Sayonara

Tahun 2010 ni, ramai dalam kalangan guru dan staf di sekolah saya
Yang bersara
Yang berpindah ke sekolah lain
Yang bertukar balik ke negeri masing-masing
Dan ada yang dinaikkan pangkat ke PPD

Baru-baru ini, 2 lagi guru telah berjaya
Di dalam permohonan mereka bertukar balik ke negeri masing-masing
Seorang balik ke Negeri Terengganu
Dan seorang lagi balik ke Negeri Sembilan
Dan seorang guru berjaya memohon pertukaran ke sekolah lain
Saya gembira melihat mereka gembira
Tapi hati saya tetap merasa sedih dan hiba
Kerana hilang sahabat tempat bergurau senda

Gambar-gambar di bawah ni
Dipotretkan semasa majlis meraikan perpisahan mereka
Di Restoren My Friend, Senai
Pada 19 November 2010 yang lalu




Kata orang :
Yang patah pasti akan tumbuh kembali
Yang hilang pasti akan berganti

Kata saya :
Yang tumbuh pasti takkan sama dengan yang patah
Yang berganti pasti takkan sama dengan hilang
Share on Google Plus

4 comments:

pirana_kecik said...

mm..bestnya dpt pindah blk ke kg halaman..tp ada jugak cikgu tu y xdpt pindah...cian dia.

to cik pirana,

ala cianny... sapela yg tak dpt pindah tu yer? agaknya die nak jadi org johor kot, hihihi...

pirana_kecik said...

ari tu dia ada ckp..kl jd org johor,smpi ble2 pn xdpt pindah..lg haru dbuatnya..cian dia..

to cik pirana,

so confirmla jodoh cik pirana bkn ngan org johor, hehehe...

apa2 pun byk2la berdoa... in sya allah dikabulkan segala impian, amiin...