Menyumbangkan Suara

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera.

Mudah-mudahan semuanya sihat wal- 'aafiyat ye... Kalau tak sihat cepat-cepat makan ubat! Sesungguhnya sakit itu adalah kaffarah atas dosa-dosa yang kita lakukan, dan sihat itu pula adalah suatu nikmat yang dikurniakan Allah SWT dan perlu kita syukuri.

Entri ini masih berkisar tentang Sambutan Hari Raya 'Aidilfitri 1431H Peringkat Sekolah Kebangsaan LKTP Sg. Sayong, Kulai, Johor yang telah diadakan pada 08 Oktober 2010 yang lalu (bersamaan 29 Syawal 1431H).

Di sini ingin saya kongsikan pula rakaman video persembahan nyanyian lagu raya (yang tak diketahui tajuknya; lagu iklan raya), "Satu Pagi Di Hari Raya" dan "Kasih Mesra" oleh murid-murid tahun 4 Gemilang. Kalau nak tau, saya terlibat 'menyumbangkan suara' di dalam persembahan ni. Sesekali nak enterframe, hehehe... Habis ke laut, pitching ke mana, tempo ke mana, siap lupa melodi lagi, hehehe...

Tapi, rasanya pasti akan meng'hot'kan carta-carta lagu sedia ada, sebab belum publish lagi dah ada orang tanya bila nak upload rakaman video ni, hehehe... Dedicated to Cik Pirana and UstatKimi. Layan....

Part 1

Part 2

Part 3
Share on Google Plus

6 comments:

imanshah said...

wah belum reda ke beraya

Areef said...

to cikgu iman,

kat johor ni raya 40 hari, hehehe...
tak cukup 29 hari...

manala tak abis cerita raya, 29 Syawal baru nak wat majlis, so entrinya baru sempat nak post...

ni ada lg video yg belum post...

mesti org igt giler raya apa, hahahaha...

pirana_kecik said...

hehe..akhirnya muncul jgk persembahan nie..ini 1st time azaref nyanyi live kt skol kn???hihi...tanx 4 da dedication.trskn perjuangan!!chayo'

Areef said...

to cik pirana...

rasanya ni dah kali ke-4 wat persembahan nyanyi ngan bdk2...

jgn takleh tido lak dgr suara sy tu, hehehehe...

pirana_kecik said...

ooo..ye ker.tp nape rsnye br kali petama dgr spjg kt sni..mmm..kl x silap la.tp xper,pasni ada pluang lg nk mantapkn suara.trskn usaha..

Areef said...

to cik pirana,

pertama kali utk thn ni, sblm ni dah penah dah...