Bajet 2011 - PTK Akan Dimansuhkan Mulai Jun 2011?

Video credited to wan779@youtube

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? Sihat? Saya AlhamdulilLah sihat...

Sekarang ni pasti ramai orang sedang memperkatakan tentang Bajet 2011 yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada jam 4.00 petang tadi. Bilalah nak ubah waktu pembentangan Bajet ni yer? Macam tak sesuai je waktunya kan... Saban tahun, tulah waktu yang digunakan untuk membentangkan Bajet ni. Macamlah tak boleh ubah waktu lain.

Bercakap tentang Bajet 2011 ni banyak perkara telah dibentangkan, demi kelangsungan ekonomi dan kemakmuran negara. Antara salah satu perkara yang telah dibentangkan ialah berkenaan dengan pemansuhan PTK. Sebagaimana yang telah dibentangkan, satu mekanisme baru untuk penilaian prestasi dalam kalangan Penjawat Awam akan mula diperkenalkan menjelang Jun 2011.

Saya sangat-sangat setuju!

Berdasarkan pemerhatian saya (dalam aspek dunia pendidikan), ada guru-guru yang tidak lulus PTK adalah dalam kalangan guru-guru yang saya perhatikan sangat komited dengan tugas dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka. Mereka mengajar dengan baik, di samping menjalankan tugas-tugas lain dengan penuh dedikasi. Namun, apabila mereka menduduki PTK, mereka tidak lulus. Adakah kita terus boleh membuat kesimpulan, bahawa mereka adalah guru-guru yang malas, yang tidak cemerlang, yang tiada peningkatan prestasi, hanya semata-mata kerana mereka tidak lulus PTK? Tentu sekali tidak!

Di manakah letaknya ketelusan di dalam PTK ini? Saya ada membaca di blog seorang rakan maya yang juga seorang guru, beliau ada menceritakan tentang rakan sekerjanya yang tidak berpeluang untuk mendapat kenaikan pangkat sehinggalah bersara kerana hanya mendapat level 2 di dalam PTK, sedangkan guru tersebut telah 'time-based'.

Adakah prestasi seseorang tu hanya boleh diukur dengan sebuah peperiksaan? Memang layaklah, sistem pendidikan Negara kita digelarkan sebagai 'examination oriented system'; semua orang berlumba-lumba untuk cemerlang di dalam peperiksaan sehingga mengabaikan hakikat kecemerlangan itu sendiri (merujuk kepada dunia pendidikan).

Harap-harap selepas ini akan diperkenalkan satu mekanisme penilaian prestasi yang lebih telus dan adil untuk semua Penjawat Awam demi "Transformasi Ke arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi".

p/s - AlhamdulilLah, dapat bantuan khas kewangan Penjawat Awam sebanyak RM500. Jangan dok nak ngata Penjawat Awam tak pandai nak bersyukur. Kalau anda di tempat kami, nak juga dengar apa yang akan anda kata... Hehehe...
Share on Google Plus

2 comments:

imanshah said...

salam saya juga ada titipkan kesah ptk dalam entry terbaru saya

Areef said...

to cikgu iman,

kisah yg cikgu iman ceritakan tula yg sy 'quoted'. tq.

wish u all the best in the last PTK's...