Pendidikan Menengah : Candidate SPM 1999

Masih lagi entri mengimbau kenangan. Bila berada di alam kerjaya ni, sesekali mengimbau kenangan lama. Pasti ia manis dan indah sekali.
lk
Saya bersekolah di SMKA Segamat dari form 1 sampailah form 5. Dan saya merupakan calon SPM tahun 1999. Jom kita imbau kenangan semasa tahun 1999 tu... Strive for excellent k...
lklk
Let's enjoy, AlhamdulilLah...
lk
Terukir kegembiraan selepas keluar daripada dewan peperiksaan. Rasanya belum last day lagi ni. Tak ingat sangatlah. Yang saya ingat last paper saya untuk subjek Prinsip Akaun yang ditunda seminggu kerana tarikh sebenar diberikan cuti sempena Pilihanraya Umum. Rasanya kiteorang ambil gambar awal ni, hehehe...

Antara rahsia kejayaan murid-murid sekolah agama... Pada waktu rehat, kami jarang pi kantin. Selalunya kami akan ke surau untuk menunaikan solat dhuha. Rindunya suasana ketika itu...


Yang ni sewaktu kami mengikuti ProMat (Program Matematik). Pagi2 ada aktiviti jogging ke Cameron Highlands, hehehe... Takdela, sekitar taman perumahan berdekatan sekolah kami je tu...
lk
Inilah bilik studi kami selepas kelas prep. malam. Dulunya bilik ni dorm untuk murid2 form1. Lupalak apa nama dorm ni, tak silap Dorm Ali rasanya. Then, dijadikan bilik studi. Tapi seingat saya, masa kiteorang tengah peksa SPM, dorm ni jadi bilik ping-pong lak, multi function ni, heheheh...
lk
Musim peperiksaan kami turut menjengah ke bulan puasa. Ingat ni, jangan risau kalau peksa time bulan puasa. In sya Allah, Allah akan makbulkan doa orang2 yang berpuasa. Masa ni kami dijemput ke rumah Ustazah Sarmi Ponijan untuk jamuan makan selepas solat terawikh
lk
Masa kami peksa dah cuti sekolah. So, yang ada kat surau kami2 jelah. Tapi, adalak makhluk Allah yang lain dok datang bertandang; si anjing. Sekolah kami ni berdekatan dengan taman perumahan. Ramai orang Cina yang dok taman tu; faham2 jelah. Tapi, maybe anjing liar or anjing yang dah takde tuan. Tapi, memang banyak anjing yang selalu berkeliaran dalam kawasan sekolah. So, kenalah samak surau ni sebab anjing tu dah masuk sampai ruang solat. Surau ni banyak kenangannya. Di sinilah setiap malam kami lepak2, kadang2 tido sebelum bangun untuk qiamullail. Di sini gaklah, masa kami junior selalu kena denda sebab tak hafal wirid, kena panggil ngan senior sebab tak puas hati dengan junior dan sebagainya and tempat nak cari selipar yang hilang, heheheh...


Masa kami peksa, semua pelajar form5 ditempatkan di dalam 2 dorm sahaja. Ini dorm saya, and tumbler tu pun saya punya, tapi yang pegang tumbler tu bukan saya. Saya takde dalam gambar, sebab saya yang tengah pegang kamera, hihihihi... Say hello tu Asyraf, Somart, Lopaque and One-G
lk
Ini kat bilik TV aka bilik iron. Ni kami semua tengah menonton keputusan Pilihanraya Umum. Tengoklah tu gelagat kawan2 saya. Kemenangan sapelah yang disorakkan tu, heheheh...
Share on Google Plus

4 comments:

salam Azaref,

mama baca dah entri2 ... tau lah mama serba sedikit tentang Azaref...mama pernah ada anak lelaki yg lahir pada bulan mac 1982...tapi Allah SWT 'pinjamkan' seketika saja...mama redha!
so, mama anggap Azaref bagaikan "gantian" pada arwah anak mama tu...

wsalam...

tq baca entri kat hijrah ni! ni kira balas balik la, hehehe... saya memang gitu, kalau saya minat blog seseorang tu sy akan cuba baca semua entri dlm blog tu dari awal. o ye ke? sungguh hebat percaturan allah tu...

salam aref,

datang jengok lagi...kot2 ada entri baru!!

Wsalam mama,

alahai siannya mama, ziarah tapi takde org sambut yer. ni kejap lagi nak post entri baru. malam tadi ni bawa mak kuor pi beli lauk sikit. pastu belanja makan malam... alhamdulillah...