Persiapan Menghadapi Mesyuarat Agung PIBG

Pada 21 Mac 2010, in sya Allah, akan dilaksanakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SK LKTP Sungai Sayong, Kulai, Johor. Saya yang telah diamanahkan sebagai Setiausaha untuk Sesi 2009/ 2010 memang tak menang tangan di kala ini. Tapi, AlhamdulilLah hasil komitmen yang telah diberikan oleh semua Ahli Jawatankuasa Pelaksana, persiapan sudah hampir mencapai 70%. Ada beberapa perkara yang akan diselesaikan pada pagi Ahad ini, sebelum bermulanya Mesyuarat Agung tersebut pada sebelah petangnya. Mudah-mudah semuanya akan berjalan dengan lancar di bawah naungan Allah SWT jua, in sya Allah.
lk
Kepada mana-mana Setiausaha PIBG yang masih dalam membuat persiapan menghadapi Mesyuarat Agung PIBG, di sini saya 'upload'kan, beberapa dokumen penting yang perlu disediakan. Boleh klik di sini. Selamat bermesyuarat!
Share on Google Plus

3 comments:

Mia-Ina said...

bagus ni ada dokumen panduan...sy baru je dilantik s/u agong kontrak 2 tahun baru ni..mencabar gak tugas ni...sebab sy selalu tgk s/u agong di sek byk bersuara & byk berhubung dgn ibubapa..betul ke cikgu?

Areef said...

Areef to cikgu Mia...

Gunala sebaiknya yer.sy tak pegang lagi jawatan s/u utk sessi 2010/2011.nak bagi org lain lak.lgpun yg baru ni anak jati sini.sepatutnya begitula...tp sy ni tak cam tu kot, agak pasif sikitla...sy belum wat yg terbaik lg.sepatutnya saya still jd s/u,tp sy menolak.sbb mesy. agung ni bln 3 kan. bln 3 thn dpn sy bz ngan assignment n nak exam.cam baru ni mmg tak terkejar sy.nak wat persipan mesy. agung, ngan assignment byk nak submit.sbnrny org lain maybe ok jer.tp sy rasa tak mampu nak manage time...n sy rs sy bkn calon yg terbaik...

nuna ran said...

Waaa saya mmg sangat memerlukannya. pertama kali nak uruskan mesyuarat agung.. mmg blur... terima kasih atas panduan yang diberi.