Pertandingan Memberi Nama Basikalku

Assalamu `alaikum dan salam sejahtera buat anda semua. Moga semuanya berada di dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya...

Berita baik buat anda semua! Dengan rasa penuh keikhlasan, saya ingin menganjurkan satu pertandingan yang diberi nama "Pertandingan Memberi Nama Basikalku".

Hari Jumaat yang lalu, saya ada membeli sebuah basikal (sepertimana gambar di atas) dengan niat konon-kononnya nak buat aktiviti mengempiskan perutlah, hehehe... Tapi, sampai ke hari ini belum tersentuh pun kaki ke pedal basikal tu, hehehe...

Nama yang tertera pada basikal tu, "Urata", macam tak best je kan? Tu yang timbul idea nak anjurkan pertandingan ni.

Bagaimana nak menyertainya? Tak susah pun. Just tinggalkan pada komen entri ini (hanya pada komen entri ini sahaja), cadangan nama yang hendak anda berikan, tak kisahlah samada dalam Bahasa Malaysia atau pun dalam lain-lain bahasa. Tapi kalau beri cadangan nama dalam lain-lain bahasa, sertakanlah sekali maknanya yer...

Pertandingan ini terbuka kepada semua, samada di kalangan blogger mahupun bukan. Pertandingan ini akan bermula pada jam 1200 tengah malam 10hb Mei 2010 dan tamat pada jam 1200 tengah malam 12hb Mei 2010. Dan nama pemenang akan diumumkan pada jam 0300 petang 13 Mei 2010 (tarikh bersejarah tu), in sya Allah.

Ada hadiah tak? Mestilah ada kan. Nak tahu hadiahnya? Sila klik di sini. Saya yakin anda semua pasti suka dengan hadiah yang saya tawarkan tu. Saya pun suka dengan hadiah tu, hehehe...

Tujuan saya menganjurkan pertandingan ini, adalah untuk menambah rakan-rakan baru di kalangan blogger mahupun bukan, dan yang paling utama ialah sebagai satu motivasi untuk saya sentiasa mengemaskini blog kesayangan saya ini, yang sejak kebelakangan ni telah bersawang kerana lama tidak dikemas, hehehe...

Selamat mencuba! Salam ukhwah!

p/s - Link berkenaan dengan hadiah yang saya tawarkan tu tidak mempunyai kaitan dengan saya (saya hanya gunakan entri pada blog itu untuk memberikan gambaran berkenaan dengan hadiah yang ingin saya tawarkan). Harap maklum!
Share on Google Plus

12 comments:

umi_e said...

Salam...

Kak e nak joinlah ya...

Namakan ia SPIRIT atau SEMANGAT

* dengan harapan basikal itu akan memberi semangat untuk merialisasikan apa yang diimpikan - untuk kempiskan perut :p

Areef said...

Wsalam...

best3x... heheheh...

tq kak umi_e for joining this contest!

CikGadis said...

nk join gak :)
slm kenal. trjmpa kt gengblogger td :):)

Areef said...

silakan cik gadis...

salam kenal kembali...

ustatkimi said...

cadangan ana ialan Al-Mumtaz @ my_mumtaz.

memberi gambaran bahawa basikal dan tuannya sekali cemerlang, juara dan hebat...

khansa' said...

Salam..
nk cadangkn nama Buraq..
asal dari prkataan barqi yg bwa mksud kilat..

salam..
nak bagi nama jgk..
~Burj~(sebut 'bej')
B.U.R.J.
stand for 'Bawa Untuk Redha & Jihad'
:)

wfaiziah said...

Dear Areef..
Inspired from your blog's name (Hijrah) and the purpose of buying if this cute bicycle...i would like to propose a name for it...either
1) 'Hegira' or
2) 'Hejira'

the same thing yg bermaksud Hijrah but in English Version. Yeah..i like it..sound like a real name for me..
bye..tq for inviting me for this unique contest.

hans said...

BB = sebut Bi Bi

haha...
boleh jadi Best Boy
boleh jadi Baby Blue
boleh jadi Bravo Bro
boleh jadi Basikal Biru
hoho

miorjqaf said...

As-Salam..
membalas kunjungan sekaligus ingin turut serta dalam pertandingan ni. Hanya untuk suka2! Hehehe..

Disebabkan saya guru bahasa Arab dan sentiasa berjuang untuk bahasa Arab, saya cadangkan nama basikal tersebut diberi berdasarkan maksud "basikal" dalam bahasa terulung ini iaitu bahasa syurga dan bahasa al-Quran, "DARRAJATUN".

Menunjukkan kepunyaan kepada tuan basikal ini, kita jadikan perkataannya "DARRAJATI" yang membawa erti "basikalku".

Memasukkan bahasa Arab ke dalam bahasa Malaysia juga sesuatu yang lebih unik bila saya cuba jadikan namanya untuk dipilih oleh anda sebagai ;

"DARA JATI KU"

DARA ; selain membawa erti masih perawan, ia juga bermaksud burung merpati (rujuk kamus dewan).

JATI ; boleh dikaitkan dengan ungkapan "Jati Diri", semangat dan kesejatian diri.

Wallahu'alam.. :)

salam nk join gak la..

ade 3 cadangan nama :
1)speedy bikey
2)garuda biru
3)basrah(basikal hijrah...hehe)

*sori cadangan yg giler2.hehe

Azemi Ali said...

Salam ukhwah

Saya baru dari cycling ni.
Sempat juga masuk contest sebelum tgh malam.

Saya cadangkan nama PrimaGatih untuk basikal tuan.

Prima = utama
Gatih = Kayuh - rujuk kamus Dewan.

Jadi maksudnya Kayuhan Utama.

Selamat berkayuh dan Salam Ukhwah.