Updated From PSZ UTM

lk
Assalamu `alaikum, salam sejahtera. Sobahalkhoir, selamat pagi. Entri ini khas daripada Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) UTM. Sekarang saya berada di sini.
lk
Jam 0900 pagi tadi saya telah berada di UTM untuk menyelesaikan beberapa urusan. Sebenarnya petang nanti jam 0230 petang saya ada briefing daripada Programme Coordinator. Petang nilah baru dapat berkenalan dengan rakan2 satu department ngan saya.
lk
Pagi ni, mula2 saya ke Bahagian Kewangan Pelajar, Pejabat Bendahari UTM untuk mendapatkan surat pengesahan pendaftaran bagi membolehkan saya memohon pengeluaran KWSP melalui akaun 2 bagi tujuan pembayaran yuran. Tapi, tak boleh dapat lagi surat tu sebab semua pegawai takde pergi audit. Tapi, saya dah tinggalkan no. telefon untuk dihubungi bila surat tu dah siap.
lk
Then, saya ke PSZ ni untuk daftar sebagai member. Maybe, dalam 3 hari kot baru endorse application saya tu. Tapi, saya dah boleh guna semua facilities cuma tak boleh pinjam buku je lagi. So, tu yang ambik masa sikit ni dok updated Elhaamy ni, hehehe...
lk
Lepas ni nak ke Sekolah Pengajian Siswazah lak nak hantar surat kebenaran majikan. Then, nak pegi JB, nak ambik kasut. Minggu lepas saya hantar kasut saya tu ke tukang kasut untuk jahit tapak. Tukang kasut ni memang bagus jahitannya. Dari dulu lagi saya hantar kat sini (Bus Stand Larkin). Kasut sekarang ni banyak tak tahan. Selalu tapak rekah gamnya.
lk
Patutnya, kalau surat pengesahan pendaftaran tu dah siap saya nak ke KWSP sekali, tapi terpaksa postpone dulu. Yela, kita hanya merancang, Allah yang tentukan kan. Okla, sampai sini dahulu...
Share on Google Plus

0 comments: