Bila Izrail Datang Memanggil

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera
AlhamdulilLah, segala pujian dipanjatkan ke hadrat Allah SWT
Kerana di kala ini masih lagi kita dikurniakan 
Dengan nikmat kehidupan
Yang membisakan kita untuk terus bernadi
Memperhambakan diri kepada-Nya

Bercakap tentang persoalan hidup dan mati ni
Teringat saya ketika berada di dalam kelas al-Qur'an
Bersama-sama anak-anak didik saya daripada Tahun 4 Cemerlang
Pada hari Selasa yang lalu
Saya menyemak mereka membaca ayat-ayat suci al-Qur'an
Daripada Surah Yunus ayat 43-61
Seusai mereka membaca sehingga ayat ke 53, saya meminta mereka
Agar berhenti sebentar sebelum meneruskan bacaan ke ayat yang seterusnya

So, saya mengambil kesempatan untuk menghuraikan maksud
Satu ayat yang telah mereka baca
Iaitu sebahagian daripada ayat 49 yang membawa maksud :
"Bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang ditetapkan
Maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka
Melambatkannya sesaat pun, dan tidak dapat mereka menyegerakannya"

Saya menerangkan kepada mereka
Bahawa setiap manusia itu telah ditentukan bilakah akan tiba waktu ajalnya
Di mana Malaikat Izrail yang ditugaskan untuk mencambut nyawa
Tidak akan terlewat ataupun terawal walaupun sesaat
Daripada waktu ajal yang telah ditentukan

Sebelumnya, saya menanyakan kepada mereka
Nama Malaikat yang mencambut nyawa
Mereka menjawab, Malaikat Izraillah yang ditugaskan untuk mencambut nyawa!

Lalu saya nyanyikan buat mereka bait-bait awal daripada lagu "Selimut Putih"
"Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terkujur badan dan kedinginan"

Suasana bertukar syahdu
Saya sendiri hampir menitiskan air mata
Sebak di dada untuk meneruskan kata-kata
Hehehe...

Saya katakan lagi pada mereka
Apabila terpisah roh daripada jasad
(Mereka bertanya apa itu roh, saya katakan roh itu adalah nyawa)
Maka terputuslah segala amalan
Kecuali 3 perkara yang ditinggalkan
Nyata mereka teruja untuk mengetahui apakah 3 perkara tersebut
Saya jelaskan bahawa 3 perkara tersebut ialah
Anak-anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat

Juga saya jelaskan serba sedikit tentang ilmu pengurusan jenazah
Dan kisah-kisah tentang jenazah yang "tidak diterima tanah"
Ulah anak-anak yang suka bertanya
Pelbagai soalan mereka tanyakan
Dan ada yang berkongsi cerita berdasarkan pengalaman yang telah mereka lalui
Dan terkeluar juga soalan :
"Betulkah mayat yang dilangkah kucing boleh hidup semula?"
Saya jelaskan ia adalah karut sama sekali
Dan mereka minta penjelasan bagaimanakah jika ia benar-benar terjadi
Saya jelaskan, jika ia benar-benar terjadi
Ia adalah atas kuasa Allah SWT, Tuhan Yang Maha Agung Lagi Maha Tinggi
Segala kemungkinan akan berlaku atas kehendak-Nya

Share on Google Plus

3 comments:

NzA said...

ingat lg masa sk ada cikgu ckp lagu nie xdibenarkan disiarkan kt radio oleh VIP cz menganggu n menakut2kan org...hish!!! ada gak org camtu...sekurg2nya lagu nie boleh mengingatkan kita ttg mati.....

tulah bila saya nyanyi lagu ni kat budak2, murid2 sy kata tk pernah pun dgr lagu ni...

tulah kak, lagu ni mmg menyentuh hati... sbb tu, ada org yg takleh terima...

Anonymous said...

lagu ni mama selalu nyanyi...sngt megingatkn kte bhwa hidop adlh sementara