Kacang Pool Haji

lk
lk
lk
Gambar diperoleh daripada sini.
lk
Gambar diperoleh daripada sini.
lk
Hari Khamis yang lepas; 24 Disember 2009 saya ke Pejabat KWSP Johor Bharu untuk menguruskan permohonan pengeluaran KWSP melalui akaun 2 untuk membayar yuran pengajian saya di UTM. AlhamdulilLah, urusan permohonan dah settled, tunggu permohonan diluluskan jelah.
lk
Setelah selesai urusan di Pejabat KWSP saya ke Plaza Larkin, sebab saya dah googled and saya dapat tau kat situ ada kacang pool haji. Sebelum ni saya nak cuba makan di kedai kacang pool Haji berdekatan Balai Bomba Larkin, tapi saya terlepas jalan, and masa tu jalan jammed sangat, so saya batalkan hasrat saya ketika tu. Tapi, hari Khamis baru ni hajat saya dah tercapai, alhamdulilLah, takdelah 'ngences' kan.
lk
Saya dah lama dengar tentang kacang pool Haji ni. Tapi, baru sekarang dapat cuba. Lain kali memang nak cuba lagi. Senang ke Plaza Larkin je. Rupanya Plaza Larkin ni ada Selera Johor; tempat makan yang menyediakan makanan istimewa orang Johor seperti kacang pool Haji ni, laksa Johor, mee rebus Stulang, asam pedas Johor, nasi ayam Hainan, mee bandung, rojak Asma, kebab, sate, sotong kangkung dan sebagainya lagi.
lk
Menyentuh tentang kacang pool Haji tu, memang sedaplah. Harga satu set tu RM4; terdiri daripada sebuku roti dan kuah kacang yang dihidang bersama telur goreng, potongan bawang dan cili, dan perahan limau. Ermmm, memang sedap!
lk
Resepi boleh dirujuk di sini.
Share on Google Plus

2 comments:

aDisH.sHidA said...

teringin jugak nak makan nie..

@aDisH.sHidA

ni famous kat jb ni... kat geylang serai, spore pun ada...