Teks Doa Majlis Rasmi - MAJLIS PERJUMPAAN PENGARAH PELAJARAN JOHOR BERSAMA PENTADBIR PENDIDIKAN NEGERI JOHOR DAN TAKLIMAT PERSEDIAAN AWAL TAHUN 2010

TEKS DOA
MAJLIS PERJUMPAAN PENGARAH PELAJARAN JOHOR BERSAMA
PENTADBIR PENDIDIKAN NEGERI JOHOR DAN
TAKLIMAT PERSEDIAAN AWAL TAHUN 2010

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
lk
Ya Allah Ya Karim,

Tuhan yang menguasai langit dan bumi, hanya padaMu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala Rahmat dan BerkatMu, atas segala Nikmat dan Iradat yang telah Engkau tentukan ke atas kami.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Sesungguhnya pada hari ini kami berhimpun di dalam Majlis Perjumpaan Pengarah Pelajaran Johor Bersama Pentadbir Pendidikan Negeri Johor Dan Taklimat Persediaan Awal Tahun 2010, bagi menyatakan kesungguhan, komitmen dan iltizam kami dengan roh dan semangat untuk membangun, membina serta mendidik dan memartabatkan anak bangsa supaya berbudi dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

Justeru itu, berkatilah pertemuan kami ini, berkatilah juga usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami, idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yang jelas dan keputusan-keputusan yang waras. Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang benar. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silaturrahim di kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk memartabatkan pendidikan bangsa secara bersama demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan.

Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-hambaMu yang taat dan bersyukur. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintah Mu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأَخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

6 comments :

Belly Surya Candra Orsa said...

Great Blog..!!!! Keep Blogging.... : )

Belly Surya Candra Orsa said...

thanks for your information....i hope it is can really very useful, hopefully useful for all

Areef Ibn Naim said...

TQ n u r welcome, hehehe... hopefully...

teduhanrindu said...

thanks, saya amik untuk baca kat majlis. thanks...

Anonymous said...

Terima kasih. May Allah bless u. Izinkan saya gunakan teks bacaan doa ini..

Areef Ibn Naim said...

to anon n teduhan rindu...

sama2... silakan yer... may all bless u too...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...