Giveaway : Mari Membaca Bersama Dr. Zila

Assalamu 'alaikum dan salam sejahtera
Kaifa haalukum, apa khabar, how are you
Harap semuanya sihatlah yer...
In sya Allah, amiin...

Saya sendiri alhamdulilLah sihat
Cuma dalam keadaan cuaca yang agak panas ni
Kerap gaklah kena migrain
Tapi, alhamdulilLah pada tahap yang tidak terlalu teruk
Kalau kena migrain yang teruk tu
Rasa macam nak hantuk kepala pada dinding jer
(Macam seram pulak mendengarnya yer, hehehe...)

Ok, actually ini adalah entri penyertaan
Untuk giveaway yang dianjurkan oleh Dr. Rodzila Rodi

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang giveaway ni
Boleh klik banner kat bawah ni yer...


Apa yang perlu dilakukan untuk meyertai giveaway ini ialah
Membuat satu ulasan buku
Dan menyatakan alasan mengapakah Dr. Rodzila perlu
Memiliki buku tersebut

Actually, saya ni taklah rajin membaca
Kalau buku-buku ilmiah tu jarang sekali habis membacanya
Tapi, kalau buku-buku yang temanya tidak terlalu berat
Dan bersifat santai
AlhamdulilLah, habis membacanya satu buku
Terutamanya novel, hehehe...

So, untuk giveaway ni
Saya ingin mengulas sebuah novel :
"Denyut Kasih Medik'
Karya Dr. Farhan Hadi


Actually, inilah kali pertama
Saya membaca hasil karya Dr. Farhan Hadi ni
So, saya takdelah 'high expectation' sangat
Tapi, bila dah sampai ke penghujung mukasurat tu
Rasa tak puas pulak membacanya
Want more!!!

Actually, novel ni seputar kehidupan
Seorang doktor pelatih (houseman)

Mungkin bagi kita yang bukan datangnya
Dari bidang perubatan ni
Mungkin tertanya-tanya
Mengapakah kita perlu membaca novel
Yang langsung tiada kaitan dengan kehidupan kita

Actually, Dr. Farhan Hadi cuba membuka minda kita
Dengan mengaitkan profesion seorang doktor
Dengan tugas seorang pendakwah
Mungkin kita biasa menganggap
Bahawa tugas dakwah tu hanya
Terpundak di bahu orang-orang agama sahaja
Hakikatnya tidak begitu

Kita juga sering berpegang dengan teori perubatan
Yang kadangkala bertentangan
Dengan kepercayaan kita
Kepada qadha' dan qadar Allah
Melalui novel inilah Dr. Farhan Hadi
Cuba menyedarkan kita
Bahawa sehebat mana sekalipun teori perubatan yang dikemukakan
Usah kita lupa bahawa
Setiap ketentuan itu adalah atas kehendak-Nya jua

Selain itu
Melalui novel ini juga kita didedahkan
Dengan etika kedoktoran yang berlandaskan Islam
Dan juga adab-adab pesakit
Yang seringkali dianggap mudah
Seperti persoalan aurat, solat
Dan sebagainya lagi

Mungkin tema novel ini kelihatan berat
Namun, Dr. Farhan Hadi
Berjaya menyampaikannya di dalam bentuk
Yang ringan dan santai
Sehingga membuatkan kita rasa ingin
Meneruskan pembacaan hingga ke muka surat terakhir

So, saya amat menggalakkan kalian semua
Untuk membaca novel yang cukup bagus ini
Mungkin kita beranggapan bahawa membaca novel itu
Membawa kepada ciri-ciri kefemininan
Jika kita beranggapan begitu
Rugilah bagi diri kita
Kerana novel-novel masakini
Walaupun tema utamanya berkaitan cinta dan sebagainya
Namun, ia sebenarnya cukup sarat dengan
Ilmu dan pengajaran yang cukup berguna
Dan salah satunya adalah novel
"Denyut Kasih Medik" ini

Semua yang saya nyatakan di atas
Merupakan sebab mengapa bagi saya
Dr. Rodzila Rodi perlu memiliki novel ini
Bagi saya, novel ini boleh dijadikan sebagai rujukan perubatan
Yang berlandaskan Islam
Dan disampaikan di dalam bentuk yang ringan dan santai
Yang biasanya tidak dinyatakan di dalam
Buku-buku perubatan yang kebanyakannya
Berlandaskan teori perubatan Barat
Yang sebenarnya telah dimanipulasi daripada 
Teori perubatan Islam itu sendiri

Giveaway ini juga
Memerlukan kita untuk menyatakan sebarang bentuk bahan bacaan
Yang ingin kita baca, tetapi belum memilikinya lagi
Erm, actually buat masa sekarang ni 
Belum ada lagi bahan bacaan
Yang menjadi wishlist saya
Kerana biasanya kalau saya ke kedai buku
Saya akan pusing keliling kedai buku tu
Then, saya akan beli mana-mana buku yang berkenan di hati
No wishlist, just berkenan di hati, hehehe...
Share on Google Plus

4 comments:

selamat malam cikgu..
hampir 5 hari kak ayu tak besua di alam maya...sibuk yer cikgu?

all the best...harap2 dr Rodzila meyukai buku yang zikgu cdgnkan...karya dr Farhan hadi....

to kak ayu,

selamat malam kak... sbnrny sy ada je tgk blog ni ari2... nk kate bz tak juga, cuma ada bz sikit2 n letih sikit2, hehehe...

actually, dh ada org review buku yg sm, sy tk tau dr awal, so buat jelah...

NzA said...

bagus wat GA camni, sekurg2 boleh brkongsi ilmu n sbgai galakan membaca....
gud luck.

to kak Nza...

betul tu kak... kkdg timbul minat nak membaca bila kita baca book review yg dibuat oleh org lain...

jomlah join sekali!