Walimah Cinta Ilahi

Assalamu 'alaikum dan selamat sejahtera
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan
Rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT
Kerana telah mengurniakan kepada kita
2 nikmat yang terbesar
Iaitu nikmat iman dan nikmat Islam

Alhamdulillah, hari ni saya dan beberapa orang teman
Telah berpeluang untuk menghadiri 2 walimatul 'urus
Satu di Taman Kota Kulai, Kulaijaya
Dan satu lagi di Taman Kobena, Johor Bharu

Sebenarnya, saya amat tertarik dengan majlis di Taman Kota Kulai tu
Majlisnya di adakan di perkarangan masjid
Tiada pelamin yang diindah hias
Hanya disediakan meja santapan untuk pasangan mempelai
Khemah makan antara tetamu lelaki dan perempuan pula diasingkan
Namun, tiada pula saya mendengar sebarang 'soksek-soksek' yang kurang baik
Ianya tetap meriah!

Kebetulan, selesai saya dan teman-teman menjamu selera
Berkumandang azan menandakan masuknya waktu Zohor
Dan tak lama selepas itu
Hujan pula turun dengan lebatnya
Saya lihat kebanyakan tetamu meluru masuk ke dalam masjid
Bukan untuk tumpang berteduh
Tapi, sama-sama bersedia untuk menunaikan solat Zohor berjemaah
Oh, indahnya momen-momen itu!

Selesai menunaikan solat Zohor berjemaah
Hujan yang tadinya turun dengan begitu lebat sekali
Hilang entah ke mana
Kembali menerbitkan cuaca nan cerah
Apalah hikmah yang Allah SWT hendak tunjukkan ya?
Allahu Akbar, Allah Maha Besar!

Mungkin ia peringatan
Untuk kita
Yang sering melupakan dan mengabaikan tanggungjawab
Sebagai seorang Muslim
Dek kerana terlalu sibuk dengan hal-hal keduniaan...

Di kesempatan ini juga
Saya ingin mengucapkan selamat pengantin baru
Buat blogger Cikgu Fazlina aka Cikgu Mia-Ina & Ustaz Rijaluddin
Yang telah selamat diijabkabulkan pada 05 Disember 2010 yang lalu
Di negeri asal mereka, Negeri Perlis

Dan hari ini
Mereka telah mengadakan sedikit majlis kesyukuran
Bertempat di rumah pengantin perempuan
Di Taman Kobena, Johor Bharu
Alhamdulillah saya dapat menghadirinya!
(Kali pertama bertemu blogger Cikgu Fazlina ni)



Doorgift daripada Cikgu Fazlina. TQ Cikgu!
TQ gak to your beloved husband yang sudi layan kiteorang makan
Siap 'served'kan mee rebus lagi, hehehe...
Share on Google Plus

10 comments:

IMANSHAH said...

saya mengimpikan perkahwinan saya di masjid dan kenduri kecil-kecilan sahaja..impian jelah

salam..
cikgu...kak ayukan suka majlis yang simple mcm tu.

ingatkan tak wujud lagi suasana mcm tu..rupanya ada lagi

kak ayu pernah attend majlis nikah di rengit..memang caranya sama mcm majlis yang cikgu attend..

majlis di taman kobena tu..betul-betul dekat dengan tetamu,..siap bagi layanan..mee rebus eik...wah..sedapnya..


selamat pengantin baru utk kedua-dua pasangan..semoga bahagia selalu

cikgu iman,

amiin... in sya allah, dimakbulkan allah swt... tkpelah, drpd impianlah, in sya allah akan jd kenyataan...

sy doakan cikgu iman cpt2 dpt jodoh... amiin...

w'salam kak ayu,

less is more, wlupun simple ttp meriah...

tulah, ni 1st time sy attend walimah mcm ni...

ha ah kak, dok sempat berbual ngan kami... mee rebus tu mmg sdp, tp tk dpt mkn byk sbb nak kenyang mkn kat walimah yg 1st tu... ms majlis kt taman kobena tu, tak perasan ada mee rebus... dh mkn nasi, baru perasan, hehehe...

hana said...

salam uncle... uncle bila pulak nak tawen?? jgn lupa jemput darwish! ade aksi khas utk uncle! Hihihihi

mummysyafie said...

seronok boleh gi kenduri raikan hari bersejarah ngan blogger..

banyak nya door gift..

w'salam kak,

wah, dak kicik pun dh pandai ckp yer, hehehe... cptlah balik mesia, nnti dak kicik leh attend walimah uncle, hehehe... mmg geram tul tgk aksi dak kicik tu, hehehe.... rs nak picit2 je pp die tu...

to mummysyafie...

ha ah, mmg seronok kak... tanda sokongan atas persahabatan yg terjalin...

E.d.Y said...

ramai betul org kawen skrg

to Edy,

dah sampai seru dorang... seru en edy bila lak? hehehe...