Hadiah Untuk Pemenang The Most Memorable Moment Contest


"The Most Memorable Moment Contest"
AlhamdulilLah, hadiah untuk anda telah berjaya saya sediakan
In sya Allah, saya akan mengeposkannya
Pada hari Selasa, 01 Mac 2011
Maaf, atas keterlewatan!

14 comments:

Dayang Senandung Versi Lelaki

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera
Apa khabar semua?
Moga sentiasa di dalam keadaan yang sihat sejahteralah hendaknya...
In sya Allah, amiin...

AlhamdulilLah, hari ni saya dah kembali bertugas di sekolah
Setelah 2 hari bertugas sebagai hakim lorong
Di Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke-31
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia
Peringkat Zon Tenggara, Kulaijaya, Johor
(Bahagian Sekolah Rendah)
Bertempat di Stadium Bandar Tenggara, Kulaijaya, Johor
lk
Setelah 2 hari berjemur di bawah terik sinaran mentari
Muka yang licin bak bayi baru lahir
(Cewah, poyo je kan)
Sedikit menggelupas, terasa pedih dan bertukar merah
Kira-kira dah macam Dayang Senandunglah gamaknya, hahaha...
Agak-agak ada tak Dayang Senandung versi lelaki, hehehe...


8 comments:

Muka Lorong

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera
Salam ukhwah dan salam persahabatan
Saya hulurkan buat anda semua...

AlhamdulilLah, hari ini telah bermulanya
Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke-31
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia
Peringkat Zon Tenggara, Kulaijaya, Johor
(Bahagian Sekolah Rendah)
Bertempat di Stadium Bandar Tenggara, Kulaijaya, Johor

Kejohanan ini akan berlangsung selama 2 hari
Selama 2 hari ini jugalah
Saya telah ditugaskan sebagai hakim lorong @ hakim balapan

Ini bukan kali pertama sebenarnya
Tapi saya telah melakukan hatrik untuk tugasan ini
Dimana, 3 tahun berturut-turut saya telah mendapat tugas yang sama
Agak-agak ada tak sijil KOAM untuk hakim lorong ni?
Kalau ada, boleh gak nak apply, hehehe...

Muka lorong, hehehe...

Tugas sebagai hakim lorong adalah seperti yang dinyatakan di bawah :
  • Bertugas dibawah seorang ketua pengadil 
  • Memerhati bahawa semua peserta yang bertanding dalam sesuatu acara tidak melanggar peraturan ketika berlumba
  • Memastikan peserta berlari mengikut lorong masing-masing
  • Memastikan proses pertukaran baton oleh pelari-pelari dalam acara lari berganti-ganti mematuhi peraturan-peraturan pertandingan
  • Menunjukkan bendera putih sebagai isyarat tidak berlaku pelanggaran peraturan dan bendera merah/ kuning jika sebaliknya
  • Melaporkan kepada referi semua peristiwa yang berlaku yang melibatkan kesalahan teknik peserta untuk membolehkan referi membuat keputusan
Sumber : Di sini

16 comments:

Pepatah Arab : Koleksi الخامس

Pepatah Arab : Koleksi الخامس (yang kelima)
Renung-renungkan dan selamat beramal...


2 comments:

Baiti Jannati (Rumahku Syurgaku)

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera
Selamat berhujung minggu

AlhamdulilLah, pagi tadi
Saya dapat menghadirkan diri
Ke Sambutan MaulidurRasul S.A.W.
Peringkat Kg. Felda Sg. Sayong
Bagi tahun 1432H

Seperti biasa Majlis dimulakan dengan
Perarakan MaulidurRasul S.A.W. dan diserikan
Dengan bacaan rawi, marhaban, persembahan nasyid
Dan ceramah sempena Sambutan MaulidurRasul S.A.W.






Dalam ceramah yang disampaikan itu
Ada menceritakan betapa
RasululLah S.A.W. menganggap rumahnya
Sebagai "baiti jannati" (rumahku syurgaku)

Walaupun hidup dalam serba kekurangan
Di mana sebagaimana yang diceritakan
RasululLah S.A.W. tidur hanya beralaskan papan dan pelepah tamar
Namun, kerana rumah yang dihuni 
Sentiasa dihiasi dengan iman dan kasih sayang
Justeru, Baginda sentiasa menganggap rumahnya sebagai syurga

Bagaimana pula dengan kita?

4 comments:

Giveaway : Mari Membaca Bersama Dr. Zila

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera
Kaifa haalukum, apa khabar, how are you
Harap semuanya sihatlah yer...
In sya Allah, amiin...

Saya sendiri alhamdulilLah sihat
Cuma dalam keadaan cuaca yang agak panas ni
Kerap gaklah kena migrain
Tapi, alhamdulilLah pada tahap yang tidak terlalu teruk
Kalau kena migrain yang teruk tu
Rasa macam nak hantuk kepala pada dinding jer
(Macam seram pulak mendengarnya yer, hehehe...)

Ok, actually ini adalah entri penyertaan
Untuk giveaway yang dianjurkan oleh Dr. Rodzila Rodi

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang giveaway ni
Boleh klik banner kat bawah ni yer...


Apa yang perlu dilakukan untuk meyertai giveaway ini ialah
Membuat satu ulasan buku
Dan menyatakan alasan mengapakah Dr. Rodzila perlu
Memiliki buku tersebut

Actually, saya ni taklah rajin membaca
Kalau buku-buku ilmiah tu jarang sekali habis membacanya
Tapi, kalau buku-buku yang temanya tidak terlalu berat
Dan bersifat santai
AlhamdulilLah, habis membacanya satu buku
Terutamanya novel, hehehe...

So, untuk giveaway ni
Saya ingin mengulas sebuah novel :
"Denyut Kasih Medik'
Karya Dr. Farhan Hadi


Actually, inilah kali pertama
Saya membaca hasil karya Dr. Farhan Hadi ni
So, saya takdelah 'high expectation' sangat
Tapi, bila dah sampai ke penghujung mukasurat tu
Rasa tak puas pulak membacanya
Want more!!!

Actually, novel ni seputar kehidupan
Seorang doktor pelatih (houseman)

Mungkin bagi kita yang bukan datangnya
Dari bidang perubatan ni
Mungkin tertanya-tanya
Mengapakah kita perlu membaca novel
Yang langsung tiada kaitan dengan kehidupan kita

Actually, Dr. Farhan Hadi cuba membuka minda kita
Dengan mengaitkan profesion seorang doktor
Dengan tugas seorang pendakwah
Mungkin kita biasa menganggap
Bahawa tugas dakwah tu hanya
Terpundak di bahu orang-orang agama sahaja
Hakikatnya tidak begitu

Kita juga sering berpegang dengan teori perubatan
Yang kadangkala bertentangan
Dengan kepercayaan kita
Kepada qadha' dan qadar Allah
Melalui novel inilah Dr. Farhan Hadi
Cuba menyedarkan kita
Bahawa sehebat mana sekalipun teori perubatan yang dikemukakan
Usah kita lupa bahawa
Setiap ketentuan itu adalah atas kehendak-Nya jua

Selain itu
Melalui novel ini juga kita didedahkan
Dengan etika kedoktoran yang berlandaskan Islam
Dan juga adab-adab pesakit
Yang seringkali dianggap mudah
Seperti persoalan aurat, solat
Dan sebagainya lagi

Mungkin tema novel ini kelihatan berat
Namun, Dr. Farhan Hadi
Berjaya menyampaikannya di dalam bentuk
Yang ringan dan santai
Sehingga membuatkan kita rasa ingin
Meneruskan pembacaan hingga ke muka surat terakhir

So, saya amat menggalakkan kalian semua
Untuk membaca novel yang cukup bagus ini
Mungkin kita beranggapan bahawa membaca novel itu
Membawa kepada ciri-ciri kefemininan
Jika kita beranggapan begitu
Rugilah bagi diri kita
Kerana novel-novel masakini
Walaupun tema utamanya berkaitan cinta dan sebagainya
Namun, ia sebenarnya cukup sarat dengan
Ilmu dan pengajaran yang cukup berguna
Dan salah satunya adalah novel
"Denyut Kasih Medik" ini

Semua yang saya nyatakan di atas
Merupakan sebab mengapa bagi saya
Dr. Rodzila Rodi perlu memiliki novel ini
Bagi saya, novel ini boleh dijadikan sebagai rujukan perubatan
Yang berlandaskan Islam
Dan disampaikan di dalam bentuk yang ringan dan santai
Yang biasanya tidak dinyatakan di dalam
Buku-buku perubatan yang kebanyakannya
Berlandaskan teori perubatan Barat
Yang sebenarnya telah dimanipulasi daripada 
Teori perubatan Islam itu sendiri

Giveaway ini juga
Memerlukan kita untuk menyatakan sebarang bentuk bahan bacaan
Yang ingin kita baca, tetapi belum memilikinya lagi
Erm, actually buat masa sekarang ni 
Belum ada lagi bahan bacaan
Yang menjadi wishlist saya
Kerana biasanya kalau saya ke kedai buku
Saya akan pusing keliling kedai buku tu
Then, saya akan beli mana-mana buku yang berkenan di hati
No wishlist, just berkenan di hati, hehehe...

4 comments:

Keputusan Rasmi The Most Memorable Moment Contest

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera
Salam ukhwah fillah abadan abada...

Dengan lafaz yang mulia
BismilLahirRahmanirRahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Dengan ini saya mengumumkan keputusan rasmi
"The Most Memorable Moment Contest"
lk
Tempat pertama :
lk

Tempat kedua :


Tempat ketiga :


Saguhati :




Tahniah kepada semua pemenang
Kepada yang tidak berjaya
Jangan bersedih dan berputus asa
Anda juga adalah dalam kalangan yang terbaik

Mohon maaf andai keputusan ini
Mengundang rasa kecewa
Dan rasa tidak puas hati
Sesungguhnya, inilah pilihan terbaik saya
Namun, sebagai hamba-Nya yang lemah
Pasti ada kelemahan dan khilaf
Yang tidak dapat saya elakkan
Di dalam membuat keputusan yang cukup sukar ini...

p/s - Ada penyertaan yang disqualified
Kerana tidak memenuhi syarat yang ditetapkan
Mohon maaf...

Kepada semua pemenang
Harap dapat emailkan butiran diri anda
Ke arrijal82@yahoo.com
Ralat : arrijal_82@yahoo.com

Saya juga mencadangkan anda untuk menyertai
Contest di bawah ini
Kerana bagi saya, ramai peserta yang mempunyai nukilan yang baik 
Yang lahir daripada lubuk hati yang ikhlas
Sebagai penzahiran rasa yang cukup mendalam

32 comments:

Pepatah Arab : Koleksi ar-Raabi'

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera
Apa khabar semua?
Harap semuanya sihatlah yer...
Dah 5 hari saya menyepi ni
Ada yang rindu ke?
Hehehe...
Rindu pada entri-entri sayalah
Bukan pada orangnya, hahaha...

Ok, seperti biasa
Setiap hari Ahad
Saya akan memperkenalkan satu pepatah Arab
Untuk kita renungkan bersama...

Untuk koleksi ar-raabi' (yang keempat)
Just check it out!
Fikir-fikirkan dan selamat beramal...


Untuk koleksi sebelum ini
Boleh klik di sini

8 comments:

Tutorial : How To Center The Post Title

Inginkan tajuk entri anda
Berada di dalam keadaan 'center'
Just, klik di sini
Untuk mengetahui lebih lanjut...

Saya sendiri telah mencubanya
It works!!!
Terus jadi jakun, hehehe...
Sebab dah naik juling mata dok tengok satu-satu code html tu
Rupa-rupanya kena tambah coding
Ingatkan leh edit jer coding yang dah sedia ada tu, hehehe...

0 comments:

The Most Memorable Moment Contest (Pengumuman Penting)

 Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera
Salam ukhwah dan salam persahabatan saya hulurkan buat anda semua...

Alhamdulillah, "The Most Memorable Moment Contest"
Telah ditutup secara rasmi
Dan sekarang, amanah untuk saya menilai 
Setiap penyertaan yang telah dihantar 
Dengan sebaik mungkin, in sya Allah

Kalau ikut perancangan
Nama pemenang akan diumumkan pada jam 0900 malam 09 Februari 2011
Namun, saya mengambil kesempatan ini
Untuk menyatakan bahawa pengumuman nama pemenang
Akan ditunda ke jam 0900 malam 13 Februari 2011
Ini kerana saya berasa agak mustahil untuk
Menilai semua penyertaan tersebut di dalam tempoh 3 hari ini
Tambahan pula, minggu ini
Saya perlu menyiapkan satu tugasan yang agak penting
Yang akan membataskan masa untuk saya
Memberikan tumpuan yang lebih
Di dalam menilai setiap penyertaan tersebut

Saya mohon maaf atas kekurangan saya ini
Doakan agar saya dipermudahkan Allah
Untuk menilai setiap penyertaan tersebut dengan sebaiknya
Amiin...

14 comments:

Dimulakan Dengan BismilLah, Disudahi Dengan AlhamdulilLah

Dimulakan dengan lafaz yang mulia
BismilLahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Dan disudahi dengan puji-pujian kepada Allah
AlhamdulilLahi Rabbil 'Aalamin
Segala puji ke atas Tuhan Sekalian Alam

Saya dengan ini menutup secara rasmi :
"The Most Memorable Moment Contest"
Pada jam 0900 malam 06 Februari 2011


AlhamdulilLah, sepanjang 2 minggu contest ini dijalankan
Sebanyak 34 penyertaan telah diterima
Unexpected!

Sesungguhnya saya berasa amat berbesar hati
Atas sokongan yang telah diberikan oleh rakan-rakan blogger sekalian
Melalui contest inilah terjalinnya rabithah ukhwah antara kita
Moga selepas ini, kita akan terus lebih mengenali
Atas nama sebuah persahabatan dan persaudaraan
Ukhwah filLah abadan abada...

In sya Allah, saya akan cuba menilai
Setiap penyertaan dengan sebaik-baiknya
Doakan urusan saya ini akan dipermudahkan Allah, amiin...

6 comments:

The Most Memorable Moment Contest


Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera
Dimulakan dengan kalimah tarhibiyyah
At-tahiyyah bi tahiyyatul Islam

Dengan lafaz yang mulia
BismilLahir RahmanirRahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Saya dengan rasa rendah dirinya ingin menganjurkan :
"The Most Memorable Moment Contest"

Tujuan saya menganjurkan contest ini
Adalah semata-mata untuk mempromosikan blog saya ini
Di samping untuk menambah kenalan 
Dalam kalangan rakan-rakan blogger di luar sana
Salam perkenalan, salam ukhwah dan salam persahabatan!

Bagaimanakah contest ini akan dijalankan :

Anda perlu upload sekeping gambar yang bertemakan
"The most memorable moment"
Tak kiralah samada ianya dalam mod sedih, gembira, menyayatkan hati dan sebagainya
Yang memberikan erti yang cukup bermakna buat hidup anda
Dan meninggalkan kenangan yang pasti sukar untuk dilupakan

Di bawah gambar tersebut pula perlu disertakan nukilan
Yang berkaitan dengan "the most memorable moment" tersebut
(Mengikut kreativiti masing-masing)
Tulislah dari lubuk hati yang ikhlas
Sebagai penzahiran rasa yang cukup mendalam

Syarat-syarat untuk menyertai contest ini :

Terbuka kepada semua blogger dalam dan luar negara
Contest ini bermula mulai jam 0900 malam 24 Januari 2011
Dan berakhir pada jam 0900 malam 06 Februari 2011
Keputusan in sya Allah akan diumumkan pada jam 0900 malam 09 Februari 2011
Hanya satu gambar sahaja yang akan dipertandingkan
Anda perlu menjadi salah satu subjek di dalam gambar tersebut
Perlu disertakan banner contest di atas di dalam entri penyertaan anda
Banner contest tersebut perlu dilinkkan ke entri ini
Tinggalkan link entri penyertaan anda pada bahagian komen di bawah entri ini
Jenis kamera bukan menjadi syarat
Anda juga boleh melakukan photo modification pada gambar yang dipertandingkan
(Namun, ia tidak termasuk di dalam elemen pemarkahan)
Teknik "super impose' adalah dilarang sama sekali
Pemarkahan akan diambilkira berdasarkan gambar yang cukup memberikan erti
Dan nukilan terbaik yang disisipkan bersama-sama gambar tersebut
Itu sahaja!

Hadiah yang ditawarkan :

Tempat pertama - bahan bacaan bernilai RM50
Tempat kedua - bahan bacaan bernilai RM30
Tempat ketiga - bahan bacaan bernilai RM20

Jumlah nilai keseluruhan hadiah yang ditawarkan adalah RM100 sahaja

Jika anda ada sebarang kemusykilan dan pertanyaan
Boleh diajukan terus pada komen di bawah entri ini
 Mailah pakat join ramai-ramai yer
Untuk itu, saya dahului 
Dengan ucapan terima kasih yang tidak terhingga

Contoh penyertaan :


Gambar ini dirakamkan ketika Majlis Pengumuman UPSR
Untuk calon UPSR Tahun 2010
SK LKTP Sungai Sayong, Kulaijaya, Johor
Pada 11 November 2010 yang lalu

Oh ayah!
Terbalas sudah segala keringatmu
Yang selama ini telah berkorban untuk kami anak-anakmu

109 comments:

Pepatah Arab : Koleksi ath-Thalith

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera
Salam untuk hari ini
Dan salam untuk hari-hari yang mendatang

Doa saya
Semoga kita semua dapat memulakan kehidupan pada hari esok
Dengan semangat dan azam yang baru, in sya Allah...
Dan moga hari esok yang kita lalui
Akan lebih baik daripada hari ini, amiin...

Hari ini
Saya akan memperkenalkan satu lagi pepatah Arab
Iaitu untuk koleksi ath-thalith (yang ketiga)
Untuk koleksi al-uula (yang pertama), boleh klik di sini
Dan untuk koleksi at-thani (yang kedua) pula, boleh klik di sini

Ok, untuk koleksi at-thalith (yang ketiga)
Just check it out!


Masa itu emas
Betapa berharganya masa
Sehingga diumpamakan seperti emas
Namun, adakah kita semua sentiasa menghargai
Setiap masa yang dianugerahkan kepada kita dengan sebaik-baiknya
Renung-renungkanlah...

4 comments:

Resepi : Aiskrim Goreng Roti Terkorban

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera
Apa khabar semua?
Saya harap semuanya sihatlah yer...
In sya Allah, amiin...

Nampaknya, mentari dah kembali menunjukkan sinarnya
Setelah beberapa hari hujan turun tanpa henti
Harap-harap semua mangsa banjir telah kembali ke rumah masing-masing
Meneruskan kehidupan tanpa perlu menoleh ke belakang lagi
Mudahan-mudahan ujian yang Allah timpakan kepada mereka
Menjadi pengajaran yang berharga buat kita semua

Erm, kalau dah tak hujan ni
Panaslah pulak kan?
Panas-panas ni best kan kalau dapat layan aiskrim?
Actually, tadi saya baru je lepas layan aiskrim, hehehe...
Tapi, bukan aiskrim biasa tau
Tapi aiskrim goreng

Yang bestnya tu
Aiskrim goreng ni buat sendiri tau
Bukan kedai mari, hehehe...
Yelah, asyik dok melangut kat blog masak-masak tu
Meleleh je air liur...
Baik kita cuba gak resepi-resepi tu
Barulah tak dikatakan :
"Ilmu tanpa amal itu umpama pohon tanpa buahnya"
Cewah!!!
(Saya cuba yang mudah-mudah je)

Ok, resepinya saya cilok
Dari blog Kak Hana Jepun
Di sini
Senang je nak membuatnya
Cubalah yer!


Sebelum digoreng
Saya tak balut pun roti tu dengan plastik
Jadinya, ada bahagian yang melekat
So, nasihat saya kalau anda tak balut roti tu dengan plastik
Pastikan tidak meletakkannya di dalam bekas secara bertindih


Taraaa...
Dah boleh di makan, yummy!
Hehehe...

p/s - Napa ek nama resepi ni
Aiskrim goreng roti terkorban
Sebabnya, masa saya nak buat askrim ni
Banyak roti yang terkorban
Disebabkan tekapannya tidak menjadi, hehehe...

17 comments:

Terima Kasih Cik Mat Gebu!

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera
Salam berhujung minggu
Doa saya moga anda semua akan sentiasa
Diberkati dan dirahmati Allah hendaknya, amiin...

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga

 Entri kali ni saya mulakan dengan serangkap pantun
Pantun penghargaan khusus daripada saya
Buat blogger Cik Mat Gebu
Yang telah sudi mempromosi blog saya ini
Di dalam entri masakannya...

Sebenarnya, saya tak tahu pun
Yang Cik Mat Gebu ni sudi promote blog saya
Yang buat saya tahu tu 
Masa saya dok checked my stat counter
Tengok ada banyak visitor yang datang dari blog DTSnya tu
Heran gak!
So, checked punya checked
Rupanya Cik Mat Gebu telah sudi mempromosikan blog saya ni
Di dalam entri masakannya

Cik Mat Gebu :
TQVM ya!
I'm so so appreciated it...
Moga Allah jua yang dapat membalas jasamu itu, amiin...
Terima kasih daun keladi
Lain kali bolehlah tolong promote lagi yer, hehehe...


Kenangan pada 08 Januari 2011 yang lalu
Ketika sama-sama menghadiri bloggers gathering
@ teratak Cik Mat Gebu
Entrinya di sini

10 comments: