Doakan Kejayaan Kami (2)




Assalamu `alaikum dan salam sejahtera buat anda semua...

In sya Allah, pada 24hb Julai 2010 ni juga, anak-anak murid saya akan menyertai Pertandingan Bintang Nasyid Mu'min Peringkat Negeri Johor Tahun 2010 anjuran Al- Meswak Mu'min Sdn. Bhd. (Pengeluar Ubat Gigi Mu'min) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri. Ini adalah penyertaan kami buat kali pertama.

Kepada sesiapa yang berkesempatan, marilah sama-sama kita memeriahkan aktiviti yang cukup menghiburkan ini, bertempat di Dewan Pusat Islam Iskandar, Jabatan Agama Islam Negeri Johor bermula jam 1200 tengahari.

Doakan kejayaan kami yer!

0 comments:

Doakan Kejayaan Kami (1)



Assalamu `alaikum dan salam sejahtera buat anda semua...

In sya Allah pada 24hb Julai 2010 ni, murid-murid saya akan menyertai Pertandingan Kalam Jama`e (choral speaking in Arabic) sempena Ihtifal j-QAF Peringkat Daerah Kulai Tahun 2010.

Tahun lepas, hanya sekadar berpuas hati dengan mendapat tempat kelima. Harap2 tahun ni, adalah rezeki untuk kami mendapat tempat yang lebih baik. Amiin... Doakan kejayaan kami yer!

Rakaman video untuk penyertaan tahun lepas, boleh ditonton di sini.

0 comments:

Tiba-tiba!

Gambar sekadar hiasan, snap by me...

Assalamu `alaikum dan salam sejahtera buat anda semua...

Setelah sekian lama menyepi, tiba-tiba je datang perasaan rajin untuk mengemaskini blog kesayangan saya ini, hehehe...

Di kesempatan ni, saya ingin memohon maaf dan mengucapkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada sesiapa sahaja yang sudi menziarahi blog saya ini, walaupun saya hanya menghidangkan menu yang telah basi, hehehe...

Selama saya menyepikan diri, bukan bermakna saya sibuk, bukan tiada idea untuk dikongsikan, tetapi jawapan yang paling tepat adalah, saya malas! Ya, inilah jawapan yang paling tepat... Saya tidak mahu hipokrit! Hehehe...

Harap-harap perasaan rajin ni akan berpanjangan. Amiin...

0 comments: