Teks Pengacara Majlis - Majlis Penutupan Kem Literasi dan Khatam al-Qur'an Program j-QAF Peringkat Daerah Kulai Tahun 2010

TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS PENUTUPAN
KEM LITERASI DAN KHATAM AL-QUR’AN PROGRAM j-QAF
PERINGKAT DAERAH KULAI TAHUN 2010
DI MASJID AR-RAHMAN, TAMAN PUTERI, KULAIJAYA, JOHOR
29 SEPTEMBER 2010

BIL.
PERKARA
CATATAN


1

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Ustaz Jamil bin Hussin, Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Kepimpinan, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Johor.



2

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Sebagai pembukaan majlis kita pada hari yang penuh dengan keberkatan ini, marilah sama-sama kita saksikan Majlis Khatam al-Qur’an yang akan dijayakan oleh murid-murid Program j-QAF Kohort 2005 yang akan dipimpin oleh Ustaz Mohd Yunos bin Mohd Sujak dan Ustaz Mohd Faisol bin Palal. Dipersilakan.



3

Terima kasih diucapkan kepada semua murid dan pemimpin majlis yang telah menjayakan Majlis Khatam al-Qur’an sebentar tadi.



4

Dari Raub pergi ke Pontian
Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan majlis.

Min Raub ila Pontian
Mubasyaratan ila Kuala Perlis
Arju lakum al-ikhtimam
Asta’dzinu li abda’al jilsah.

Dengan lafaz yang mulia :

بسم الله الرحمن الرحيم.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

الحمدلله رب العالمين، والصلواة والسلام على أشراف الأنبياء والمرسلين،
وعلى آله وصحبه أجمعين.

Yang Berbahagia
Ustaz Jamil bin Hussin
Penolong Pengarah
Unit Pengurusan Kepimpinan
Sektor Pendidikan Islam
Jabatan Pelajaran Negeri Johor

Yang Berbahagia
En. Hamzah bin Abu Talib
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah
Unit Pembangunan Profesional
Pejabat Pelajaran Daerah Kulai
selaku wakil rasmi
Pegawai Pelajaran Daerah Kulai

Yang Berusaha
Ustaz Ziman bin Mohammad
Ketua
Unit Pendidikan Islam
Pejabat Pelajaran Daerah Kulai

Yang Berusaha
Ustaz Khairul Anuar bin Abdul Rahman
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah
Unit j-QAF
Pejabat Pelajaran Daerah Kulai

Yang Berusaha
Ustazah Kalthom binti Abdul Rahman
Penyelia Pendidikan Islam
Pejabat Pelajaran Daerah Kulai

Yang Dihormati
Tn. Hj. Mustafa bin Md. Salleh
Imam I
Masjid ar-Rahman
Taman Puteri, Kulaijaya
selaku wakil kepada tuan rumah

Yang Dihormati
En. Jais bin Sudin
Pengerusi
Jawatankuasa Kurikulum Daerah
Panitia Agama Islam Rendah Daerah Kulai

Yang Dihormati
Tn. Hj. Othman bin Talib
Pengerusi
Jawatankuasa Kurikulum Daerah
Program j-QAF Daerah Kulai

Barisan Guru-Guru Besar atau wakilnya

Ahli Jawatankuasa Kerja
Kem Literasi dan Khatam al-Qur’an Program j-QAF
Peringkat Daerah Kulai Tahun 2010

Barisan fasilitator

Barisan ustaz dan ustazah

Para peserta

Muslimin dan muslimat

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.



5

Selamat datang ke :

Majlis Penutupan Kem Literasi dan Khatam al-Qur’an Program j-QAF Peringkat Daerah Kulai Tahun 2010.



6

Hadirin dan hadirat sekalian,

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Tinggi kerana dengan limpah dan izin-Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam Majlis Penutupan Kem Literasi dan Khatam al-Qur’an Program j-QAF Peringkat Daerah Kulai Tahun 2010. Mudah-mudahan hasrat untuk melahirkan generasi yang cintakan al-Qur’an dapat direalisasikan melalui program-program sebegini.

Indah mekar si bunga siantan
Mekar mewangi di taman larangan
Cintakan al-Qur’an, fahami al-Qur’an
Moga terealisasi jadi kenyataan.



7

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Bagi memohon agar majlis kita pada hari ini dilimpahi dengan keberkatan, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Mohd Nawawi bin Palal.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Mohd Nawawi bin Palal atas bacaan doa itu tadi.



8

Hadirin dan hadirat sekalian,

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak berkat ilmu tanpa amalnya
Tak lengkaplah majlis jika tidak ada yang berbicara.

Untuk itu, majlis dengan ini ingin mempersilakan kepada
Yang Berbahagia En. Hamzah bin Abu Talib, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Unit Pembangunan Profesional, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai selaku wakil rasmi Pegawai Pelajaran Daerah Kulai untuk menyampaikan ucapan aluan.

Dipersilakan dengan segala hormatnya.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia En. Hamzah bin Abu Talib atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.



9

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Kini tibalah masanya untuk sama-sama kita dengarkan ucapan perasmian penutup yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Jamil bin Hussin, Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Kepimpinan, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Syukran jazilan diucapkan kepada Yang Berbahagia Ustaz Jamil bin Hussin atas ucapan perasmian penutup yang telah disampaikan sebentar tadi.



10

Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penyertaan kepada wakil daripada setiap sekolah. Untuk menyempurnakannya, majlis ingin menjemput dan mempersilakan kepada Yang Berbahagia En. Hamzah bin Abu Talib untuk mengiringi Yang Berbahagia Ustaz Jamil bin Hussin.

Dipersilakan dengan segala hormatnya.

Dipersilakan wakil daripada SK Sinar Bahagia.
SK Kulai Kg. Melayu.
SK Polis Kem.
SK Senai.
SK Felda Bukit Besar.
SK Taman Kota Kulai
SK Senai Utama
SK Taman Muhibbah
SK Taman Kota Kulai 2
SK Kangkar Pulai 2
Seterusnya, dipersilakan wakil daripada SK Bandar Tenggara 2.
Dipersilakan wakil daripada SK Bandar Tenggara 1.
Dan yang terakhirnya, dipersilakan wakil daripada SK Bandar Putra.



11

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Sebagai tanda penghargaan kepada pihak pengurusan Masjid ar-Rahman, Taman Puteri, Kulaijaya, Johor dipersilakan kepada Tn. Hj. Mustafa bin Md. Salleh untuk menerima tanda penghargaan tersebut.

Dan yang terakhirnya, sebagai tanda ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Ustaz Jamil bin Hussin atas kesudian hadir dan merasmikan penutupan majlis kita pada hari ini, majlis ingin mempersilakan kepada Yang Berbahagia En. Hamzah bin Abu Talib untuk menyampaikan sedikit tanda penghargaan kepada beliau.



12

Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Ustaz Jamil bin Hussin atas kesudian menyampaikan sijil penyertaan dan tanda penghargaan sebentar tadi.



13

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat mempelai direnjis dipilis
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah kita di penghujung majlis.

Saya mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa Pelaksana Kem Literasi dan Khatam al-Qur’an Program j-QAF Peringkat Daerah Kulai Tahun 2010, ingin mengungkapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan majlis kita pada hari ini samada secara langsung mahupun tidak. Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya, in sya Allah.



14

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali.

Marilah sama-sama kita akhiri majlis kita pada hari ini dengan membaca tasbih kaffarah dan surah al-`Asr.

Sekian
sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh. Wa fi AmnilLahi Ta’ala wa ilal liqa’, ma’as salamah.



15

Dijemput kepada Yang Berbahagia En. Hamzah bin Abu Talib untuk mengiringi Yang Berbahagia Ustaz Jamil bin Hussin disertai para tetamu kehormat untuk menikmati sedikit hidangan jamuan yang telah disediakan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.








5 comments :

imanshah said...

cantik dan indah bahasanya

Areef said...

to cikgu iman,

tq atas pujian yg diberikan... sy kembalikan kpd yg maha menerima pujian, allah swt...

Anonymous said...

jaid jiddan ya ustazz..mohon share yer..badrol

Areef Ibn Naim said...

@Anonymous

silakan badrol...

Anonymous said...

Ustaz nk share teks y...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...