A Rehlah to Singapore (Part 1)

A Rehlah to Singapore
ِAlhamdulillah, pada 30 November hingga 1 Disember yang lalu
Saya bersama seorang sahabat telah diizinkan Allah SWT untuk berjaulah ke Kota Singa
Sekadar mengisi masa cuti
Dan memenuhi tuntutan yang masih belum terpatri

Kata orang : "Jauh berjalan, luas pandangan"
Memang tepat sekali!
Sehinggakan banyak tempat di sana kami jejaki dengan hanya berjalan kaki
Hingga lenguh segala otot dan sendi, hehehe...

So, entri ini sekadar untuk berkongsi
Pengalaman sepanjang kami berada di sana
Mungkin akan memudahkan bagi mereka
Yang mungkin juga berhajat untuk bertukar angin dan cuci-cuci mata ke sana
Tapi ini cara kami
Orang lain, mungkin lain caranya

Kami bertolak daripada CIQ Complex (Custom & Immigration Quarantine Complex)
Di Bangunan Sultan Iskandar, Bukit Chagar
Juga dikenali sebagai JB Sentral
Senang cerita, sebelah je ngan City Square JB tu
Kereta pun kami parkir di City Square JB
(Dikenakan bayaran RM33 - lebih 24 jam kami parkir di situ)

Nak buat pertukaran matawang SGD
Di City Square boleh
Di CIQ pun boleh
Di Singapura nanti pun boleh
Sifirnya kalau RM10 kita darab dengan 0.41 = SGD4.10
Kalau SGD10 kita darab dengan 2.37 = RM23.70
Ada faham?
Hehehe...

Ok, dari City Square JB, kita terus ke Tingkat 4
Berdekatan dengan outlet F.O.S
Kita ikut signboard ke Woodlands

Tips :
Bawa beg (senang nak isi barang)
Bawa payung kecil (sekarang ni kan musim hujan)
Bawa botol kecil, botol air mineral tu pun boleh (tandas di Singapura tiada kemudahan untuk mencebok)
Bawa sedikit bekalan makanan dan minuman (ikut keperluan)
Bawa pakaian tambahan dan keperluan asas (walaupun berhajat untuk berada di sana selama sehari sahaja)
Takut jadi macam kami
Hajatnya mahu one day trip sahaja
Tapi kerana bertolak agak lewat
Dan dek kerana hujan
Banyak tempat tak berkempatan untuk dijejaki
So, on the spot kami terus plan untuk bermalam di sana
Dan terpaksa membeli pakaian dan sedikit keperluan asas

Ok, sambung balik
Terus je jalan ikut signboard ke Woodlands
Dalam perjalanan tu, kita akan melalui satu laluan berpagar
Di mana kita diminta untuk menunjukkan passport
Settled, teruskan perjalanan hingga ke Imigresen Johor
Agak jauh gak perjalanan tu
Sampai di Imigresen Johor kita ada 2 pilihan
Samada nak berurusan di kaunter
Atau berurusan di mesin
Kalau berurusan di kaunter hanya tunjuk passport je
Kalau berurusan di mesin cap jari kita akan diperlukan
Saya telah mencuba kedua-dua pilihan
Bagi saya berurusan di kaunter lebih mudah

Then, teruskan perjalanan melalui laluan "ada barang perlu diikrar atau tiada"
Kemudian, menuruni eskalator
Akan kelihatan banyak bas di situ
Pilihan kami bas yang akan menuju terus ke Kranji MRT
Bas warna kuning kod CW1
Tambangnya hanya RM0.90
Nak naik keretapi pun boleh
Tapi kena ikut jadual KTMlah

Bas akan memberhentikan kita di Imigresen Singapura
Kita perlu bawa turun semua beg yang dibawa
Sebelum berurusan
Pastikan isi terlebih dahulu kad bewarna putih
Ada di bahagian sebelah kanan
Jangan lupa bawa pen sendiri, lebih mudah, lebih senang kerja
Kalau tak faham nak isi borang tu, tanya je ngan pegawai-pegawai kat situ
Tapi ingatan pegawai-pegawai kat situ agak 'kerek' pada mulanya
Tapi lama-lama ok gak, boleh di bawa bergurau pulak, hehehe...
Semua yang bekerja di Imigresen Singapura adalah warganegara Singapura

Settled, bawa kad putih dan semua beg
Berurusan di kaunter
Passport akan diperiksa
Sebahagian kad putih akan diambil
Dan sebahagian lagi perlu kita simpan
Untuk urusan ketika pulang nanti

Then, selesai je berurusan di kaunter
Teruskan perjalanan melalui laluan berpagar
Anda tidak dibenarkan untuk menunggu di situ
Seterusnya adalah proses scan barang dan scan diri sendiri
Kalau takde masalah, teruskan perjalanan
Menuruni eskalator
Akan ada banyak laluan berpagar
Teruskan perjalanan melalui laluan yang memaparkan kod bas yang kita naiki
So, simpan baik-baik tiket bas
Dan ingat kod bas
Kita boleh naik mana-mana bas dengan kod yang sama
Sebab bas yang kita naiki pada awalnya
Tidak akan menunggu kita berurusan di Imigresen Singapura

Kami menaiki bas hingga ke Kranji MRT
Destinasi pertama kami ialah ke Orchard Road
Kita boleh membeli tiket di mesin
Setiap tiket yang dipulangkan kita boleh refund SGD1
Sebab sistem di sini tiket hanya perlu di'tap'
So, kalau kita tak pulang tiket tu, kita tak boleh refund
Berbeza dengan sistem di Malaysia kan?
Dan jangan lupa minta map untuk sistem MRT & LRT
Sistem MRT & LRT yang amat sistematik
Anda boleh menukar haluan (interchange) tanpa perlu keluar daripada stesen
Dan perlukan satu tiket sahaja
Tidak seperti di Malaysia
LRT, Monorel, Komuter, semuanya tiket yang berbeza
Dan kita perlu berjalan jauh untuk ke setiap stesen itu

Ingatan :
Anda tidak dibenarkan untuk merakamkan gambar di Imigresen Singapura
Dan semua bangunan Kerajaan Singapura (tak pastilah bangunan apa)
Kalau ada sebarang kemusykilan, jangan segan silu untuk bertanya
Kebetulan semua orang yang saya bertanya
Melayu, Chinese pun ada, Indian pun ada
Mereka semua amat peramah
Unexpected!


Peta diperoleh di sini
Share on Google Plus

2 comments:

IMANSHAH said...

salam

terasa nak ke singapura, namun belum berpeluang

wsalam cikgu iman,

bolehlah kita pergi bersama nanti, sy jd tourist guide, hehehe...

baru 1st time pegi ada hati nak jadi tourist guide... hehehe...