Sambutan MaulidurRasul 1431H Peringkat SK LKTP Sungai Sayong

AlhamdulilLah, Majlis Sambutan MaulidurRasul 1431H Peringkat SK LKTP Sungai Sayong telah dapat dilaksanakan dengan jayanya pada 25 Mac 2010 yang lalu. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan Majlis ini, terutamanya pihak pentadbiran Sekolah, guru-guru, kakitangan, murid-murid dan semua pihak yang telah memberikan sumbangan (sumbangan lembu dan kambing, sumbangan daripada ibu bapa/ penjaga, sumbangan daripada JALEN, sumbangan gas dan beberapa lagi sumbangan).
lk
Majlis telah dimulakan dengan perarakan dan bacaan selawat, bacaan Yaasin dan tahlil, bacaan al-Qur'an dan terjemahan, bacaan rawi, persembahan nasyid dan deklamasi sajak dan tadzkirah ringkas yang bertajuk "Akhlak Nabi Muhammad SAW".
lk
Jom layan gambar-gambar sekitar Majlis tersebut.
lk







0 comments:

Percubaan Pertama!

Sebagai memenuhi keperluan kursus bagi subjek Visual Production, saya telah mendapat tugasan untuk menghasilkan poster dan book cover. Di bawah inilah hasilnya... Percubaan pertama saya!
lk
Maaf yer, andai gambar di atas ini agak 'kurang manis'...
lk
Font size
Kalau ada rezeki, book cover ini akan digunakan oleh pensyarah saya untuk buku yang beliau hasilkan.

2 comments:

Hidangan Tengahari Ini...

lk
Selamat pagi, sobahalkhoir, good morning! Sekarang ni tentu ada yang sedang menikmati makan tengahari kan? Budaya kita rakyat Malaysia, makan tengahari ni takde waktu yang spesifik kan?. Ada yang diambil seawal jam 10 pagi dan ada yang mengambilnya selewat jam 4 petang, betul tak? Cakap2 pasal makan tengahari ni, saya bukan nak share pic makanan k, tapi nak share gambar bunga2 kat atas tu, hehehe...
lk
Actually, bunga2 kat atas tu antara hadiah cabutan bertuah sempena Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SK LKTP Sungai Sayong, Kulai, Johor yang in sya Allah akan dijalankan pada petang esok. Bunga2 tu disumbangkan oleh seorang bapa kepada guru Sekolah saya, yang memiliki nurseri sendiri. Tq ye pakcik! Kepada yang tinggal berdekatan juga yang berjauhan, jom singgah ke Sayong Nurseri! Macam2 ada!

2 comments:

Persiapan Menghadapi Mesyuarat Agung PIBG

Pada 21 Mac 2010, in sya Allah, akan dilaksanakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SK LKTP Sungai Sayong, Kulai, Johor. Saya yang telah diamanahkan sebagai Setiausaha untuk Sesi 2009/ 2010 memang tak menang tangan di kala ini. Tapi, AlhamdulilLah hasil komitmen yang telah diberikan oleh semua Ahli Jawatankuasa Pelaksana, persiapan sudah hampir mencapai 70%. Ada beberapa perkara yang akan diselesaikan pada pagi Ahad ini, sebelum bermulanya Mesyuarat Agung tersebut pada sebelah petangnya. Mudah-mudah semuanya akan berjalan dengan lancar di bawah naungan Allah SWT jua, in sya Allah.
lk
Kepada mana-mana Setiausaha PIBG yang masih dalam membuat persiapan menghadapi Mesyuarat Agung PIBG, di sini saya 'upload'kan, beberapa dokumen penting yang perlu disediakan. Boleh klik di sini. Selamat bermesyuarat!

3 comments:

Perginya Menemui Ilahi...

Inna lilLahi wa inna ilaihi raaji`un. Daripada Allah kita datang, dan kepada Allah kita kan kembali. Al-Fatihah untuk Allahyarham Amirul Ikhwan bin Zaini dan ayahnya Zaini bin Talib yang telah pergi menemui Ilahi pada 16 Mac 2010 yang lalu. Moga roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, amiin...
lk
p/s - Amirul Ikhwan bin Zaini adalah anak murid saya. Saya mengajar beliau dari tahun 1-3. Semasa di tahun 4, beliau berpindah ke sekolah lain. Dan pandangannya ke arah saya (sambil tersenyum), semasa di Kejohanan Olahraga MSS Zon Tenggara pada bulan Februari yang lalu, rupa-rupanya adalah pandangan yang terakhir buat saya...
lk
Bapa, anak maut nahas lori
lk
MUAR 16 Mac - Dua beranak terbunuh selepas lori dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori lain dalam kemalangan di Kilometer 145 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Pagoh di sini hari ini.

lk
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, pemandu lori berkenaan, Zaini Talib, 38, dan anaknya, Amirul Ikhwan Zaini, 11, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

lk
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku semasa lori tersebut dalam perjalanan dari Kulaijaya menuju ke Melaka.

lk
Siasatan awal polis mengesahkan lori berkenaan melanggar bahagian belakang sebuah lori lain di tengah laluan lebuh raya itu sebelum terbabas masuk ke dalam parit.

lk
Sebuah lagi lori yang terbabit dalam kemalangan itu tidak ditemui di tempat kejadian, namun penemuan sebuah nombor plat mengesahkan kenderaan itu beralamat di Umbai, Melaka.

lk
Kedua-dua mangsa kejadian yang berasal dari Felda Sungai Sayong, Kulaijaya itu telah dihantar ke Rumah Mayat Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar.

lk
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian tersebut.

lk
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan tersebut untuk menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Redhuan Mohd. Lin di 06-9511999.

lk
Diperoleh daripada Utusan Online.

2 comments:

Permudahkanlah Urusanku, Ya Allah!

lk
Assalamu `alaikum dan salam sejahtera.
lk

Sekarang ni tengah cuti sekolah. Tapi cuti kali ni, agak banyak kerja yang perlu diselesaikan. Kerja memang tak pernah habis kan? Cuma yang menjadi kerisauan tu, semangat untuk menyelesaikan sesuatu kerja tu on off, on off, tak istiqamah langsung...
lk

Just nak note down kerja2 yang perlu diselesaikan cuti sekolah ni, bukan nak menunjuk rajin k tapi as an alternative for me to remind all the works that not finish yet (sori 4 broken English, hehehe...)
lk
Mesyuarat Agung PIBG
lk
Sediakan borang kehadiran (bilangan diisikan)
Fotokopi borang cabutan bertuah
Buat label pendaftaran
Sediakan bekas borang cabutan bertuah
Sediakan senarai follow up penyumbang hamper
Dapatkan Laporan Penyata Kewangan
Dapatkan Laporan Pencapaian Kejohanan Olahraga
Sediakan senarai VIP dan dif2
Sediakan iklan bercetak
Siapkan buku program
Kemaskini fail
lk
My Master
lk
Renew buku
Ambil slip exam
Beli matrix card casing
Kemaskini buku nota
Beli fail untuk folio
Kemaskini study planning
Assignment :
~Authoring~
Folio
Reflection journal
Forum
ASP
~Visual Production~
Folio
Poster
Book cover
~Media Design~
Media Critique (PPT n report)
Consultation (report)
Forum
lk
PnP & Hal2 Sekolah
lk
Sediakan jadual pengajaran baru
Key-in markah ujian bulanan
Sediakan buku untuk LDP
Kemaskini buku laporan Ko-ku
Kemaskini TOV
Edit kisah-kisah Nabi untuk story telling
Kemaskini buku rekod pengajaran

0 comments:

Sms Daripada Madinah

Gambar diperoleh di sini. Syukran!
lk
Sedang saya duduk2 di ruang tamu, kira2 jam 09 lebih malam tadi, handset saya berbunyi menandakan ada sms yang diterima. Ingatkan daripada siapa? Rupa2nya daripada tetamu Allah di Madinah; Kak Lisa rakan sekerja saya. Memang saya ada memesan kepadanya agar apabila tiba di Madinah, jangan lupa untuk sms saya.
lk
Ni sms yang dikirimkan kepada saya. Saya seronok membacanya, hehehe...
lk
"Salam, AlhamdulilLah dah sampai semalam dalam kol 2 pagi kat Madinah. Sekarang waktu Asar... Seronok... Alhamdulillah, sume sihat"
lk
Sekarang ni di Malaysia, 14hb Mac 2010, 10:38pm dan di Madinah 14 Mac 2010, 05:38pm.

0 comments:

Tidak Perlu Berulang-Ulang Kali Mengerjakan Umrah

Assalamu `alaikum dan salam sejahtera. Di kesempatan ini, saya ingin men'attach'kan satu artikel yang bertajuk "Tidak Perlu Berulang-Ulang Kali Mengerjakan Umrah". Artikel ini sumbernya daripada sini. Sebenarnya, jika ada rezeki dan diizinkan Allah SWT, saya memang berhajat untuk menunaikan umrah sunat pada tahun ini. Maybe ada yang akan bertanya, kenapa tidak sahaja menunaikan ibadah haji, sedangkan saya telah menunaikan umrah sunat sebelum ini.
lk
Jawapannya, sebab saya masih belum bersedia untuk menunaikan ibadah haji, yang perlu ada padanya penghayatan daripada segenap aspek; rohani, jiwa, emosi, fizikal, pengorbanan dan sebagainya lagi. Semua perkara perlu dipertimbang dan dihayati sebaiknya. Sedangkan saya sebenarnya berhajat untuk menggunakan sedikit rezeki yang diberikan oleh Allah SWT itu, lebih kepada untuk berziarah sambil beribadah bersama keluarga. Dan umrah sunatlah jawapannya. Yela, daripada digunakan untuk melancong ke tempat lain, lebih baik kita berziarah sambil beribadah ke Makkah dan Madinah kan?
k
Tetapi, bila saya mambaca artikel ini, membuat saya berfikir kembali. Dan saya yakin, artikel ini juga akan membuat 'anda-anda yang berkenaan' berfikir kembali...
lk
Assalamu’alaikum WBT. Tertarik saya untuk menulis sebagai ulasan kepada satu tajuk yang dikeluarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia kelmarin, iaitu tajuk pada ruangan Kemusykilan Agama bersama Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah. Telah lama saya ingin berkomentar tentang perkara ini. Tetapi, kini saya telah mendapat hujjah yang lebih mendalam lagi melalui kemusykilan agama yang dijawab oleh Ustaz Mohd Farid Ravi itu.
lk
Kemusykilan yang dikemukakan iaitu berkenaan dengan adanya orang yang berulang kali pergi mengerjakan umrah ke tanah suci. Sedangkan yang wajib hanyalah mengerjakan haji dan satu kali sahaja seumur hidup, dan umrah itu memadailah jika dikerjakan hanya sekali. Ustaz Mohd Farid Ravi juga telah mengemukakan pandangan dari Syeikh Dr Yusof Qardhawi seperti mana berikut.
lk
Sebelum seseorang hamba Allah ingin melakukan sesuatu, maka mestilah dia meletakkan asas syariah dan maqasidnya terlebih dahulu. Ini amat perlu supaya mukallaf itu dapat menilai keperluan dan kawajaran melakukan sesuatu amalan, termasuklah memahami fiqh aulawiyyah (keutamaan).
lk
Pertama : Sesungguhnya Allah tidak akan menerima ibadat sunat selagi mana tidak menunaikan ibadat wajib. Berdasarkan persoalan pertama ini, maka barangsiapa menunaikan ibadat haji sunat dan ibadat umrah sunat sedang dia tidak mengeluarkan zakat padahal dia wajib mengeluarkannya, maka kedua2 ibadat itu ditolak dan tidak diterima di sisi Allah.
lk
Ini kerana mereka yang dikurniakan Allah dengan limpahan rezeki yang banyak hendaklah terlebih dahulu membersihkan harta mereka sebelum harta itu digunakan untuk ibadat sunat.
lk
Kedua : Allah tidak akan menerima amalan sunat seseorang itu sekiranya membawa kepada haram. Ini kerana menyelamatkan diri daripada dosa adalah lebih utama daripada mencari pahala sunat. Ini berdasarkan kepada bilangan jemaah yang mengerjakan haji sunat dan umrah sunat yang boleh mengundang kepada masyaqqah (kesukaran), penyakit yang boleh berjangkit mudah merebak.
lk
Sebab itu pengawalan bilangan jemaah perlu ada bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, selain memberi peluang kepada mereka yang belum menunaikannya.
lk
Ketiga : Sesungguhnya menahan dan mengawal daripada sebarang fasad (kerosakan - sama ada pada diri atau jemaah) adalah lebih utama daripada mengundang kebaikan. Lebih2 lagi jika kerosakan itu bersifat umum dan kebaikan itu bersifat khusus.
lk
Keempat : Sesungguhnya pintu2 melakukan kebaikan sentiasa terbuka luas. Allah tidak pernah menyempitkan peluang bagi hamba2 Nya melakukan kebajikan dan infaq di jalan Allah.
lk
Adapun seorang muslim yang peka dan prihatin kepada mujtamaknya pasti akan menyedari keperluan masyarakatnya. Jika mengulangi haji dan umrah boleh mengundang mudarat kepada jemaah lain, ada cara lain seseorang itu mencari redha Allah dengan memanjangkan limpahan rezeki kepada orang2 yang lebih memerlukan.
lk
Terdapat banyak hadith yang menggalakkan kita di antaranya sabda baginda kepada Salman bin Amir yang bermaksud, “Sedekah yang sebenarnya ialah sedekah kepada golongan yang miskin dan seterusnya kepada sanak saudara yang memiliki dua kelebihan; sedekah dan silaturrahim”. Hadith Riwayat Ahmad, Tirmidzi, An Nasa’ie dan AlHakim.
lk
Alternatif kepada berulang kali mengerjakan umrah dan haji
lk
Maka sebagai alternatif yang boleh dilakukan oleh mereka2 yang dilimpahi banyak rezeki dan ingin melakukan kerja2 amal, cintakan Islam dan yang ikhlas dalam mahu membela nasib ummah, Ustaz Mohd Farid Ravi menasihatkan agar;
lk
-Menyumbang kepada sekolah2 tahfiz dan agama, rumah2 kebajikan serta badan2 dakwah yang masih mengharapkan perhatian orang ramai yang diberikan limpahan rezeki supaya tampil membantu.
-Membiayai perbelanjaan pelajaran kepada anak2 orang yang tidak berkemampuan dan kurang-upaya.
-Membina premis2 yang menyediakan keperluan harian milik orang Islam, terutamanya keperluan fardhu kifayah.
lk
Kerana itulah al-Quran mengajar kita bahawa amalan JIHAD itu lebih utama dari amalan HAJI. Ini jelas dalam firman Allah yang bermaksud , “Apakah (orang-orang) yang memberi minuman orang-orang yang mengerjakan haji dan mengurus Masjidilharam kamu samakan dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta bejihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim. Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.” (Surah At Taubah : Ayat 19-20)
lk
Mengapa perkara ini perlu diperhatikan semula?
lk
Ini kerana telah dibuat kajian tentang kos perbelanjaan mengerjakan umrah di Malaysia ini mencecah RM488.8 juta setahun. Bayangkan apa yang dapat dilakukan dengan sejumlah wang yang besar itu apabila ia disalurkan kepada tempat2 pengajian, pusat2 dakwah, orang2 yang miskin dan sebagainya seperti yang telah dinasihatkan di atas.
lk
Sememangnya mengerjakan haji dan umrah berulang kali ini bukan merupakan suatu perkara yang HARAM. Tetapi di sana ada yang lebih penting dari yang lebih penting. Maka utamakan yang lebih penting dan lebih banyak mendatangkan kebaikan lebih2 lagi terhadap agama Islam dan ummah keseluruhannya, bukannya mementingkan hal peribadi semata2.
lk
Tetapi jika sudah menjadi pekerjaan anda untuk pergi ke Mekah dan sentiasa berulang-alik ke sana itu lain cerita lah. Ataupun sudah menjadi bidang pekerjaan anda untuk ke luar negara ke sana ke mari. Maka duit tambang penerbangan dan segala perbelanjaan itu ada lah terpaksa kerana itu adalah untuk KERJA anda. Tetapi jika anda mahu pergi mengerjakan haji atau umrah sunat tanpa ada kerja2 lain yang terlibat, maka renung2kan lah nasihat2 di atas.
lk
“Tidak beriman salah seorang di antara kamu hinggalah dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri” (HR. Bukhari & Muslim)
lk
Rujukan :
1 – Al Quran Al Karim
2 – Al Hadith As Syarif
3 – Kemusykilan Agama, Utusan Malaysia , Jumaat 10 Oktober 200

0 comments:

Kisah-Kisah Umrah

Salam hormat... Berbalik kepada entri sebelum ini, iaitu berkenaan dengan keberangkatan rakan sekerja saya bersama keluarganya ke Makkah dan Madinah, di dalam misi mengerjakan ibadah umrah dan ziarah, telah memberi idea kepada saya untuk menyediakan entri tentang kisah-kisah umrah ni. Anda boleh klik pada mana-mana link yang saya sediakan di bawah ini; yang akan membawa anda ke catatan perjalanan umrah, milik tuan punya link yang berkenaan. Selamat mengeksplorasi! Jika ada cadangan lain-lain link yang mempunyai catatan perjalanan umrah, just let me know k... Tq in advance, hehehe...
lk
lk
lk
lk
lk
lk
lk
lk
lk
lk

3 comments:

Selamat Berangkat...


Gambar sekadar hiasan
lklk
Assalamu `alaikum dan salam sejahtera.
lk
Di kala entri ini ditulis, in sya Allah sekarang ini, seorang rakan sekerja saya; Kak Lisa dan familynya sedang berada di dalam bas menuju ke Changi Airport. Mereka dalam misi mardhatilLah; mengerjakan umrah dan ziarah di Makkah dan Madinah. Dah lama Kak Lisa bercadang untuk ke sana, baru kali ini diizinkan Allah SWT.
lk
Kak Lisa pergi bersama suami, dan 3 orang anaknya; Zakuan, Izzah dan Hana (ketiga-tiganya adalah anak murid saya).
lk
Di sekolah tadi, saya betul2 speechless, sebak nak berkata2. Sebab saya sedih bila orang lain akan ke sana, sebab saya teringin nak ke sana gak, huhuhu... Saya memang nak pegi sangat2... Sebab pada tahun 2008, saya telah diizinkan Allah SWT untuk ke sana. Tetapi malangnya, saya ke sana dalam keadaan yang kurang bersedia, kurang penghayatan, dan segala-galanyalah kuranglah... Saya telah mensia-siakan peluang yang diberikan Allah SWT itu, huhuhu...
lk
Walaupun ada orang beranggapan umrah kini umpama sebuah trend, bagi saya ia adalah satu trend yang baik. Daripada kita melancong ke tempat-tempat lain, lebih baik kita melancong mengerjakan umrah. Melancong sambil beribadah. Kan bagus tu. Tentang keihklasan dan sebagainya, bukan hak kita untuk mempersoalkannya.
lk
Dan bagi saya, tak salah jika ada matlamat untuk shopping di sana, tapi bukanlah ianya menjadi matlamat utama, dan biarlah berpada-pada. Saya sendiri semasa di sana gemar wat aktiviti window shopping ni, heheheh... Adalah membeli serba sedikit. Memanglah apa yang hendak kita beli tu, kebanyakannya ada di Malaysia. Tapi, jika kita berkemampuan apa salahnya membeli sedikit buah tangan untuk mereka yang ditinggalkan di Malaysia dengan niat untuk menggembirakan hati mereka. Kerana ada di kalangan mereka yang hatinya terlalu sedih kerana tidak berpeluang untuk melangkahkan kaki ke sana...
lk
Doa saya moga Kak Lisa sefamily selamat pergi dan kembali. Dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesihatan sepanjang berada di sana. Dan yang paling utama, moga dikurniakan dengan umrah yang mabrur. Amiin...

2 comments:

Selamat Ulangtahun Kelahiran Yang Ke-28

Daripada saya untuk 'my_Qarin', hehehe...
lk
Alhamdulillah, dengan nikmat hidup yang Allah SWT kurniakan, hari ini genaplah umur saya 28 tahun. Saya telah dilahirkan pada 08 Mac 1982 bersamaan dengan 13 Jamadil Awwal 1402H. So, kalau ikut kalendar hijrah, umur saya dah 29 tahun, dah tua kan? Hehehe... Kalau sesape nak check tarikh kelahiran mengikut kalendar hijrah, boleh klik di sini yer.
lk
And di kesempatan ini, saya nak ucapkan terima kasih kepada the one and only Elia, sahabat saya yang sentiasa mengambil berat tentang kawan2 lain, walaupun kawan2 lain wat dek jer, hehehe... Sori yer Elia... Our friendship will never end, in sya Allah... Tq 4 your wish :
lk
"Happy birthday. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi keselamatan dan kesihatan, dianugerahkan kegembiraan dan kebahagiaan serta dikurniakan kejayaan di dunia dan akhirat. Amin..."
lk
Entri syok sendiri ni dibawakan oleh saya untuk saya, jangan marah! Hehehe...

2 comments:

Memantapkan Ukhwah, Memperkasakan Ummah

“Memantapkan Ukhwah, Memperkasakan Ummah”
تعزيز الأخوة وتمكين الأمة

قال رسول (ص) : لا يوءمن احدكم حتي يحب لأخيه ما يحب لنفسه

Maksudnya : RasululLah SAW bersabda : Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ukhwah itu cerminan
Kasih sayang sesama insan
Bagaikan satu jambatan
Antara hati bertautan
Demi satu ikatan
Bernama persaudaraan

Iktibar peristiwa hijrah
Bersaudaranya
Muhajirin dan Ansar
Di kala itulah
Bersinarnya cahaya
Baldatun tayyibatun

Mawaddah
Mahabbah
Wa rahmah
Li ta’zizul ukhwah
Wa tamkinul ummah

Ayuh kita semua
Eratkan perpaduan
Lupakan beza rupa
Lupakan beza warna
Bersama mantapkan ukhwah

Ayuh kita semua
Bersatu hati
Bersatu suara
Dengan tekad
Bersama perkasakan ummah

Ukhwah itu indah
Mekar mengharum ummah
Dengan semangat
Kukuh jati diri
Memartabat bangsa
Kemilau ibarat mutiara

Imtiyaz ummah
Eratkan hubungan
Usah bersengketa
Hayati ukhwah
Demi kejayaan
Menggapai wawasan

0 comments: