Selamat Berangkat...


Gambar sekadar hiasan
lklk
Assalamu `alaikum dan salam sejahtera.
lk
Di kala entri ini ditulis, in sya Allah sekarang ini, seorang rakan sekerja saya; Kak Lisa dan familynya sedang berada di dalam bas menuju ke Changi Airport. Mereka dalam misi mardhatilLah; mengerjakan umrah dan ziarah di Makkah dan Madinah. Dah lama Kak Lisa bercadang untuk ke sana, baru kali ini diizinkan Allah SWT.
lk
Kak Lisa pergi bersama suami, dan 3 orang anaknya; Zakuan, Izzah dan Hana (ketiga-tiganya adalah anak murid saya).
lk
Di sekolah tadi, saya betul2 speechless, sebak nak berkata2. Sebab saya sedih bila orang lain akan ke sana, sebab saya teringin nak ke sana gak, huhuhu... Saya memang nak pegi sangat2... Sebab pada tahun 2008, saya telah diizinkan Allah SWT untuk ke sana. Tetapi malangnya, saya ke sana dalam keadaan yang kurang bersedia, kurang penghayatan, dan segala-galanyalah kuranglah... Saya telah mensia-siakan peluang yang diberikan Allah SWT itu, huhuhu...
lk
Walaupun ada orang beranggapan umrah kini umpama sebuah trend, bagi saya ia adalah satu trend yang baik. Daripada kita melancong ke tempat-tempat lain, lebih baik kita melancong mengerjakan umrah. Melancong sambil beribadah. Kan bagus tu. Tentang keihklasan dan sebagainya, bukan hak kita untuk mempersoalkannya.
lk
Dan bagi saya, tak salah jika ada matlamat untuk shopping di sana, tapi bukanlah ianya menjadi matlamat utama, dan biarlah berpada-pada. Saya sendiri semasa di sana gemar wat aktiviti window shopping ni, heheheh... Adalah membeli serba sedikit. Memanglah apa yang hendak kita beli tu, kebanyakannya ada di Malaysia. Tapi, jika kita berkemampuan apa salahnya membeli sedikit buah tangan untuk mereka yang ditinggalkan di Malaysia dengan niat untuk menggembirakan hati mereka. Kerana ada di kalangan mereka yang hatinya terlalu sedih kerana tidak berpeluang untuk melangkahkan kaki ke sana...
lk
Doa saya moga Kak Lisa sefamily selamat pergi dan kembali. Dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesihatan sepanjang berada di sana. Dan yang paling utama, moga dikurniakan dengan umrah yang mabrur. Amiin...
Share on Google Plus

2 comments:

salam Azaref,

semoga kak lisa & famili tu mendapat umrah yang mabrur.
mama pun rasa nak terbang ke mekah...rindu hu hu hu!! oh..azaref ke sana pd 2008 ya? samalah kita...

Areef said...

wsalam mama,

in sya allah mama... amiin...

tulah mama,klu ada pluang sy mmg nak pegi lg.nak tebus kekurangan smsa umrah kali pertama dulu.

ha ah sy pegi bulan ogos thn 2008.ms tu cuti sekolah.mama pegi bulan baper.tp kan mama,ms kat sn sy tak jupe saper2 yg dikenali.bila balik caling2 kwn2,bgtau dia pun ada ms sy kat sn...