Salam Ma'al Hijrah 1431H Buat Semua...

lk
Intipati peristiwa hijrah baginda Rasulullah s.a.w dari Mekah ke Madinah bukan sahaja tertumpu kepada perpindahan jasadiah yang dapat disaksikan oleh mata, akan tetapi tujuannya yang lebih penting ialah untuk membimbing dan mendidik para sahabat r.a yang baru sahaja memeluk agama Islam ke arah kesempurnaan penghayatan Islam sedikit demi sedikit. Pendek kata, falsafah penghijrahan Rasulullah s.a.w dari Mekah ke Madinah adalah untuk memastikan perpindahan keyakinan, tasawur, akhlak dan sikap para sahabat r.a dari pengaruh jahiliyah kepada pengaruh wahyu dan fitrah, dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Falsafah hijrah ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w ketika baginda menegur kata-kata Saidina Umar kepada Bilal 'Wahai anak hitam'. Baginda berkata kepada Umar 'Sesungguhnya pada diri engkau ada ciri jahiliyah'.
(Artikel ini dipetik di sini)
Share on Google Plus

2 comments:

Mia-Ina said...

wah...blog ni dah bertukar design ke..seiring hijrah baru..pepun, salam maal hijrah cikgu

Azaref said...

To Cikgu Ina,

Sempena tahun baru ni, blog pun kena imej baru, hehehe. Barulah ada ruh... tq cikgu, salam ma'al hijrah gak...