Kisah Ketabahan Nabi Ayub `Alaihis Salam


Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu `Alaikum wa RahmatulLahi wa Barakatuh.

Terima kasih kepada Pengerusi Majlis. Yang dihormati barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, rakan-rakan, hadirin dan hadirat, muslimin dan muslimat yang diRahmati Allah sekalian.

Pada hari ini, saya ingin menyampaikan sebuah kisah yang bertajuk “Ketabahan Nabi Ayub `Alaihis Salam”.

Nabi Ayub `Alaihis Salam terkenal dengan kekuatan imannya. Sehingga ianya telah menimbulkan rasa cemburu kepada iblis laknatulLah. Iblis juga berasa sakit hati apabila mendengar para malaikat asyik memuji Nabi Ayub `Alaihis Salam. Iblis lalu menggoda dan merayu kepada Nabi Ayub `Alaihis Salam supaya meninggalkan suruhan Allah dan berhenti beribadat. Setelah semua godaan yang dilakukan oleh iblis itu tidak berjaya, iblis telah menemui Allah lalu berkata, “Tuhan, Ayub itu sebenarnya tidak ikhlas sujud kepada-Mu. Dia cuma inginkan nikmat kekayaan dan anak-anak sebagai pewarisnya sahaja”.
lk
Mendengar kata-kata iblis itu, maka Allah ingin membuktikan kepada iblis bahawa Nabi Ayub `Alaihis Salam itu sememangnya seorang yang beriman, sabar dan tabah dalam menghadapi sebarang dugaan. Lalu, Allah telah memberikan kebenaran kepada iblis supaya menghasut Nabi Ayub `Alaihis Salam agar lalai dalam beribadat.

Lihatlah kawan-kawan! Walaupun iblis berkali-kali menghasut dan menggoda Nabi Ayub `Alaihis Salam untuk meninggalkan suruhan Allah, namun ia tetap mempertahankan hak dan prinsip yang dianutinya, demi rasa cintanya kepada Allah Yang Maha Agung. Ini semua adalah hasil keimanan yang dimiliki oleh Nabi Ayub `Alaihis Salam, yang telah mendidik jiwa dan raganya agar tidak tunduk kepada hasutan iblis dan syaitan.

Namun kita sungguh berasa sedih. Apa yang berlaku kepada pemuda-pemudi hari ini, mereka terlalu mudah untuk terpengaruh dengan kuasa jahat iblis dan syaitan yang menyesatkan seperti pengaruh black metal, skinhead dan sebagainya lagi yang boleh merosakkan aqidah. Dan ada kes menyebutkan, kerana cintakan pemuda berlainan agama, seorang anak gadis sanggup keluar daripada agama Islam yang dianuti serta sanggup untuk membuang keluarga yang mengasihinya selama ini.

Apa yang berlaku seterusnya ya? Untuk pengetahuan kawan-kawan, iblis telah memusnahkan segala harta benda Nabi Ayub `Alaihis Salam sehingga Nabi Ayub `Alaihis Salam menjadi seorang muflis. Iblis juga berjaya memusnahkan kediaman Nabi Ayub `Alaihis Salam sehingga roboh dan binasa. Anak-anak Nabi Ayub `Alaihis Salam yang berada di dalam rumah itu kesemuanya meninggal dunia dalam keadaan yang sungguh mengerikan.

Setelah berjaya memusnahkan semuanya, iblis menyamar sebagai seorang lelaki dan bertanya kepada Nabi Ayub `Alaihis Salam, “Wahai Ayub, lihatlah keadaanmu sekarang. Hilang segala harta benda dan anak-anak yang kau miliki selama ini, sedangkan engkau adalah hamba Allah yang kuat beribadat. Tidak guna engkau kuat beribadat kerana Allah Yang Maha Berkuasa itu pun tidak mahu menyelamatkanmu”. Namun Nabi Ayub `Alaihis Salam tahu lelaki yang bertanya kepadanya itu adalah iblis. Lalu Nabi `Alaihis Salam menjawab, “Wahai iblis, semua yang aku miliki selama ini, adalah pinjaman daripada Allah sahaja. Kini sudah tiba masanya Allah mengambilnya semula. Hanya Allah sahaja yang berkuasa di atas segala-galanya”.

Sesungguhnya kawan-kawan, manusia yang hidup di dunia ini tidak akan dapat lari daripada menerima qada’ dan qadar yang ditentukan Allah, seperti musibah-musibah yang menyebabkan penderitaan dan kesusahan. Sebagai cabaran dan ujian dari Allah, ianya harus dihadapi dengan penuh kesabaran. Perlu juga diingat, bahawa apabila menghadapi kesengsaraan, janganlah mudah kecewa dan putus asa.
lk
Tidak seperti masyarakat pada hari ini, segelintir daripada mereka apabila ditimpa musibah dan kesusahan, mereka mudah berasa kecewa dan tertekan, sehingga mereka melakukan perkara-perkara yang tidak sewajarnya demi untuk menghilangkan rasa kekecewaan yang dialami seperti mengambil pil khayal, menghisap dadah dan sebagainya lagi. Yang lebih teruk lagi, ada yang sanggup untuk membunuh diri kerana menyangka perbuatan itulah yang dapat mengakhiri segala kekecewaan yang mereka dialami.
lk
Seterusnya apa ya? Iblis sungguh marah dan kecewa apabila usahanya untuk memesongkan akidah Nabi Ayub `Alaihis Salam menemui jalan kegagalan. Sekali lagi iblis menemui Allah untuk menyatakan perasaan kecewanya itu. Untuk kali ketiganya Allah telah mengizinkan iblis berbuat apa sahaja terhadap kesihatan Nabi Ayub `Alaihis Salam. Iblis datang kepada Nabi Ayub `Alaihis Salam dan membawa bersamanya satu penyakit yang tidak ada ubat atau penawar untuk menyembuhkannya. Kulit tubunhya habis hancur di makan ulat-ulat Nabi Ayub `Alaihis Salam terpaksa menghadapi kesakitan itu bertahun-tahun lamanya. Namun segala kesakitan itu tidak menghalang Nabi Ayub `Alaihis Salam untuk sujud kepada Allah.

Kawan-kawan, lihatlah Nabi Ayub `Alaihis Salam. Walaupun menanggung kesakitan yang tiada perinya, ia tetap tidak lupa untuk sujud menyembah Allah kerana Allah itulah yang perlu diingati selalu di kala senang mahupun susah. Bukan hanya ketika senang sahaja kita mengingati Allah, kerana menyangka Allah turut mengingati kita dengan memberikan nikmat kesenangan, namun apabila kita ditimpa kesusahan, kita melupakan-Nya, kerana menyangka Allah telah melupakan kita dengan memberikan kita kesusahan.

Namun, apa yang dapat kita lihat, sebagai contohnya apabila kita menziarahi orang sakit di hospital, kita dapati ramai di antaranya yang tidak bersolat. Pelbagai alasan diberikan, seperti sukar mengambil wudhu’, tidak boleh berdiri dan sebagainya. Bukankah Islam itu agama yang mudah. Jika kita sakit dan tidak boleh berdiri, kita boleh menunaikan solat secara duduk, baring mengiring, dan sebagainya dan jika tidak mampu cukuplah hanya sekadar di dalam hati.
lk
Apa kesudahannya ya? Melihat ketabahan Nabi Ayub `Alaihis Salam itu, iblis semakin kecewa kerana segala usahanya selama ini tidak juga berhasil. Satu lagi peluang yang masih ada ialah menghasut isteri Nabi Ayub `Alaihis Salam. Iblis telah berjaya menghasut isteri Nabi Ayub `Alaihis Salam supaya meninggalkan Nabi Ayub `Alaihis Salam seorang diri. Tinggallah Nabi Ayub `Alaihis Salam menanggung kesakitan itu seorang diri. Pada suatu hari, Nabi Ayub `Alaihis Salam telah berdoa kepada Allah supaya disembuhkan penyakitnya. Sebagaimana firman Allah di dalam surah al-Anbiyaa’ ayat 83 :

Yang maksudnya :

“Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata : “Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihi daripada segala (yang lain) yang mengasihani”.
lk
Allah lalu mewahyukan kepada Nabi Ayub `Alaihis Salam supaya menghentakkan kakinya ke tanah supaya keluar air daripada tanah tersebut. Air yang keluar itu hendaklah diminum dan digunakan untuk mandi agar segala penyakit yang dideritainya menjadi sembuh. Sebagaimana firman Allah di dalam surah Shaad ayat 42 :

“(Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya) : “Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu”, (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya) : “Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin)”.

Nabi Ayub `Alaihis Salam pun melaksanakan suruhan Allah itu dan penyakitnya kembali sembuh. Keadaan tubuhnya menjadi seperti sediakala malah lebih kuat dan bertenaga sebagaimana zaman mudanya dahulu. Isteri yang meninggalkannya dahulu telah menyesal dan mengakui kesalahannya.
lk
Ini menjadi teladan buat kita semua, bahawa apabila kita mempunyai sesuatu masalah, Allahlah menjadi tempat untuk kita memohon pertolongan. Kepadanyalah kita mengadu segala masalah melalui amalan doa yang sebaik-baiknya disertai dengan ibadah solat samada yang wajib mahupun yang sunat. Sesungguhnya doa itu adalah tali yang mengikat antara manusia dengan Khaliq-Nya dan sesungguhnya doa itu adalah kekuatan bagi setiap Muslim.
lk
Bukan seperti masyarakat pada hari ini, yang segelintir daripada mereka lebih suka meminta pertolongan kepada dukun, pawang dan sebagainya, lantaran mereka merasa bahawa dukun dan pawang itu mempunyai kelebihan dan keistimewaan berbanding manusia lain. Mereka tidak sedar yang mereka itu telah mensyirikkan Allah. Sesungguhnya syirik itu merupakan perbuatan yang mendatangkan dosa besar dan tidak akan diampunkan oleh Allah. Dan sesungguhnya dukun dan pawang itu juga merupakan manusia biasa yang nasibnya ditentukan oleh Allah. Kelebihan dan kehebatannya adalah atas pertolongan dan sandaran kepada makhluk yang dikutuk Allah iaitu syaitan dan iblis laknatulLah.
lk
Sampai di sini sahajalah dapat saya sampaikan kisah “Ketabahan Nabi Ayub “Alaihis Salam”. Moga kita semua akan mendapat iktibar dan pengajaran daripada kisah yang saya sampaikan ini.
lk
Sekian sahaja, terima kasih. WabilLahit taufiq wal hidayah. Wassalamu `alaikum W.B.T. Ilal liqo’ wa ma’as salamah.

Kisah Ashaabul Kahfi


Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu `Alaikum wa RahmatulLahi wa Barakatuh.

Terima kasih kepada Pengerusi Majlis. Yang dihormati barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, rakan-rakan, hadirin dan hadirat, muslimin dan muslimat yang diRahmati Allah sekalian.

Pada hari ini, saya ingin menyampaikan sebuah kisah berkenaan dengan tujuh pemuda beriman yang digelar sebagai “Ashaabul Kahfi” atau dalam Bahasa Melayunya yang bermaksud “Sahabat Gua”.

Menurut ahli sejarah, kisah ini berlaku pada zaman sebelum kedatangan Islam, di satu negeri bernama Afsus yang terletak di Turki (ada pendapat mengatakan di Jordan, dan ada pula yang mengatakan di Syria). Asalnya penduduk negeri itu beriman kepada Allah. Namun keadaan berubah selepas kedatangan seorang raja bernama Diqyanus. Raja ini menyembah berhala dan ia memaksa rakyat di bawah pemerintahannya supaya murtad daripada agama Allah yang menjadi anutan mereka. Rakyat yang takut dengan ancaman dan siksaan raja yang zalim itu ramai yang telah menjadi murtad.
lk
Namun, ada tujuh pemuda beriman yang tidak mahu tunduk dengan ancaman raja yang zalim itu. Mereka tetap teguh mempertahankan aqidah mereka walaupun menyedari bahawa nyawa dan diri mereka akan terancam. Akhirnya mereka dipanggil mengadap raja yang zalim itu. Di hadapan raja yang zalim itu, mereka dengan penuh berani dan bersemangat berhujjah mempertahankan iman dan prinsip aqidah ilahi yang mereka yakini. Allah telah berfirman di dalam surah al-Kahfi ayat 14 yang menceritakan sebahagian tentang peristiwa mereka berhujjah :
lk
Yang maksudnya : “Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata : “Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain daripadanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran”.

Lihatlah kawan-kawan! Walaupun masih muda, mereka mempunyai keberanian yang sangat tinggi untuk mempertahankan hak dan prinsip yang mereka anuti. Sesungguhnya setiap orang mempunyai haknya yang tersendiri, yang tidak boleh diganggu-gugat oleh sesiapa pun, dan selagimana ianya tidak berlawanan dengan syariat. Justeru itu, setiap orang mestilah mempunyai jati diri dan pegangan agama yang kukuh demi memastikan hak dan prinsip yang mereka anuti akan sentiasa kekal terpelihara.

Namun apa yang berlaku pada pemuda-pemudi hari ini, mereka terlalu mudah untuk terpengaruh dengan budaya barat yang menyesatkan seperti black metal, skinhead dan sebagainya lagi yang boleh merosakkan aqidah. Dan ada kes menyebutkan, kerana cintakan pemuda berlainan agama, seorang anak gadis sanggup keluar daripada agama Islam yang dianuti serta sanggup untuk membuang keluarga yang mengasihinya selama ini. Na`udzu bilLahi min dzalik.

Baiklah kawan-kawan, nak tahu selanjutnya? Walaupun telah mendengar hujjah pemuda-pemuda beriman itu, namun, raja yang zalim itu tetap tidak mahu mengaku kalah, dan mengancam pemuda-pemuda beriman itu dengan hukuman bunuh ataupun dimurtadkan secara paksa. Kerana sayangkan aqidah dan agama mereka, pemuda-pemuda beriman itu telah membuat keputusan untuk melarikan diri dan bersembunyi di dalam sebuah gua di sebuah kawasan pergunungan bernama Nikhayus. Kebetulan semasa perjalanan mereka ke situ, mereka telah diekori oleh seekor anjing bernama Qitmir. Maka anjing itu pun turut bersama-sama dengan mereka berlindung dan menetap di gua itu. Sebagaimana firman Allah di dalam surah al-Kahfi ayat 16 :

“Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah selain Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmat-Nya kepada kamu dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk menjayakan urusan kamu dengan memberi bantuan yang berguna”.

Namun, kawan-kawan jangan menganggap mereka sebagai penakut kerana melarikan diri daripada raja yang zalim itu. Mereka melarikan diri ke gua itu, supaya mereka tetap boleh bebas menjalankan agama yang mereka anuti tanpa sebarang gangguan. Sesungguhnya, apabila kebatilan itu lebih jelas daripada kebenaran, maka hendaklah kita berusaha untuk menjauhi kebatilan itu, dan mempertahankan kebenaran selagi termampu. Itulah yang dilakukan oleh tujuh pemuda beriman itu.

Alhamdulillah, sesungguhnya kita wajib bersyukur, kerana sekarang kita tinggal di sebuah negara yang bebas mengamalkan agama masing-masing tanpa perlu mengganggu agama yang lain, dan bebas untuk mewujudkan masjid dan rumah ibadah masing-masing. Masyarakat hidup aman dan damai, muhibbah dan harmoni dengan agama anutan masing-masing. Namun perlu diingat, tidak ada paksaan untuk menganut agama Islam, tetapi bagi yang sudah menganut Islam, tidak sesekali ia boleh keluar daripada agama yang suci ini.
lk
Apa yang berlaku selanjutnya ya? Di dalam gua itu mereka diberi ketenangan dan ketenteraman oleh Allah. Ia telah menidurkan mereka dengan nyenyak di dalam gua tersebut. Allah ingin menzahirkan bukti-bukti kekuasaan-Nya kepada hamba-hamba-Nya melalui peristiwa ini. Maka Allah telah mentakdirkan pemuda-pemuda ini tidur dalam jangka masa yang amat lama iaitu selama 300 tahun (mengikut perkiraan tahun Masihi) atau 309 tahun (mengikut tahun Hijrah).

Walaupun mereka tidur amat lama dan tanpa makan dan minum, tetapi dengan kuasa Allah, badan dan jasad mereka tidak hancur dan musnah. Bahkan Allah menyatakan bahawa; jika kita lihat keadaan mereka di dalam gua itu nescaya kita tidak akan percaya bahawa mereka sedang tidur.
lk
Setelah sampai tempoh yang ditetapkan oleh Allah (iaitu 300 tahun atau 309 tahun), mereka telah dibangunkan daripada tidur yang panjang itu. Ketika mereka bangun mereka sendiri tidak menyedari bahawa mereka telah tidur dalam jangka masa yang amat lama. Mereka menyangka mereka hanya tidur dalam masa sehari atau separuh hari sahaja.

Sebaik bangun daripada tidur, mereka terasa lapar. Maka sebahagian daripada mereka mencadangkan agar dihantar seorang wakil untuk ke bandar bagi mencari sesuatu untuk di makan. Akhirnya mereka memilih seorang pemuda yang bernama Tamlikha untuk ke kota Afsus. Kebetulan semasa mereka melarikan diri dulu mereka membawa bersama bekalan wang perak. Sebagaimana firman Allah di dalam surah al-Kahfi ayat 19 yang bermaksud :

“Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya : “Berapa lama kamu tidur?” (sebahagian dari) mereka menjawab : “Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari”. (Sebahagian lagi dari) mereka berkata : “Tuhan kamu lebih mengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersunguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu”.
lk
Lihatlah betapa bersihnya hati dan akhlak mereka. Walaupun dalam keadaan yang gawat dan susah serta kelaparan, tetapi mereka masih berpesan kepada sahabat mereka yang ditugaskan ke kota mencari makanan itu supaya mencari dan memilih makanan yang bersih dan halal. Ini menandakan bahawa mereka adalah pemuda-pemuda yang bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya makanan yang halal itu akan membawa keberkatan dan mempengaruhi kesihatan dan pertumbuhan diri dan jasmani serta membentuk rohani yang baik.

Kita di Malaysia, telah ada sebuah badan yang mengawal selia tentang pensijilan halal iaitu sebuah badan swasta; Halal Development Corporation (HDC) yang sebelum ini di bawah bidang kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Justeru itu, kita tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan makanan yang halal lagi bersih. Namun, amat dikesali apabila ada pihak yang cuba menyalahgunakan logo halal yang diperoleh, sehingga menimbulkan syak di kalangan pengguna Islam terutamanya. Apabila timbul kekeliruan, wajiblah ia ditinggalkan kerana sesungguhnya mendapatkan yang halal itu adalah wajib.
lk
Apa terjadi seterusnya ya? Kebetulan semasa pemuda-pemuda beriman itu, dibangkitkan Allah setelah tidur 300 tahun lamanya, suasana negeri itu telah banyak berubah. Raja dan pemerintah negeri merupakan orang yang beriman kepada Allah. Begitu juga dengan kebanyakan rakyatnya. Semasa Tamlikha sampai ke kota itu, ia merasa hairan melihat keadaan kota dan penduduknya berubah sama sekali. Penduduk kota pula merasa hairan melihat Tamlikha itu dan mereka berasa syak wasangka apabila mereka melihat wang perak yang dibawanya ialah wang zaman dahulu yang sudah tidak laku lagi. Ia dituduh menjumpai harta karun lalu dibawa mengadap raja yang beriman dan mengambil berat tentang hal-ehwal agama.

Setelah mendengar kisahnya, raja dan para pegawainya berangkat ke gua yang menjadi tempat persembunyian tujuh pemuda beriman itu, lalu berjumpa dengan pemuda-pemuda itu sekeliannya dan mendengar kisah mereka. Sejurus kemudian pemuda-pemuda itu pun dimatikan Allah sesudah memberi ucapan selamat tinggal kepada raja yang beriman itu serta para pegawainya.
lk
Raja yang beriman itu telah mencadangkan supaya sebuah masjid didirikan di sisi gua itu. Sementara itu ada yang mencadangkan supaya mendirikan sebuah bangunan atau tugu sebagai kenangan buat pemuda-pemuda beriman yang digelar “Ashabul Kahfi” itu.
lk
Sampai di sini sahajalah dapat saya sampaikan kisah pemuda-pemuda beriman yang digelar “Ashaabul Kahfi”. Moga kita akan mendapat iktibar dan pengajaran daripada kisah yang saya sampaikan ini.
lk
Sekian sahaja, terima kasih. WabilLahit taufiq wal hidayah. Wassalamu `alaikum W.B.T. Ilal liqo’ wa ma’as salamah.

Clearance Stock Sale


Pernah lihat gambar water filter kat atas ni. Ni la walter filter yang namanya "Bio-Aura Water Purifier System" yang merupakan salah satu produk keluaran Hai-O Marketing Sdn.Bhd. Sekarang ni, kalau kite tengok iklan promo kat tv, ianya dilakonkan oleh Azizah Ariffin (Personaliti TV3) dan Khairul Noormaaidah Zali (Juara Gadis Melayu). Perasan tak? Harga pasarannya ialah RM2080.

Dan untuk pengetahuan semua, saya merupakan seorang usahawan Hai-O Marketing Sdn.Bhd., dan saya ingin membuat jualan penghabisan stok untuk produk di atas (Tinggal 2 kuantiti sahaja). Dengan itu, sesiapa yang berminat untuk memilikinya, saya menawarkan diskaun sebanyak RM280 menjadikan harganya bernilai RM1800 sahaja termasuk kos penghantaran. Dan saya bersedia, untuk negotiate tentang harga yang saya tawarkan tu. Sesiapa yang berminat, sila email saya di nam999@streamyx.com atau tinggalkan pesanan di Cbox di blog saya ni. Jangan lepaskan peluang ini!!!

My Birthday


"SeLaMat MeNYaMbuT uLanGTaHuN KeLaHiRaN YaNG Ke-27"

Untuk sape?. He3... Untuk saya sendirila. 8 Mac yang lalu merupakan hari ulangtahun kelahiran saya yang ke-27. Dah tua rupanya saya ye... Tq pada kawan2 yang wish hepi bezday tu. Terutamanya buat sahabat saya Liana Solehah yang bersusah payah mengirim hadiah dari jauh. I'm so appreciated it. Tq my Yana. Kat bawah ni hadiahnya; sekeping kad ucapan hari lahir dan sebuah novel yang bertajuk "Imam". Tapi kat pic tu datenya backdated la. Saya malas nak setup tarikh kat kamera saya yang tetiba buat hal tu. He3. Sampaikan almari baju pun enterframe sekali. Tapi almari baju tu tak termasuk dalam hadiah yang diberi ye, and iron board sebagai tempat meletak hadiah tu, bukan hadiah gak. He3...
Ni lah hadiahnya...

Walimah Mac 2009

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan "Selamat Pengantin Baru" buat rakan-rakan saya yang terdiri daripada kalangan ustaz dan ustazah. Kebetulanlak semuanya ustaz dan ustazah. Bukanlah takde kawan2 di kalangan guru-guru biasa. Tapi, ntahla untuk cuti bulan Mac 2009 ni, undangan semuanya datang daripada kawan-kawan saya yang digelar ustaz dan ustazah.

15 Mac 2009 :
Ustaz Shazali aka Bomoh & Ustazah Suriati
(Dua2 kawan saya semasa menuntut di UM. Alhamdulillah, dapat menghadiri majlis di sebelah pihak lelaki)

Ustazah Yuslinda & Pasangannya
(Yuslinda kawan di Jabatan Siasah Syar'iyyah, APIUM. Tak dapat menghadiri majlis ni sebab jauh nun di Terengganu)

Ustaz Ikram dan Ustazah Khumaiyah
(Ikram kawan saya semasa menuntut di Institut Perguruan Tun Hussein Onn, Batu Pahat Johor. Zaujahnya tak pula dikenali. In sya Allah, nak pegi majlis sebelah pihak lelaki 04 April ni. Tunggu ye Ikram)

16 Mac 2009 :
Ustaz Helmi dan Ustazah Rabihah
(Dua2 kawan saya semasa menuntut di UM. Tapi, Rabihah tu saya kenal je. Bukan kawan saya pun. Pun tak dapat pegi sebab jauh nun di Kedah. Belah pihak laki 21 Mac ni di Sekinchan pun tak pegi)

Maaf atas ketidakhadiran. Yang saya dapat pegi tu, AlhamdulilLah la. Anyway, nak wish kat korang semua :
"Semoga Allah memberkati kamu, dan melimpahkan berkat kepada kamu"

Buat Baik Berpada-pada, Buat Jahat Jangan Sesekali


Di sini saya nak share satu kata-kata hikmah daripada Hamka. Kata-kata hikmah ini, saya perolehi ketika menjadi pengacara majlis di Sambutan MaulidurRasul S.A.W. peringkat Kg. Felda Sg. Sayong, Kulai Johor. Pada majlis tersebut, ceramah disampaikan oleh al-Fadhil al-Ustaz Hj. Shariful Anam b. Hj. Arshad; seorang Guru Pendidikan Islam di SK Taman Kota Jaya, Kota Tinggi Johor.
lk
Hamka telah berkata :
lk
"Buat baik di balas baik itu biasa,

buat jahat dibalas jahat itu biasa,

buat jahat dibalas baik itu luar biasa"

Kisah Nabi Sulaiman dan Keistimewaannya


In sya Allah, 04hb April ni akan dilaksanakan Majlis Taddarus al-Qur'an Peringkat Daerah Kulaijaya Johor (Peringkat Rendah). Sebagai persediaan, saya telah ditugaskan untuk melatih peserta bahagian bercerita kisah-kisah dari al-Qur'an. So, kena sediakan teks cerita sekalila. Ada 4 teks yang saya kena sediakan berlainan tajuk. Buat masa ni, yang dah siap tentang Nabi Sulaiman dan keistimewaannya. Tapi check punya check, saya dah silap tajuk da. Rupanya Nabi Sulaiman ngan Ratu Balqis. Tapi, takpela alang2 saya dah siapkan teks tu, saya share jela kat Elhaamy ni... Maybe berguna nanti untuk para guru.... Tapi bukan 100% idea saya. Teks asal saya ceduk dari internet, cuma pengajaran dan hubungkait dgn situasi semasa yang saya buat sendiri.
lk
Nabi Sulaiman dan Keistimewaannya
lk
Bismillahir Rahmanir Rahim.

Assalamu `alaikum W.B.T.

Terima kasih kepada Pengerusi Majlis. Yang dihormati barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, rakan-rakan, hadirin dan hadirat, muslimin dan muslimat yang diRahmati Allah S.W.T. sekalian.

Pada hari ini, saya ingin menyampaikan sebuah kisah yang bertajuk Nabi Sulaiman dan keistimewaannya.

Nabi Sulaiman bin Daud adalah satu-satunya Nabi yang memperoleh keistimewaan daripada Allah S.W.T., sehingga boleh memahami bahasa binatang. Dia boleh berbicara dengan burung Hud Hud dan juga boleh memahami bahasa semut. Di dalam al-Quran, dalam surah an-Naml ayat 16 adalah contoh daripada sebahagian ayat yang menceritakan akan keistimewaan Nabi yang sangat kaya raya ini.

Yang maksudnya :
lk
“Dan Sulaiman telah mewarisi Daud dan dia berkata, “Hai manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) ini benar-benar suatu kurnia yang nyata.”
lk
Kawan-kawan nak tahu? Nabi Sulaiman itu tenteranya daripada golongan jin, manusia dan burung, lalu mereka itu diatur dengan tertib dalam sebuah barisan sehingga apabila mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut, “Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka itu tidak menyedari.”
lk
Maka Nabi Sulaiman pun tersenyum dan tertawa kerana mendengar perkataan si semut itu. Kata Nabi Sulaiman, sebagaimana di dalam surah an-Naml ayat 19 yang maksudnya :
lk
“Maka dia tersenyum dengan tertawa kerana mendengar perkataan semut itu. Dan dia berdoa : "Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat- Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh.”
lk
Kisah semut ini disebutkan sebagai contoh tauladan bagi umat manusia supaya mereka memahami keadaan makhluk-makhluk, dan bagaimana semut itu bersatu-padu untuk menyelamatkan diri daripada kebinasaan, demikian juga mereka bersatu-padu untuk mencari kebaikan bersama. Sesungguhnya setiap makhluk itu mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Justeru itu, kita hendaklah menghormati setiap kelemahan dan kelebihan agar kita tidak merasa bahawa diri kitalah yang paling sempurna dan hebat. Yang sempurna dan hebat itu hanya Allah S.W.T. sahaja.
lk
Justeru itu, kita tentu merasa terkilan dan sedih kerana dewasa ini kita sering melihat hutan-hutan digondolkan dengan sewenang-wenangnya, demi kemajuan dan pembangunan yang hanya bersifat sementara. Sehingga ianya telah mengorbankan dan mengganggu gugat kesejahteraan habitat di hutan. Pihak pemaju langsung tidak memikirkan tentang adanya flora dan fauna yang amat berharga kepada sumber ekosistem. Akibatnya ekosistem menjadi tidak stabil dan berlakulah banyak bencana alam seperti tanah runtuh, banjir kilat dan sebagainya lagi.
lk
Kawan-kawan nak tahu lagi tentang Nabi Sulaiman? Menurut sejumlah riwayat, pernah suatu hari Nabi Sulaiman bertanya kepada seekor semut, “Wahai semut! Berapa banyakkah engkau memperoleh rezeki daripada Allah S.W.T. dalam waktu satu tahun?”
lk
“Sebesar biji gandum,” jawab si semut.
lk
Kemudian, Nabi Sulaiman pun memberi si semut itu sebiji gandum lalu memeliharanya di dalam sebuah botol. Setelah genap satu tahun, Nabi Sulaiman membuka botol tersebut untuk melihat nasib si semut. Namun, didapatinya si semut hanya memakan sebahagian daripada biji gandum itu.
lk
“Mengapa engkau hanya memakan sebahagian dan tidak menghabiskannya?” tanya Nabi Sulaiman.
lk
“Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah S.W.T.,” jawab si semut. “Dengan tawakal kepada-Nya aku yakin bahawa Dia tidak akan melupakanku. Ketika aku berpasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah engkau akan ingat kepadaku pada tahun berikutnya sehingga boleh memperoleh sebiji gandum lagi atau engkau akan lupa kepadaku. Kerana itu, aku harus tinggalkan sebahagian daripada biji gandum itu sebagai bekal untuk tahun berikutnya.”
lk
Lihatlah kawan-kawan. Semut yang kecil pun pandai untuk mengamalkan sifat berjimat-cermat, kerana sesungguhnya berjimat-cermat itu merupakan suatu amalan yang mulia. Hidup kita ini umpama roda. Kadang-kadang hidup kita sentiasa di dalam kesenangan, namun ada ketikanya Allah S.W.T. menguji kita untuk merasai kesusahan. Dengan mengamalkan sifat berjimat-cermat, ia akan melatih diri kita untuk sentiasa berwaspada dan bersedia menghadapi saat-saat kesusahan, dan sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah S.W.T. Kata orang, “Beringat sebelum kena.”
lk
Namun, apa yang dapat kita lihat, masyarakat pada hari ini kurang menitik-beratkan tentang amalan berjimat-cermat. Lihat sahajalah ketika kita mengunjungi bazaar Ramadan ataupun membeli-belah di pasaraya. Kebanyakannya lebih suka membeli tanpa membuat sebarang perancangan. Akhirnya, berlaku pembaziran. Kan pembaziran itu amalan syaitan. Mereka lebih suka mengikut hawa nafsu daripada kata hati berpandu akal yang sentiasa mengingatkan agar sentiasa berpada-pada di dalam membuat perbelanjaan. “Sesungguhnya manusia tidak pernah merancang untuk gagal, tetapi manusia sentiasa gagal untuk merancang.”
lk
Kawan-kawan nak tahu? Betapa besarnya kerajaan Nabi Sulaiman sehinggakan angin menjadi kenderaannya, manusia dan jin sebagai tenteranya, burung sebagai pembantu dan teman-teman bercakapnya, binatang-binatang buas sebagai buruhnya dan para malaikat sebagai utusannya. Semua yang Nabi Sulaiman perolehi ini, adalah satu kurniaan daripada Allah S.W.T. atas doa yang dipohon olehnya sendiri. Namun, ini bukan bermakna Nabi Sulaiman seorang yang gilakan kuasa dan cintakan dunia. Tetapi, semua ini dipinta adalah semata-mata untuk memudahkan usaha penyebaran dakwah di atas muka bumi ini dan menentang kezaliman serta kemungkaran yang dilakukan oleh umat manusia.
lk
Hal ini menunjukkan bahawa Nabi Sulaiman mempunyai sebuah kerajaan yang sangat hebat, sehingga bukan hanya manusia menjadi kekuatannya, tetapi turut ditunjangi oleh makhluk-makhluk lain. Ini membuktikan bahawa seorang pemimpin yang baik itu, adalah pemimpin yang sentiasa mendapat kerjasama daripada orang bawahannya. Kerana pemimpin dan yang dipimpin itu saling memerlukan. Pemimpin yang baik itu disukai oleh semua orang, bukan kerana kekayaan dan kehebatannya, tetapi disukai kerana keprihatinan dan kesungguhannya untuk membela nasib orang bawahan.
lk
Bukan seperti segelintir daripada masyarakat hari ini, apabila mereka memperoleh kuasa, mereka merasakan diri mereka terlalu hebat, sedangkan mereka tidak mendapat kerjasama yang sepenuhnya daripada orang bawahan. Ini adalah kerana, apabila mereka mendapat kuasa, mereka sudah lupa akan bai’ah yang telah mereka lakukan iaitu berjanji untuk menjadi pemimpin semata-mata untuk memperjuangkan nasib orang yang dipimpin. Mereka mengabaikan tanggungjawab, melakukan penyelewengan dan sebagainya lagi. Akhirnya, kepimpinan mereka akan menghadapi masalah kerana tidak lagi mendapat sokongan dan mandat daripada orang bawahan. Inilah akibatnya apabila seseorang itu mahukan kuasa hanya untuk kepentingan diri dan hawa nafsunya sahaja.
lk
Kawan-kawan…! Walaupun Nabi Sulaiman itu seorang yang kaya raya dan mempunyai keistimewaan, dia tetap manusia biasa yang tidak boleh sepenuhnya dijadikan tempat bergantung. Bagaimana kasihnya Nabi Sulaiman, dia adalah manusia biasa yang menyimpan kedaifan-kedaifannya tersendiri. Hal itu diketahui oleh si semut. Kerana itu, dia masih tidak percaya kepada janji Nabi Sulaiman ke atasnya. Bukan kerana khuatir Nabi Sulaiman akan ingkar janji, namun khuatir Nabi Sulaiman tidak mampu memenuhinya lantaran sifat manusiawinya. Tawakal atau berpasrah diri hanyalah kepada Allah S.W.T. semata, bukan kepada manusia.
lk
Ini menjadi teladan buat kita semua, bahawa apabila kita mempunyai sesuatu masalah, Allah S.W.T.lah menjadi tempat untuk kita memohon pertolongan. Kepadanyalah kita mengadu segala masalah melalui amalan doa yang sebaik-baiknya disertai dengan ibadah solat samada yang wajib mahupun yang sunat. Sesungguhnya doa itu adalah tali yang mengikat antara manusia dengan Khaliq-Nya dan sesunggunhnya doa itu adalah kekuatan bagi setiap Muslim.
lk
Bukan seperti masyarakat pada hari ini, yang segelintir daripada mereka lebih suka meminta pertolongan kepada dukun, pawang dan sebagainya, lantaran mereka merasa bahawa dukun dan pawang itu mempunyai kelebihan dan keistimewaan berbanding manusia lain. Mereka tidak sedar yang mereka itu telah mensyirikkan Allah S.W.T. Sesungguhnya syirik itu merupakan perbuatan yang mendatangkan dosa besar dan tidak akan diampunkan oleh Allah S.W.T. Dan sesungguhnya dukun dan pawang itu juga merupakan manusia biasa yang nasibnya ditentukan oleh Allah S.W.T. Kelebihan dan kehebatannya adalah atas pertolongan dan sandaran kepada makhluk yang dikutuk Allah S.W.T. iaitu syaitan dan iblis laknatulLah.
lk
Sampai di sini sahajalah dapat saya sampaikan kisah Nabi Sulaiman dan keistimewaannya. Moga akan mendapat iktibar dan pengajaran daripada kisah yang saya sampaikan ini.
lk
Sekian sahaja, terima kasih. WabilLahit taufiq wal hidayah. Wassalamu `alaikum W.B.T. Ilal liqo’ wa ma’as salamah.

Mohon Maaf Kepada Semua


Di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf kepada semua pengunjung kerana sudah lama tidak meng'update' blog kesayangan saya ini. Satunya, kerana dek kesibukan, takde mood untuk meng'post' entri2 baru. Sebenarnya, saya mmg selalu surf internet, tapi saya lebih gemar ziarah blog kwn2 n touch up blog saya. He3... Saya pun sebenarnya tak pandai nak bercerita macam2 tentang kehidupan seharian saya. Banyak gakla yang saya lakukan. Rasa ralat lak sebab tak dapat nak diabadikan dan dikongsi bersama para pengunjung. Hanya kekal dalam ingatan, tapi lama2 lupa gak kan? Ada gak, pengunjung yang meminta izin utk download entri2 tertentu, terutamanya teks pengacara majlis. Tak payah minta izin, saya benarkan dgn syarat bukan utk kepentingan peribadi. Contohnya, ambil teks tu dari saya, tapi cakap kat orang lain teks tu buat sendiri. Tapi, klu dah edit2 tu okla. Cam kite buat latihan ilmiah tu kan kite quote dari penulsan org lain, then kite buat nota kaki dan bibliografi kan? Sebenarnya ada beberapa lagi teks pengacara majlis yang belum sempat saya upload. Nanti, in sya Allah saya uploadkan ok...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...