Suka...

lk
Suka lak tengok gambar kat atas ni. Saje je... Hehehe...

0 comments:

Salam MaulidurRasul 1431H

lk
12 Rabi'ul Awwal 1431H bersamaan 26 Februari 2010

0 comments:

Posto... Posto...

Assalamu `alaikum dan salam sejahtera.

Jika anda baca entri ini, saya ada memberitahu bahawa saya telah berjaya menjawab satu teka-teki yang diajukan oleh Kak Chik, tuan empunya blog Keluargaku Sayang.

Alhamdulillah, petang tadi ketika kaki ini melangkah masuk ke dalam rumah terpamer elok di atas meja sebuah bungkusan. Bungkusan apa ya? Hehehe... Itulah bungkusan hadiah yang dikirimkan oleh Kak Chik.

Gembira sangat dapat hadiah daripada Kak Chik tu. Sebuah buku... Saya memang suka memiliki buku, walaupun entah bila saya akan membacanya. Kerana bagi saya, memiliki sebuah buku umpama memiliki satu harta yang amat berharga. Walaupun kita tidak membacanya lagi, ilmu itu tetap kekal, tidak hilang walau sedikit, tetap berharga dan mempunyai nilai.

Tq ya Kak Chik... Saya amat menghargai pemberian Kak Chik tu. Moga ukhwah filLah kita berkekalan abadan abadan ya Kak Chik...
lk
Hadiah pemberian Kak Chik, syukran...

6 comments:

Dedikasi Buat Itni

U r welcome kak Umi_e
lk
Dedikasi buat Itni
lk
Itni
Kau pergi menemui Ilahi
Menghadap Tuhan Rabbul Izzati
Pergimu
Pasti takkan kembali lagi

Kak Umi_e
Usahlah dikau bersedih hati
Kerana kesedihan
Bisa melemahkan diri
Membuat segala
Serba tak menjadi

Biarlah kenangan itu
Menjadi sebuah memori
Menjadi ingatan
Lupa tidak akan sesekali
Itni tetap di hati

Yang patah akan tetap patah
Yang hilang akan tetap hilang
Yang layu akan tetap layu
Yang hidup pasti akan mati

Tetapi
In sya Allah
Yang patah akan tumbuh kembali
Yang hilang pasti akan berganti
Yang layu pasti akan subur mewangi

Tetapi
Mati itu tetap pasti
Tetap janji
Tidak awal
Tidak juga lambat
Sampai masa
Pasti ia akan menuruti
Kerana ia telah terpatri
Sejak `azali

Yang kekal
Yang abadi
Yang hidup tidak akan mati
Hanyalah Allah SWT
lk
Click here.
lk
And here.

2 comments:

Pongkam


Assalamu `alaikum, peace be upon you, salam sejahtera ke atas kamu.
lk
Pagi tadi saya ada sedikit perbincangan bersama rakan-rakan saya di UTM, Lai, Pey Shan dan Tee. Nama group kiteorang ni VTech, amacam ok tak nama tu? Hehehe... Kiteorang ada group assignment yang perlu disiapkan, yang perlu di'submit' minggu hadapan. So, kena lah diskus macamana nak buat kan.
lk
Lepas habis discussion tu kiteorang pegi lunch sama2 kat Arked Meranti; kat UTM jer. Saya selalu makan kat sini, bukan apa, sebab tak tau tempat lain, hehehe... Saya, Lai ngan Pey Shan je yang had lunch. Si Tee tu Vege, kebetulan gerai yang jual makanan Vege tak bukak lak.
lk
Lepas lunch tu, Tee ajak kiteorang pegi rumah dia, dekat jer ngan Giant Skudai. Konon2 macam ziarah sambutan Chinese New Year lah, hehehe... Tee hidangkan kiteorang limau pongkam, 1st time saya dengar nama limau ni, macam2 yer rupanya nama limau ni. Tee kata limau ni dari Taiwan. Gambarnyer kat atas tu. Limau tu memang besar. Saya tak pernah tengok limau sebesar tu sebelum ni, tak termasuk limau bali k. Rasanya manis, isinya memang tebal. Tq Tee. Siap bawa balik sebijik dengan pakej air 100 plus, heheheh... Gong Xi Fa Cai to all of u, my friends...

4 comments:

Antara Photoscape dan Photoshop

Gambar diperoleh di sini.
lk
Tentu di kalangan anda, ada yang pernah menonton filem di atas ni kan; "Antara Dua Darjat". Dan mungkin anda pernah mendengar lagu "Antara Anyer dan Jakarta". Tetapi, sebenarnya saya tidak berniat untuk membicarakan tentang filem dan lagu tersebut. Tetapi, apa yang ingin saya perkatakan adalah berkenaan dengan "Antara Photoscape dan Photoshop", hehehe...

Gambar di atas ni saya hasilkan menggunakan Photoscape.

Yang ni pulak, saya hasilkan menggunakan Photoshop.

Bagi saya, kedua2 perisian ni mempunyai kelebihan yang tersendiri, tak perlu lah kita nak membicarakan tentang kekurangannya, ye kan?. Sepertimana saya memetik kata2 seorang rakan blogger saya, "Usahlah kita memperkatakan tentang perbezaan (atau kekurangan), tetapi katakanlah tentang persamaan (atau kelebihan)" (but please be informed yer, ayat ni telah diedit oleh saya, hehehe, yelah nak bagi lebih faham kan?).

Tetapi, bagi yang berkemahiran menggunakan Photoshop adalah satu kelebihan, kerana di dalam Photoshop, ia tersedia dengan pelbagai tools yang lebih istimewa berbanding Photoscape. Tapi, Photoscape pun tak kurang hebatnya tau. Tetap istimewa. Seorang rakan saya ada bertanya (selepas melihat gambar yang saya attachkan di dalam blog saya ni, soalnya, "Ko edit gambar2 tu guna Photoshop ke?") Hehehe... Lihat? hanya menggunakan Photoscape disangka menggunakan Photoshop. Maknanya, kedua-duanya adalah istimewa.

Bagi saya perkataan yang paling ringkas untuk menggambarkan tentang Photoscape ialah "mudah" dan perkataan yang paling ringkas untuk menggambarkan tentang Photoshop ialah "advance" (tapi jangan menilai gambar yang saya hasilkan menggunakan Photoshop tu k, kerana saya budak baru belajar, banyak salah, banyak yang perlu belajar, hehehe...)

Selamat mengeksplorasi Photoscape dan Photoshop!

6 comments:

Filem Ketika Cinta Bertasbih 2

Gambar diperoleh di sini.
lk
Saya baru selesai menonton filem Ketika Cinta Bertasbih 2 di youtube. Sungguh menyentuh jiwa, sehingga berungkali air mata jantan ini menitis di pipi, heheheh... Yuk nonton yuk! Klik di sini.

5 comments:

Apa Ertinya Cinta?

lk
~Menurut Mbak Husna di dalam filem Ketika Cinta Bertasbih~

Cinta adalah kekuatan
Yang mampu mengubah
Duri jadi mawar
Mengubah cuka jadi anggur
Mengubah sedih jadi riang
Mengubah amarah jadi ramah
Mengubah musibah jadi muhibbah
Itulah cinta

~Menurut Mbak Anna di dalam filem Ketika Cinta Bertasbih~

Sekalipun cinta telahku uraikan
Dan aku jelaskan panjang lebar
Namun jika cinta kudatangi
Aku jadi malu pada keteranganku sendiri
Meskipun lidahku telah mampu menguraikan
Namun tanpa lidah
Cinta ternyata lebih terang
Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya
Kata-kata pecah berkeping-keping
Begitu sampai kepada cinta
Dalam menguraikan cinta
Akal terbaring tak berdaya
Bagaikan keldai terbaring dalam lumpur
Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan
lk
Diperoleh di sini.

0 comments:

Filem Ketika Cinta Bertasbih

Gambar diperoleh di sini.

Saya baru sahaja selesai menonton di youtube, filem Ketika Cinta Bertasbih yang diadaptasi daripada novel Ketika Cinta Bertasbih oleh Kang Abik. Sesape yang berhajat untuk menontonnya boleh klik di sini.

0 comments:

Saya Menang Teka-Teki

Terukir kegembiraan sebab dapat hadiah cabutan bertuah semasa Hari Keluarga sekolah saya tahun lepas, hehehe...

Pernah tengok tak iklan Power Root, ada pakcik tu cakap, "Saya menang motor". Sekarang, saya nak tukar lak ayat tu kepada "Saya menang teka-teki" (baca ikut intonasi yang sama yer, hehehe...)

Actually, baru-baru ni saya saje lah suka-suka join satu teka-teki yang dianjurkan oleh kak Chik, seorang blogger dari Negeri Cik Siti Wan Kembang; negeri yang sangat saya rindui untuk menjejakkan semula kaki ke sana, menggamit kenangan indah bergelar mahasiswa 1st degree. Ntah bila lah akan diizinkan Allah yer...

Sebenarnya, saya memang dah lama ikuti blog kak Chik ni, tapi sebagai silent reader sahaja. Tapi, masa kak Chik pos entri teka-teki tu, tetiba rasa nak jawab. Kali pertama saya tinggalkan komen pada blog kak Chik tu tau. Yakin je beri jawapan, AlhamdulilLah betul tekaan saya tu, heheheh...

So, kat sini saya nak letakkan link, entri tentang teka-teki yang kak Chik anjurkan tu, untuk kenangan di masa hadapan, hehehe...


Dan di sini.

0 comments:

Say No to Valentine's Day

lk
Apakah sebenarnya maksud di sebalik Valentine's Day? Mengapakah sebagai seorang Islam, kita diharamkan untuk meraikan Valentine's Day ini. Baca kupasannya di sini. "Sesuatu yang haram itu akan tetap jelas keharamannya, sesuatu yang halal itu akan tetap kelas kehalalannya". Janganlah kita menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal...

0 comments:

Happy Chinese New Year

Gambar diperoleh di sini. Tq...
lk
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Happy Chinese New Year buat rakan-rakan saya di UTM iaitu Lai Kok Hoe, Pey Shan dan Tee Lee Fang. Sepanjang hidup saya, inilah kali pertama saya mempunyai rakan-rakan berbangsa Cina yang agak baik dengan saya. Oh, lupa... Masa saya di bangku sekolah rendah, saya juga mempunyai seorang rakan berbangsa Cina yang bernama Wong. Selepas itu, tidak berkesempatan untuk bersahabat dengan rakan-rakan dari bangsa lain, kerana saya bersekolah di sekolah agama yang 100%nya adalah orang Melayu, yang mix dengan bangsa Cina adalah. Masa 1st degree, rakan-rakan saya juga kebanyakannya dari bangsa Melayu. Semasa di kolej, ramailah gak student2 berbangsa Cina ni, tapi tak berkesempatan untuk bersahabat baik dengan mereka.
lk
Di UTM nilah, saya berpeluang untuk bersahabat baik dengan rakan-rakan dari bangsa lain ni. And saya juga nak ucapkan Happy Chinese New Year buat CK Tan, my car sales advisor, yang sampai sekarang masih keep in touch (dari jauh jelah) dengan saya. Yela, customer mesti kena jaga ma!!! Hehehe... Ucapan saya buat mereka...

Gong xi fa cai (banyak ong!)
Wan shi ru yi (1000 masalah dapat diselesaikan)
Shen di zhu fu ni (Tuhan memberkati)
Zhu ni xin nian kuai le (selamat tahun baru, semoga anda berbahagia)
Zhu ni xin nian jin pu (selamat tahun baru, semoga anda semakin maju)

0 comments:

Kejohanan Olahraga Tahunan SK LKTP Sungai Sayong Tahun 2010

lk
Gambar2 sekitar Kejohanan Olahraga Tahunan SK LKTP Sungai Sayong Tahun 2010. Tak banyak gambar yang berjaya saya rakamkan kerana sibuk dengan tugas menguruskan ahli-ahli rumah dan bertugas sebagai pengelola peserta. And gambar2 di atas juga tak sharp sangat sebab saya hanya menggunakan video kamera yang mempunyai piksel yang tidak bersesuaian untuk merakamkan gambar. Untuk tahun 2010 ini, Rumah Hijau masih mengekalkan kejuaraannya diikuti Rumah Biru, Rumah Merah dan Rumah Kuning.

0 comments:

Doa Sempena Kejohanan Olahraga Tahunan SK LKTP Sungai Sayong, Kulai, Johor

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم
الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,

Sesungguhnya pada pagi ini, kami menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran atas iradat-Mu, yang telah menentukan dan mengizinkan kami untuk berhimpun pada pagi yang berbahagia ini, di dalam Kejohanan Olahraga Tahunan SK LKTP Sungai Sayong, Kulai, Johor.

Ya Allah, Ya Muhaimin, Ya Aziz, Ya Jabbar,

Justeru itu, kami memohon kepada-Mu, sejahterakanlah tubuh badan kami, sejahterakanlah pendengaran kami, sejahterakanlah penglihatan kami, kurniakanlah kepada kami keazaman dan kesungguhan untuk bersaing secara sihat, dan jauhkanlah kami daripada sebarang perkara-perkara yang tidak diingini.

Ya Allah, Ya Hayyu, Ya Qayyum,

Kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, muliakanlah kami dengan ilmu dan amal, serta sempurnakanlah keindahan diri kami dengan keimanan dan ketaqwaan.

Ya Allah, Ya Faarijal Hamm wa Ya Kaashifal Gham,

Berkatilah usaha-usaha kami, mudah-mudahan dengan usaha-usaha kami ini, akan dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan syakhsiah.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَا إنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار
ِوَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

0 comments:

Klik-Klik!

Pada hari Ahad yang lalu, bersamaan 31 Januari 2010, saya bersama rakan-rakan sepengajian di UTM (bagi subjek Visual Production) telah menganjurkan satu trip klik-klik! ke Bandaraya Melaka. Trip apa tu? Hehehe... Actually, kami semua telah ditugaskan untuk merakamkan gambar-gambar menarik di sekitar Bandaraya Melaka menggunakan kamera SLR sebagai keperluan pengajian kami.
lk
Kami bertolak daripada UTM lebih kurang jam 7.00 pagi dan sampai di Bandaraya Melaka lebih kurang jam 10.00 pagi. Destinasi kami adalah di sekitar Dataran Pahlawan, yang terdiri daripada beberapa tarikan seperti Kota A Famosa dan sebagainya. Actually, kami tak sempat sangat untuk menjelajah ke semua kawasan di sekitar Dataran Pahlawan tu. Lebih bertumpu dengan kawasan-kawasan yang berdekatan dengan Kota A Famosa sahaja.
lk
Jom nikmati pemandangan-pemandangan yang berjaya saya rakamkan daripada lensa kamera saya (bukan saya punya k, pinjam dari fakulti). Tapi, taklah cantik sangat. Sebab saya memang tak pernah guna kamera SLR sebelum ni, and saya tak faham sangat tentang setting kamera SLR ni. So, kalau rasa memang tak cantik gambar tu, bukan salah kamera k, tapi saya yang hentam keromo je, hehehe...
lk
Saya guna kamera ni!
lk
Gambar-gambar di sekitar Kota A Famosa
lk
Close-up di sekitar Kota A Famosa
lk
Dalam jam 3.00 petang, kiteorang dah nak bergerak ke Eye on Melaka lak. Masa tu jalan jammed sangat. Saya ni tak tau jalan. So, saya dah terlepas pandang kereta kawan saya yang menjadi tunjuk arah jalan di Bandaraya Melaka ni. So, kiteorang yang sama-sama naik kereta dengan saya decided untuk terus ke tol Ayer Keroh sahaja sebab area situ pun banyak attraction. Kiteorang decided nak pegi Taman Rama-Rama. Bila nampak signboard Taman Rama-Rama tu saya follow jela. Tapi, tak jumpa pun. Yang kami jumpa kawasan resort yang sedang dibangunkan dan kampus UTEM. So, kiteorang decided balik jelah...
lk
Setelah melepasi tol Ayer Keroh, kiteorang sibuk berbual sampai saya leh tak perasan yang saya dah masuk jalan nak ke KL, heheheh... So, drive jelah, sampai exit Alor Gajah, kiteorang decided pegi Pantai Tanjung Bidara, dah alang-alang salah jalan and dah masuk ke Alor Gajah, hehehe... So klik-klik! lah kejap kat Pantai Tanjung Bidara tu.
lk
And on the way nak balik Johor, kiteorang singgah kat RnR Pagoh, and rezeki kiteorang dapat klik-klik! pemandangan matahari terbenam.
lk
And masa kat RnR Pagoh tu, nak isi minyak kat ESSO, tapi kereta punyalah banyak. So, plan nak isi kat next station. Tapi, bila nak sampai exit Ayer Hitam, rasa cam minyak betul2 nak abis. So, kiteorang decided nak exit kat tol Ayer Hitam tu. Sampai kat tol, baru saya perasan yang kupon tol dah tercicir. Berenti tepi jalan dulu, dok cari2, tapi tak jumpa2. Last2 saya pegi jalan kaki tanya kat petugas PLUS camana nak settled masalah kami tu. Petugas tu kata, kalau kupon tu hilang kena bayar RM78.80 (diorang assume yang kiteorang ni dari Utara). Tak consider langsung. Macamlah, muka saya ni muka penipu. Dalam masa 3 hari, kalau jumpa kupon tu leh claim balik, huhuhu... Macam2 betullah, hehehe...

2 comments:

Lompat Jauh

Gambar diperoleh di sini.
lk
Salam ukhwah filLah buat anda semua.
lk
Kejohanan Olahraga Tahunan SK LKTP Sungai Sayong akan bermula esok, bagi acara padang akhir. Seperti tahun lepas, tahun ni saya masih ditugaskan sebagai Ketua Hakim bagi acara lompat jauh. So, saya adalah buat homework sikit pasal acara lompat jauh ni. Sebelum ni pun, ada dah saya buat entri tentang acara lompat jauh ni. Boleh baca di sini yer...
lk
"Bagi menentukan berapakah langkah yang perlu digunakan dalam larian, biasanya disamakan dengan umur atlit. Jika berumur 11 tahun, maka 11 langkah digunakan, 12 tahun – 12 langkah, 15 tahun – 15 langkah, 17 tahun – 17 langkah dan 17 tahun ke atas 21 langkah. Lonjakan akan dibuat pada papan lonjak. Pelompat akan bersedia untuk melakukan lonjakan dengan tiga langkah terakhir melangkah lebih lama berbanding biasa dan langkah yang terakhir akan mengecil 25 sentimeter daripada larian biasa. Lonjakan dilakukan dan fasa penerbangan akan berlaku sebelum mendarat dan mencapai matlamat yang dikehendaki" (Brian, 1997).
lk
Diperoleh di sini.

1 comments: