AlhamdulilLah, Kejayaan Masih Menjadi Milik Mereka!


AlhamdulilLah, segala pujian bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam.

Kejayaan masih menjadi milik mereka! Tahniah diucapkan kepada team kawad kaki SK Bandar Tenggara 1 kerana telah berjaya dipilih untuk mewakili Negeri Johor ke Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Kebangsaan (Sekolah Rendah), yang in sya Allah akan diadakan pada 7, 8 dan 9 Jun 2010 di Teluk Danga, Johor Bharu.

Untuk makluman anda semua, hari pertandingan adalah pada 9 Jun 2010.

Kepada mereka yang berkesempatan jom sama-sama memeriahkannya! Doakan kejayaan mereka yer!

4 comments:

Rakaman Video Kawad Kaki SK Bandar Tenggara 1, Kulai, Johor

Dimulakan dengan kalimah tarhibiyyah; assalamu `alaikum dan salam sejahtera.

Di sini saya nak kongsikan rakaman video kawad kaki SK Bandar Tenggara 1, yang mana pada pagi tadi penilaian telah dibuat untuk menentukan samada team ini layak atau tidak bagi mewakili Negeri Johor ke Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Kebangsaan (Sekolah Rendah), yang in sya Allah akan diadakan pada 7, 8 dan 9 Jun 2010 ini di Teluk Danga, Johor Bharu.

AlhamdulilLah, persembahan pagi tadi berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Kesilapan tetap ada, biasalah manusia biasa kan, memang tak lari daripada melakukan kesilapan. Tapi tetap mantap! AlhamdulilLah! Sebelum ini dua buah team yang mewakili Daerah Kluang dan Segamat telah dinilai, dan pagi tadi adalah giliran terakhir iaitu bagi Daerah Kulai. Untuk Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri Johor, hanya 3 buah team sahaja yang bertanding iaitu daripada Daerah Kluang, Segamat dan Kulai (kira team2 mantaplah ni). Yelah bajet kan dah takde, kenalah pandai2 manage kan?

Kalau nak lihat persembahan team SK Bandar Tenggara 1 ni dalam Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Kebangsaan 2009 yang diadakan di Kompleks Perniagaan Nilai 3, yang mana mereka telah berjaya mendapat tempat kedua kategori putera, bolehlah klik di sini yer.

Dan untuk rakaman padi tadi, silalah tonton video di bawah ini (versi uncut but had compressed). Selamat menonton!


p/s - SK Bandar Tenggara 1 ni bukan sekolah saya, tapi sekolah adik saya. Adik saya terlibat di dalam team kawad kaki ni. And lupa nak bagitau, keputusan untuk menentukan team mana yang layak untuk mewakili Negeri Johor ke Peringkat Kebangsaan, akan diketahui esok. Doakan kejayaan mereka yer!

0 comments:

Doakan Kejayaan Mereka!

Assalamu `alaikum; salam sejahtera dan salam hormat buat anda semua.

Sobahal khoir, selamat pagi, good morning!

Entri ini adalah entri pertama yang ditulis pada waktu bekerja, hehehe... Bukan saya curi tulang k, tapi actually hari ni saya ambik cuti rehat khas semata-mata untuk memberi sokongan kepada team kawad kaki SK Bandar Tenggara 1 (bukan sekolah saya, tapi sekolah adik saya) yang turut disertai oleh adik saya sendiri, yang mana pada hari ini mereka akan dinilai untuk menentukan samada mereka layak atau tidak untuk mewakili Negeri Johor ke Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Kebangsaan.

Maybe sebab bajet kot (Bajet oh bajet ke mana engkau pergi? - Nyanyi cam lagu bangau oh bangau, hehehe), Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri tidak dijalankan sepertimana tahun2 sebelumnya, di mana semua wakil-wakil Daerah akan bertanding di Peringkat Negeri pada hari dan tempat yang sama. Tapi, pada tahun ni, wakil daripada Jabatan Pelajaran Negeri Johor akan turun ke daerah masing-masing untuk membuat penilaian.

So, pada pagi ni giliran wakil daripada Daerah Kulai (team sekolah adik saya tulah) akan dinilai. Actually, team dorang ni memang dah berapa tahun menjadi Johan di Peringkat Negeri, dan pernah mendapat tempat Johan, Naib Johan dan Ketiga di Peringkat Kebangsaan. So, harap2 masih ada harapan dan peluang untuk mereka menempa kejaayaan bagi tahun ni.

Sebagai seorang guru, saya sebenarnya kurang bersetuju pasukan yang sama sahaja yang berjaya mendapat tempat. Tapi, kalau kredibiliti dan kemampuan mereka masih tidak dapat ditandingi oleh team2 lain, maka satu bonuslah buat mereka kan? Ianya akan memberi cabaran dan saingan kepada team2 lain untuk berusaha dengan lebih bersungguh2 lagi.

Akhir kata (cewah! macam bagi ucapan lak, hehehe...), doakan kejayaan mereka yer!

0 comments:

Strikes & Drains

Aktiviti pre celebration untuk Hari Guru 2010 bagi kami warga SK LKTP Sungai Sayong diakhiri dengan aktiviti strikes and drains aka bowling, hehehe... Aktiviti ni diadakan pada petang 15 Mei 2010 bertempat di IOI Super Bowl, IOI Mall, Kulaijaya. Memang happening sangat! Bos kami pun join sama dalam aktiviti ni. Ni kali ketiga saya main bowling. Tapi, masih tak dapat2 lagi menguasai basic skills, asyik masuk longkang jer, hehehe... Buat malu je kan! Jom layan gambar2 sekitar aktiviti tu. Biar gambar sahaja yang berbicara, hehehe...




0 comments:

Jamuan Teriak

Pada 14 dan 15 Mei yang lalu, kami guru-guru SK LKTP Sungai Sayong telah mengadakan jamuan teriak bersempena dengan Hari Guru yang disambut pada 16 Mei 2010. Dalam entri sebelum ini, ada saya menceritakan tentang aktiviti futsal (untuk guru-guru wanita sahaja) dan ping-pong, sebagai pre celebration activities untuk Hari Guru 2010 ni. Jamuan teriak ni pun termasuk di dalam pre celebration tu.

Nape jamuan tu dinamakan sebagai jamuan teriak? Tak pernahlak saya mengetahui asal-usulnya, hehehe... Tau makan je! Hehehe... Jamuan teriak ni telah diadakan selama 2 hari berturut-turut. Hari pertama tu ada nasi lemak berlauk, spaghetti beef bologniese, roti cicah kacang panggang dan omelette, pasta, kuih-muih, kek, buah-buahan, dadih, pelbagai jenis minuman dan sebagainya lagi. Then, hari kedua tu ada mee sup, kue tiaw goreng, roti jala, rojak petis, aiskrim dan sebagainya lagi. Dah tak ingat sangat menu2 nyer... Hehehehe... Jom layan gambar2 sekitar jamuan teriak tu...




0 comments:

Terima Kasih Guruku!

Selamat Hari Guru! Terima kasih cikgu!

0 comments:

Lagu Tema Hari Guru 2010

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Sumber : Di sini.

10 comments:

See The Leg Lah!

See the leg? Nak buat apa? Hehehe... Takdelah, kononnya nak berlagak sikitlah sebab saya ni pandai masak, hehehe... Bukan masak apa pun, panaskan kacang panggang dalam tin dan buat omelette je. Ceh, macam susah je kan, hehehe... Susah gaklah, pagi2 lagi dah kena bangun nak memasak, pastu sibuk nak bersiap ke sekolah lak. Nilah menu yang saya sediakan untuk jamuan teriak bersempena dengan Hari Guru di sekolah saya pagi tadi.

Then, saya bawak gak spaghetti beef bologniese ni. Tapi, yang ni bukan saya masak ye, mak saya yang masak. Saya cuma belikan barang2 yang diperlukan, dan tolonglah buka2kan tin tu, hehehe... Nampak menyelerakan tak?

2 comments:

Shopping!

Assalamu `alaikum dan salam sejahtera buat anda semua. Moga semuanya berada di dalam keadaan yang sihat dan ceria2 selalu.

Ni nak citer sikit aktiviti saya petang tadi. Selepas tamat je sesi persekolahan, saya terus memandu ke Johor Bharu. Destinasinya ialah ke Plaza Angsana di Tampoi. Buat apa ek kat sana? Shoppinglah, hehehehe... Saya ni kuat shopping ke? Takdelah, membeli sekadar keperluan sahaja.

Jom tengok apa yang saya beli...

Tujuan utama saya ke Plaza Angsana ni sebab nak beli buku di Badan Book Stores. Di sinilah kedai buku kegemaran saya. AlhamdulilLah, dapat beli buku Indahnya Hidup Bersyariat sebagai hadiah untuk "Pertandingan Memberi Nama Basikalku" yang telah saya anjurkan sebelum ini. Dan untuk tidak menghampakan peserta-peserta yang tidak berjaya, saya turut membeli buku Doa dan Zikir Harian sebagai hadiah saguhati. Kepada semua yang telah menyertai Pertandingan tersebut, tunggu jelah posmen depan rumah yer, hehehe...

Saya juga turut membeli beberapa majalah untuk bahan bacaan saya sendiri; majalah Mahir (majalah berBahasa Arab), Solusi dan PC edisi Teknik Kreatif Photoshop.

Saya juga mengambil kesempatan untuk membeli hadiah sempena Hari Guru. Yang hadiah cawan tu saya belikan untuk adik saya, untuk dihadiahkan kepada gurunya. Dan hadiah yang sudah siap berbalut tu adalah untuk aktiviti pertukaran hadiah di antara guru. Apa hadiahnya? Biarlah rahsia, hehehe...

Saya juga membeli barang-barang di atas ni; spaghetti, sos spaghetti, hirisan cendawan, dan kacang panggang. Ada kenduri ke? Heheheh... Nilah bahan2 yang diperlukan untuk menyediakan spaghetti beef bologniese dan roti bercicah kacang panggang dan omelette... Sebenarnya esok ada jamuan di sekolah saya sempena Hari Guru. Jamuan ni kiteorang namakannya sebagai jamuan teriak. Kiteorang ni kalau bab makan2 ni memang no. 1, hehehe... Kebiasaannya, menu nilah yang akan saya bawa, sebab diorang memang suka makan spaghetti yang saya masak ni... Ops!!! Hehehe... Mak sayalah yang masak. Walaupun guna ready made jer, tetap menjadi pujaan, hehehe... Tapi yang kacang panggang dan omelette tu saya yang sediakan sendiri, tengok kakilah, hehehe...

2 comments:

Pemenang "Pertandingan Memberikan Nama Basikalku"


Assalamu `alaikum dan salam sejahtera.

Dengan ini, saya ingin mengumumkan bahawa En. Azemi Ali daripada blog Hidayah Iman Amal telah berjaya dipilih sebagai pemenang bagi "Pertandingan Memberikan Nama Basikalku" yang telah saya anjurkan sebelum ini. Tahniah diucapkan!

Nama basikal yang beliau cadangkan ialah "PrimaGatih" yang menggabungkan maksud "utama" dan "kayuh".

Kepada yang tidak berjaya, tahniah juga saya ucapkan kerana anda telah memberikan semangat dan motivasi kepada saya di dalam memastikan blog kesayangan saya ini akan sentiasa dikemaskini, in sya Allah...

Kepada En. Azemi Ali, sila emailkan kepada saya alamat dan no.telefon bagi urusan pengiriman hadiah. Begitu juga kepada peserta-peserta yang lain. In sya Allah ada hadiah saguhati untuk anda semua. Emailkan di arrijal_82@yahoo.com.

Terima kasih. Salam ukhwah buat anda semua!

4 comments:

Ditutup Secara Rasmi!


Assalamu `alaikum dan salam sejahtera.

Dengan lafaz yang mulia, BismilLahirRahmanirRahim, saya menutup secara rasmi "Pertandingan Memberi Nama Basikalku" yang telah saya anjurkan mulai jam 1200 tengah malam 10hb Mei 2010 dan tamat pada jam 1200 tengah malam 12hb Mei 2010.

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah sudi menyertai Pertandingan ini iaitu :

Kak Umi_e (Peserta pertama)








Azemi Ali (Berjaya menyertai pada saat2 akhir)

Salam ukhwah untuk anda semua. Moga selepas ini kita dapat menjalinkan ukhwah filLah yang lebih erat lagi, in sya Allah...

Sepanjang tiga hari Pertandingan ini dijalankan, AlhamdulilLah, saya dapat mengemaskini blog saya ini dengan kadar 1 entri satu hari. Okla tu kan? Heheheh... Inilah matlamat saya menganjurkan Pertandingan ini, agar ianya dapat memberikan motivasi kepada saya untuk sentiasa mengemaskini blog kesayangan saya ini.

In sya Allah, pada jam 0300 petang esok, saya akan umumkan nama pemenang bagi "Pertandingan Memberi Nama Basikalku ini".

4 comments:

Bangunan Sultan Ibrahim, Johor Bharu

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut.

0 comments:

Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bharu

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut.

0 comments:

Jalan2 @ JB

Bangunan Sultan Ibrahim dan Masjid Sultan Abu Bakar

Di sekitar Danga Bay

Assalamu `alaikum dan salam sejahtera buat anda semua!

Bersempena dengan cuti Hari Pekerja pada 01 Mei 2010 yang lalu, saya bersama keluarga telah mengambil peluang untuk pergi berjalan-jalan di sekitar Bandaraya Johor Bharu. Perjalanan kami telah dimulakan dengan aktiviti window shopping di Jusco Aeon Tebrau City dan Komtar Johor Bharu, heheheh... Sesekali je! Ye ke? Hehehe...

Dalam perjalanan pulang ke rumah, kami telah singgah di Masjid Sultan Abu Bakar untuk mengambil peluang merakamkan keindahan persekitaran Masjid pada waktu malam dan diakhiri dengan aktiviti jalan2 di sekitar Danga Bay. Puas betul berjalan, hehehe... Sesekali dapat bercuti pada hari Sabtu...

2 comments:

Pertandingan Memberi Nama Basikalku

Assalamu `alaikum dan salam sejahtera buat anda semua. Moga semuanya berada di dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya...

Berita baik buat anda semua! Dengan rasa penuh keikhlasan, saya ingin menganjurkan satu pertandingan yang diberi nama "Pertandingan Memberi Nama Basikalku".

Hari Jumaat yang lalu, saya ada membeli sebuah basikal (sepertimana gambar di atas) dengan niat konon-kononnya nak buat aktiviti mengempiskan perutlah, hehehe... Tapi, sampai ke hari ini belum tersentuh pun kaki ke pedal basikal tu, hehehe...

Nama yang tertera pada basikal tu, "Urata", macam tak best je kan? Tu yang timbul idea nak anjurkan pertandingan ni.

Bagaimana nak menyertainya? Tak susah pun. Just tinggalkan pada komen entri ini (hanya pada komen entri ini sahaja), cadangan nama yang hendak anda berikan, tak kisahlah samada dalam Bahasa Malaysia atau pun dalam lain-lain bahasa. Tapi kalau beri cadangan nama dalam lain-lain bahasa, sertakanlah sekali maknanya yer...

Pertandingan ini terbuka kepada semua, samada di kalangan blogger mahupun bukan. Pertandingan ini akan bermula pada jam 1200 tengah malam 10hb Mei 2010 dan tamat pada jam 1200 tengah malam 12hb Mei 2010. Dan nama pemenang akan diumumkan pada jam 0300 petang 13 Mei 2010 (tarikh bersejarah tu), in sya Allah.

Ada hadiah tak? Mestilah ada kan. Nak tahu hadiahnya? Sila klik di sini. Saya yakin anda semua pasti suka dengan hadiah yang saya tawarkan tu. Saya pun suka dengan hadiah tu, hehehe...

Tujuan saya menganjurkan pertandingan ini, adalah untuk menambah rakan-rakan baru di kalangan blogger mahupun bukan, dan yang paling utama ialah sebagai satu motivasi untuk saya sentiasa mengemaskini blog kesayangan saya ini, yang sejak kebelakangan ni telah bersawang kerana lama tidak dikemas, hehehe...

Selamat mencuba! Salam ukhwah!

p/s - Link berkenaan dengan hadiah yang saya tawarkan tu tidak mempunyai kaitan dengan saya (saya hanya gunakan entri pada blog itu untuk memberikan gambaran berkenaan dengan hadiah yang ingin saya tawarkan). Harap maklum!

12 comments:

Pre Celebration


Salam ukhwah buat anda semua...

Bersempena dengan Hari Guru yang disambut pada setiap 16hb Mei, kami guru-guru di SK LKTP Sungai Sayong telah mula merasai kemeriahannya seawal minggu lepas lagi. Di mana, pada sepanjang minggu lepas telah dijalankan aktiviti futsal untuk guru-guru wanita (saya namakannya sebagai Gol & Gincu The Series, hehehe) dan diteruskan dengan aktiviti ping-pong pada sepanjang minggu ini, jamuan teriak I & II pada 14hb dan 15hb Mei, bowling Hari Guru pada 15hb Mei, dan acara kemuncak Sambutan Hari Guru 2010 yang akan diadakan pada 17hb Mei ini.

Meriah sungguh! Hehehe...

0 comments:

Jom Cuci Mata!


Assalamu `alaikum... Selamat malam dan salam ceria buat anda semua! Jom cuci mata dengan gambar-gambar di atas ni. Sejuk je mata memandang kan? Ciptaan Allah itu memang sungguh indah kan? Ia menjadi bukti adanya Allah sebagai Tuhan yang Maha Esa, dan berkuasa atas setiap sesuatu. SubhanalLah!

p/s - Gambar2 di atas adalah sebahagian daripada hasil rakaman saya di persekitaran UTM Skudai pada petang Isnin 10hb Mei 2010.

0 comments:

Dikaulah Sumber Inspirasiku!


Inilah sumber inspirasiku!

Kadangkala dikau membuatkanku rasa ingin marah (dah marah pun, hehehe)
Kadangkala dikau membuatkanku rasa sakit hati
Kadangkala dikau membuatkanku rasa tertekan
Kadangkala dikau membuatkanku rasa malas nak melayan
Kadangkala dikau membuatkanku rasa ringan tangan nak memiat telinga

Tetapi...

Dikaulah yang membuatkanku tersenyum
Dikaulah yang membuatkanku tertawa
Dikaulah yang membuatkanku rasa gelihati
Kerana dikaulah penyejuk di jiwa
Dikaulah sumber inspirasiku

p/s - Gambar2 ini disnap semasa pelaksanaan Kem Bestari Solat; bertarikh 08 Mei 2010.

4 comments: