Penyamaran


Penyamaran...
Bukan hanya manusia pandai menyamar
Haiwan pun pandai!
Buktinya seperti gambar di atas
Seekor katak menyamar menyerupai warna dedaunan kering
Saya pun mula-mula tak perasan

Yelah kita ni kan selalunya terlalu mudah untuk membuat sesuatu keputusan
Jarang sekali kita menilai sesuatu keputusan yang hendak dibuat
Suka terburu-buru
Tak berfikir panjang
Akhirnya salah di dalam membuat keputusan tersebut

Alamak, termembebel lak, hehehe...
Pandai kan katak tu?
Menyelamatkan dirinya daripada musuh dengan melakukan penyamaran
Tapi, wahai si katak
Saya ni orang baik-baik tau
Jangan takut
Saya bukan musuh, hehehe...

Ok, kalau nak tau lebih lanjut tentang penyamaran haiwan ni
Boleh klik di sini

2 comments:

Blog Pilihan Malaysia 2010

Berikut adalah pencalonan saya untuk Blog Pilihan Malaysia 2010 :

Blog Personal Lelaki Pilihan - http://pembawarotan.blogspot.com/ (Cikgu Imanshah)
Blog Personal Suami Pilihan - http://insan-marhaen.blogspot.com/ (Bro IM)
Blog Personal Wanita Pilihan - http://mia-ina.blogspot.com/ (Cikgu Mia)
Blog Personal Isteri Pilihan - http://keluargakusayang.blogspot.com/ (Kak Chik)
Blog Tutorial Pilihan - http://tiffinbiru.blogspot.com/ (Bro Cik Mat Gebu)
Blog Lawak Pilihan - Tiada pencalonan daripada saya

Nak tahu lebih lanjut?

Klik di sini.

6 comments:

Sayonara

Tahun 2010 ni, ramai dalam kalangan guru dan staf di sekolah saya
Yang bersara
Yang berpindah ke sekolah lain
Yang bertukar balik ke negeri masing-masing
Dan ada yang dinaikkan pangkat ke PPD

Baru-baru ini, 2 lagi guru telah berjaya
Di dalam permohonan mereka bertukar balik ke negeri masing-masing
Seorang balik ke Negeri Terengganu
Dan seorang lagi balik ke Negeri Sembilan
Dan seorang guru berjaya memohon pertukaran ke sekolah lain
Saya gembira melihat mereka gembira
Tapi hati saya tetap merasa sedih dan hiba
Kerana hilang sahabat tempat bergurau senda

Gambar-gambar di bawah ni
Dipotretkan semasa majlis meraikan perpisahan mereka
Di Restoren My Friend, Senai
Pada 19 November 2010 yang lalu




Kata orang :
Yang patah pasti akan tumbuh kembali
Yang hilang pasti akan berganti

Kata saya :
Yang tumbuh pasti takkan sama dengan yang patah
Yang berganti pasti takkan sama dengan hilang

4 comments:

Kembali

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera
Sekarang ni musim cuaca tak menentu
Hopefully semuanya sihat sejahteralah yer
Cuti sekolah pun dah bermula
Pasti ramai yang telah mula merancang
Untuk pergi bercuti dan pulang ke kampung halaman
Semoga selamat dalam perjalananlah yer
Dan dipermudahkan segala urusan
Amiin...

Hampir seminggu saya menyepi
Kini muncul kembali berkongsi rasa dan cerita
Sebenarnya banyak yang mahu dikongsikan
Tapi perasaan malas mengatasi perasaan rajin
Tu pun masih ada hati
Nak income dari Nuffnang ribu-ribu
Hehehe...

Ok, tunggu next entry yer...
Hehehe...

8 comments:

Nak Attend Make-Up Class

Saya nak pi attend satu class ni.
Make-up class!
Biar betul? Hehehe...
Actually, bukan make-up muka tu.
Tapi, make-up gambor (sungguh ke'Muor'an), hehehe...

Saya dapat satu tugas ni.
Untuk projek fotografi kelas.
Klik-klik dah selesai.
So, ni nak masuk proses make-up lak.
Tambah logo sekolah, nama kelas and nama guru kelas.
And nak adjust serba sedikit nak bagi cantik lagi.
Bab klik-klik tu saya oklah...
Bab make-up ni yang lemah sikit.
So, kenalah belajar dengan orang yang lebih arif.
Dalam al-Qur'an pun ada menjelaskan.
Mafhumnya berbunyi begini.
"Maka bertanyalah kamu kepada orang yang mengetahui
Jika sekiranya kamu tidak mengetahui"

Jom, sape nak join make-up class ni!
Hehehe...

Antara foto yang bakal di'make-up'kan, hehehe... Foto saya bersama murid-murid Tahun 3 Cemerlang.

6 comments:

Banyak Makan Belacan

My notes...

AlhamdulilLah, pagi tadi saya telah selesai menduduki peperiksaan.
Kertas MPT1233 - Organisasi dan Pentadbiran Pusat Sumber.
Untuk lulus, in sya Allah...
Untuk dapat A tu rasa susah sikitlah...
Tapi kalau Allah kata 'kun', pasti 'fayakun'.
Hopefully!

Tak sangkalak paper pagi tadi ada soalan objektif.
Nasib baik ada bawa pensel.
Unexpected!
Tapi kata orang, sediakanlah payung sebelum hujan, kan?
Dan yang tak sangka lagi, all questions fully in English...
Dahlah saya ni banyak makan belacan, hehehe...
So, terpaksalah berbisik ke rakan sebelah.
Bertanyakan beberapa term yang saya tak faham.
Agaknya macam nilah nasib murid-murid PPSMI yer.
Tak dapat jawab soalan sebab tak faham term in English.
Tapi dwibahasa.
So, bukan masalah sangat kot.
Tapi pasti ada masalah, hehehe...
Hidup tanpa masalah tu sebenarnya bermasalah!

Alamak, melalut lak...
Dek berbisik-bisik tu, kenalah tegur ngan examiner, hehehe...
Tapi just ngaku, tak faham term in English.
Nasib baik examiner baik.
Bagitau definisi term in Malay, hehehe...
3 term saya tanya - isolation, executed and custodial.

So, hopefully i'll get success in this paper!
Amiin...

4 comments:

Kasihnya Seorang Ayah!

En. Md. Tazri dan anaknya Nabihah

Hari ini keputusan UPSR Tahun 2010 diumumkan
Seperti biasa saban tahun akan diadakan Majlis Pengumuman UPSR di sekolahku
AlhamdulilLah, 7 orang mendapat 5A

Aku menyaksikan pelbagai ragam murid
Menerima keputusan yang cukup mendebarkan

Pelbagai riak wajah
Ada yang tersenyum
Ada yang tertawa riang
Ada yang masam mukanya
Ada riak kekesalan
Ada yang menadah tangan kesyukuran
Ada yang menitiskan airmata kehambaan

Namun, yang paling menyentuh hati
Hingga mengalir juga airmata seorang aku
Melihat kasihnya seorang ayah
Memberi penghargaan buat si anak
Penghargaan yang cukup bermakna
Peluk cium kasih seorang ayah
Dan airmata seorang anak
Itulah hadiah sebuah kejayaan
Atas satu pengorbanan dan semangat juang

Sungguh menyentuh hati
Sebak rasa di dada
Mengingat pengorbanan seorang ayah
Yang tidak pernah mengenal erti penat dan lelah
Sungguh rasa terbalas
Atas kejayaan seorang anak
Senyum seorang ayah
Melihat keringatnya berganti najah

Ini titik tolak perjuangan yang masih panjang
Tahniah buat yang berjaya
Yang kurang berjaya
Ini bukan noktah
Teruskan usaha
Berdoa dan bertawakkal
Kerana di sana
Pasti ada sinar kejayaan
Berjaya dan bersyukur
Gagal bukan beerti rebah

Salam perjuangan buat anak-anak didikku!
Doaku mengiringi langkahmu
Hormati guru
Berbaiklah sesama rakan
Sayangi keluarga
Dan yang penting
Taatlah kepada Allah dan Rasul
In sya Allah hidupmu berjaya di dunia
Dan juga di akhirat
Amiin...

Guru-guru Tahun 6 bergambar bersama calon yang mendapat keputusan 5A

p/s - anak sedara saya, Siti Nursyuhadah yang bersekolah di Sekolah Rendah Islam at-Tahfiz Pasir Gudang juga memperoleh keputusan 5A, alhamdulilLah...

7 comments:

Teks Doa Majlis Rasmi - Hari Anugerah Cemerlang

DOA SEMPENA HARI ANUGERAH CEMERLANG
SK LKTP SUNGAI SAYONG
KULAI, JOHOR

ِبسْمِ اللهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ، وَالعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Sesungguhnya kami menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran atas iradat dan qudrat-Mu, yang telah menentukan dan mengizinkan kami untuk berhimpun pada pagi yang berbahagia ini, di dalam Hari Anugerah Cemerlang, SK LKTP Sungai Sayong, Kulai, Johor.

Ya Allah, Ya Muhaimin, Ya Aziz, Ya Jabbar,
Ya Allah Ya Tuhan kami, kau kurniakanlah kepada anak-anak kami dengan hati yang terang dan dada yang lapang. Kau kurniakanlah kepada mereka dengan cahaya kefahaman, kesihatan akal fikiran dan tubuh badan, kemudahan di dalam segala urusan dan kurniakanlah kepada mereka dengan kejayaan dan kecemerlangan di dunia mahupun di akhirat.

Ya Allah, Ya MunzilarRahmah wa Ya FatihalBarakah
Ya Allah Ya Tuhan kami, kau terbitkanlah rasa kebesaran, di dalam setiap hati murid-murid yang menerima hadiah kecemerlangan dan penghargaan pada hari ini, dengan rasa kesyukuran dan kehambaan kepada-Mu Ya Allah.

Kami juga memohon daripada-Mu Ya Allah, agar majlis pada hari ini dapat menjadi dorongan dan galakkan kepada murid-murid lain, untuk mereka sama-sama berusaha dengan gigih dan tekun di dalam bidang kurikulum, ko-kurikulum dan aspek pembinaan diri insan.

Ya Allah, Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Jadikanlah kami Ya Allah, dalam kalangan hamba-hamba-Mu yang beriman dan bertakwa. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintah-Mu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.


اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا

ِرَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأَخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

1 comments:

Cuba Teka!


Cuba perhatikan betul-betul gambar ni! Apakah makhluk yang turut kelihatan di balik hijau dedaunan?

Nak tau jawapannya?

Just scroll down ur mouse!

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Jawapannya ialah, di balik hijau dedaunan tu ada seekor ular daun. Saya pun sebenarnya tak pasti betul tak nama ular daun tu. Rakan-rakan saya yang menggelarnya sebegitu. Try gak googled kat internet ni. Tapi, tak jumpa lak maklumat yang spesifik. Sesape yang tahu tentang ular ni bolehlah share ye... Sharing is caring! Tak gitu? Hehehe...

p/s - tak dapat nak merakamkan gambar ular tu dari jarak dekat, sebab ia berada jauh di atas pokok; lensa kamera saya belum cukup power, hehehe...

2 comments:

Ibarat Semut dan Gula


Sekadar renungan bersama :

Fitrah manusia itu perlukan kepada kehidupan beragama. Agama yang benar! Islam itulah agama yang benar; yang menganjurkan agar penganutnya mentauhidkan Allah sebagai Tuhan Yang Esa; Yang Menciptakan Sekalian Alam ini.

Ibarat semut dan gula. Jika semut tidak sukakan gula, ia adalah sesuatu yang bercanggah dengan fitrah. Begitulah diumpamakan, jika manusia tidak mahu berpegang kepada agama yang benar, maka sesungguhnya ia telah bercanggah dengan fitrah; fitrah manusia yang memerlukan agama sebagai petunjuk di dalam kehidupannya.

Wahai manusia di luar sana, marilah sama-sama kita kembali kepada fitrah!

0 comments:

Ekspedisi Ke Taman Negara Johor Endau-Rompin (Selai)

In sya Alllah, esok pagi saya dan rakan-rakan akan menyertai satu ekspedisi pacuan 4X4 ke Taman Negara Johor Endau-Rompin (Selai). So, saya telah membuat sedikit research tentang tempat yang akan kami tujui ni. Just googled it je! Bukan buat tesis pun, hehehe... Boleh klik di sini untuk maklumat lanjut.

Selai ni adalah pintu masuk kedua ke Taman Negara Johor Endau-Rompin yang jaraknya hanya 26km daripada Pekan Bekok, Segamat, Johor.

Satu pengalaman baru buat saya. Pasti menarik!

Doakan perjalanan kami dipermudahkan, selamat pergi dan selamat kembali. Amiin...

Selai, here we come!

In sya Allah, ada kesempatan nanti, saya akan buat review tentang ekspedisi yang saya sertai ini. Tunggu... Hehehe... Ada yang sudi tunggu ke?

0 comments: