Persembahan Sempena Sambutan Hari Raya 'Aidilfitri 1431H Per. SK LKTP Sg. Sayong, Kulai, Johor

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera.

Ini pula adalah rakaman video persembahan pantun raya oleh murid-murid tahun 3 Cemerlang sempena Sambutan Hari Raya 'Aidilfitri 1431H Peringkat SK LKTP Sg. Sayong, Kulai, Johor. Saya yang melatih murid-murid kelas ini. Mereka hanya berlatih selama satu jam sahaja, so expectation tu takdelah tinggi sangat kan. Jom layan jelah!

Ni saya kongsikan juga teks pantun yang telah digunakan di dalam persembahan ini. Diperoleh di sini, di sini dan di sini.

Dingin perigi di waktu pagi
Berkokok ayam di tengah laman
Aidilfitri menjelma lagi
Tamatlah ujian bagi yang beriman

Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo toksir laju
Nanti rayo dale sepita

Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang

Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang raye mung bermaafang
Bulang raye mung bergembire

Buah pauh di tengah bendang
Jadi dagangan di tengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita

Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite cerie
Esok luse hari raye
Same-same bersuke rie

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase teman selamat sampei

Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Hari raya gembira bergelak
Perut kenyang tiada lapaq

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba sahaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

Share on Google Plus

0 comments: