Tidak Perlu Berulang-Ulang Kali Mengerjakan Umrah

Assalamu `alaikum dan salam sejahtera. Di kesempatan ini, saya ingin men'attach'kan satu artikel yang bertajuk "Tidak Perlu Berulang-Ulang Kali Mengerjakan Umrah". Artikel ini sumbernya daripada sini. Sebenarnya, jika ada rezeki dan diizinkan Allah SWT, saya memang berhajat untuk menunaikan umrah sunat pada tahun ini. Maybe ada yang akan bertanya, kenapa tidak sahaja menunaikan ibadah haji, sedangkan saya telah menunaikan umrah sunat sebelum ini.
lk
Jawapannya, sebab saya masih belum bersedia untuk menunaikan ibadah haji, yang perlu ada padanya penghayatan daripada segenap aspek; rohani, jiwa, emosi, fizikal, pengorbanan dan sebagainya lagi. Semua perkara perlu dipertimbang dan dihayati sebaiknya. Sedangkan saya sebenarnya berhajat untuk menggunakan sedikit rezeki yang diberikan oleh Allah SWT itu, lebih kepada untuk berziarah sambil beribadah bersama keluarga. Dan umrah sunatlah jawapannya. Yela, daripada digunakan untuk melancong ke tempat lain, lebih baik kita berziarah sambil beribadah ke Makkah dan Madinah kan?
k
Tetapi, bila saya mambaca artikel ini, membuat saya berfikir kembali. Dan saya yakin, artikel ini juga akan membuat 'anda-anda yang berkenaan' berfikir kembali...
lk
Assalamu’alaikum WBT. Tertarik saya untuk menulis sebagai ulasan kepada satu tajuk yang dikeluarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia kelmarin, iaitu tajuk pada ruangan Kemusykilan Agama bersama Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah. Telah lama saya ingin berkomentar tentang perkara ini. Tetapi, kini saya telah mendapat hujjah yang lebih mendalam lagi melalui kemusykilan agama yang dijawab oleh Ustaz Mohd Farid Ravi itu.
lk
Kemusykilan yang dikemukakan iaitu berkenaan dengan adanya orang yang berulang kali pergi mengerjakan umrah ke tanah suci. Sedangkan yang wajib hanyalah mengerjakan haji dan satu kali sahaja seumur hidup, dan umrah itu memadailah jika dikerjakan hanya sekali. Ustaz Mohd Farid Ravi juga telah mengemukakan pandangan dari Syeikh Dr Yusof Qardhawi seperti mana berikut.
lk
Sebelum seseorang hamba Allah ingin melakukan sesuatu, maka mestilah dia meletakkan asas syariah dan maqasidnya terlebih dahulu. Ini amat perlu supaya mukallaf itu dapat menilai keperluan dan kawajaran melakukan sesuatu amalan, termasuklah memahami fiqh aulawiyyah (keutamaan).
lk
Pertama : Sesungguhnya Allah tidak akan menerima ibadat sunat selagi mana tidak menunaikan ibadat wajib. Berdasarkan persoalan pertama ini, maka barangsiapa menunaikan ibadat haji sunat dan ibadat umrah sunat sedang dia tidak mengeluarkan zakat padahal dia wajib mengeluarkannya, maka kedua2 ibadat itu ditolak dan tidak diterima di sisi Allah.
lk
Ini kerana mereka yang dikurniakan Allah dengan limpahan rezeki yang banyak hendaklah terlebih dahulu membersihkan harta mereka sebelum harta itu digunakan untuk ibadat sunat.
lk
Kedua : Allah tidak akan menerima amalan sunat seseorang itu sekiranya membawa kepada haram. Ini kerana menyelamatkan diri daripada dosa adalah lebih utama daripada mencari pahala sunat. Ini berdasarkan kepada bilangan jemaah yang mengerjakan haji sunat dan umrah sunat yang boleh mengundang kepada masyaqqah (kesukaran), penyakit yang boleh berjangkit mudah merebak.
lk
Sebab itu pengawalan bilangan jemaah perlu ada bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, selain memberi peluang kepada mereka yang belum menunaikannya.
lk
Ketiga : Sesungguhnya menahan dan mengawal daripada sebarang fasad (kerosakan - sama ada pada diri atau jemaah) adalah lebih utama daripada mengundang kebaikan. Lebih2 lagi jika kerosakan itu bersifat umum dan kebaikan itu bersifat khusus.
lk
Keempat : Sesungguhnya pintu2 melakukan kebaikan sentiasa terbuka luas. Allah tidak pernah menyempitkan peluang bagi hamba2 Nya melakukan kebajikan dan infaq di jalan Allah.
lk
Adapun seorang muslim yang peka dan prihatin kepada mujtamaknya pasti akan menyedari keperluan masyarakatnya. Jika mengulangi haji dan umrah boleh mengundang mudarat kepada jemaah lain, ada cara lain seseorang itu mencari redha Allah dengan memanjangkan limpahan rezeki kepada orang2 yang lebih memerlukan.
lk
Terdapat banyak hadith yang menggalakkan kita di antaranya sabda baginda kepada Salman bin Amir yang bermaksud, “Sedekah yang sebenarnya ialah sedekah kepada golongan yang miskin dan seterusnya kepada sanak saudara yang memiliki dua kelebihan; sedekah dan silaturrahim”. Hadith Riwayat Ahmad, Tirmidzi, An Nasa’ie dan AlHakim.
lk
Alternatif kepada berulang kali mengerjakan umrah dan haji
lk
Maka sebagai alternatif yang boleh dilakukan oleh mereka2 yang dilimpahi banyak rezeki dan ingin melakukan kerja2 amal, cintakan Islam dan yang ikhlas dalam mahu membela nasib ummah, Ustaz Mohd Farid Ravi menasihatkan agar;
lk
-Menyumbang kepada sekolah2 tahfiz dan agama, rumah2 kebajikan serta badan2 dakwah yang masih mengharapkan perhatian orang ramai yang diberikan limpahan rezeki supaya tampil membantu.
-Membiayai perbelanjaan pelajaran kepada anak2 orang yang tidak berkemampuan dan kurang-upaya.
-Membina premis2 yang menyediakan keperluan harian milik orang Islam, terutamanya keperluan fardhu kifayah.
lk
Kerana itulah al-Quran mengajar kita bahawa amalan JIHAD itu lebih utama dari amalan HAJI. Ini jelas dalam firman Allah yang bermaksud , “Apakah (orang-orang) yang memberi minuman orang-orang yang mengerjakan haji dan mengurus Masjidilharam kamu samakan dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta bejihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim. Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.” (Surah At Taubah : Ayat 19-20)
lk
Mengapa perkara ini perlu diperhatikan semula?
lk
Ini kerana telah dibuat kajian tentang kos perbelanjaan mengerjakan umrah di Malaysia ini mencecah RM488.8 juta setahun. Bayangkan apa yang dapat dilakukan dengan sejumlah wang yang besar itu apabila ia disalurkan kepada tempat2 pengajian, pusat2 dakwah, orang2 yang miskin dan sebagainya seperti yang telah dinasihatkan di atas.
lk
Sememangnya mengerjakan haji dan umrah berulang kali ini bukan merupakan suatu perkara yang HARAM. Tetapi di sana ada yang lebih penting dari yang lebih penting. Maka utamakan yang lebih penting dan lebih banyak mendatangkan kebaikan lebih2 lagi terhadap agama Islam dan ummah keseluruhannya, bukannya mementingkan hal peribadi semata2.
lk
Tetapi jika sudah menjadi pekerjaan anda untuk pergi ke Mekah dan sentiasa berulang-alik ke sana itu lain cerita lah. Ataupun sudah menjadi bidang pekerjaan anda untuk ke luar negara ke sana ke mari. Maka duit tambang penerbangan dan segala perbelanjaan itu ada lah terpaksa kerana itu adalah untuk KERJA anda. Tetapi jika anda mahu pergi mengerjakan haji atau umrah sunat tanpa ada kerja2 lain yang terlibat, maka renung2kan lah nasihat2 di atas.
lk
“Tidak beriman salah seorang di antara kamu hinggalah dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri” (HR. Bukhari & Muslim)
lk
Rujukan :
1 – Al Quran Al Karim
2 – Al Hadith As Syarif
3 – Kemusykilan Agama, Utusan Malaysia , Jumaat 10 Oktober 200
Share on Google Plus

0 comments: