Dapat Kad Raya!


From : Nordin Ismail the Ganu man




From : The one and only; Eliane Ghani



From : The Canon team members; Li Shan
lk
Tq everyone...

Lagi Sms Rayaku

Lagi sms rayaku...
lk
Pejam celik pejam celik dah lama tak jumpa. Pejam celik dah 30 hari pose. Makin dipejam celik. Makin banyak salah dan dosa. Sementara masih celik, banyaklah buat pahala. Sebelum pejam tak celik2 harap maaf jika tersalah kata. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.
~Faizal Saari~
200909/0128am
~Kak Saiful~
200909/0741am
lk
Apabila ada langkah yang membekas lara. Apabila ada kata yang merangkai dusta. Dan ada tingkah yang pernah menoreh luka. Di bulan ampunan ini, mohon dibukakan pintu maaf sedalam-dalamnya. Selamat `Idul Fitri.
~En. CK Tan~
200909/0148am
lk
And thanks to EJ.

Lebaran Ini

Takbir Raya

lk
Firman Allah S.W.T. di dalam Surah Ali `Imran ayat 191 yang bermaksud :
lk
"(Iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, Maka peliharalah kami dari siksa neraka".

Hari Rayaku Kali Ini

Pejam celik pejam celik, sekejap sahaja Ramadan sudah sampai ke penghujungnya. Terlalu cepat masa berlalu. Hari kemenangan; Hari Raya Aidilfitiri kini pula menjelma.
lk
AlhamdulilLah, pagi tadi saya dapat bersolat sunat Hari Raya Aidilfitri di masjid di kampung saya sendiri. In sya Allah petang nanti, selepas Zohor saya sekeluarga akan menziarahi pusara arwah ayah saya yang telah kembali ke RahmatulLah pada tahun 2004 yang lalu. Sudah 5 tahun rupanya saya beraya tanpa ayah di sisi. Moga rohnya sentiasa dicucuri Rahmat.
lk
Selepas itu, kami akan balik ke kampung sebelah mak di Simpang Rengam dan kampung sebelah ayah di Benut. Dekat2 jer. Tak penah pun bergaduh nak beraya mana dulu. Senang kan? Hehehe... In sya Allah, bermalam di kampung sebelah arwah ayah.
lk
Esok lak, dalam malam kot, nak ke Taman Cahaya Masai lak, pegi rumah abang. Dia raya ketiga baru dapat cuti. Saya nak ambik dia sekeluarga untuk balik ke rumah saya dan pegi beraya ke rumah saudara-mara, sebab kebetulan kereta dia roadtax mati. Seronok gak naik keta ramai2 ni. So, belilah Avanza, nescaya raya anda akan extra vaganza. Heheheh...
lk
Rasanya, ni jela dulu sedikit coretan saya sempena Aidilfitri ini. Moga kita semua akan bergembira di hari yang mulia ini...

Sms Hari Rayaku

Saya dah dapat banyak sms hari raya daripada insan-insan yang mengenali diri saya ini. Tapi, ada di antara sms tu, tak dapat saya pastikan pengirimnya coz number pengirim tu takde dalam senarai phonebook handset saya tu, sebab kan rumah saya kena masuk perompak bulan 4 yang lalu; handset saya kena rompak sekali. And, saya sebenarnya belum sempat lagi nak balas semua sms tu. Tapi, saya mesti postkan sms2 tu kat Elhaamy ni, sebab phone memory saya dah penuh. Biasalah handset murah, tak leh simpan sms banyak2. Hehehe...
lk
Rumah dihias bagai istana. Buat persiapan di `Aidilfitri. Jari disusun, maaf dipinta. Sms dihantar pengganti diri. Semoga Ramadan kali ini lebih baik buat kita berbanding sebelumnya dan akan meninggalkan impak yang sangat bernilai buat bekalan hidup yang bakal kita tempuh di hari2 yang mendatang, in sya Allah. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.
~En. Zakaria Klang~
190909/0743am
lk
Sebening air wudhu', sesuci al-Qur'an, semerdu alunan zikir, seindah solat 5 waktu, setenang hati yang tiada rasa benci dan dendam. Andai tanganku tak sempat berjabat, jika muka tak sempat bertatap, bukalah pintu maaf untukku, selamat menyambut Aidilfitri.
~Shahmila~
190909/0453pm
lk
Ya Allah, seketika di tahun ini, In sya Allah muncul hari baru yang ceria. Engkau muliakan dan sayangi penerima ucapan ini, berkati keluarganya, sihatkan tubuh badannya, limpahkan rezekinya, jauhkan daripada fitnah, penganiayaan dan penghinaan, suburkan benih keimanan dengan penuh rasa kasih sayang serta taqwa tanpa alasan. Makbulkan cita2nya yg murni. Amin ya Rabbal `Alamin. Selamat Hari Raya.
~Syam~
190909/0637pm
lk
Bakar lemang sambil berdiri. Untuk juadah di Aidilfitri. Nak hantar kad raya posmen dah cuti, sms saje jadi pengganti, selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin.
~Nik Hazmi~
190909/1143pm
k
Walau langkah tidak bertemu, tangan tidak berjabat, lafaz tidak terdengar, mata tidak bertentang... Mohon maaf atas segala kekhilafan kerana ada ketikanya mata silap memandang, telinga salah mendengar, lidah terlanjur bicaradan hati tersalah menduga. Salam Aidilfitri.
~Ayu Dijah~
190909/1147pm
lk
Taklah banyak sangat sebenarnya. Heheheh. And thanks a lot to Ustaz Rashid, Aainaa, Zul Salleh, Kak Hajjah Aini and Faisal Maksom atas kiriman sms mengucapkan selamat hari raya...

Salam Syawal Buat Semua

Hari Pertama UPSR 2009

Hari ini bermulanya peperiksaan UPSR untuk tahun 2009. Hari yang pertama. Untuk peperiksaan UPSR di sekolah saya, saya telah ditugaskan untuk menyediakan keperluan pembesar suara pada setiap pagi. Setelah itu, membacakan doa sebelum murid-murid masuk ke dalam dewan peperiksaan.
lk
Berdasarkan pemerhatian saya, murid-murid belum menunjukkan sikap yang baik sebagai seorang murid yang akan menghadapi peperiksaan. Secara kesimpulannya, mereka belum bersedia dari segi fizikal dan mental. Mungkin mereka belum mengenal apa ertinya sebuah peperiksaan sepertimana mereka yang akan menghadapi peperiksaan yang lebih besar seperti PMR, SPM dan juga peperiksaan di IPT.
lk
Mereka masih lagi bergurau senda dan berbual-bual perkara yang langsung tidak berkaitan dengan peperiksaan. Sudah diarahkan menyediakan alatan tulis sedari awal, tapi pada saat-saat akhir masih ada yang penselnya tumpul. Disuruh beratur mengikut angka giliran pun agak lambat. Hai anak-anak muridku... Mungkin ini hari pertama. Belum kenal rentak... Tapi, tak semuanya begitu. Biasalah dalam setandan pisang, pasti ada sebiji yang busuk kan.
lk
Setelah murid-murid masuk ke dalam dewan peperiksaan, saya dan guru-guru agama yang lain, bersama murid-murid tahun 4 dan 5 berkumpul di surau untuk melaksanakan solat hajat, membaca yaasin dan tahlil dan berzikir munajat pada setiap kali peperiksaan dilaksanakan. AlhamdulilLah, hari ini 3 kali yaasin dan tahlil dibacakan untuk 3 sesi peperiksaan pada hari yang pertama ni.
lk
Terima kasih kepada yang telah menjayakan majlis ini; Guru Besar yang sentiasa bersama, guru-guru, ibu bapa, pihak pengurusan Felda dan murid-murid yang terlibat. Walaupun agak letih, ditambah dengan 'aktiviti main-main' (biasalah budak2 kan, panas hati gak dibuatnya), mudah-mudahan segala hajat dan doa akan didengar oleh Allah S.W.T. dan diperkenankan oleh-Nya. In sya Allah...

Masih Diperlukan Di sana

Rasanya, masalah di persimpangan dilema yang saya hadapi sebelum ni dah settled kot. Khidmat saya masih diperlukan di sekolah lama. Moga diri ini akan terus berusaha untuk mempertingkatkan prestasi kerja demi anak-anak bangsa yang tercinta. Cewahhhhh!!!. Hehehe...

Badar al-Kubra (Bahagian Akhir)

Menentukan nasib 70 orang tawanan
lk
Baginda Rasulullah s.a.w mencari kesempatan dan ruang yang ada untuk bertemu dua sahabat terdekatnya bagi meminta pandangan mereka berdua berhubung isu tawanan.
lk
Abu Bakar menyatakan bahawa setiap seorang daripada mereka mengajar sepuluh anak orang Islam dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan, agar kesemua mereka hingga berjumlah 700 anak orang-orang Islam menjadi pandai dan celik ilmu, inilah juga pandangan peribadi Rasulullah s.a.w.
lk
Walau bagaimanapun, Umar tidak bersetuju dengan pandangan itu, beliau mencadangkan agar setiap mereka itu dibunuh sahaja, kerana merekalah penyebab kepada masalah syirik dan penentangan terhadap ajaran-ajaran baginda Rasulullah kalau masih mahu mereka terus hidup.
lk
Rasulullah tidak dapat berkata apa-apa terhadap dua pandangan yang sama sekali bercanggah antara satu sama lain, namun pada malam itu baginda menerima turunnya wahyu Ilahi agar kesemua tawanan itu dihapuskan dari muka bumi ini, kisah itu dirakam menerusi ayat 67 surah Al-Anfal : "Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai (menyimpan) tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu mengharapkan harta benda duniawi sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat untukmu. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
lk
Keesokan harinya, baginda bertemu semula dengan dua orang sahabat karibnya bagi menyatakan ketegasan Allah mengenai masalah tawanan, sambil baginda menyifatkan sikap Abu Bakar seperti Nabi Nuh dan Isa dan menyifatkan sikap Umar seperti Nabi Ibrahim dan Musa yang sentiasa tegas dalam segenap tandak-tanduknya.
lk
Akhirnya baginda Rasulullah s.a.w menyatakan arahan Allah supaya kesemua tawanan itu perlu dihapuskan daripada muka bumi ini dengan segera sebelum berbagai-bagai tindakan lain muncul bagi melemahkan Islam dan umatnya.
lk
Mengapa perang ini begitu istimewa?
lk
Pertama, kerana perang ini Rasulullah beserta pasukannya mengalami kemenangan meskipun hanya berjumlah 313 orang sahabat (terdiri dari 82 Muhajirin, 61 dari suku Aus dan 170 dari suku Kharaj) serta pasukan kaum muslimin hanya memiliki dua ekor kuda dan 70 ekor unta, bahkan satu ekor dinaiki sampai dua tiga orang.
lk
Kedua, baginda mengadakan mesyuarat terlebih dahulu sebelum berangkat ke Badar, sesungguhnya tindakan baginda itu tidak sedikitpun mengurangkan kedudukannya sebagai seorang pemimpin tertinggi umat Islam dan perkara bagi menentukan nasib para tawanan yang berjumlah seramai 70 orang, baginda meminta pandangan dua orang sahabatnya yang terdekat iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar untuk menyelesaikan masalah tersebut.
lk
Ketiga, peranan doa yang diajarkan oleh baginda menjadi teras dan pemangkin sebelum sesuatu tindakan dibuat, ia bertujuan untuk mendapatkan keredaan dan restu Allah.
lk
Keempat, walaupun menghadapi suasana getir dalam peperangan, ia sedikitpun tidak mengalang umat Islam daripada terus berpuasa, apatah lagi ia merupakan arahan Rasulullah dan pelengkap kepada rukun Islam yang lima.
lk
Kelima, jumlah yang sedikit bukan ukuran untuk mudah dikalahkan, yang penting kesungguhan, keutuhan jati diri, kerjasama dan perancangan yang hebat menjadi penentu kepada sesuatu kejayaan.
lk
Keenam, kepatuhan kepada arahan pimpinan yang tidak berbelah bagi dalam perkara yang tidak menyanggah agama, menjadi faktor utama keberhasilan mendapatkan kejayaan.
lk
Ketujuh, mengetahui sumber peralatan perang pihak musuh seperti pengetahuan Nabi terhadap bilangan unta yang dimiliki tentera Quraish boleh membantu melancarkan strategi peperangan.
lk
Kelapan, menghantar wakil bertemu pihak musuh dari kalangan individu yang hebat seperti Saidina Hamzah, Saidina Ali boleh menggerunkan pihak musuh, kerana mereka beranggapan bahawa pihak umat Islam memiliki pasukan perang terkuat yang sukar dikalahkan.
lk
Kesembilan, menghalakan niat dan matlamat perang menghadapi musuh adalah kerana Allah dan meninggikan syiar-syiar agama-Nya, bukan atas tujuan meraih harta dan habuan dunia yang melalaikan.
lk
Kesepuluh, cara berfikir yang bernas patut dilontarkan ketika mengadakan sesuatu perbincangan untuk mencari jalan penyelesaian seperti yang dilakukan oleh Abu Bakar dan Umar bagi menyelesaikan isu tawanan perang.
lk
Kesebelas, sebagai seorang Nabi, baginda tidak sedkitpun rasa malu untuk menerima pandangan dari sahabatnya yang bukan bertaraf Nabi atau Rasul dalam isu-isu tertentu bagi mencari jalan penyelesaiannya.
lk
Keduabelas, sesungguhnya banyak pengajaran positif yang perlu diambil kira oleh setiap individu muslim yang cintakan agamanya ke arah satu tahap kekuatan dalam pelbagai aktiviti harian hidup mereka.
lk
Sumber : http://www.harakahdaily.net/ 26 Sept 2007/ Zaini Hashimi

Badar al-Kubra (Bahagian 2)

Suasana pada malam tercetusnya perang di Badar

Malam itu terjadi beberapa keajaiban, perasaan takut dan tertekan yang ada pada kaum Muslimin tiba-tiba hilang, pasukan Islam menikmati malam itu dengan senang dan tenang, dan akhirnya tertidur dengan puas.
lk
Hujan pun turun, membasahi pasir padang Badar sehingga menjadi padat dan lembut apabila dipijak (pasir dalam keadaan kering, seperti pasir pantai, membuat susah berjalan). Inilah seperti yang dijanjikan Allah dalam Al-Anfaal (surat kedelapan) ayat 8:
lk
"(Ingatlah), ketika Allah menjadikan kamu mengantuk sebagai suatu ketenteraman daripada-Nya, dan Allah menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk menyucikan kamu dengan hujan itu dan menghilangkan dari kamu gangguan-gangguan syaitan dan untuk menguatkan hatimu dan memperteguh dengannya telapak kaki (mu)."
lk
Subuh hari, Abu Bakar "menganggu" ibadah Rasul karena kafir Quraish sudah semakin hampir mendekati umat Islam.
lk
Pasukan Islam dengan segera membuat persiapan, ketika pasukan kafir Quraish sudah kelihatan jelas oleh Rasul, Rasul memanjatkan doa, "Ya Allah! Kaum kafir Quraish yang enggan untuk menyembahMu dan mendustai utusanMu sudah berada di sini. Ya Allah, kami menunggu dan megharapkan daripadaMu kemenangan yang Engkau janjikan kepadaku dan sahabat-sahabatku. Kami memohon kepadaMu, ya Allah, untuk mengalahkan mereka."
lk
Rasulullah minta pendapat sahabat sebelum berangkat ke Badar
lk
Sebaliknya pihak Muslimin, yang sudah kehilangan kesempatan mendapatkan harta rampasan, sudah sepakat akan bertahan terhadap musuh bila diserang.
lk
Oleh kerana itu merekapun segera berangkat ke tempat mata air di Badar itu, dan perjalanan ini lebih mudah lagi kerana waktu itu hujan turun.
lk
Setelah mereka sudah mendekati mata air, Rasulullah berhenti. Ada seseorang yang bernama Hubab bin Munzir bin Jamuh, orang yang paling mengetahui atau disifatkan sebagai seorang pakar tentang mengenal tempat itu, setelah melihat Nabi turun di tempat tersebut, dia bertanya: "Rasulullah, bagaimana pendapat tuan untuk berhenti di tempat ini? Kalau ini sudah wahyu Tuhan, kita takkan maju atau mundur setapakpun dari tempat ini. Ataukah ini sekadar pendapat tuan sendiri, suatu taktik perang belaka?"
lk
"Sekadar pendapat saya dan sebagai taktik perang," jawab Rasulullah.
lk
"Rasulullah," katanya lagi. "Kalau begitu, tidak tepat kita berhenti di tempat ini. Mari kita pindah sampai ke tempat mata air terdekat yang tahu tempat itu dengan penuh yakin, lalu telaga-telaga kering yang di belakang itu kita timbun setelah diambil airnya. Selanjutnya kita membuat kolam, kita isi sepenuhnya. Barulah kita hadapi mereka berperang. Kita akan mendapat air minum, mereka tidak."
lk
Melihat saran Hubab yang begitu tepat itu, Nabi Muhammad dan rombongannya segera pula bersiap-siap dan mengikut pendapat temannya itu, sambil mengatakan kepada sahabat-sahabatnya bahawa dia juga manusia seperti mereka, dan bahawa sesuatu pendapat itu dapat dimusyawarahkan bersama-sama dan dia tidak akan menggunakan pendapat sendiri di luar mereka. Dia perlu sekali mendapat konsultasi yang baik dari sesama mereka sendiri.
lk
Selesai kolam itu dibuat, Sa'd b. Mu'az memberikan usulnya: "Rasulullah," katanya, "kami akan membuatkan sebuah dangau buat tempat Tuan tinggal, kenderaan Tuan kami sediakan. Kemudian biarlah kami yang menghadapi musuh. Kalau Tuhan memberi kemenangan kepada kita atas musuh kita, itulah yang kita harapkan.
lk
"Tetapi kalau pun sebaliknya yang terjadi; dengan kenderaan itu Tuan dapat menyusul teman-teman yang ada di belakang kita. Rasulullah, masih banyak sahabat-sahabat kita yang tinggal di belakang, dan cinta mereka kepada tuan tidak kurang dari cinta kami ini kepada tuan.
lk
"Sekiranya mereka dapat menduga bahawa tuan akan dihadapkan pada perang, nescaya mereka tidak akan berpisah dari tuan. Bagi mereka Tuhan menjaga tuan. Mereka benar-benar ikhlas kepada tuan, berjuang bersama tuan."
lk
Nabi Muhammad s.a.w sangat menghargai dan menerima baik saranan Sa'd itu. Sebuah dangau buat Nabi lalu dibangunkan. Jadi bila nanti kemenangan bukan di tangan Muslimin, ia takkan jatuh ke tangan musuh, dan masih akan dapat bergabung dengan sahabat-sahabatnya di Yathrib.
lk
Di sini orang perlu berhenti sejenak dengan penuh kekaguman, kagum melihat kesetiaan Muslimin yang begitu dalam, rasa kecintaan mereka yang begitu besar kepada Rasulullah, serta dengan kepercayaan penuh kepada ajarannya.
lk
Semua mereka mengetahui, bahawa kekuatan Quraish jauh lebih besar dari kekuatan mereka, jumlahnya tiga lipat ganda banyaknya. Tetapi, sungguhpun begitu, mereka sanggup menghadapi, mereka sanggup melawan.
lk
Dan mereka inilah yang sudah kehilangan kesempatan mendapatkan harta rampasan. Tetapi sungguhpun begitu kerana bukan pengaruh kebendaan itu yang mendorong mereka bertempur, mereka selalu siap di samping Nabi, memberikan dukungan, memberikan kekuatan.
lk
Dan mereka inilah yang juga sangsi, antara harapan akan menang, dan kecemasan akan kalah. Tetapi, sungguhpun begitu, fikiran mereka selalu hendak melindungi Nabi, hendak menyelamatkannya dari tangan musuh. Mereka menyiapkan jalan baginya untuk menghubungi orang-orang yang masih tinggal di Madinah.
lk
Suasana yang bagaimana lagi yang lebih patut dikagumi daripada ini? Iman mana lagi yang lebih menjamin akan memberikan kemenangan seperti iman yang ada ini?

Badar al-Kubra (Bahagian 1)

Setelah penghijrahan baginda Nabi s.a.w ke Madinah, permusuhan kaum kafir Quraish terhadap umat Islam masih belum reda.
lk
Penyiksaan dan gangguan mereka kepada kaum muslimin yang masih berada di Mekah dan tidak dapat keluar dari kota itu semakin menjadi-jadi.
lk
Pada sudut yang lain pula harta benda yang ditinggalkan oleh mereka yang telah berhijrah ke Madinah dirampas oleh Quraish.
lk
Hal inilah yang menjadi dasar bagi baginda Rasulullah s.a.w untuk menyekat kafilah dagang Quraish yang melintas dekat Madinah dalam perjalanan perniagaan menuju Syam atau dari Syam menuju Mekah.
lk
Tahun kedua hijrah, Rasulullah s.a.w bersama 313 sahabatnya bergerak menuju Badar untuk menyekat kafilah Quraish yang membawa harta berlimpah hasil dari perniagaan di Syam.
lk
Setelah mendengar berita itu, Abu Sufyan, yang memimpin kafilah ini, mengirimkan utusannya ke Mekah untuk meminta bantuan tentara Quraish dalam menghadapi ancaman ini.
lk
Bagi Quraish, sekatan kafilahnya oleh kaum muslimin tidak bererti kerugian harta tetapi apa yang paling penting baginya ialah kehormatan suku besar di Mekah ini.
lk
Untuk itu, Abu Jahal yang merupakan salah seorang bangsawan terkemuka Quraish bersama seribu orang lengkap dengan peralatan perang meninggalkan kota Mekah dan bergerak menuju Badar.
lk
Sementara kafilah pimpinan Abu Sufyan dengan melintasi jalan alternatif berjaya meloloskan dari sekatan kaum muslimin.
lk
Abu Sufyan mengirimkan utusannya untuk meminta Abu Jahal kembali ke Mekah kerana baginya dia telah berjaya melepaskan diri daripada sekatan bahaya itu.
lk
Namun pesanan itu ditolak oleh Abu Jahal. Beliau segera bersiap untuk berperang bagi menghadapi pasukan Islam Madinah.
lk
Di Badar, pasukan muslimin yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w telah bersiap siaga sepenuhnya. Pasukan kecil berjumlah 313 orang dan peralatan yang ala kadarnya, siap menghadapi seribu orang di barisan Quraish yang lengkap bersenjata.
lk
Namun keimanan yang dimiliki oleh umat Islam menjadi sandaran dan pendorong mereka untuk tegar dan siap menanti kematian di jalan Allah yang basalannya adalah syurga.
lk
Tepat pada tarikh 17 Ramadan tahun kedua hijrah, perang di Badar berkecamuk setelah dimulai dengan konfrantasi iaitu satu lawan satu antara tiga pihak dari dua barisan perang.
lk
Satu demi satu wakil musuh terkorban. Darah bersimbah di sana sini. Tak lama, berita tersebar bahwa Abu Jahal yang pernah disebut Rasulullah sebagai Firaun di tengah umat ini tewas di tangan pasukan muslimin.
lk
Dengan terbunuhnya Abu Jahal dan beberapa pemuka Quraish di medan perang Badar menjadi pukulan hebat bagi pasukan Mekah yang akhirnya memilih untuk melarikan diri.
lk
Dalam perang Badar, pasukan Quraish menderita kerugian tujuh puluh tewas dan tujuh puluh yang lain menjadi tawanan.
lk
Sementara barang rampasan perang yang ditinggalkan bukanlah jumlah yang sedikit, dianggarkan sebanyak 150 unta, sepuluh kuda, sejumlah kulit dan kain, serta peralatan perang ditinggalkan oleh pasukan Mekah yang lari tunggang langgang menyelamatkan diri.

My Sms 8

"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada..."
lk
~matakami~
060909/0329pm

Jadual Aktiviti Program Ihya' Ramadan 1430H SK LKTP Sg. Sayong

Di sini saya kongsikan jadual aktiviti, Program Ihya' Ramadan 1430H yang dilaksanakan di sekolah saya. Walau agak terlambat, mungkin boleh digunakan sebagai panduan...
lk
JADUAL AKTIVITI HARIAN (Dilaksanakan pada waktu rehat)

01 September/ 11 Ramadan – Selasa
Tadzkiyyah an-Nafs :Zikir Munajat
02 September/ 12 Ramadan – Rabu
Hayya Nusyaahidu : Upin & Ipin Versi Ramadan I
03 September/ 13 Ramadan – Khamis
Tadzkiyyah an-Nafs : Bacaan al-Qur’an dan Terjemahan
04 September/ 14 Ramadan – Jumaat
At-Tadzkirah : Kuliyyah Ramadan I
07 September/ 17 Ramadan – Isnin
At-Tadzkirah : Nuzul al-Qur’an/ Badar al-Kubra
08 September/ 18 Ramadan – Selasa
UPSR : Bacaan Yaasin
09 September/ 19 Ramadan – Rabu
UPSR : Bacaan Yaasin
10 September/ 20 Ramadan – Khamis
UPSR : Bacaan Yaasin
11 September/ 21 Ramadan – Jumaat
At-Tadzkirah : Kuliyyah Ramadan II
14 September/ 24 Ramadan – Isnin
Tadzkiyyah an-Nafs : Bacaan al-Qur’an dan Terjemahan
15 September/ 25 Ramadan – Selasa
Hayya Nusyaahidu : Upin & Ipin Versi Ramadan II
16 September/ 26 Ramadan – Rabu
Tadzkiyyah an-Nafs : Zikir al-Ma’thurat
17 September/ 27 Ramadan – Khamis
Insyitotil Khususiyyah : Aktiviti Khas Ramadan
18 September/ 28 Ramadan - Jumaat
Majlis al-Ikhtitam : Majlis Khatam al-Qur’an dan Penutup
lk
Turut dilaksanakan adalah program taddarus al-Qur'an murid tahun 6, pertandingan kuiz Ramadan, pertandingan mewarna murid tahap 1 dan pertandingan nasyid murid tahap 2.

My Sms 7


"Days r too busy... Hours r too few... Seconds r too fast... But i never forget to tell u, take good care and happy always".k
lk
~Syam N9~
080809/0854am

My Sms 6


"Bila dirimu perlukan kekasih, maka pilihlah Allah. Bila dirimu perlukan rakan, maka pilihlah al-Qur'an. Dan bila dirimu perlukan sokongan maka bertawakkallah kepada-Nya sepenuh hati".
lk
~matakami~
050909/0842pm

My Sms 5



"Berbahagia dengan apa yang Allah S.W.T. berikan kepadamu. Sesungguhnya Allah S.W.T. sayang kepada hamba-Nya. Dia akan menguji mereka. Dan ujian itu pastinya membawa kepada jalan keluar daripada segala kepayahan menuju kemuliaan..."
lklk
~matakami~
050909/1212pm

My Sms 4


I'm a cop & u r arrested 4 being what u r! It's illegal to be nice & friendly as u r, so i hereby arrest u to a lifetime jail in my heart. Case closed!
lk
~matakami~
020909/0651am

Senarai Semak Menghadapi Peperiksaan

Senarai semak menghadapi peperiksaan ini adalah antara yang terkandung di dalam risalah yang saya sediakan untuk murid-murid tahun 6 sekolah saya yang akan menghadapi peperiksaan UPSR pada minggu hadapan. Saya peroleh dari http://kaunselingredza.blogspot.com. Saya kiranya ianya tips yang amat baik untuk pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan.
lk
SENARAI SEMAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN
lk
MALAM SEBELUM PEPERIKSAAN
~Menyemak jadual peperiksaan untuk memastikan mata pelajaran pada hari esoknya.
~Sediakan dan menyemak keperluan peperiksaan berfungsi dengan baik seperti pen, pensil 2B, pemadam, pembaris, pengasah, dan sebagainya.
~Membuat ulangkaji terakhir (nota – nota penting sahaja).
~Menyimpan kad pengenalan dan slip kemasukan peperiksaan dengan baik.
~Menyemak jam tangan berfungsi dengan baik dan tepat.
~Menyediakan pakaian seragam sekolah yang sesuai untuk peperiksaan dan memastikan ianya selesa dan masih elok dipakai.
~Maafkan semua orang dan berdoa sebelum tidur. Minta ibu bapa/ keluarga kejutkan untuk bangun awal.
~Tidur awal dalam keadaan tenang dan memasang jam loceng sebelum tidur.
lk
PAGI HARI PEPERIKSAAN
~Bangun awal dan melakukan aktiviti kerohanian (solat, berdoa dan sebagainya).
~Ceria, tenang dan berfikiran positif tentang peperiksaan.
~Memohon restu (doa) daripada ibu bapa.
~Datang ke sekolah lebih awal.
~Masuk ke dewan peperiksaan dengan tenang, yakin dan berdoa.
~Duduk di dalam dewan peperiksaan dengan tenang sambil menunggu arahan pengawas peperiksaan. Banyakkan berdoa, berzikir dan berselawat. Mulakan menjawab soalan dengan lafaz BismilLah dan doa.
lk
MENJAWAB SOALAN OBJEKTIF
~Mengambil tahu bilangan soalan yang ada dan jumlah masa yang peruntukkan.
~Membaca soalan sekurang-kurangnya dua kali sebelum menjawab.
~Tentukan ruang jawapan diisi dengan betul.
~Tinggalkan, bulatkan soalan yang tidak yakin dan beredar ke soalan seterusnya.
~Semak jawapan sama ada sudah ditandakan dengan betul sama dengan pilihan jawapan di kertas soalan.
~Bagi soalan yang tidak yakin, tinggalkan jawapan yang tidak munasabah, kemudian yang sederhana munasabah, maka tinggallah jawapan yang diyakini betul sahaja.
~Padamkan dengan bersih sehingga tidak ada kesan yang tertinggal jika ingin membuat perubahan jawapan.
~Tanda pada ruang jawapan dibuat dengan jelas dan nyata.
~Semak semula pengisian nama, no. kad pengenalan, angka giliran dan kira bilangan soalan yang perlu dijawab sebelum dikutip oleh pengawas peperiksaan.
lk
MENJAWAB SOALAN SUBJEKTIF
~Semak bilangan soalan yang perlu dijawab dan berapa markah yang diperuntukkan setiap soalan. ~Membaca arahan soalan sebelum menjawab dan ingatkannya semasa menjawab.
~Baca kesemua soalan sepintas lalu untuk mendapat gambaran keseluruhannya.
~Tandakan semua soalan-soalan yang diyakini boleh dijawab.
~Semak semua soalan yang ditandakan dan pilih jumlah soalan yang diyakini dapat dijawab dengan baik.
~Membaca dan memahami kehendak soalan sebelum mula menjawab.
~Pembahagian masa untuk setiap soalan.
~Menyediakan rangka jawapan sebelum menjawab soalan.
~Tenangkan fikiran semasa menjawab.
~Memastikan tulisan dapat dibaca oleh pemeriksa dengan senang.
~Semak semula pengisian no. kad pengenalan, angka giliran dan kira bilangan soalan yang perlu dijawab dan ikat dengan kuat dan kemas.

Adab-Adab Masuk Ke dalam Dewan Peperiksaan

Ini adalah sepertimana yang saya amalkan ketika berada di dewan peperiksaan. Saya tulis ni berdasarkan pengalaman saya sendiri. Tidak diambil daripada mana-mana sumber penulisan.
lk
ADAB-ADAB MASUK KE DALAM DEWAN PEPERIKSAAN
lk
Antara adab-adab ketika masuk ke dalam dewan peperiksaan ialah :

1)Tidak berbual-bual atau bergurau-gurau dengan rakan lain.
2)Tidak membincangkan tentang peperiksaan yang telah diduduki sebelum itu.
3)Melangkah masuk ke dalam dewan dengan kaki kanan terlebih dahulu.
4)Ketika melangkah masuk bacalah :

ياَ حَيُّ، ياَ قَيُّومُ، ياَ مُتَكَبِّرُ
lk
5)Banyakkan berselawat.
6)Sentiasa berfikiran positif. Katakan, “In sya Allah, aku pasti boleh buat”.
7)Hindarkan daripada perasaan riya’, takabbur dan meninggi diri kerana merasa kitalah yang paling pandai dan boleh menjawab semua soalan yang diberikan.
8)Doakan kejayaan untuk rakan-rakan lain. Paling mudah, hadiahkan bacaan surah al-Fatihah untuk rakan-rakan lain agar semuanya beroleh kejayaan.

Doa Kecemerlangan Pelajar

Hari Jumaat lepas, telah diadakan Majlis Penyerahan Ilmu untuk murid-murid tahun 6 sekolah saya yang akan menghadapi peperiksaan UPSR pada minggu hadapan. So, saya mengambil kesempatan untuk menyediakan sedikit risalah berkenaan dengan doa-doa yang boleh diamalkan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan. Rasanya memang cam dah terlambat, tapi selagi kita belum selesai menghadapi peperiksaan, kita tetap perlu untuk berusaha dan bertawakkal. Doa-doa ni saya googled dari internet gak.
lk
DOA-DOA UNTUK PELAJAR CEMERLANG, IN SYA ALLAH

1) Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna (ketika mengulangkaji pelajaran) :
lk
اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih”.

2) Doa selepas mengulangkaji pelajaran :

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu”.

3) Doa sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan :

وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا
“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu”.

4) Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan :

سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ
“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa”.

5) Doa memohon kejayaan cemerlang :

اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ
“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh”.

6) Doa ketika menerima kertas soalan :

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي
“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

7) Doa ketika sukar untuk menjawab soalan :

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتغِيْثُ
“Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

Bagaimana Akhirnya Saya Menjadi Seorang Guru

Ini adalah entri khas sempena pengesahan jawatan saya sebagai Pegawai Pekhidmatan Pendidikan DG41. Heheheh. Asyik2 entri "macam bagus" je ye. Kan saya dah bagitau sebelum ni, tujuan utama saya menulis di Elhaamy ni, bukan untuk menunjuk-nunjuk apatah lagi untuk membangga-banggakan diri. Tetapi, hanya sekadar coretan untuk kenangan di masa hadapan. Dan harap-harap mungkin ada sedikit yang dapat dikongsikan bersama...
lk
Semasa di tingkatan 4, saya telah memilih pengajian di dalam aliran Sastera Agama, sebabnya saya tak layak untuk memilih aliran Sains kerana saya hanya mendapat A untuk subjek Matematik dan B untuk subjek Sains semasa peperiksaan PMR. Dan saya tak terniat pun untuk membuat rayuan. Yang penting, semua ilmu sama pentingnya. Tetapi kekadang tu terasa gak, bila ada orang yang menganggap pelajar-pelajar kelas agama ni adalah pelajar yang ketinggalan, dan kurang berjaya. Di kalangan guru sendiri, ada yang beranggapan begitu. Sesungguhnya agenda perang saraf; agenda zionis telah berjaya menakluki pemikiran orang-orang Islam.
lk
Walaupun saya berada di dalam aliran agama, tidak terfikir pun suatu hari nanti saya akan bergelar sebagai seorang guru, apatah lagi seorang ustaz sebab saya sebenarnya bercita-cita untuk menjadi seorang akauntan.
lk
Semasa mendapat keputusan SPM, AlhamdulilLah saya telah mendapat keputusan yang amat cemerlang, 6 Agregat (7A), dan saya muncul sebagai pelajar terbaik SPM bagi sekolah saya. Teori yang saya buat sebelum tu, UPSR saya dapat 4A, PMR dapat 5A, SPM mestilah dapat 6 Agregat. AlhamdulilLah, saya berjaya membuktikannya. Heheheh...
lk
Masa tu, saya masih terfikir-fikir untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang Perakaunan. Tapi, atas nasihat beberapa orang guru, saya telah mengubah fikiran untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang agama kerana memikirkan kurang sekali agamawan yang dapat dihasilkan daripada sekolah agama sendiri. Ibu bapa saya pun, tak pernah menentukan hala tuju hidup saya. Mereka memberi hak yang sepenuhnya kepada saya untuk membuat keputusan.
lk
Akhirnya, semasa mengisi borang UPU, saya telah memilih untuk meneruskan pengajian di UM di dalam bidang Syariah sebagai pilihan pertama dan bidang Perakaunan di UiTM sebagai pilihan kelima (Hehehe, masih ada hati tu). Dah rezeki saya untuk meneruskan pengajian di dalam bidang agama di UM. Kena masuk dulu Kampus Nilam Puri untuk program Integrasi. Masa tu belum pilih jabatan lagi. Dan saya dapat tahu gak, untuk bahagian Syariah ni ada program-program yang menghampiri impian saya sebelum ni, iaitu program Sarjana Muda Syariah (Ekonomi) dan Sarjana Muda Syariah (Pengurusan).
lk
Tapi, semasa di main campus, saya telah membuat keputusan untuk memilih Jabatan Siasah Syar'iyyah. Keputusan yang memeranjatkan ramai kawan baik saya. Bagi saya persoalan kerja bukan lagi persoalan utama. Yang penting adalah persoalan ilmu. Kerana pada masa itu, Jabatan Siasah Syar'iyyah adalah jabatan yang paling kurang pelajarnya. Mujur sahaja tidak ditutup. Tetapi saya bukanlah faqih sangat, tapi kalau ada orang bertanya bab2 Siasah Syar'iyyah ni, kalau saya tak tau nak jawab, bolehla rujuk buku-buku yang saya miliki.
lk
Saya tamat pengajian di UM pada bulan Oktober tahun 2004. Nak tunggu konvo lama gak, bulan 8 tahun 2005. So, saya cuba2 la nasib mencari pekerjaan yang bersesuaian. Macam2 kerja saya mintak, walaupun bukan dalam bidang agama. Sebab saya melihat banyak pekerjaan yang tidak memerlukan ijazah dalam bidang-bidang tertentu sahaja. Semua orang boleh mencuba. Tahun 2004 tu, saya menghadiri temuduga j-QAF yang kali pertama diadakan. Tetapi, bukan rezeki saya kerana pada masa itu saya belum konvo lagi.
lk
So, saya pernah kerja di Pizza Hut di Bangsar (hanya 3 hari), Kenny Rogers di KL Sentral, mengajar tuisyen di kolej, bekerja sebagai Patient Service di Pantai Medical Centre, sebagai sukarelawan di Pusat Sains Negara dan Petrosains di KLCC dan akhirnya menyertai Skim Latihan Graduan di UiTM.
lk
Pernah gakla ditipu agen pekerjaan yang suka mengambil kesempatan atas joob seekers yang terdesak mencari pekerjaan. Saya pernah gak menghadiri temuduga sebagai pegawai bank, temuduga Petronas (berjaya disenarai pendekkan) dan saya juga telah berjaya mendapat jawatan sebagai wartawan akhbar Kosmo (tapi saya tolak, dok fikir benda2 yang tak baik jer).
lk
Sebelum menyertai Skim Latihan Graduan tu, ingat nak buat DAIJ di USIM. Tapi, dah dapat tawaran Skim Latihan Graduan terus je terima. And, saya menjalani latihan praktikal Skim Latihan Graduan di Majlis Agama Islam Johor. Tapi, masa kat sini dah rasa takde harapan untuk dapat kerja kat sini. Sebab berdasarkan pemerhatian saya, kebanyakan yang bekerja di situ adalah sedara mara sepupu sepapat. Sapala saya yang takde sesape sedara mara kat situ. Sampaikan ada jawatan berkaitan agama pun dijawat oleh orang yang bukan dalam bidang agama; sebab dia sedara kepada seseorang di situ. Sungguh boring praktikal di sini.
lk
Dalam bulan 1 tahun 2006, masa tu belum habis praktikal lagi. AlhamdulilLah, saya dapat tawaran untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI j-QAF). Saya ambil keputusan untuk terima walaupun pada awalnya agak terkilan sebab dapat dekat ngan kampung sendiri. Sebab saya belum puas merantau. Tapi, setiap ketentuan Allah tu, pasti ada hikmahnya kan? And sebenarnya, walaupun saya dok sibuk minta kerja sana-sini, tawaran KPLI ni la yang saya nanti-nantikan. Mungkin di sinila rezeki saya yang telah Allah tentukan...
lk
Dan sekarang telah 2 tahun 1 bulan 3 minggu dan 4 hari saya telah bergelar sebagai seorang guru sejak posting kali pertama pada 11 Julai 2007. Tapi kalau kira dah berapa tahun saya mengajar di sekolah saya sekarang ni dah masuk tahun ke-4. Dan, AlhamdulilLah, semalam saya telah mendapat pengesahan jawatan... AlhamdulilLah...

Pengajaran Berguna

Di sini saya nak kongsikan satu lagi pengalaman saya ketika berada di bangku sekolah menengah. Semasa di tingkatan 4, saya telah memilih pengajian di dalam aliran Sastera Agama. So, saya telah mengambil subjek Bahasa Arab Komunikasi (BAK) sebagai subjek elektif. Batch saya merupakan batch terakhir yang mengambil subjek BAK ni, selepas batch saya, subjek BAK tu telah ditukar dengan subjek Matematik Tambahan.
lk
So, apa pengalaman yang saya nak ceritakan tu. Macamni, semasa di tingkatan 5, masa tu saya akan menghadapi peperiksaan percubaan SPM untuk kali yang terakhir. Kali ke-3 la tak silapnya. Saya ni bolehla dikatakan sebagai pelajar yang terror gakla dalam subjek BAK tu (masuk bakul, angkat sendirila yer... Sekarang banyak dah lupa, huhuhu, sedihnya). Sebelum menghadapi peperiksaan percubaan tu, ustazah saya telah mengajar beberapa tajuk untuk insya' (karangan). Tapi, ustazah takdela pulak bagitahu samada tajuk tu akan masuk atau tidak untuk peperiksaan percubaan bagi subjek BAK tu.
lk
So, tentu Allah akan menguji hamba-hamba-Nya yang takbur dan meninggi diri. Sebelum menghadapi peperiksaan percubaan bagi subjek BAK tu, kawan-kawan saya sibukla dok baca karangan yang telah diajar oleh ustazah kami tu. Mereka target tajuk tu akan masuk di dalam peperiksaan. Tapi, saya wat dek je. Yela, rasa diri ni pandai sangat. Saya sibuk baca tajuk2 lain.
lk
Final endingnya kan, masa bukak kertas soalan tu kan, memang sah tajuk yang telah ustazah kami ajar tu yang masuk. So, kata saya terror, jadi apa masalahnya kan.
lk
Saya bersyukur gakla Allah menguji saya pada ketika ini. Pengajaran yang berguna untuk saya bagi menghadapi keadaan yang mendatang. Nak tau apa yang berlaku? Saya langsung tak boleh jawab soalan bahagian insya' tu. Sepatutnya, walaupun saya tak baca tajuk yang ustazah saya ajar tu, bukanlah ianya memberi masalah. Tapi kan, saya memang langsung tak boleh berfikir ketika tu. Fikiran saya kosong... Saya langsung tak ingat perkataan-perkataan yang bersesuaian untuk menjawab soalan bahagian insya' tu. Saya langsung tak ada idea.
lk
So, apa kesudahannya. Saya nangis. Hehehehe.... Tak malunya. Then, saya tulis kat kertas soalan tu, saya minta maaf kat ustazah saya tu. Saya memang tak boleh jawab, fikiran saya kosong. Saya tak boleh fikir langsung.
lk
Masa dapat kertas jawapan tu, setelah selesai ditanda oleh ustazah saya tu, AlhamdulilLah lulus la. Sebab saya dah cover bahagian satu lagi. Masa dapat kertas jawapan untuk insya', tengok markah sikit je. Ustazah tu tunjuk apa yang saya tulis masa saya nangis tu. Dia senyum jer...
lk
AlhamdulilLah, masa peperiksaan sebenar saya dapat A1. Mujurlah, Allah telah menguji dan memberi peringatan kepada saya lebih awal lagi kan...
lk
Moral of the story, kita janganlah merasa hebat dengan apa yang telah kita miliki kerana sesungguhnya yang hebat itu hanyalah Allah S.W.T. Bersyukurla dengan apa yang telah Allah kurniakan kepada kita dan gunakanlah ia sebaiknya. And kepada para pelajar yang akan menghadapi peperiksaan tumpukanlah apa yang diajar atau disampaikan oleh guru-guru anda pada saat-saat akhir untuk menghadapi peperiksaan. Kerana itulah tempoh yang amat penting, di mana guru-guru akan memberi hint tentang peperiksaan yang akan diduduki....

Yang Ditunggu-Tunggu

Apa la yang ditunggu-tunggu tu ek? He3...
lk
Actually, semalam saya dah dapat surat pengesahan jawatan sebagai seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41 (cikgu la). Alhamdulillah, syukur pada Allah atas kurniaan rezeki-Nya dalam bulan Ramadan yang berkat ni, walaupun saya bukanlah seorang hamba-Nya yang taat. Tapi, inilah bukti kasih sayang-Nya...
lk
So, baru la rasa lega bila dah sah jawatan ni. Tempoh perkhidmatan saya mulai tarikh posting 11 Julai 2007 sehingga mendapat surat tersebut pada hari semalam adalah selama 2 tahun 1 bulan 3 minggu dan 3 hari. So, lepas ni barula boleh nak ambik PTK. Tapi, untuk mohon HLP tak leh lagi, sebab syaratnya bukan hanya telah sah jawatan, tapi telah berkhidmat 3 tahun dan ke atas.
lk
So, in sya Allah, bulan 12 ni kalau ada rezeki saya akan sambung belajar di peringkat Sarjana di UTM. Targetnya, in sya Allah untuk PHD akan cuba untuk mohon HLP. Semuanya hanya perancangan saya, Allah sahaja la yang layak untuk menentukan segala-galanya...

Malang Tak Berbau...

Di suatu petang Ramadan yang hening... He3. Hari Selasa yang lepas; hari pertama memulakan sesi pengajaran selepas seminggu bercuti. Hari yang penuh semangat, selepas puas mengisi hari-hari cuti dengan aktiviti tido. He3...
lk
Petang tu, saya keluar ke kedai. Hari tu, saya tak ke bazaar, sebab akak ipar saya dah beli banyak makanan. Tujuan saya keluar adalah untuk membeli beberapa keperluan untuk Program Ihya' Ramadan di sekolah saya. Setelah membeli beberapa barang, saya pergi ke stesen minyak untuk mengepam tayar. Setelah selesai, saya memandu untuk menuju ke kedai RM2 untuk membeli sedikit keperluan lagi.
lk
Dalam perjalanan tu, di hadapan kereta saya ada sebuah motorsikal yang ditunggang oleh seorang budak. Saya kira budak tu dalam lingkungan umur 16 tahun kot; tingkatan 4. Takde sebarang tanda motorsikal tu akan membelok, samada memberi lampu signal ataupun memberi isyarat tangan. So, di hadapan motorsikal tu pun jalan kosong je. So, saya nak potongla. Semasa saya sedang memotong, saya berasa sungguh terkejut kerana kereta saya tetiba berlanggar dengan sesuatu.
lk
Saya terus memberhentikan kereta. Rupa2nya motorsikal yang ditunggang oleh budak tu yang melanggar saya. Saya segera membantu. Budak tu baru balik dari bazaar agaknya, sebab bakul motorsikalnya penuh ngan makanan yang jatuh di atas jalanraya. Tapi, takla berterabur di atas jalanraya. So, saya minta penjelasan la apa yang berlaku. Budak tu kata, dia nak belok, kenapa saya potong. Saya cakap kalau awak nak belok kenapa tak bagi isyarat. Dia kata signal rosak, macamana nak bagi isyarat belok. Agak2nya sapa yang salah yer?. Hurmmmmm...
lk
Rupa2nya dia nak jumpa ayah dia yang bekerja berdekatan dengan tempat kejadian tu. Nasib baik cool dia ayah dia. Ayah dia pun tak mempersalahkan saya, and takdela marah2 kat anak dia tu. Siap suruh anak dia minta maaf kat saya, siap salam cium tangan lagi. He3... Keadaan budak tu and motorsikal tu saya pun tak pasti sangatla macamana. Tapi, budak tu boleh bangun lagi. Rasa kecederaan minor je.
lk
Kereta saya lak... Isk, isk, isk. Takdela teruk sangat. Just kemik2 manja jer sikit kat body tengah and kat body depan ada kemik pecah (betul ke istilah ni). Sikit jer. Kira settled kat situ jela. Berderau darah dibuatnya. Tak dapat saya bayangkan, kalau berlaku kematian dan sebagainya. Mungkin ini kaffarah buat saya...

Di Persimpangan Dilema

Ini adalah entri pertama Elhaamy untuk bulan September ni. Fuh, tajuknya macam 'sesuatu' je. Macam tajuk lagu pun ada gak. Hehehe...
lk
Sebenarnya macam ni. Tengahari tadi saya dapat sms daripada sorang ustazah ni. Sama line ngan saya; seorang guru j-QAF. Mengajar di SK Bandar Tenggara (dulu saya pernah bersekolah di sini). Ustazah ni nak mohon bertukar ke Muar. And proses adalah secara tukar suka sama suka. So, di Muar, seorang ustazah pula nak mohon bertukar ke Kulai (Daerah saya ngan ustazah tu). And melalui proses tukar suka sama suka gak. Ustazah di Muar tu dah dapat sorang ustaz yang sanggup tukar suka sama suka. Tapi bukan ke Muar, ke sekolah SK Bandar Tenggara tu. Kira tiga serangkai la ni.
lk
Tapi, masalah belum settled lagi. Nak melibatkan empat serangkai lak. Saya la yang rangkai keempat tu. He3. Ustaz tu kalau leh, nak masuk sekolah saya and saya yang ke SK Bandar Tenggara tu. Sebabnya saya memang orang Bandar Tenggara, adik saya pun masih ada yang bersekolah di situ. And ustaz tu nak masuk sekolah saya, sebab zaujahnya pun mengajar di situ and kira dekat sikitla ngan kampung dia and senang nak hantar anak dia yang dijaga oleh ibunya.
lk
Saya belum bagi jawapan lagi. Di persimpangan dilema lak. Yela, sejak kali pertama posting di sekolah saya sekarang ni, tak penah terfikir pun nak tukar sekolah. Yela, lokasinya pun tak jauh sangat dari Bandar Tenggara, kampung saya tu. 10km jer. And saya pun lom kawin, masih stay ngan family. And saya pun selesa di sekolah sekarang. So, takder sebab nak mintak tukar.
lk
Tapi, kesianlak bila orang dah mengharap ni kan. Hari ni hari dia, manalah tau tiba hari saya nanti kan. Lagipun, kalau kita memberi kesenangan untuk orang lain, in sya Allah, Allah akan berikan kesenangan buat kita. Saya tengah fikirkan lagi ni. Memang tak sangka langsung, saya akan bertukar sekolah. Di sekolah lama pun, belum sah jawatan lagi. In sya Allah, saya akan berikan jawapan dalam masa terdekat ni... Mereka sedang menunggu jawapan dari saya. Macam tunggu jawapan merisikla lak. Hahahaha...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...