Klik-Klik!

Pada hari Ahad yang lalu, bersamaan 31 Januari 2010, saya bersama rakan-rakan sepengajian di UTM (bagi subjek Visual Production) telah menganjurkan satu trip klik-klik! ke Bandaraya Melaka. Trip apa tu? Hehehe... Actually, kami semua telah ditugaskan untuk merakamkan gambar-gambar menarik di sekitar Bandaraya Melaka menggunakan kamera SLR sebagai keperluan pengajian kami.
lk
Kami bertolak daripada UTM lebih kurang jam 7.00 pagi dan sampai di Bandaraya Melaka lebih kurang jam 10.00 pagi. Destinasi kami adalah di sekitar Dataran Pahlawan, yang terdiri daripada beberapa tarikan seperti Kota A Famosa dan sebagainya. Actually, kami tak sempat sangat untuk menjelajah ke semua kawasan di sekitar Dataran Pahlawan tu. Lebih bertumpu dengan kawasan-kawasan yang berdekatan dengan Kota A Famosa sahaja.
lk
Jom nikmati pemandangan-pemandangan yang berjaya saya rakamkan daripada lensa kamera saya (bukan saya punya k, pinjam dari fakulti). Tapi, taklah cantik sangat. Sebab saya memang tak pernah guna kamera SLR sebelum ni, and saya tak faham sangat tentang setting kamera SLR ni. So, kalau rasa memang tak cantik gambar tu, bukan salah kamera k, tapi saya yang hentam keromo je, hehehe...
lk
Saya guna kamera ni!
lk
Gambar-gambar di sekitar Kota A Famosa
lk
Close-up di sekitar Kota A Famosa
lk
Dalam jam 3.00 petang, kiteorang dah nak bergerak ke Eye on Melaka lak. Masa tu jalan jammed sangat. Saya ni tak tau jalan. So, saya dah terlepas pandang kereta kawan saya yang menjadi tunjuk arah jalan di Bandaraya Melaka ni. So, kiteorang yang sama-sama naik kereta dengan saya decided untuk terus ke tol Ayer Keroh sahaja sebab area situ pun banyak attraction. Kiteorang decided nak pegi Taman Rama-Rama. Bila nampak signboard Taman Rama-Rama tu saya follow jela. Tapi, tak jumpa pun. Yang kami jumpa kawasan resort yang sedang dibangunkan dan kampus UTEM. So, kiteorang decided balik jelah...
lk
Setelah melepasi tol Ayer Keroh, kiteorang sibuk berbual sampai saya leh tak perasan yang saya dah masuk jalan nak ke KL, heheheh... So, drive jelah, sampai exit Alor Gajah, kiteorang decided pegi Pantai Tanjung Bidara, dah alang-alang salah jalan and dah masuk ke Alor Gajah, hehehe... So klik-klik! lah kejap kat Pantai Tanjung Bidara tu.
lk
And on the way nak balik Johor, kiteorang singgah kat RnR Pagoh, and rezeki kiteorang dapat klik-klik! pemandangan matahari terbenam.
lk
And masa kat RnR Pagoh tu, nak isi minyak kat ESSO, tapi kereta punyalah banyak. So, plan nak isi kat next station. Tapi, bila nak sampai exit Ayer Hitam, rasa cam minyak betul2 nak abis. So, kiteorang decided nak exit kat tol Ayer Hitam tu. Sampai kat tol, baru saya perasan yang kupon tol dah tercicir. Berenti tepi jalan dulu, dok cari2, tapi tak jumpa2. Last2 saya pegi jalan kaki tanya kat petugas PLUS camana nak settled masalah kami tu. Petugas tu kata, kalau kupon tu hilang kena bayar RM78.80 (diorang assume yang kiteorang ni dari Utara). Tak consider langsung. Macamlah, muka saya ni muka penipu. Dalam masa 3 hari, kalau jumpa kupon tu leh claim balik, huhuhu... Macam2 betullah, hehehe...
Share on Google Plus

2 comments:

Hanah said...

hehe... kesian ko areef... anyway pengalaman yang best biar pon tersalah jalan dan terlebih budget (misteri kupon tol yang hilang)...

to hanah,

kesian kay aku pe lak, hehehe...

mmg best!

1st time pegang DSLR ni, siap aku leh kata apsal gambar cam guna kamera biasa je, hehehe... yelah, tak biasa lg...

kad tol menjadi misteri yg belum dirungkai, hehehe...