Perginya Menemui Ilahi...

Inna lilLahi wa inna ilaihi raaji`un. Daripada Allah kita datang, dan kepada Allah kita kan kembali. Al-Fatihah untuk Allahyarham Amirul Ikhwan bin Zaini dan ayahnya Zaini bin Talib yang telah pergi menemui Ilahi pada 16 Mac 2010 yang lalu. Moga roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, amiin...
lk
p/s - Amirul Ikhwan bin Zaini adalah anak murid saya. Saya mengajar beliau dari tahun 1-3. Semasa di tahun 4, beliau berpindah ke sekolah lain. Dan pandangannya ke arah saya (sambil tersenyum), semasa di Kejohanan Olahraga MSS Zon Tenggara pada bulan Februari yang lalu, rupa-rupanya adalah pandangan yang terakhir buat saya...
lk
Bapa, anak maut nahas lori
lk
MUAR 16 Mac - Dua beranak terbunuh selepas lori dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori lain dalam kemalangan di Kilometer 145 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Pagoh di sini hari ini.

lk
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, pemandu lori berkenaan, Zaini Talib, 38, dan anaknya, Amirul Ikhwan Zaini, 11, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

lk
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku semasa lori tersebut dalam perjalanan dari Kulaijaya menuju ke Melaka.

lk
Siasatan awal polis mengesahkan lori berkenaan melanggar bahagian belakang sebuah lori lain di tengah laluan lebuh raya itu sebelum terbabas masuk ke dalam parit.

lk
Sebuah lagi lori yang terbabit dalam kemalangan itu tidak ditemui di tempat kejadian, namun penemuan sebuah nombor plat mengesahkan kenderaan itu beralamat di Umbai, Melaka.

lk
Kedua-dua mangsa kejadian yang berasal dari Felda Sungai Sayong, Kulaijaya itu telah dihantar ke Rumah Mayat Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar.

lk
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian tersebut.

lk
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan tersebut untuk menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Redhuan Mohd. Lin di 06-9511999.

lk
Diperoleh daripada Utusan Online.
Share on Google Plus

2 comments:

imanshah said...

alfatihah, moga dicucuri rahmah buat keduanya

Areef said...

Cikgu Imanshah,

Terima kasih, amiin... Alfatihah juga buat anak murid cikgu yg juga telah pergi menemui-Nya sebelum ini...