Teks Pengacara Majlis - Majlis Ucap Utama Sempena Multaqa Kepimpinan Guru-Guru Pendidikan Islam

TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS UCAP UTAMA
SEMPENA MULTAQA KEPIMPINAN GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM
PERINGKAT DAERAH KULAIJAYA TAHUN 2011
DI DEWAN SMK BANDAR TENGGARA, KULAIJAYA
15 JANUARI 2011

Mengumumukan ketibaan Yang Berbahagia Tn. Hj. Markom bin Giran, Pengarah Pelajaran Negeri Johor.

(Selawat)

Nyanyian Lagu Bangsa Johor.

Dari Raub pergi ke Pontian
Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan Majlis.

بسم الله الرحمٰن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين، والصلواة والسلام على أشراف الأنبياء والمرسلين
وعلى آله وصحبه أجمعين

قال الله تعالى فى كتابه العزيز
بعد أعوذ بالله من الشيطان الرجيم، بسم الله الرحمٰن الرحيم

(Ayat al-Qur'an - saya copy paste daripada al-Qur'an Word, tidak dapat dipaparkan di sini)

Maksudnya : ((Katakanlah lagi (kepadanya) : “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna)) - Surah az-Zumar ayat 9

Yang Berbahagia
Tn. Hj. Markom bin Giran
Pengarah Pelajaran Negeri Johor

Yang Dihormati
Tn. Hj. Mohd Basari bin Hj. Abd. Manan
Ketua Penolong Pengarah
Sektor Pendidikan Islam
Jabatan Pelajaran Negeri Johor

Yang Berusaha
Tn. Hj. Bahrom bin Ali
Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya

Yang Dihormati
En. Zainal bin Othman
Pengetua
SMK Bandar Tenggara
selaku tuan rumah

Pegawai-Pegawai
Sektor Pendidikan Islam
Jabatan Pelajaran Negeri Johor

Pegawai-Pegawai
Pejabat Pelajaran Daerah Kulaijaya

Ahli Jawatankuasa Pelaksana
Multaqa Kepimpinan Guru-Guru Pendidikan Islam
Peringkat Daerah Kulaijaya Tahun 2011

Guru-Guru Pendidikan Islam Daerah Kulaijaya

hadirin dan hadirat, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian.
Selamat datang ke :

Majlis Ucap Utama
Sempena Multaqa Kepimpinan Guru-Guru Pendidikan Islam
Peringkat Daerah Kulaijaya Tahun 2011.

Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara.

Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis pada pagi ini akan dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Qur’an daripada Surah al-‘Alaq ayat 1-19 beserta terjemahannya yang akan diperdengarkan oleh Ustaz Sham bin Hamzan daripada SK Polis Kem dan Ustaz Abdul Malek bin Selamat daripada SK Indahpura 1. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Sham bin Hamzan dan Ustaz Abdul Malek bin Selamat atas bacaan ayat-ayat suci al-Qur’an dan terjemahannya sebentar tadi.

Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati.

Untuk itu, Majlis mempersilakan Ustaz Mohd Nazli bin Abdul Samad daripada SK Kangkar Pulai 2 untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Nazli bin Abdul Samad atas bacaan doa itu tadi.
Hadirin dan hadirat yang diberkati Allah sekalian,

Multaqa Kepimpinan Guru-Guru Pendidikan Islam Peringkat Daerah Kulaijaya Tahun 2011 bukan sekadar sebuah nama.

Ianya merupakan sebuah program yang menghimpunkan seluruh Guru Pendidikan Islam di Daerah Kulaijaya ini.

Ianya adalah selaras dengan hasrat untuk melahirkan insan guru yang berkualiti dari segi keilmuan, kemahiran dan sahsiah. Kerana sesungguhnya pepatah Arab ada berkata :
م

Bukanlah kecantikan itu dilihat dengan pakaian yang menghias diri. Tetapi sesungguhnya kecantikan itu dilihat dengan keilmuan dan kesopanan diri.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak berkat ilmu jika tiada amalnya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara.

Untuk itu, Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Tn. Hj. Bahrom bin Ali, Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya untuk menyampaikan ucapan aluan. Dipersilakan Tuan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Bahrom bin Ali atas ucapan aluan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Seterusnya, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Tn. Hj. Markom bin Giran, Pengarah Pelajaran Negeri Johor untuk menyampaikan amanatnya. Dipersilakan Tuan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tn. Hj. Markom bin Giran atas amanat yang telah disampaikan sebentar tadi.

(Yang Berbahagia Tn. Hj. Markom bin Giran, dif-dif kehormat, para Pegawai, Guru-Guru Pendidikan Islam, hadirin dan hadirat yang dimuliakan Allah sekalian,

Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia En. Syahrin bin Md. Jamaludin, Setiausaha Politik kepada Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran Malaysia)
Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan.

Majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia En. Syahrin bin Md. Jamaludin, Setiausaha Politik kepada Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran Malaysia untuk menyampaikan ucap utama sempena Multaqa Kepimpinan Guru-Guru Pendidikan Islam Peringkat Daerah Kulaijaya Tahun 2011. Dipersilakan Tuan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia En. Syahrin bin Md. Jamaludin atas ucap utama yang telah disampaikan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata kepada dif-dif terhormat.

Untuk itu, dipersilakan Yang Dihormati En. Zainal bin Othman mengiringi Yang Berusaha Tn. Hj. Bahrom bin Ali untuk menyempurnakan tujuan tersebut.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Tn. Hj. Markom bin Giran untuk menerima cenderamata.

Dan seterusnya Majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia En. Syahrin bin Md. Jamaludin untuk menerima cenderamata.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Bahrom bin Ali atas kesudian menyampaikan cenderamata sebentar tadi.

Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat mempelai direnjis dipilis
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah kita di penghujung Majlis.

Untuk itu, Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berbahagia En. Syahrin bin Md. Jamaludin atas kesudian hadir dan seterusnya menyampaikan ucap utama sempena Multaqa Kepimpinan Guru-Guru Pendidikan Islam Peringkat Daerah Kulaijaya Tahun 2011.

Majlis juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tn. Hj. Markom bin Giran atas kesudian hadir dan menyampaikan amanat.

Dan ucapan terima kasih juga buat semua dif kehormat yang sudi hadir ke Majlis kita pada pagi ini.

Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat.

Dikesempatan ini juga, saya memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali.

Sebelum itu, Majlis mempersilakan Yang Berbahagia En. Syahrin bin Md. Jamaludin dan Yang Berbahagia Tn. Hj. Markom bin Giran diiringi dif-dif kehormat untuk menikmati hidangan jamuan yang telah disediakan.

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh. Wa fi AmnilLahi Ta’ala wa ilal liqa’, ma’as salamah. BarakalLahu fikum.

Saya menyerahkan Majlis ini kepada Ustaz Mohd Shafie bin Ali selaku pengacara Multaqa Kepimpinan Guru-Guru Pendidikan Islam Peringkat Daerah Kulaijaya Tahun 2011.

5 comments :

Shaofie said...

jemput join segmen di blog. mudah je. blog review.

http://shaofie.blogspot.com/2011/01/segmen-blog-aku-bukan-privasi-lagi-jom.html

pirana_kecik said...

teks yg bgs...nape x upload video org yg mengacara majlis skali??dpt la blaja skils sebutan n body language...

Areef Ibn Naim said...

to shaofie...

tq sudi promosi... in sya allah ada kelapangan sy akan join... tq sudi singgah ke sini...

Areef Ibn Naim said...

to cik pirana,

sbb tkde yg sudi nak merakamkan... takkan emcee nak rakam diri sendiri, hehehe...

Anonymous said...

teks untuk mc syarahan tak da ke??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...