Sambutan Tahun Baru Hijrah Dicemari

Gambar sekadar hiasan
lk
NaudzubilLahi min dzalik. AstaghfirulLah. Cukup menyedihkan! Bukan sahaja sambutan tahun baru Masihi yang disambut dengan pelbagai aktiviti yang melalaikan, muda-mudi melakukan maksiat dan kemungkaran, sambutan tahun baru Islam turut dicemarkan. Sambutan tahun baru Islam 1431 Hijrah telah dicemari dengan Perlawanan Akhir Bola Sepak Sukan Sea Kali ke-25 antara Malaysia (semua pemainnya berbangsa Melayu dan beragama Islam kecuali 2 orang pemain berbangsa India) dan Laos.
lk
Perlawanan bermula pada jam 0500 petang (waktu Laos) dan jam 0600 petang (waktu Malaysia). Waktu Maghrib di Vietnam rata-ratanya antara jam 0519 hingga 0523 petang. Maknanya, perlawanan dijalankan pada waktu Maghrib di Laos dan hampir satu jam waktu Maghrib di Malaysia. Namun, sangkaan baik, mereka telah membaca doa akhir tahun sebelum perlawanan dimulakan (bukanlah wajib, tapi itulah antara penghayatan menyambut tahun baru Islam) dan membaca doa awal tahun selepas tamat perlawanan tersebut. Dan mungkin, mereka menunaikan solat jama' ta'khir (harap2nya).
lk
Dan di Malaysia, pasti ramai peminat setia bola sepak pasti akan menyaksikan perlawanan ini. Tapi, tak pasti adakah mereka ada membawa bersama teks doa akhir tahun, dan adakah mereka menunaikan solat fardhu Maghrib, dan ada ke yang menunaikan solat jama' ta'khir? Bagi yang menyaksikan daripada skrin TV di rumah, mungkin berlainan situasinya.
lk
Di kala itu, kebanyakan masjid dan surau menganjurkan sambutan tahun baru Islam dengan bacaan yaasin, membaca doa akhir dan awal tahun, dan ada yang mengimarahkannya dengan sedikit ceramah ataupun tadzkirah. Namun, yang menyedihkan di kala itu juga, ramai umat Islam yang bernasib malang kerana mereka telah dilalaikan. Mungkin ada yang beriltizam, namun pastinya tidak ramai.
lk
Sesungguhnya Zionis duduk tersenyum2, ketawa berdahak2 kerana antara strategi 5'S mereka telah berjaya (smoke, sex, sport, saya tak ingat 2 lagi) telah berjaya. Mereka telah berjaya melalaikan umat Islam melalui penganjuran aktiviti-aktiviti sukan terutamanya sukan bola sepak.
lk
Ini adalah pandangan peribadi saya (seorang yang kaki bangku, tak minat sukan, maybe ada yang akan sinis terhadap pandangan saya ini). Mungkin realiti yang berlaku tidak seperti yang saya sangkakan. Namun, bagi saya ini adalah suatu pencemaran terhadap Islam. Pasti, pada ketika ini, ramai di kalangan peminat setia bola sepak negara sedang bergembira menyambut kemenangan pasukan Malaysia seperti yang diperkatakan oleh seorang wartawan berita di TV, namun adakah kegembiraan itu selaras dengan adab-adab bersyukur atas nikmat yang dikurniakan Allah SWT? Tepuk dada, tanyalah iman...
lk
Maaf, jika pandangan saya ini menggoris hati pihak2 tertentu... Mungkin padangan ini bersifat klise, sudah biasa, namun saya rasa luar biasa kerana ia berlaku ketika umat Islam menyambut tahun baru Islam.
Share on Google Plus

2 comments:

Mia-Ina said...

terbaca coretan ni..teringat tadi dr maghrib smpai lps maghrib...masa saya dok baca yasin tadi, tetiba dr belakang,tepi rumah sy dgr suara jeritan & sorakan...saya ingatkan pe.rupa2nya pakat dok tgk perlawanan tue...pd sy, wp sy bkn peminat bola...saya tgk berita je ...yg tahu hal bola ni...yg penting pengisian maal hijrah...jgn smpai ada yg muda mudi mesej maal hijrah je tahu ...tp ada lak yg terlupa baca doa...smpaikan ada org ingat esok pagi br baca..aduh,sedih betul...

hope pendapat sy ni x mengecikkan mana-mana pihak..

"kdg2 kte ni mudah terlupa...tetapi itulah guna kte beringat...,"

semoga memakmurkan maal hijrah esok dgn azam baru

Azaref said...

Betul apa yg cikgu Ina ckp tu...

saya ni pun bukanlah baik sgt. byk gak buat perkara yg melalaikan... harap kita semua akan diberi petunjuk dan hidayah daripada allah swt.