).

0 comments:

Hari Anugerah Cemerlang SK LKTP Sungai Sayong

Pada 17 November 2009 yang lalu, telah berlangsung Hari Anugerah Cemerlang SK LKTP Sungai Sayong; sebagai meraikan kejayaan murid-murid di dalam peperiksaan akhir tahun, juga meraikan murid-murid yang telah mengharumkan nama sekolah di dalam bidang sukan, ko-kurikulum, ko-akademik dan NILAM serta murid-murid yang telah memberikan sumbangan kepada sekolah samada menjadi Pengawas, Pustakawan dan sebagainya lagi.
lk
Namun, saya tidak berpeluang untuk turut sama di dalam Majlis ini, kerana pada hari tersebut saya terlibat di dalam Kem Literasi dan Majlis Khatam al-Qur'an Program j-QAF Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009 sebagai Pengacara Majlis. Namun, saya masih berpeluang menyaksikan kemeriahan Hari Anugerah Cemerlang tersebut melalui rakaman video yang telah diambil oleh rakan saya; Zaki.
lk
Jom saksikan persembahan nasyid daripada Kumpulan WardatunNur (kumpulan nasyid Sekolah) yang telah membuat persembahan di dalam Majlis tersebut. Semoga terhibur!
lk
lk
Maaf, kualiti video kurang memuaskan

0 comments:

Keputusan UPSR Tahun 2009

Murid-murid yang mendapat keputusan 4A1B dan 4A1C

Murid-murid yang memperoleh keputusan 5A bergambar bersama pihak pentadbiran Sekolah dan Pengurus FELDA

Murid-murid yang memperoleh keputusan 5A bergambar bersama keluarga masing-masing

Murid-murid yang memperoleh keputusan 5A bergambar bersama guru-guru Tahun 6

Penyampaian slip keputusan UPSR

GB memberikan ucapan sebelum slip keputusan UPSR disampaikan kepada murid-murid

Ibu bapa dan murid-murid berdebar-debar menunggu slip keputusan disampaikan

AlhamdulilLah, Keputusan UPSR Tahun 2009 telah pun diumumkan pada 19 November yang lalu. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi, dengan nikmat kecemerlangan yang telah dikurniakan buat murid-murid Tahun 6 SK LKTP Sungai Sayong.
lk
AlhamdulilLah, pada tahun ni seramai 4 orang murid telah mendapat keputusan 5A (tahun lepas hanya 3 orang), 6 orang 4A1B dan 2 orang 4A1C. Secara keseluruhannya, gred sekolah telah meningkat dengan GPS 2.26 dan 77.10% lulus (tahun lepas hanya 50++%, maaf tak dapat data yang lengkap). Untuk matapelajaran Bahasa Melayu Pemahaman 98.57% lulus (tahun lepas 94.1%), Bahasa Melayu Penulisan 85.71% lulus (tahun lepas 72%), Bahasa Inggeris 80% lulus (tahun lepas 63.2%), Matematik 91.43% lulus (tahun lepas 82.4%), dan Sains 92.86% lulus (tahun lepas 75.4%).lk
lk
Tahniah, buat semua murid-murid Tahun 6 SK LKTP Sungai Sayong! Kepada yang berjaya, teruslah berusaha mengekalkan kejayaan anda. Dan kepada yang kurang berjaya, usah mudah berputus asa. Perjalanan kalian masih jauh, punya banyak waktu untuk mencipta kejayaan dan kecemerlangan. Ingatlah, Allah S.W.T. itu tidak akan mengubah nasib sebuah kaum itu, jika ia sendiri tidak berusaha untuk mengubahnya. Dan ingatlah juga bahawa amal dan perbuatan yang dikira dan diberi ganjaran oleh Allah S.W.T. ialah amal dan perbuatan yang dilakukan dengan penuh ketekunan.
lk
Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan terutamanya guru-guru (daripada Pra-Sekolah hinggalah ke Tahun 6), pihak pengurusan dan pentadbiran Sekolah, PIBG, pihak pengurusan FELDA, JKKK Felda Sungai Sayong, ibu bapa dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Moga Allah S.W.T. yang dapat membalas jasa kalian.

0 comments:

Resolusi Muntada Bahasa Arab Peringkat Negeri Johor

Saya baru sahaja menemui Resolusi ini. Semasa menghadiri Muntada yang lalu, saya tidak dapat mengikuti sesi pembentangan Resolusi, kerana berada di luar dewan menanti kehadiran VIP untuk Majlis Perasmian Penutup. AlhamdulilLah, terjumpa Resolusi ini di blog Ustaz Ahmad Zakuan, Penolong Pengarah Bahasa Arab, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Johor.
lk
Selaras dengan kajian yang telah dibentangkan di konvensyen dan perbincangan yang berkaitan. Maka kami, bersetuju untuk bertindak atas resolusi berikut :

وفقاً لما قدم في منتدانا هذا من بحوث ودراسات وما دار فيه من مناقشات
فإننا نحن نعرب عن موافقتنا على القرارات التالية
lk
1.Perlu memelihara, menghayati, melaksanakan dan menyebarkan Bahasa Arab untuk mengangkat peranan bahasa ini dalam merealisasikan misi Sekolah Unggul.

تنفيذ ورعاية ونشر اللغة العربية لدى المدارس لإعلاء دور هذه اللغة في تحقيق رسالة المدرسة النبيلة
lk
2.Perlu merancang strategi P&P Bahasa Arab yang menarik dan berkesan serta mampu diimplementasikan secara benar, serta mempunyai kekuatan untuk membebaskan persepsi murid dan masyarakat dari salah faham yang merugikan perkembangan bahasa Arab. Ini termasuklah mengatakan mata pelajaran Bahasa Arab sebagai mata pelajaran yang susah. Kita mestilah menonjolkan imej sebenar Bahasa Arab yang cemerlang.

تخطيط استراتيجي للتعليم والتعلم الجذاب والفعال والقدرة على تنفيذها الصحيح والقدرة على تحرير سوء التفاهم في اللغة العربية لدى الطلبة والمجتمع الذي يشوه انتشار اللغة العربية. ومن ضمن سوء التفاهم، الفكرة التي تقول بأن تعلم هذه اللغة صعب. إذن يجب علينا أنْ نقدم اللغة العربية بصورتها الحقيقيّة المشرقة
lk
3.Kemudahan teknologi dan sumber sedia ada harus dieksploitasi secara optimum sehingga guru dan murid dapat mengambil dan memanfaatkannya selagi tidak bertentangan dengan objektif pengajaran bahasa dan nilai-nilai Islam.

استغلال التكنولوجيا الحديثة والمصادر المألوفة حتى يكون المدرسون والطلبة مستفيدين بها طالما لا تخالف أهداف تعلّم اللغة والقيم الإسلامية
lk
4.Perlu melaksanakan Kajian Tindakan yang berkaitan dengan pemantapan dan peningkatan mutu Bahasa Arab sehingga memiliki kemahiran keguruan atau skill profesional yang tinggi dalam pengajaran bahasa Arab.

تنفيذ البحث العلمي الذي يتعلق بكفاءة رفع مستوى اللغة العربية لاكتساب مهارة التعلّم في تعلم اللغة العربية
lk
5.Perlu mengada dan menjalankan program pendidikan, penyelidikan, pelatihan, penyiaran, penerbitan yang meningkatkan tahap kemahiran guru.

القيام على البرامج التربوية والدراسية والتدريبية والبث والطباعة التي منها يرفع كفاءة المدرسين
lk
6.Perlu melakukan pemantauan dan penilaian terhadap resolusi-resolusi yang diputuskan bagi memastikannya dilaksanakan dengan berkesan.

القيام على مراقبة وتقييم للقرارات المعتمدة للتأكيد على تنفيذها

0 comments:

Majlis Perpisahan Murid Tahun 6

Pada 18 November 2009 yang lalu, telah dilaksanakan Majlis Perpisahan Murid Tahun 6, SK LKTP Sungai Sayong, Kulai, Johor; untuk meraikan murid-murid Tahun 6 yang akan menamatkan pengajian dan menghargai jasa dan sumbangan semua pihak, sepanjang mereka berada di SK LKTP Sungai Sayong ini.
lk
Majlis ini telah dimulakan dengan bacaan doa, ucapan daripada wakil murid; Adik NurKhairina Syahirah binti Shamsul, ucapan daripada GB dan biasalah kan, mestilah ada aktiviti makan2, hehehe... Jom layan gambar2 sekitar Majlis tersebut...
lk
Semoga kalian semua akan terus berjaya, diBerkati dan diRahmati Allah S.W.T.

0 comments:

Muntada Bahasa Arab Peringkat Negeri Johor

Sumber gambar, di sini.
lk
Pada 7 November 2009 yang lalu, saya telah mengikuti Muntada (Konvensyen) Bahasa Arab Peringkat Negeri Johor 2009 (melibatkan 3 buah daerah iaitu Johor Bharu, Kulai dan Mersing dengan peserta seramai 100++ guru Bahasa Arab) sebagai peserta dan AJK. Muntada ni telah diadakan di SMK Senai, Kulai. Temanya ialah, "Mengangkat Peranan Bahasa Arab dalam Menjana Sekolah Unggul" (tema dalam Bahasa Arab tidak dapat saya sertakan, laptop saya baru format, belum install keyboard Jawi).
lk
Dalam Muntada ni telah dibentangkan sebanyak 5 kertas kerja yang terdiri daripada 1 inovasi dan 4 kajian tindakan. Di sini, saya tak berniat untuk mengulas setiap kertas kerja tu (so, apa yang nak dikongsikan yer). Yela kalau nak ulas satu2 banyaklak, malas rasanya, hehehe... Tapi, takpe, walaupun sedikit, saya akan pastikan ada sesuatu yang saya dapat kongsikan bersama anda semua.
lk
Satu jer yang nak saya kongsikan iaitu kata-kata hikmah (sorry yer saya tak ingatlak kata-kata ni daripada siapa) yang menjadi intro kepada pembentangan inovasi oleh Ustaz Haji Muhidir bin Tamjis daripada SMK Pekan Baru, Muar. Tajuk inovasinya ialah Pengajaran Berlagu. Kata2 hikmah yang saya nak kongsikan tu ialah :
lklk
"Hikmah itu barang kehilangan seorang mukmin.
Sesiapa yang menjumpainya, maka dialah yang berhak memilikinya"
lk
Maksud kata2 hikmah ini ialah, hikmah atau ilmu atau pengetahuan itu adalah sesuatu yang perlu kita cari dan miliki, walaupun ilmu itu dimiliki oleh orang Bukan Islam. Kerana ilmu itu, akan membawa manusia daripada gelap kepada terang, daripada musykil kepada faham dan daripada mundur kepada maju. Kita hendaklah mengambil apa yang diperkatakan (ilmu yang bermanfaat), bukan melihat kepada siapa yang memperkatakannya. Jikalau mahukan ilmu mengenai kemahiran menggunting rambut, tidak perlulah berjumpa alim ulama', profesor dan sebagainya, cukuplah sekadar bertanya kepada si penggunting rambut; kerana dialah yang sebenar-benarnya memiliki ilmu tersebut (janganlah kita memperkecilkan si penggunting rambut dengan beranggapan siapalah dia di sisi kita yang mahu memberikan ilmu itu).
lk
Faham tak yer? Harap2 fahamlah yer. Maaflah kalau penjelasannya kurang jelas, ataupun jauh menyimpang daripada maksud sebenar.

0 comments:

Selamat Bercuti

lk
Assalamu `Alaikum dan salam sejahtera buat semua. Adui, dah lama tak update Elhaamy ni. Walaupun dah ada waiting list, still tak berupdate gak kan... Bukan apa, bulan ni busy sikit dengan pelbagai aktiviti. So, sekarang ni dah mula cuti sekolah, hehehe... bestnyer... Bolehla nak update all the backdated entries, in sya Allah. Pasal waiting list tu, saya saje letak supaya saya senang nak post entri2 yang backdated tu, bukan saya nak menunjuk yang saya ni sibuk sangat, mengalahkan Pak Menteri, hehehe... Sebab setiap aktiviti yang saya letakkan dalam waiting list tu, ada sesuatu yang ingin saya kongsikan. So, janganla ada yang beranggapan saya ni cam "Masuk bakul angkat sendiri" or ada yang membayangkan yang saya ni cam guru cemerlang jer, hahahaha... Saya ni biasa jer... Selalu malas n suka tangguh keja, kekadang rajinler... Tapi, saya bukanlah guru cemerlang sepertimana yang anda bayangkan... Selamat bercuti buat semua guru, murid and pelajar yang sedang bercuti. Gunakanlah cuti anda sebaik mungkin dengan aktiviti tido, zzzzzzzz.... heheheh... Takdela, tu saya je...

0 comments:

Rakaman Video Sempena Hari Keluarga SK LKTP Sungai Sayong

Sebenarnya ada banyak video yang telah dirakamkan. Tapi, saya malas nak upload banyak2. Saya upload satu jer, sebab video yang ini paling mencuit hati saya, hihihi...

0 comments:

Hari Keluarga SK LKTP Sungai Sayong

Pada 30 & 31 Oktober 2009 yang lalu, kami warga SK LKTP Sungai Sayong telah berhari keluarga di Seri Mersing Resort, Pantai Air Papan, Mersing. Aktiviti ini merupakan aktiviti tahunan Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SK LKTP Sungai Sayong. AlhamdulilLah, semuanya berjalan lancar dalam keadaan yang ceria dan selamat. Jom layan gambar-gambar di sekitar aktiviti tersebut...
lk
Aktiviti kesukaan ramai; apalagi makanla, hehehe... Ada bbq (tq kpd insan2 yang telah men'sponsor' ayam dan ikan), nasi berlauk, bandung soda (saya minum 7 cawan tau, makan tak selera, hehehe...) dsb.
lk
Malam Penghargaan; Jasamu Dikenang. Ada ucapan dari GB dan En. Yusri Kosan (dinaikkan pangkat ke JPN), penyampaian cenderamata untuk semua ahli (dapat beg kasut), cabutan bertuah (AlhamdulilLah, yang duduk satu meja ngan saya semua dapat, jangan jeles...) dan pemberian jajan untuk anak-anak je (mak ngan ayah tak dapat).

Tengokla tu gaya orang dapat cabutan bertuah pertama. And aktiviti kaum2 Adam jer; karaoke. Saya hanya jadi pemerhati. Gambar yang bawah sekali tu hakim pertandingan karaoke; dulu cikgu saya, sekarang dah jadi rakan sejawatan lak.

Aktiviti pantai. Tak mandi pantai pun; keadaan laut yang tak begitu selamat. Lihatlah keletah ibu2, ayah2 and anak2. Yang bujang buat apa ek, hehehe...

Aktiviti sukaneka pantai. Ada acara untuk lelaki dewasa, perempuan dewasa, kanak2 bawah 12 and kanak-kanak bawah 6. Ada macam2 acara spt lari dalam guni, sepak bola, rebut gula2 dsb. Memang happening and spoting.

Gambar2 sekitar majlis penutup. Makan tengahari, penyampaian hadiah sukaneka dan pertandingan karaoke dan pembahagian hadiah yang dimenangi kepada semua (dibahagi secara adil tau).

Alamak tertinggal lak gambar jom main2 air, hehehe.... Budak2la yang paling happy...

Sebelum dan selepas. Gambar ketika sebelum bertolak pergi dan bertolak balik.

0 comments:

Dunia Baru Islam

Terjumpa video ni kat youtube. Mendengar, dan hati terus terpaut. Lirik yang cukup bermakna, melodi yang cukup mengasyikkan...
lk
Hayatilah lagu yang cukup bermakna ini!

0 comments:

My Next Events

Just nak share events yang in sya Allah saya akan mem'busybody', hehehe... Senang sikit nak post entri, tajuk2 dah disediakan, ye ye jer, hehehe...
lk
Muntada Bahasa Arab Peringkat Negeri Johor
lk
Bengkel Pembinaan Item Berdasarkan JSI Pend. Islam Thn. 1-6
Sekolah Kebangsaan
lk
e-Laporan Oktober
lk
Bintang Kecil
lk
Hari Anugerah Kecemerlangan SK LKTP Sungai Sayong
lk
Kursus @ Klebang (dah maklum, tajuk kursus jer tak sure)
lk
Majlis Pengumuman UPSR
lk
Majlis Perpisahan Murid Tahun 6 SK LKTP Sungai Sayong

2 comments:

Waiting List

Baru post 2 entri, dah rasa penatlak. Hari ni agak kepenatan sedikit. Balik sekolah tengahari tadi, lunch and bersiap2 untuk ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat. Lepas solat Jumaat terus drive ke SMK Senai. Saya terlibat sebagai AJK Muntada Bahasa Arab Peringkat Negeri Johor yang akan diadakan di SMK Senai pada hari esok. So, petang tadi dok sibuk buat persiapan; angkat kerusi meja untuk peserta lebih kurang 180 orang. So, hajat untuk mem'posting' seberapa banyak entri yang boleh hanya terhenti setakat ni. Penat and mengantuk... So, buat waiting list dulula...
lk
Multaqa Guru Pendidikan Islam bersama
YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia
lk
Hari Keluarga SK LKTP Sungai Sayong
lk
Muntada Bahasa Arab Peringkat Negeri Johor
lk
Persoalan solat Jumaat
lk
Read more...
lk
Rasa ni je kot... Kang letak banyak2, berhabuklak, ke bersawang?, hehehe...

0 comments:

Doa Untuk Dermawan

pic googled
lk
Ni saya nak kongsikan sedikit ilmu semasa saya menghadiri Multaqa' Guru-Guru Pendidikan Islam Peringkat Daerah Kulai Tahun 2009 pada 10 Oktober 2009 yang lalu. Ilmu ni saya dapat daripada ceramah yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Hj. Muhd Hairozi bin Muhammad, Penolong Pengarah Kawalan Akidah dan Ajaran Sesat, Unit Operasi Dakwah dan Kepimpinan, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Ilmu berkenaan dengan doa yang dibacakan ketika ada orang yang menghulurkan derma, sedekah dsb.

اللهُمَّ إعْطِى المُنْفِق خَلَفاً، اللهُمَّ إعْطِى المُمْثِق تَلَفاً
من
Maksudnya : Ya Allah Ya Tuhanku, berilah orang yang memberi itu ganti (dengan sesuatu yang lebih baik). Ya Allah Ya Tuhanku, berilah orang yang kedekut itu hilang apa yang ada.

1 comments:

Dapat RM50!

lk
AlhamdulilLah, syukur kepada-Mu Ya Allah... Petang tadi hati saya berbunga2 sangat, heheheh... Dapat RM50! Apelah saya ni, RM50 pun nak jakun kan? Hehehe... Sebenarnya saya dapat RM50 ni daripada seseorang, kerana saya telah membantunya menghasilkan blog. Bukanlah saya ni hebat sangat dalam ilmu2 blog ni. Tapi, bila ada orang minta tolong apa salahnya saya bantu kan? Dengan sedikit ilmu yang ada ni, tak salah jika kita berkongsi kan? Ilmu blog ni, pun ilmu Allah gak. Jika dikongsi bersama, in sya Allah akan menjadi mata rantai yang membawa ke "alam sana".
lk
Saya takdela letakkan bayaran atas bantuan saya tu, tapi bila seseorang tu ikhlas memberi, kenala kita terima dengan baik. Sebenarnya malu gak. Yela, sebab bukanlah saya ni ada buat bisnes kan, sekadar membantu jer. Mudah-mudahan semuanya itu akan dikira oleh Allah S.W.T. sebagai amal yang baik dan diredhai oleh-Nya. Cuma takut RM50 yang saya terima tu, terlalu banyak. Yela, blog yang saya hasilkan tu pun biasa2 jer. Harap2, halalan tayyiban la yer...

2 comments:

Update, Update And Update!!!

Aduh, dah lama gak tak update entri kat Elhaamy ni. Banyak sebenarnya yang nak dikongsikan, tapi dok bertangguh jer. Dok baca blog orang lain jer. Jadi silent reader je... In sya Allah, malam ni nak update entri kat Elhaamy ni. Ni dah tak sempat, dah nak masuk waktu Maghrib... Hayya `alassolah, hayya `alalfalah...

1 comments: