Majlis Taddarus al-Qur'an Peringkat Daerah Kulai Tahun 2010


Pada 03 April 2010 yang lalu, Sekolah saya telah menghantar wakil ke Majlis Taddarus al-Qur'an (MTQ) Peringkat Daerah Kulai, bertempat di SK Senai Utama. Wakil telah dihantar bagi acara Tilawah al-Qura'n, Berzanji, Hafazan al-Qur'an dan Bercerita Kisah-Kisah daripada al-Qur'an. Namun, tahun ni kami pulang dengan tangan kosong. Takder rezeki...

Untuk MTQ kali ni, saya hanya melatih wakil untuk acara Bercerita Kisah-Kisah daripada al-Qur'an. Acara ni diwakili oleh adik Mohd Asyraf. Adik Mohd Asyraf ni baru tahun 3. Tapi, daya ingatannya kuat. Dia boleh meghafal satu cerita dalam tempoh seminggu. Mungkin ada yang lebih hebat lagi kan? Tapi, bagi saya ini adalah pencapaian yang cukup baik. Terlalu sukar untuk mencari murid yang mampu menghafal dengan baik. Yang berbakat tu adalah, tapi selalunya susah nak hafal. Dia juga mudah untuk ikut apa sahaja yang saya ajar. Cuma, tulah... Saya sendiri yang kurang masa untuk melatihnya sebaik mungkin. Moga Adik Mohd Asyraf akan berjaya di lain kali! In sya Allah...
Share on Google Plus

2 comments:

salam Areef,

Insya Allah lain kali ada rezeki anak didik Areef mendapat kejayaan. teruskan usaha murni melatih mereka. semoga Areef menjadi seorang pembimbing yang diRahmati Allah SWT.

Wsalam mama,

maaf, tak berbalas komen mama ni.dah lama kan? sori ye mama.in sya allah... tq mama..