Hampir Ke Mercu

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera
Apa khabar semua?
Harap semuanya sihatlah yer...
Erm, bilalah nak kembali aktif berblogging ni yer?
Dalam fikiran ni nak post entri tulah, entri nilah
Ada gak plan nak organized contest ke giveaway ke
Tapi semua tu hanya angan-angan jer
Entah bila akan terlaksana, huhuhu...

Erm, actually apa yang saya sibukkan sangat yer?
Sampaikan sejak Oktober hingga entri ini ditulis
Hanya 7 entri jer yang published
Actually, in sya Allah bulan Januari ni
Saya akan menamatkan pengajian Master saya
So, sekarang ni tengah berhempas-pulas dok menyiapkan tesis 
Bagi menyempurnakan pengajian saya tu...
Tu yang dok takde 'ruh' sangat nak update blog ni
Tapikan, jujurlah nak cakap, takdelah dok pulun sangat nak siapkan tesis tu
Dok melangut lagi kat depan FB tu
And dok blogwalking jugaklah lagi, hehehe...

Wish me all the best ya!
Dah tak sabar nak habiskan pengajian...
Penatlah dok keja and belajar dalam satu masa ni
Tapi, dalam hati ni dah tak sabar nak sambung pengajian PHD pulak
Hopefully dapat biasiswa and cuti belajarlah
Kalau tak, mahu 'ke laut' nanti, hehehe... 

9 comments:

Indahnya Menjadi Tetamu Allah

AlhamdulilLah, pada 12 Oktober 2011 yang lalu
Saya telah berpeluang untuk mengiringi pemergian seorang sahabat saya
Yang akan berangkat ke Tanah Suci bersama ahli keluarganya yang lain
Tentunya bagi mengerjakan Rukun Islam yang ke-5



On the way ke Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai
Melalui jalan Bandar Putra - Airport
Masa ni saya dah risau giler
Yelah, jammed punyalah teruk, takut tak sempat jumpa jer...



AlhamdulilLah, Allah telah mempermudahkan segalanya
Rupanya check-in beransur-ansur daripada jam 0830 hingga 1100 pagi (kalau tak silap)
Kawan saya ni muda lagi, baru berusia 29 tahun
Rezekinya dapat ke rumah Allah bersama ibu bapa dan seorang kakaknya


So, lepas dah salam-salam, dah mintak maaf segala
Tiba masa untuk check-in
Masa ni memang speechless, tetiba jadi sayu sangat
Walaupun sebelum tu boleh lagi dok buat lawak, hehehe...


Tengoklah tu beg orang nak pegi Haji
Pegi je dah banyak tu, balik nanti ntah macamanalah rupanya
Yelah, hampir 40++ hari di sana, tentu banyak keperluan yang perlu di bawa kan?


Ahli keluarga yang ditinggalkan
Hanya doa yang mampu dititipkan
Agar mereka yang pergi itu akan selamat kembali
Dan yang paling penting memperoleh Haji yang mabrur, amin...

Ikut jadual, sahabat saya ni akan kembali ke Malaysia
Pada 27 November 2011 yang lalu
Kemudian katanya flight delay sehari
Tapi, memang tak berkesempatanpun nak sambut kepulangannya
Sebab flight tiba seawal jam 0400 pagi

Tapi, yang saya risau sebab sampai sekarang belum terima 
Sebarang khabar berita daripada sahabat saya ni
Try call and sms, tapi tak berjawab pulak
Maybe, sahabat saya tu masih lagi berehat 
Setelah menempuhi perjalanan yang cukup panjang
Sebab last dia sms saya, katanya 1 week after balik dia akan turun ke JB
Untuk gather ngan member2 lain
Erm, doakan in sya Allah semuanya dipermudahkanlah yer...

p/s - Marilah sama2 kita hadiahkan surah Al-Fatihah
Buat arwah bapa rakan sekerja saya
Yang telah meninggal dunia di Tanah Suci Makkah
Sehari sebelum jemaah Haji  mengerjakan wukuf di Arafah

2 comments:

Next Trial...

Next trial...
Kali ni, dok cuba resepi butter bread pudding with custord sauce
Hasilnya, alhamdulilLah memang sedap banget :)


Adunan yang telah siap sedia untuk dimasukkan ke dalam oven


Siap dibakar
Masa siap bakar tu, adunan ni naik fuh menggunung...
Tapi, tak sempat nak snap gambar sebab masa tu dah lambat nak gi solat Jumaat



Dah siap sediap untuk dingap
Setelah semalaman di simpan di dalam peti ais
Jemput makan semua...

Resepi di sini

0 comments:

Jom Makan Pizza!

Hari ni 1st time dalam seumur hidup
Dok menerai masak pizza ni
Ingat susah sangat, senang jer rupanya :)


Still dalam oven


Fresh from the oven
Tapi, tergeseng ngan over baked plak, ish3x...


Kasi potong sama rata
Barulah adil namanya kan, hehehe...


Jemput makan, bismilLah...

Percaya ke saya yang masak pizza ni?
Erm, bolehlah kalau nak percaya
Tapi 50% jelah, sebabnya...
Pizza ni just ready made jer bukan home made pun, hihihi
Ni pun baru 1st time dok godeh-godeh oven tu
Nasib baik tak meletup, hahaha...

10 comments:

Puas Berusaha, Akhirnya Kugenggam Jua Award Itu!

Ceh, tajuk memang tak boleh blah
Nak jugak kan, hehehe... :)
Actually baru je dapat award sebab being a 200th
Follower of the blog Cinta Itu Misteri
Tq, tq, tq... I'm so so appreciated it!
Lihatlah dunia :)

6 comments:

Salam Ma'al Hijrah 1433


Lokasi gambar : Masjid Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai, Johor

8 comments:

Persembahan Murid Sempena Hari Anugerah Cemerlang

Pada 16 November 2011 yang lalu
Sekolah saya telah menganjurkan Hari Anugerah Cemerlang
Bagai meraikan murid-murid yang telah berjaya
Di dalam bidang kurikulum, ko-kurikulum dan juga sukan

Bagi memeriahkan lagi Majlis tersebut
Beberapa persembahan murid telah diadakan
Yang terdiri daripada bacaan ayat-ayat suci al-Qur'an dan terjemahannya
Persembahan action song, nyanyian lagu Bahasa Inggeris dan juga persembahan nasyid
Jom sama-sama kita saksikan!





10 comments:

Pantun Haji

Rakan sekerja saya meminta untuk saya menghasilkan beberapa kerat pantun
Untuk digunakan di dalam teks pengacaraan majlis
Sempena meraikan bakal haji 1432H
2 kerat pantun sahaja yang sempat saya hasilkan
Itupun entah betul or tidak rima dan bait-baitnya...
Tapi, bolehlah untuk dikongsikan, maybe ada yang memerlukannya nanti

Indah mekar sibunga melati
Mengindah alam disinar mentari
Panggilan haji seruan Ilahi
Mengimpi mabrur berbunga jannati

Tingginya darjat orang berilmu
Menjadi bekalan membawa ke mati
Doa kami mengiringi perjalananmu
Moga nanti kami akan menuruti

Sesape yang pakar dalam bab-bab pantun ni bolehlah beri komen yer
Actually, saya tak pandai pun bab-bab pantun ni
Tapi, sebab rakan sekerja saya tu beriya-iya meminta tolong
Terpaksalah saya turutkan
Sedangkan masa tu saya tengah sibuk di Kuantan
Menyertai rombongan pengantin untuk ke majlis pernikahan
So, hasilnya tak seberapalah sangat...
Saya pun bila baca balik pantun tu, rasa macam serba tak kena jer :)

7 comments:

Segmen : Jom Senyum Sambil Hadiahkan Al-Fatihah


Bersempena hari Jumaat yang penuh dengan keberkatan ini
Sayyidul ayyam; penghulu segala hari
Jom kita join segmen bersama Nur Kasih ni!
Segmen yang sangat-sangat bermakna...
Klik pada banner di atas for further information ya...

Saya tag @ hadiahkan surah al-Fatihah ini buat
Kak Nza, Cik LIBL, IM dan semua rakan blogger yang sudi untuk menerimanya
Moga hidup akan sentiasa disinari cahaya al-Qur'an :)

10 comments:

Shy-Shy Cat

 

Si ibu yang berlagak ala-ala shy-shy cat :)


Mula menunjukkan keyakinan diri...


Wah, terus posing maut gitu, hehehe...

4 comments:

Indahnya Flora @ Masjid Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai, Johor

AlhamdulilLah, pagi tadi saya dapat menghadirkan diri
Ke Majlis Khatam Al-Qur'an Murid-Murid Program j-QAF 
Sekolah-Sekolah Daerah Kulaijaya Peringkat Negeri Johor Tahun 2011
Bertempat di Masjid Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai, Johor
Actually, saya hadir sebagai jawatankuasa pelaksana
So, bila kerja dah siap, saya mengambil kesempatan untuk round-round di sekitar masjid ni
Actually, 1st time saya sampai ke masjid ni...

Jom layan hasil tangkapan my dslr!









2 comments:

9 Hari Tanpa Entri

Dah 9 hari blog ni menyepi tanpa sebarang entri
Actually, saya belum berkesempatan untuk menulis entri-entri baru
Dek kesibukan dengan pelbagai perkara
Yang membataskan rasa malas melebihi rasa rajin :)
In sya Allah, banyak yang ingin saya kongsikan nanti, tunggu ya!

p/s - Tak pernah-pernah saya tertidur di dalam kereta hampir 1 jam
Ianya berlaku pada petang tadi
Saya ke bandar Kulaijaya untuk ke PPD 
Bagi menyelesaikan urusan berkaitan program khatam al-Qur'an 
Yang akan dijalankan pada esok hari
Dek terlalu mengantuk, saya berhenti di masjid untuk melelapkan mata sebentar
Sedar-sedar hampir 1 jam saya tertidur
Kelam-kabut bangun and keluar dari kereta
Sebab masa tu saya belum lagi menunaikan solat Zohor
Sampai di PPD pun agak lewat
AlhamdulilLah, nasib baik sempat menyelesaikan urusan di PPD tu :)

4 comments:

Bunga, Flower, ازهار






Dirakamkan di halaman rumah saya pada petang tadi :)


Mewangi Bunga Dunia
Lirik : Klik di sini

8 comments:

Raya Gathering @ Teratak Cik Mat Gebu (Part 2)

Ok, kita sambung Part 2 pulak
Gambor kenangan bersama ahli rombongan Cik Kiah, hehehe...
Lets pictures do the talking again!


All of us!


Saya pulak nak enterframe, hehehe...


Cik Mat Gebu tarak, Areef Gebu adaaa... :)
With blue tiffin!


Wah, semua dok berebut nak bergambar ngan retis, hehehe...


I'm the oldest, huhuhu...


Nak balik dah...


Jumpa lagi semua!


To the next destination...
Drive safely and carefully with Allah blessing...

Overall, gathering ni memang happening sangat
Riuh-rendah dengan gelak ketawa kami
Lebih-lebih lagi bila Cik Mat dok buat lawak
Cik Mat pandai buat lawak tau, tak kering gusi dibuatnya :)
Adalah juga Cik Mat dok turunkan sikit-sikit tips memasak tu
Cik Mat,  tq bebanyak atas layanan yang sangat baik
And for makanan yang sedap-sedap
Mohon maaf jika ada sebarang salah dan silap yer...
In sya Allah, ada umur kita jumpa lagi :)

18 comments:

Raya Gathering @ Teratak Cik Mat Gebu (Part 1)

Today, 17 September 2011/ 19 Syawal 1432H
Actually, kali ke-3 saya dapat menghadirkan diri ke teratak Cik Mat Gebu ni
Untuk gathering kali ni
Turut hadir ialah Sunah, Amalina, Adish Shida, Muslimah Optimis,  Azila Aji
Lets pictures do the talking!


Sedenak, here we come... Again!


Cheesecake with strawberries from Tesco, hehehe...
Semua dok berebut nak tapau tau, sabor jelah :)


Asam pedas ayam, i like!


Sayur campur with udang seksi, hahaha...


My all time fav ikan kering :)


Black pepper beef
Ada orang Nogori yang tak tahan pedas, hehehe...


Chocolate cake and layer cake
Prepared by Sunah
I like the chocolate cake, delicious!


Mine, marvellous!


Also mine, yummy3x


Pastry puff served with chili sauce and sos seribu pulau

TQ Cik Mat
For all the delicious and marvellous food
Jangan tak tau, ada yang cikeding pun
Siap tambah nasi tu, hehehe...

18 comments:

Fikir Sebelum Buat!


Pagi Khamis lalu saya menerima sms daripada seorang sahabat
Smsnya berbunyi begini :

TERKINI : JAKIM TLH BUAT SERBUAN KE ATAS KILANG MUNCHYS, BT. PAHAT DAN MENEMUI STOR ARAK. BOSSNYA DGN RASA BANGGA DAN RASA TAK BeRSALAH, MENGATAKAN ARAK TERSEBUT UTK DICAMPUR KE DLM BISKUT..TLG SEBARKN MAKLUMAT INI KPD SEISLAM& KEPENTINGN UMAT ISLAM. DR PEG.JAKIM - HJ. HALIL B. RAIHAN (JAKIM PUTRAJAYA)

(Sms ini disalin semula tanpa sebarang pengubahsuaian
Termasuklah ejaan dan tanda bacanya)

Kalau anda dapat sms ni, rasa nak sebarkan tak?
Boleh jer..
Dengan syarat anda pasti bahawa kandungannya memang sahih
Bukan fitnah, dan bukan rekayasa semata-mata
Sebab, dosa fitnah tu lebih besar daripada dosa membunuh tau!
Keburukannya bukan hanya sedikit
Ramai yang akan terlibat sama...

So, boleh tak nak sebarkan sms kat atas ni?
Baca di sini dan di sini dahulu
Kemudian anda buatlah keputusan sendiri
Sama ada mahu menyebarkannya atau tidak yer...

4 comments: