My Next Day


Esok, saya bersama mak and adik saya akan menyertai rombongan ke Nilai 3. Actually, rombongan ni ialah sebagai menyokong Pasukan Kawad Kaki SK Bandar Tenggara 1, yang mewakili Negeri Johor ke Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Kebangsaan (yang salah seorangnya adalah adik bongsu saya). Tu yang semangat sangat nak pi tu, he3...
lk
Actually pasukan dorang ni dah almost 5-6 years, maybe lebih kot; mewakili Negeri Johor ke peringkat Kebangsaan. And dah selalu gak menjadi johan peringkat Kebangsaan. Cuma untuk kali ni, mereka berusaha untuk membuat hatrik 3 kali berturut-turut menjadi johan peringkat Kebangsaan, kerana sebelum ni belum pernah buat hatrik sebab pernah dapat tempat kedua and ketiga. Nanti, saya akan uploadkan video kawad kaki sekolah adik saya tu yer. Memang salute habis la. Kalau tak, takkanla ada pasukan yang sampai main bomoh2. Pelikla, macam tu ke nak berjaya, sedangkan terang-terangan kita dah boleh agak sapa yang boleh menang (bukan mind setting yer, tapi memang nampak hasil daripada usaha yang dilakukan). Patutnya, kenala usaha lebih sikit. Dah berusaha, tawakkal kepada Allah, bukan main bomoh2 ni...

Ada Apa dengan Cuti Sekolah


Apa ye yang saya buat sepanjang cuti sekolah ni? Pegi bercuti ke Pulau Tioman, window shopping, ngadap internet, hantar ngan ambik adik pi balik latihan kawad, latih anak2 murid saya yang akan mewakili sekolah ke Pertandingan Kalam Jamae sempena Karnival j-QAF Daerah (tak dapat lagi actual date, harap sangat leh menang, selepas pasukan nasyid sekolah hanya berjaya mendapat tempat kedua dengan perbezaan markah hanya 0.5, adil ke? Sedih nyer...), balik kampung, and ntah apa2 aktivitila. (Aktiviti ini setakat 07hb Jun 2009 sahaja, banyak lagi cuti ni, he3).

Warkah Cinta Berbau Syurga

lk
Alamak jiwang lak tajuk entri kali ni. He3. Actually tajuk posting tu, sebenarnya (dah guna actually guna sebenarnya lak, he3) adalah tajuk novel yang baru saya beli semalam kat Harris (owned by Popular Book) yang lokasinya berada di Aeon Jusco Tebrau City. Semalam sesaje singgah kat Harris tu, sebelum ni tengok dari jauh je, sebab ingatkan Chinese Book Store (memang banyak buku Bahasa Cina pun), rupa2nya ada gak buku Bahasa Melayu. So, berkenanla nak beli novel ni sebab ada ala2 cam Salju Sakinah by Zaid Akhtar (my senior at SMKAS). Dah start baca dah novel ni, tapi belum abis lagi. Just now, okla not bad jalan ceritanya. Tapi, kalau rasa nak tahu lebih lanjut tentang novel ni, kenala beli. Saya ni tak pandai buat sinopsis. Nanti lain yang baca, lain lak yang diceritakan. He3... Gambar novel tu seperti di atas (berlatarbelakangkan cadar katil, he3).
lk
Saya ni memang minat baca novel. Novel terakhir yang saya beli sebelum ni ialah Mikhail by Ramlee Awang Murshid (tak pernah ketinggalan untuk membaca or membeli novel2 Ramlee Awang Murshid ni). And novel terakhir yang dibaca ialah Sayang Tak Terucap by Norhayati Berahim, He3. Tapi, jangan salah anggap, novel2 Norhayati Berahim ni selalunya bertemakan kekeluargaan. Novel ni dipinjamkan oleh Mak Ara (cikgu kat sekolah saya). Ada satu lagi novel yang dipinjamkan oleh Mak Ara (towkeh novel, he3) bertajuk Bunga Kasih also by Norhayati Berahim. Pun dah abis baca, pun pasal kekeluargaan.
lk
Sekarang ni banyak dah novel yang bertemakan agama. Dulu pun banyak kot, just saya baru realise sekarang kot. Yang paling saya suka ialah novel Ketika Cinta Bertasbih Part 1 & 2 by Habiburrahman el-Shirazy. Part 1, saya beli. Part 2, just download dari internet and dok mengadap laptop untuk membacanya. Bayangkan. He3. Bagi saya Ketika Cinta Bertasbih lebih best dari Ayat2 Cinta.
lk
Ustaz Aref, nak tanya sikit leh? Nak tanya apa? Tanyala? Apa buku ilmiah @ agama yang kali terakhir dibaca? Alamak, kantoi! Bukan kali terakhir, bermula pun belum pasti... He3... (inzar untuk diriku yang ilmunya lebih sedikit daripada setitis air laut).

Vacation to Pulau Tioman

Pada 29-31 Mei yang lalu, saya telah bercuti ke Pulau Tioman bersama mak dan adik saya yang bongsu. 29hb tu sebenarnya sekolah lagi. Tapi bercuti punya pasal terpaksalah ambik CRK. Buat masa ni dah 3 kali saya ambik CRK. Adik saya tu lak, CRK pebendanya, ponteng sekolah la, he3. Sebenarnya percutian ke Pulau Tioman ni ditaja oleh Canon Marketing Sdn. Bhd. dan Yessupport Sdn. Bhd., atas pembelian VideoCamera Canon FS100. Free... takkan nak lepaskan peluang kan?
lk
Setiap pembelian, akan mendapat 2 tiket feri pergi balik (Mersing-Tioman-Mersing) termasuk makan dan penginapan. Kiteorang pergi by group, adalah dalam 24++ orang (customer+family member+organizer).

29hb tu kiteorang berkumpul di Jeti Mersing untuk menaiki feri. Ni la 1st time saya naik feri. Mabuk gak dibuatnya. He3. Berpeluh satu badan, peluh sejuk. Last2 tu dah tak boleh tahan, sampai termuntah. Nasib baik ada prepare plastik. Lepas muntah tu, terus terasa lega dan peluh tu terus hilang. Ajaib kan? He3.

Hari pertama tu aktiviti bebas. So, saya ngan mak dan adik just jalan2, menikmati keindahan di sekitar Pulau Tioman tu, lebih tepat lagi Pulau Tioman @ Kg. Genting. Hari kedua lak, pagi tu ada presentation tentang penggunaan VideoCamera Canon FS100 tu. Then, petangnya kiteorang di bawa menaiki speedboat untuk menikmati keindahan Pulau Tioman di sekitar Tekek, Pusat Taman Laut dan sebagainya lagi (tak ingat sangat nama2 tempat tu).
lk

video

Aktiviti ini sebenarnya memberi peluang kepada semua pemilik VideoCamera Canon FS100 untuk merakamkan gambar keindahan alam di sekitar Pulau Tioman untuk merebut hadiah utama Pertandingan Merakam Gambar @ Pulau Tioman. Hadiah utamanya ialah Canon Selphy CP740 Compact Photo Printer yang nilainya lebih kurang RM 500++. Semua peserta juga akan mendapat cenderahati berupa tuala daripada Canon.
lk

Bagi saya pemandangan di Pulau Tioman tu kire okla. Pemandangan cantik2 gak la. Airnya jernih dan bersih. Aktiviti utama kiteorang kat sana just makan2, jalan2, mandi manda, dan paling utama berlagak seperti professional photographer ngan VideoCamera masing-masing. He3. Bile lagi nak tunjuk skill kan? Then, tentang harga barang2, lebih baik beli di Jeti Mersing; lebih murah, pelbagai dan nampak baru.




Then, malam terakhir tu ada aktiviti BBQ dan penyampaian hadiah Pertandingan Merakam Gambar @ Pulau Tioman. Nak tau sape yang menang? Jeng jeng jeng. Alhamdulillah, maybe dah rezeki saya. Sayalah pemenangnya. He3. Kira bangga gakla. Yela 1st time, boleh menang. He3. Kat bawah ni gambar yang saya rakamkan, kat satu pulau kecil di Pulau Tioman tu (gambar pulau tu kat atas ni). Tak tau nama tempatnya. Rasa berbaloi sangat join trip ni, dahla free, menang hadiah yang nilainya RM500++ lagi. He3. Hepi sangat. Mak saya pun melahirkan kegembiran ngan percutian ni. Puas ati sangat.


Hari last tu, just breakfast, then jalan2 dan bermandi manda, sebelum bersiap untuk bertolak kembali ke Jeti Mersing. Alhamdulillah, perjalanan balik ni saya dah tak mabuk dah. Sampai2 kat Jeti Mersing, cepat2 pegi tengok keta, sebab saya just parking di tempat terbuka yang takde security protection. Alhamdulillah, selamat. Sebelum balik ke rumah lunch dan beli souvenior yang harganya lebih murah dan cantik2 berbanding di Pulau Tioman. Ada satu group nak pegi Pulau Tioman tu, terus beli souvenior kat situ bila saya cakap barang kat Pulau Tioman lebih mahal.
.
lk
Tq Canon dan Yessupport. Lain kali leh organize trip ke tempat lain lak yer. Terus terang saya sangat puas ati ngan trip ni dan puas ati ngan layanan organizer yang peramah dan happy go lucky tu...

Inilah Kelemahanku...


Ni la kelemahan saya... Berjam2 dok baca blog orang lain, tapi nak update blog sendiri walau untuk memposting satu ayat pun malas. He3... Last2 banyak perkara dibiarkan begitu sahaja tanpa dapat dikongsi bersama orang lain. Rugi kan? Sape nak jawab? Saya sendirila. He3. Mestilah rugi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...