Kenangan Yang Mendewasakan

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera.

Moga semuanya sentiasa berada di bawah lindungan dan naungan Allah SWT, in sya Allah.

Terjumpa gambar2 kat bawah ni di FB seorang rakan saya, Ungku LuqmanulHakim. Kenangan ketika sedang menuntut di SMKA Segamat, Johor Darul Takzim. Semua gambar di bawah ni di rakamkan pada tahun 1997, ketika saya berada di tingkatan 3.

Sungguh nostalgik sekali gambar2 di bawah ni. Yerlah kata orang, "ketika masih muda-muda", hehehe... Sekarang pasti banyak yang berubah! Saya sendiri sebenarnya tak ingat langsung tentang bila masa gambar2 ini dirakamkan. Yang pasti ia telah mengembalikan kenangan saya kepada alam persekolahan menengah yang penuh 1001 macam cerita. Kenangan yang mendewasakan!

Gambar2 ni semuanya ketika bersama rakan2 sekelas, 3 Uthman al-'Affan. Penuh dengan kenangan, kenakalan, senda gurau dan kemesraan... Ukhwah filLah abadan abadan! Dan salah seorang daripada kami telah kembali ke rahmatulLah pada tahun 1997 itu sendiri iaitu Allahyarham Mohd Ahmad Surip. Al-Fatihah untuknya!

Kelas 3 Uthman al-'Affan (PMR1997)
Bersama Ustazah Noraziah binti Nordin
Bersama Ustazah Anis Suriati binti Sulaiman

Share on Google Plus

0 comments: