Doakan Kejayaan Mereka!

Assalamu `alaikum; salam sejahtera dan salam hormat buat anda semua.

Sobahal khoir, selamat pagi, good morning!

Entri ini adalah entri pertama yang ditulis pada waktu bekerja, hehehe... Bukan saya curi tulang k, tapi actually hari ni saya ambik cuti rehat khas semata-mata untuk memberi sokongan kepada team kawad kaki SK Bandar Tenggara 1 (bukan sekolah saya, tapi sekolah adik saya) yang turut disertai oleh adik saya sendiri, yang mana pada hari ini mereka akan dinilai untuk menentukan samada mereka layak atau tidak untuk mewakili Negeri Johor ke Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Kebangsaan.

Maybe sebab bajet kot (Bajet oh bajet ke mana engkau pergi? - Nyanyi cam lagu bangau oh bangau, hehehe), Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri tidak dijalankan sepertimana tahun2 sebelumnya, di mana semua wakil-wakil Daerah akan bertanding di Peringkat Negeri pada hari dan tempat yang sama. Tapi, pada tahun ni, wakil daripada Jabatan Pelajaran Negeri Johor akan turun ke daerah masing-masing untuk membuat penilaian.

So, pada pagi ni giliran wakil daripada Daerah Kulai (team sekolah adik saya tulah) akan dinilai. Actually, team dorang ni memang dah berapa tahun menjadi Johan di Peringkat Negeri, dan pernah mendapat tempat Johan, Naib Johan dan Ketiga di Peringkat Kebangsaan. So, harap2 masih ada harapan dan peluang untuk mereka menempa kejaayaan bagi tahun ni.

Sebagai seorang guru, saya sebenarnya kurang bersetuju pasukan yang sama sahaja yang berjaya mendapat tempat. Tapi, kalau kredibiliti dan kemampuan mereka masih tidak dapat ditandingi oleh team2 lain, maka satu bonuslah buat mereka kan? Ianya akan memberi cabaran dan saingan kepada team2 lain untuk berusaha dengan lebih bersungguh2 lagi.

Akhir kata (cewah! macam bagi ucapan lak, hehehe...), doakan kejayaan mereka yer!
Share on Google Plus

0 comments: