BarakalLahu Lakuma


Love this song so much! Someday, this song will dedicated to me, hehehe... Hopefully, in sya Allah!

Bijaknya Perancangan Seorang Ayah


Assalamu `alaikum dan salam sejahtera.

Moga anda semua akan diberikan kekuatan untuk terus mempertingkatkan amal dan ibadah di dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

Seingat saya, arwah ayah tidak pernah menghampakan permintaan saya. Segala apa yang saya minta, semuanya akan diturutkan. Tapi, takdelah saya minta yang bukan2 yer... Hanya meminta sekadar kemampuan arwah ayah. Kami bukan orang senang. Arwah ayah hanya bekerja sebagai seorang buruh ladang, dan membuat kerja sambilan bertukang rumah.

Sebelum meminta sesuatu, biasanya saya akan survey dulu. Saya akan pastikan kondisi kewangan arwah ayah. Jika ketika itu arwah ayah tak berapa berduit, saya takkan minta langsung.

Arwah ayah memang banyak berkorban untuk keluarga. Sebab itulah, bila saya masuk U dan dapat biasiswa, saya tak pernah teragak-agak untuk membantu meringankan beban arwah ayah dengan menggunakan duit biasiswa yang saya dapat tu.

Arwah ayah pergi menemui Ilahi sebelum sempat saya menamatkan pengajian di U. Sempat arwah ayah menunaikan permintaan saya sebelum dia pergi buat selama-lamanya. Ketika tu, saya akan memasuki semester akhir di U, dan saya tak dapat tinggal di kolej lagi. So, saya mengambil keputusan untuk menyewa rumah bersama rakan2. Ketika tu, saya takde duit untuk bayar deposit. Arwah ayahlah yang tolong bayarkan. Saya minta tu tak silap hari Ahad atau Isnin, dan arwah ayah pegi buat selama-lamanya pada pagi Khamis, 03 Jun 2004.

Kini, saya dah bekerja. Dah bergaji. Dah pandu kereta sendiri. Tapi, hati ni sering rasa terkilan, kerana arwah ayah tak dapat merasa semua ni. Arwah ayah hidup susah, tak pernah merasa senang. Itulah yang sering saya kenangkan.

Doa saya, moga arwah ayah akan hidup 'senang' di alam sana. Al-Fatihah...

Hukum Mengenakan Minyak Wangi Beralkohol Di dalam Solat

Assalamu `alaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ini, seorang rakan sekerja saya ada bertanya, "Apakah hukum memakai pakaian yang terkena minyak wangi beralkohol di dalam solat?". Pada masa tu, saya tak dapat nak berikan jawapan yang tepat.

So, pagi tadi saya telah berkesempatan untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan yang telah diajukan itu. Sebenarnya, selepas rakan saya mengajukan soalan tu, saya pun dok terfikir-fikir dan tertanya-tanya di dalam hati, sehinggakan sudah beberapa hari saya tidak mengenakan minyak wangi pada pakaian saya, hanya mengenakan minyak atar yang masih berbaki sedikit, hehehe...

Yelah, kekadang tu kita sering mengambil mudah sesuatu perkara tu, seperti sayalah... Adalah dok terdengar tentang penggunaan alkohol di dalam minyak wangi ni, tapi takde usaha nak mencari maklumat yang lebih jelas.

So, di sini saya kongsikan hasil pencarian saya berkenaan dengan isu ini.




Saya menyeru kepada anda semua (yang masih belum faham mengenai isu ini), bacalah artikel-artikel yang saya kongsikan ni, dan cuba buat kesimpulan. Bagi saya sendiri, alhamdulilLah, saya dah tak ragu-ragu lagi... Yang haram itu akan tetap haram (selagi tiada hukum yang menghalalkannya), dan yang halal itu akan tetap halal. Islam itu indah!

Nuzul al-Qur'an dan Badar al-Kubra


Assalamu `alaikum dan salam sejahtera.

Salam Ramadan al-Mubarak...

Pejam celik, pejam celik, sudah 16 hari kita berpuasa di dalam bulan Ramadan bagi tahun 1431H ini. Cepat sungguh masa berlalu... Moga segala amal ibadah yang telah kita lakukan akan diterima oleh Allah S.W.T., in sya Allah...

Bercakap tentang bulan Ramadan ni, ada 2 peristiwa penting yang berlaku di dalam tarikhul Islam (sejarah Islam) iaitu nuzul al-Qur'an (penurunan al-Qur'an) dan Badar al-kubra (peperangan Badar).

Kedua-dua peristiwa ini berlaku pada tarikh yang sama, iaitu pada 17 haribulan Ramadan.

So, di sini ingin saya kongsikan artikel berkenaan dengan kedua-dua peristiwa penting ini.

Nuzul al-Qur'an, sila klik di sini.

Badar al-Kubra, sila klik di sini.

Hanya ingin kongsikan hasil penulisan orang lain, moga akan menjadi mata rantai yang akan membawa ke alam sana.

Selamat meneruskan ibadah puasa!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...