Doa Sempena Majlis Persaraan

Assalamu `alaikum dan salam sejahtera.

In sya Allah, pada esok hari akan diadakan Majlis Persaraan Pn. Hjh. Fatimah binti Hashim, GPK Hal Ehwal Murid, SK LKTP Sungai Sayong. Untuk Majlis esok ni, saya telah diamanahkan sebagai pembaca doa.

So, di sini ingin saya kongsikan teks doa yang telah saya sediakan sempena Majlis Persaraan tu. Moga ada manfaat!

Teks asal diperoleh di sini.

بِسْمِ اللهِ اْلرَّحْمنِ اْلرَّحِيْم.
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Rahman, Ya Aziz, Ya Ghaffar

Pada saat dan detik yang bersejarah ini, kami menghulurkan tangan pengharapan, memohon ihsan dan RahmatMu, agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan hidayah, juga kesabaran, ketabahan dan kekuatan kepada Yang Berbahagia Pn. Hjh. Fatimah binti Hashim yang akan bersara, menamatkankan perkhidmatannya sebagai seorang guru. Moga baginya selepas bersara nanti, kehidupan yang penuh gembira, ceria dan bahagia, serta dikurniakan dengan kesihatan, kesejahteraan, ketenteraman dan ketenangan.

Allahumma Ya MunzilarRahmah wa Ya FatihalBarakah

Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepadanya dengan ganjaran, syafaat dan keredhaan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah beliau curahkan sepanjang bergelar sebagai seorang guru. Kau limpahkanlah Rahmat dan BerkatMu, sebagai ganjaran kepada semangat juang yang tidak pernah mengenal erti putus asa, di dalam memikul tanggungjawab sebagai pendidik, pemimpin dan ibu yang sentiasa berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran, demi kecemerlangan anak bangsa. Mudah-mudahan segala jasa, pengorbanan, dan semangat beliau menjadi pendorong untuk kami meneruskan perjuangan sebagai seorang insan pendidik.

Allahumma Ya `Aalim wa Ya QadhialHajat

Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-hambaMu yang taat dan bersyukur. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.

Ya Zal Jalali Wal Ikram

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan yang diRahmati, dan jadikanlah perpisahan ini sebagai perpisahan yang diBerkati.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأَخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار.ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ.
Share on Google Plus

49 comments:

Hamba Allah said...

Mohon kebenaran untuk mengambil teks doa ini untuk digunakan di sekolah saya... Terima Kasih.... Semoga Allah memberkati kebaikan tuan..

to hamba allah,

silakan... smg kita sama2 diberkati, amiin...

Anonymous said...

Salam...Mohon kebenaran tuan untuk mengambil teks doa ini, moga2 kita semua dirahmati Allah...

to anon,

w'salam... silalah... amiin :)

Hasan Ahmad said...

mohon guna semula tq

Ismail said...

Assalamualaikum,
Mohon kebenaran untuk mengambil sebahagian dari doa ini untuk digunakan dalam majlis saya nanti

to hasan ahmad,

silakan, maaf lambat beri respon...

to ismail,

w'salam... silakan, maaf lmbt beri respon yer... moga allah permudahkan segalanya...

Anonymous said...

saya minta izin guna kan doa ini ya..
tq...

to anon,

silakan, sama2 :)

Anonymous said...

salam. saya minta izin guna doa ini ye utk mjls perpisahan di sekolah saya. terima kasih.

to anon,

w'salam... silakan... sama2 :)

Mohd Sabri said...

Mohon minta izin ambil teks doa

to mohd sabri,

silakan, maaf lambat respon...

burtuqal said...

Assalam tuan. mohon kebenaran & keizinan untuk menggunakan doa ini. terima kasih.

to burtuqal,

w'salam... silakan... sama2 :)

Anonymous said...

slm saudara areef..
sy mohon izin utk mgunakn doa ini ye..terima kasih..

to anon,

w'salam...

silakan, sama2 :)

Anonymous said...

mintak izin nk copy doa ni..

@Anonymous

silakan :)

Anonymous said...

tuan,

sy mohon izin nk copy doa ni utk dijadikan panduan kelak..

Terima kasih

@Anonymous

silakan :) sama2...

assalamualaikum , mohon copy sikit doa nie =) syukran

This comment has been removed by a blog administrator.

@mohamad irfan

w'salam... silakan... maaf lambat respon...

nazha anua said...

saya pinjam ya:) TQ

@nazha anua

silakan :)

Anonymous said...

mohon kebenaran menggunakan doa ini ya...moga tuan akan sentiasa diRahmati...

@Anonymous

silakan... terima kasih atas doanya :)

Anonymous said...

Mohon share;)

Anonymous said...

Salam.mobon izin guna teks utk.persaraan staf kami.tuan.ssmoga allah memberkati penulis.

Mhn share. Tmakasih. Mg Allah memberkati usaha saudara.

Anonymous said...

Mntk izin guna teks ni. Kbtuln esok nk guna. Baaraka Allah... al ranawi

mar@kay said...

Saya juge mohon minta izin...

Assalamualaikum admin... mohon kebenaran ingin menggunakan text ucapan ini... terima kasih... moga Allah merahmati admin... Amin

Anonymous said...

Slm
Mohon guna teks doa ini.tk

mohd khairul said...

SALAM.. MOHON KEBENARAN UTK GUNA DOA PERSARAAN INI. MOGA DIBERKATI DUNIA DAN AKHIRAT.

Anonymous said...

Mohon kebenaran guna.tq

mohon kebenaran untuk gunakn taks doa ini

Cg San said...

Mohon kebenaran untuk menggunakan teks doa ini. TQ

Anonymous said...

Mohon kebenaran menggunakan teks doa ye..
Jazakallah...

Salam..
mohon kebenaran utk di gunakan dalam majlis persaraan ketua saya..tq

Anonymous said...

Salam mohon kebenaran guna teks ini di pejabat saya bg majlis perpisahan staff

Anonymous said...

Saya Mohon izin guna sebahagian teks bacaan doa ini bagi majlis persaraan di pejabat. Tq

Faris Roslan said...

Assalamualaikum saya ingin memohon kebenaran untuk menggunakan teks doa ini untuk majlis perpisahan di sekolah saya
Terima kasih...

haris my said...

tuan, mohon utk gunakan teks ini utk majlis bersara guru dan perpindahan guru sek saya. T.kasih tuan.

Hamdan Abdul said...

Assalamualaikum saya ingin memohon kebenaran untuk menggunakan teks doa ini untuk majlis perpisahan di sekolah saya
Terima kasih...

azhar remeli said...

salam..mohon share doa ini..terima kasih..

aslmkm tuan. mohon izin guna teks doa.tqvm