Perintah Berkabung

Songkok yang akan saya gunakan untuk ketentuan berkabung.
lk
Sebagaimana yang kita semua sudah maklum, Duli Yang Maha Mulia Baginda Almutawakkil ‘AlalLah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim telah mangkat, kembali kepada alam baqa' pada hari Jumaat, 22 Januari 2010 (6 Safar 1431H) yang lalu.
lk
Sehubungan dengan itu, satu perintah berkabung telah ditentukan sebagai menghormati kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail yang meliputi peraturan-peraturan seperti berikut :
lk
(a) Bagi orang-orang lelaki Melayu hendaklah memakai tanda perkabungan kain putih berlilit selilit sahaja, selebar 2 inci pada songkok.
lk
(b) Bagi lain-lain bangsa dan agama, memakai selilit kain hitam lebarnya 3 inci di lengan kiri dan bertali leher warna hitam.
lk
(c) Bagi mereka-mereka yang berhak memakai uniform dan pada majlis yang tertentu, selilit kain hitam lebarnya 3 inci di lengan kiri.
lk
(d) Bagi perempuan Melayu, hendaklah memakai tudung kepala warna putih.
lk
(e) Bagi orang-orang perempuan lain bangsa atau agama, memakai selilit kain hitam lebarnya 3 inci di lengan kiri.
lk
Perintah berkabung ini berkuatkuasa selama 7 hari mulai 22 Januari hingga 29 Januari 2010.
lk
Perintah berkabung ini juga meliputi beberapa ketentuan iaitu :
lk
(1) Bendera Negeri diturunkan separuh tiang dan hari berikutnya dinaikkan separuh tiang dari jam 6.00 pagi hingga 6.00 petang dan sedimikian selama 7 hari dari tarikh dimakam Jenazah Al-Marhum Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.
lk
(2) Segala Bangunan-Bangunan Kerajaan hendaklah dinaikkan Bendera Negeri separuh tiang bagaimana waktu tersebut dalam (1) di atas dan demikian selama 7 hari daripada tarikh dimakamkan Jenazah Al-Marhum Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.
lk
(3) Segala bentuk hiburan dan permainan hendaklah dibatalkan pada siang dan malam tersebut pada hari memakamkan Jenazah Al-Marhum Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.
lk
(4) Semua masjid-masjid dan surau surau-surau di dalam Negeri Johor hendaklah mengadakan Majlis Tahlil dan Doa ke atas roh Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Tuanku itu selepas Fardhu Maghrib selama tujuh (7) hari selepas daripada dimakamkan Jenazah Al-Marhum Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.
lk
(5) Rakyat-rakyat dan penduduk negeri ini hendaklah berkabung dari tarikh ini dan kemudian daripada dimakamkan Jenazah Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia itu selama tujuh (7) hari.
lk
Marilah sama-sama kita hadiahkan bacaan surah al-Fatihah ke atas rohnya, moga dicucuri dan dilimpahi Rahmat Allah SWT.
lk
Sumber, di sini.
Share on Google Plus

2 comments:

Mia-Ina said...

hari ni sy mmg buat lawak cikgu...sy pi sek pakai tudung kuning..mmg sy tau kata sultan johor mangkat...terlupa protokol.,..alih2 sy jd MC perhimpunan & majlis watikah, semua org pandang sy..adoi...adoi..GB la org pertamategur saya..

yg pasti wp sy org negeri perlis...sy tau sy berada di mana...pepun,esok sy taubat akan cuba ikut protokol.tudung putih..dgr2 sape x pakai kena denda rm300..ye ke ni????

P/s : ble muhasabah balik...kte ni lbh mengagungkan sultan...bukan ke Allah tu yg Maha Esa & Maha agong..

Areef said...

Cikgu Ina;

"Sesungguhnya hukum Allah lebih memudahkan daripada hukum ciptaan manusia. Namun, manusia lebih takut dan lebih mentaati hukum ciptaan manusia yang jelas menyusahkan dan tidak selari dengan syariat Islam"